ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Mata dan Bahu Memanglah Tak Sama

Assalamualaikum..

"Berat mata memandang berat lagi bahu memikul."

Okey, itu peribahasa biasa yang memang dah biasa kita dengar. Bila tengok orang lain dalam susah kita hanya mampu pandang. Simpati. Memang begitu realitinya. 

Tapi dari sudut pandang yang lain, mereka yang susah pandang orang yang senang dengan penuh rasa cemburu. Indahnya hidup menjadi orang senang, pasti itu fikir mereka. 

Contoh, seorang yang sedang sedih berduka terpandangkan seorang yang senang gembira. Cemburu mula timbul dalam hati. Alangkah indah andai aku dapat seperti dia. Gembira bahagia tiada duka.

Realitinya, indah mata memandang lebih indah dari bahu yang memikul. Betul. Serius. Ingat best sangat ke hidup senang gembira??

Tahukah apa yang bermain dalam minda mereka yang gembira??

Resah. Gelisah. Celaru. Kusut. Serabut. Terlalu senang dalam gembira sehingga lupa pada yang tak seharusnya dilupa. Kalau begitu lebih baik tak pernah gembira. Ah, susah lah nak cerita.

Okey. Macam ni kisahnya. Bila seseorang dah terlalu biasa merasa senang, susah lah untuk dia merasa susah. Bila nampak orang lain dalam susah pun seolah tiada rasa. Mungkin ada secebis simpati tapi apa lah makna simpati dari seorang yang tak pernah susah??

Bila dalam keadaan begitu, kadang-kadang rasa ingin merasa susah agar dapat merasa kesusahan orang lain. Err.. Fahamkah apa aku cuba nak sampaikan?? Tak faham tak apa. 

Kesimpulannya, jangan bicara seolah-olah kamu benar-benar memahami apa yang mereka rasa sedangkan hakikatnya kamu tak pernah rasa apa yang mereka rasa.

nota dari hati: Indahnya hidup kalau dapat rasa seperti yang mereka rasa. Secebis pun cukup.

nota innocent: Kenapa aku rasa ayat aku macam pelik semacam?? Sebab dah lama tak menulis kah?? Huahhahaha..

Thursday, September 16, 2010

Happy Anniversary buat yang tersayang

Assalamualaikum..

Macam biasa, saja je nak buat tajuk gempak. Tapi sebenarnya aku memang nak wish happy anniversary, so aku tak tipu ok. hee.. Seronok gila hari ni cuti, jadi aku masih boleh bermalas-malasan di rumah encik abang. Minggu depan baru balik kampus..

Rasanya semua warganegara Malaysia pun tau hari ni hari apa. Kalau korang tak tau pergi check balik IC korang, tengok warganegara apa. Hampeh betul kalau warganegara Malaysia tak tau sejarah Malaysia. Tak pun pergi bukak buku teks Sejarah Form 3, baca bab pasal penubuhan Malaysia. Tapi rasanya sekarang dah tukar syllabus kot.. so aku pun tak tau topik tu dalam bab yang mana satu.

Dari apa yang aku belajar masa ambik Sejarah Fom 3 dulu, aku pasti hari ni adalah anniversary negara kita yang ke-47! err.. silap, bukan anniversary, tapi birthday. So hari ni genap la 47 tahun usia Malaysia. Hepi besday negaraku!

Tapi yang aku pelik, apasal sambutan hari Malaysia tak dibuat meriah macam hari merdeka ek?? Tak cukup bersejarah ke kelahiran Malaysia?? Kenapa tak ada orang buat lagu sempena hari Malaysia?? Eh, ke dah ada tapi aku yang tak tau?? hee~

Aish, apasal tetiba terlebih bersemangat patriotik pulak ni. Padahal tadi aku nak wish happy anniversary je kan. Ok lah, back to the topic..

Aku tulis entry ni sebab nak wish untuk mak dan abah aku yang menyambut anniversary dorang hari ni. Pandai dorang pilih tarikh nikah, betul-betul masa hari Malaysia. Ke Malaysia yang bijak sebab pilih tarikh sama ngan tarikh nikah dorang?? hehe..

Kepada mak dan abah terchenta, selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-34. Semoga jodoh kalian berkekalan sampai syurga. Maaf kerana  belum mampu jadi anak yang baik dan solehah. Maaf juga kerana sering mengecewakan harapan kalian.. :(

Tapi walau apapun yang berlaku, Aya tetap cintakan kalian sepenuh hati. ILYSM, tan sri nizam dan puan sri lila..!!


sila jangan geli-geli dengan ayat aku ok.. bukan senang aku nak tunjuk kasih sayang aku kat orang tersayang nih.. setahun sekali pun belum tentu.. ni pun aku baru wish kat blog je, tak call lagi dorang kat kampung.. heh... -__-'

yb tan sri nizam dan puan sri lila
(bukan nama sebenar)
^__^v

Friday, July 30, 2010

Kenapa tak confess??

Assalamualaikum..

Aku ada satu persoalan yang dah agak lama jugak bermain dalam minda aku ni. Aku tak faham, kenapa ada orang yang tak berani meluahkan perasaan sendiri?? Terutamanya lelaki la. Kalau orang perempuan tu aku faham la, mungkin mereka malu, biasalah perempuan kan memang dilahirkan dengan sifat malu. Tapi kalau lelaki yang tak berani luahkan perasaan, apa pulak sebabnya?? Malu jugak?? Atau terlalu ego?? Atau pengecut, takut kena reject??

Aku bukan nak mengata atau kutuk siapa-siapa, tapi aku memang agak pelik dan tak faham dengan sesetengah orang terutamanya lelaki yang sangat suka pendam perasaan lama-lama walaupun dia memang betul-betul sukakan seseorang gadis tu. Lepas tu bila si gadis yang disukai dan diminati tu dah bagi respon positif pun, si lelaki masih tak nak luahkan apa yang dia rasa. Entah apa yang dia tunggu. Takkan nak tunggu perempuan jugak yang mulakan dulu kot?? Memang la tak salah kalau perempuan mulakan dulu, tapi kan lebih manis dan elok kalau lelaki yang mulakan dulu?? Baru nampak gentleman kan??

salah satu cara confession.. =P

Sesetengah lelaki pulak ada yang berundur sebelum berperang. Konon-konon takut di'reject' oleh si pujaan hati walaupun semua orang tahu dan dah memang terlalu obvious yang dia dah terlalu minat, sayang, dan cinta gila kat perempuan tu. Bila ditanya kenapa surrrender, jawapan-jawapan klise yang mereka bagi antaranya: "dia terlalu baik bagi aku.." "tak mungkin la dia nak kat aku ni.." "aku dengan dia macam langit dengan bumi.." and whatsoever la~ padahal mereka belum mencuba nasib pun.

Come on la guys, you haven't even tried yet you are so confident that they'll reject you. Kalau korang betul-betul serius, apa salahnya mencuba, at least kalau kena reject pun korang tau yang korang dah berusaha, betul tak..?? Try to think positive man.. Kalau korang asyik fikir yang negatif je, awal-awal lagi dah fikir negatif, of course negatif jugak la keputusan yang korang dapat..

Sebagai seorang wanita, aku nak share la sesuatu yang mungkin sesetengah lelaki masih belum tahu atau belum sedar.. Girls like it when guys start it first. Lelaki yang berani memulakan langkah pertama dianggap sebagai lelaki yang berani dan berkeyakinan, di samping kelihatan lebih gentleman dan menawan di mata wanita (tak percaya cuba tanya kawan-kawan perempuan korang). You got a merit just like that..

Aku teringat kat satu drama Jepun yang tajuknya Proposal Daisakusen. Siapa pernah tengok taulah macam mana kecewa dan menyesalnya Ken bila Rei kahwin dengan Tetsuya. Itulah yang terjadi bila seorang lelaki tak berani untuk luahkan perasaan dan memulakan langkah pertama. Last-last cuma dapat tengok dari tepi je si gadis pujaan hati kahwin dengan orang lain, padan muka dia..!! Nasib baik dalam cerita tu Ken boleh back to the past dan adjust balik semua yang dah berlaku. Tapi dalam real life ni korang ingat dapat ke buat macam tu jugak?? Tak ada maknanya.. sekali dah terlepas tu memang terlepas la sampai bila-bila..

kalau dah pemalu sangat, confess dalam bentuk surat atau sms pun okey jugak.. =)

Aku bagi satu lagi contoh situasi:  
Dua orang lelaki, Encik A dan Encik Z minat kat Cik F pada masa yang sama. Cik F dah bagi hint dan respon yang amat positif pada Encik A, tapi Encik A masih tak berani nak luahkan perasaan dia. Masih bermain tarik tali whatsoever, entah apa yang dia tunggu pun aku tak tau.. konon-konon nak tunggu masa yang sesuai la apa la.. Encik Z pulak, Cik F tak berapa minat, tapi Encik Z berani luahkan perasaan dia secara terus-terang dan jujur. Korang rasa siapa yang akan Cik F pilih, Encik A ke Encik Z?? Siapa yang kelihatan lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Cik F dalam situasi ni??

Aku tak tau la girls lain macam mana, tapi kalau aku di tempat Cik F, confirm aku akan pilih Encik Z sebab aku memang lebih suka lelaki yang berani luahkan perasaan mereka dengan jujur berbanding mereka yang menyerah sebelum mencuba.

So, guys out there, jangan cepat menyerah. Kalau korang betul-betul nakkan sesuatu, atau dalam hal ni, seseorang, cuba dapatkan dia. Kalau dah cuba tapi kena reject jugak, anggap jelah dia bukan jodoh korang. Jangan sampai korang menyesal bila nanti gadis pujaan hati korang kahwin dengan orang lain disebabkan sikap pengecut korang tu, sedangkan gadis tu sebenarnya pernah ada perasaan pada korang. Fikir-fikirkanlah ye.. Adios.. salam.. =)

Sunday, April 25, 2010

Are you what you seem to be??

Assalamualaikum...

Kalau korang perasan kan kat sidebar kat tepi blog aku ni ada 'quote of the day' kan. Everyday kalau aku bukak blog ni aku mesti akan baca quotations kat situ dulu sebelum jenguk yg lain-lain, tak kira la blog ke apa ke.. and biasanya kalau aku rasa quote tu best aku akan copy dan simpan untuk kegunaan masa hadapan.. hehe.. And satu hari tu masa aku tengah belek-belek tu aku terbaca la satu quote ni, which i really like and tiba-tiba rasa nak komen. Quote dia macam ni..

"Very few of us are what we seem.." -Agatha Christie-

Serius aku sangat tertarik ngan quotations makcik sorang nih. Aku rasa quote dia smua best-best, simple je tapi ada makna tersirat kalau difikirkan betul-betul. Contohnya macam yg hari ni punya quote, pun dari dia jugak, macam ni bunyinya -- "Too much mercy...often resulted in further crimes which were fatal to innocent victims who need not have been victims if justice had been put first and mercy second." -Agatha Christie-

Tapi quote yg ni lain kali la kot aku komen, tu pun kalau aku rajin la. Hari ni nak komen pasal satu quote tu je. Erm, in my opinion la kan, apa yang Mrs. Agatha tu cakap memang betul. Tak semua orang seperti apa yang mereka nampak atau digambarkan. Apa yang terlihat di luar tak semestinya menggambarkan apa yang ada di dalam. Dan apa yang ada di dalam tak semestinya tergambar di luar.

Contohnya kat dalam dunia blogging la kan. Ada sesetengah orang tu nampak macam jahat, kasar, and so on la bila kita baca apa yang dia tulis dalam blog dia. And bila orang baca blog dia pun terus rasa macam nak marah je, nak kutuk-kutuk je blogger sorang ni.. Rasa macam.. 'ish, blogger ni sesedap rasa dia je nak tulis, macam takde perasaan je.. agak-agak la pun kalau nak tulis. Ni nak main hentam je, tak consider langsung pasal sensitiviti orang lain..' (err.. i think i'm exaggerating again here.. haish, kenapa la aku suka exaggerate bila menulis ek..?? bad habit yg susah utk dibuang kot..??)



Ok, contoh tu macam tak kena je dengan apa yang nak disampaikan. Tapi sebenarnya aku pun tak tau nak bagi contoh macam mana. Takpelah, let's back to the topic. Maybe kalau dilihat dari cara penulisan dalam blog, orang tu nampak macam tak berapa nak baik, mengada-ngada, berlagak, sombong or whatsoever. Tapi hakikatnya in real life orang tu sebenarnya bukanlah macam tu. Mungkin pada hakikatnya orang tu sebenarnya sangat baik, peramah, loving whatsoever, tapi secara sedar atau tak sedar, penglibatan dalam dunia bloggers yang dipenuhi dengan pelbagai jenis ragam manusia yang buat dia jadi begitu. (cewah, macam skema pulak ayat aku hari ni.. demam apa ntah..)

Ok, tu contoh dalam blog. In real life lagi banyak contoh kot. And pasti la korang semua pun pernah jumpa manusia-manusia yang kat luar nampak macam baik, tapi sebenarnya takde la baik sangat pun. Kat depan orang punya la control ayu, cantik, lawa, baik, apa semua tapi bila sorang-sorang hampeh perangai teruk nak mampus. Pelakon paling popular yang aku tak kenal tu pun boleh kalah dengan dia. (sorry kalau aku agak over sikit di sini.. ada sesiapa terasa..?? sorry again..)

Tapi tak semua la. Ada jugak yg memang jujur tulus ikhlas suci murni je. Macam mana dia kat depan orang lain, macam tu jugak la diri dia sebenarnya. Orang yang macam ni adalah orang yang betul-betul bangga dengan diri dia so macam mana pun, di mana pun, dan bagaimana pun, dia tetap akan jadi diri dia sendiri. (betul ke camni..?? aku pun xtau sebenarnya.. haha.. lantak la..)

Aku? Yup, I admit that maybe I am not what I seem, tapi bukan la bermaksud aku ni berlagak baik or hipokrit or whatsoever. It's just that.. sometimes I tend not to be myself depan sesetengah orang atau dalam sesetengah keadaan. Contoh, kat depan sesetengah kawan-kawan rapat and family, perangai aku begini tapi depan kawan-kawan yang lain, lain pulak perangai aku. Dalam blog nampak macam mengada-ngada dan gedik sikit tapi kalau in real life, adoiyai punyalah sopan-santun, ayu, lagi macho sampai pijak semut pun tak mati.. tak caya sudah, tapi aku memang tak tipu.. hahaha..


So, which one is the real me..?? Yang dalam real life, dalam blog, dalam facebook, depan kengkawan atau depan family..?? Aku sendiri pun tak tau jawapannya.. yang aku tau, aku just jadi diri aku je all the time walaupun mungkin nampak macam ada personaliti yang berlainan dalam setiap keadaan.. yg penting aku behave dengan cara yang boleh buat aku rasa selesa dalam keadaan-keadaan tu.. err.. atau adakah aku memang ada banyak personaliti..?? erm.. erm.. eyh, kenapa aku rasa macam dah terkeluar tajuk je ni..?? ok ok, back to the topic please..

So kesimpulannya di sini, aku rasa aku tak reti la nak bagi pendapat segala bagai untuk benda-benda yang macam ni.. last-last mesti rasa macam terkeluar tajuk je.. takde bakat kot nak tulis pasal benda-benda macam ni, atau mungkin bakat tu perlu diasah lagi.. hmm, tapi biarlah nak terkeluar tajuk ke, tajuk tak sesuai dengan isi ke, asalkan orang faham.. kalau tak faham tak payah la baca.. hahaha.. lalalala~

Tuesday, April 6, 2010

Diam tapi berbicara.. atau berbicara dalam diam..

Assalamualaikum..

org slalu kata.. silence means yes la, apa la.. tapi bagi aku, silence can mean anything.. contohnya, bila aku bercakap dengan seseorang tapi orang tu diam je, x respon balik, x semestinya sebab dia setuju dgn apa yg aku kata.. x jugak bermakna yg dia sombong atau apa.. mungkin masa tu dia tgh mengelamun ke, berangan ke, sbb tu dia x dgr apa yg aku cakap.. or maybe dia bisu, sbb tu dia diam je.. atau mungkin dia memang malas nak layan aku..

diam memang banyak hikmahnya.. sebab tu la kita lebih digalakkan untuk diam daripada bercakap tentang perkara2 yg x berfaedah.. tapi slalunya, bila seseorang diam, ada banyak maksud yg mungkin tersirat di sebaliknya.. ada orang nampak diam je, tapi sebenarnya dia tgh fikirkan suatu masalah yg sgt berat.. ada org pulak, nampak diam, tenang, tapi dalam diam dia tu sebenarnya ada maksud yg ingin disampaikan.. (eh, apa aku merepek ni.. aku pun dah tak paham apa yg aku tulis..)




apa yg aku cuba nak sampaikan kat sini ialah.. sesetengah orang mengekspresikan perasaan diorang dgn cara berdiam diri.. contohnya, sesetengah org kalau bad mood ke, putus cinta ke, ada masalah ke, mesti akan diam.. so bila ada kawan2 korang yg tiba2 diam tu tau2 je la kan.. jgn la pegi usik2 dia pulak, kang silap haribulan mengamuk kawan tu..

tapi tak semua orang macam tu.. ada jugak yg memang diam (bukan sebab bisu) dan x siapa tau kenapa dia diam dan apa maksud diam dia sebenarnya.. org yg jenis macam ni biasanya jenis yg pendiam and tak ramai org yg faham diorang.. aku tau korang mungkin tak paham apa yg aku cuba nak sampaikan.. aku pun sama..

okey la, nak bagi korang senang paham, aku bagi contoh la.. contohnya macam diri aku sendiri la kan.. bagi yg memang dah kenal dgn aku, of coz korang dah tau yg aku ni memang pendiam and pendiam aku jenis yg macam mana kan.. tapi dalam diam-diam aku tu, korang tau tak apa yg aku tgh fikirkan?? apa yg aku tgh rasa??

bila korang nampak aku diam, mungkin korang akan anggap biasa je, xde apa2.. mungkin korang akan fikir macam ni: "ala.. Aya diam je, maksudnya dia tak kisah la tu.. okey la dia tu.. xde apa2 problem la tu.. normal je tu.." well, of coz la korang akan fikir macam tu sebab diam kan memang dah sangat sinonim dengan aku.. (Aya = Diam; Diam = Aya)

tapi sebenarnya dalam diam aku tu boleh tersembunyi banyaak maksud.. cuba tengok ni..

  • slalunya bila aku okay aku memang diam..
  • bila aku ada problem, aku diam..
  • bila aku rasa boring gila terbabas, aku diam..
  • bila aku bad mood, aku diam..
  • bila aku kecik hati, aku diam..
  • bila aku gembira, pun aku diam..
  • bila aku tenang, relax, aku diam..
  • bila aku busy atau nervous pun aku diam..
  • bila aku tgh berfikir tentang sesuatu perkara dgn mendalam, aku diam..
  • bila aku setuju ngan sesuatu perkara, aku diam..
  • tapi kadang2 bila aku tak setuju ngan sesuatu perkara, pun aku diam..
  • bila aku suka sesuatu, kadang2 aku diam..
  • and bila aku tak suka sesuatu pun slalunya aku akan diam je..
  • kesimpulannya, tak kira apa yg aku rasa atau aku fikir, slalunya aku memang akan diam..



so.. bila korang nampak aku diam.. korang takkan tau sama ada aku okey ke, ada problem ke, bad mood ke.. and korang mungkin perlu tanya aku macam ni setiap masa, "Aya, kau okay tak? mood kau bagus tak? boleh kacau tak?" haha.. kalau ada org tanya aku macam tu setiap masa confirm aku akan cakap, "TAKKK..!! AKU TAK OKEY..!! PEGI LA MAIN JAUH-JAUH..!! JANGAN KACAU AKU..!!" (apa yg aku tiba2 merepek pulak nii.. heee..)

hehe.. terlebey la pulak.. tapi korang jgn la tanya macam tu setiap masa okay.. most of the time insya-Allah aku okay je, so korang x perlu tanya.. tapi kalau nak tau jugak apa yg sebenarnya tgh bermain dalam fikiran aku, boleh je tanya, tapi aku tak jamin la aku akan bagitau.. lagi senang kalau korang baca je blog aku kot sebab kat dalam blog aku memang tak pernah diam..

apa2 pun, kalau korang memang betul2 faham tentang perangai aku, korang akan tau apa maksud diam aku yg sebenarnya pada waktu2 yg berlainan.. mungkin sekarang korang tengok aku diam, and you know that i'm fine.. tapi pada waktu2 yg lain bila korang nampak aku diam, automatik korang tau yg aku tengah bad mood.. x perlu aku nak cakap atau nak tunjuk dengan cara mengamuk ke apa ke, baru korang tau yg aku tgh bad mood.. setakat ni aku rasa belum ada sesiapa lagi yg dpt fahami diri aku macam tu.. termasuk la aku sendiri.. kot..

wallahu a'lam..

p/s: rasa macam tiba2 terkeluar tajuk pulak entry ni.. sebenarnya tadi aku nak crita pasal diam je.. tapi xtau macam mana boleh terlebih crita pasal diri aku pulak.. watever la.. janji bahagia..

Tuesday, February 23, 2010

suratan atau kebetulan??

Assalamualaikum..

dlm masa bbrp bulan ni, byk pkara yg dah blaku dlm hidup aku.. pkara yg mmg x pernah dijangka n yg aku x pernah t'fikir pun akan blaku dlm hidup aku.. kdg2 aku rasa apa yg blaku tu mcm mimpi.. kdg2 aku rasa mcm x percaya dgn apa yg blaku.. aku x percaya yg pkara tu smua sbnrnya btul2 blaku dlm hidup aku..

tp sbnrnya, apa yg blaku adalah suatu kenyataan & hakikat yg x dpt dinafikan.. percaya atau x percaya, apa yg berlaku ttp akan berlaku walaupun kita x percaya ianya btul2 berlaku, krna smua itu mmg telah tertulis dlm qada' dan qadar.. (mcm belit2 je ayat aku nih.. xpe, janji aku paham.. heheh..)

dunia ni walaupun nampak mcm luas dan besar, tp sbnrnya kecik dan sempit.. so ke mana2 pun kita pergi, x mustahil kita akan bjumpa dgn org yg kita knal atau dgn seseorg yg mungkin ada kaitan dgn kita tanpa kita ketahui.. aku dah byk kali alami peristiwa yg mcm ni.. waktu mula2 aku knal ngan seseorg tu, aku mmg x terfikir langsung yg hidup kitorang sbnrnya ada kaitan.. mmg x pernah terlintas pun yg org tu boleh ada kaitan dgn aku.. tp bila dah lama2 knal, baru aku dpt tau yg rupa2nya org tu sbnrnya ada link ngan hidup aku (in some way or another).. what a sweet coincidence huh?? (coincidence ke??)

kdg2 bila fikir2 balik, rasa mcm lucu pun ada jugak.. mcm mne kebetulan yg mcm tu boleh berlaku?? tp mcm yg aku cakap, mungkin itulah yg dinamakan suratan takdir.. x dpt dijangka, x dpt diramal, dan susah utk difikirkan.. kdg2 nampak mcm kebetulan, tp pnah x korg terfikir knapa n mcm mana kebetulan tu boleh berlaku?? smuanya atas kuasa Allah jugak kan?? so, suatu kebetulan yg berlaku dlm hidup kita sebenarnya memang telah tertulis dalam takdir kita..

mayb sbb tu jugaklah org slalu cakap 'love comes when u least expect it..' kita x pernah expect langsung yg org tu sbnrnya jodoh kita tp sbnrnya dialah org yg mmg ditakdirkan utk kita (er.. mcm dah terkeluar topik je ni?? hehe.. lantakla..)

urm.. pape pown, takdir seseorg mmg telah tertulis sejak azali.. x kisah la rasa macam mimpi ke rasa mcm angan2 ke, mcm kebetulan ke, tp kalau sesuatu tu mmg dah tertulis dlm qada' dan qadar kita, ia ttp akan berlaku.. walaupun kita x suka dgn apa yg berlaku, jgn pernah menyalahkan takdir kerana yakinlah bahawa takdir yg telah tertulis utk kita adalah yg terbaik utk diri kita.. lgpun, beriman kpd qada' dan qadar tu kan salah satu drpd rukun iman?? =)

wallahu a'lam..

Monday, May 4, 2009

~ The Feeling of Falling in Love ~

huhu.. lama sudah aku x update blog ni..
bz sgt okey.. dan sgt2 penat + letih gak..
smpaikan xde masa nk update blog walaupun tgn nih rasa gatal sgt nk menaip dan fikiran pun dah penuh dgn mcm2 kisah + cerita + idea yg dah sekian lama t'simpan + t'peram dalam otak.. huhu~

okeylah.. cukuplah mengarut tu..
b'balik kpd tajuk utama entri ini..

iaitu.. perasaan jatuh cinta..
walaupun tajuk tu dlm english tp aku nk tulis dlm bm sbb malas nk translate2.. boleh?? hehe~

sebnrnya aku just nk tau pndpt korg.. dlm fikiran korg la kan, camner ek perasaan jatuh cinta tu?? adakah spt yg digambarkn dlm novel2 cinta romantik di mana seseorg tu asyik t'fikir & t'ingat ttg si dia.. kalau x berjumpa sehari mula la rasa resah, gelisah.. dan bila berjumpa & bertentang mata pulak, hati akan rasa berdebar2 mcm nk pecah..

aku tanya pndpt korg ni sbb aku sendiri pun x pernah jatuh cinta sblom ni.. so, aku nk tau pndpt atau mungkin pengalaman korg yg dh pernah jatuh cinta tu ttg perkara ni.. saje jer nk share2 pndpt, x salah kan?? =)

okey, mungkin tipu kalau aku cakap yg aku x pernah jatuh cinta langsung.. ya, aku mengaku yg mungkin aku mmg pernah jatuh cinta.. mungkin dulu aku pernah jatuh cinta pd seseorg atau mungkin skrg ni pun aku sedang jatuh cinta tp aku x sedar yg aku dh jatuh cinta.. logik x kalau aku cakap mcm tu??

hmm, sblom korg bg pndpt korg, aku nk bg pndpt aku dulu.. pd pndpt aku la kan, perasaan bila jatuh cinta ni susah untuk digambarkan, sama ada dgn kata2, dgn gambar, mahupun dgn bahasa isyarat.. org putih cakap, 'indescribable'.. so, senang cakap, jatuh cinta adalah perasaan yg sukar digambarkan & hanya boleh dirasa apabila kita melaluinya..

lebih kurang mcm angin kot.. x boleh dilihat, x dpt digambarkan, tetapi hanya boleh dirasa & dinikmati apabila ia bertiup.. dan bila ianya bertiup, kita akan rasa segar, nyaman, etc.. macam tu jugaklah dgn cinta.. seseorg hanya akan dpt menikmati keindahan cinta apabila 'angin cinta' tu bertiup.. dan bila cinta mula 'bertiup', seseorg akan rasa gembira, bahagia & so on..

betul ke?? ntah, aku pun xpasti.. tu cuma pndpt aku jer.. seorg yg x berpengalaman dlm hal2 mcm ni.. kalau ada pengalaman pun drpd novel2 yg aku pernah baca je la.. x pernah betul2 mengalaminya.. haha..

so.. that's what i thought ttg perasaan jatuh cinta.. korg pulak mcm maner?? adakah pndpt korg sama dgn pndpt aku?? ataupun korg ada pandangan tersendiri ttg perkara ni??

Thursday, March 26, 2009

Earth Hour

korg tau x apa Earth Hour nih??

aku pun mula2 x tau gak..

lpas t'baca satu artikel sumwher lam tenet baru aku tau ttg earth hour..

tu pun baru ptg tadi..


pe yg aku phm ttg earth hour ni..

it is part of campaign on global warming

and during the earth hour, people r encouraged to switch off the lamp for an hour

which is from 8.30-9.30pm this saturday

meaning kita perlu bergelap selama satu jam..

xtau r lampu jer ke atau smua electric appliances yg kena switch off..

tp aku x kisah pun..


so.. pe nk wat lam gelap??

nk study of course xleh.. kecuali kalo korg nk guna lampu minyak or pelita..

cam org dulu2.. hahaha..


kalo aku.. aku just nk tgk pemandangan yg gelap gelita kat luar tu jer..

sambil tu tgk langit..

tgk bintang.. (kalo cuaca cerah & ade bintang la..)

sbb aku sgt suka star gazing..

evry nite sblom tdo aku msti akan tgk langit skjap..

sambil ambik angin + berangan + berimaginasi.. hahaha..

lam 10-15 minit.. pastu tdo..

hahaha..


k.. back to earth hour..

aku rasa okey gak kempen nih..

unik & len dr yg len.. hehe..

yelah.. rsnye x penah lg org wat kempen suh tutup lampu camni..

kalo dulu time kat asrama, ade la..

tiap mlm pengawas t'jerit2 suh tutup lampu bilik..

tp tu bkn kempen.. tu rules.. hahaha...


so.. kpd kwn2 sekalian..

marilah kita sama2 bergelap sabtu ini..

hahahahaha..

Friday, February 20, 2009

Gemok vs. Kurus

First skali aku nak tanye skit, apa sbnrnya definisi dua istilah ni?? Adakah gmok = overweight dan kurus = underweight?? Ataupun gmok = overweight dan kurus = normal weight?? Ataupun ada berat2 tertentu yg menentukan seseorg tu gmok atau kurus?? Cthnye kalo berat >50kg tu gmok and <50kg>

Dlm everyday life, aku slalu dgr org merungut pasal saiz badan dorang, especially mereka2 yg agak berisi, tembam, montel, atau dlm istilah yg kasar skit, gmok. Dlm iklan2 kat tv atau kat mana2 pun, byk gler yg promote ttg produk kuruskan badan. Kalo nak listkan smua mmg x cukup satu page. Tp kan, sbnrnya, buruk sgt ke org gemuk, dan cantik sgt ke org yg kurus ni??

Rasenye rmai org yg berpendapat kalo dier gemuk, xde org yg akan suka kat dier. Sapa kata?? Aku rasa mesti ada jer seseorg yg minat & suka org yg berisi ni. Tak smua org suka org yg kurus, dan bukan smua org x suka org gmok, kan.. x kira la lelaki ke pempuan. Aku pun kalo aku jadi lelaki, aku akan cari pempuan yg tembam dan berisi, x nak la pempuan yg kurus macam tiang, x sedap nak peluk… haha… Tp as a girl, aku lbih suka lelaki yg kurus... tp x nak la yg kurus nampak tulang tu. Maksud aku kurus tp yg berisi... phm x camne tu?? Tapi kalau lelaki tu tembam pun okey gak kot, comel… sesuai la ngan aku yg kurus ni, hehe… and aku berkawan ngan smua org, tanpa mengira saiz badan dorang.. so, kalo korang rasa korang gmok sgt atau kurus sgt, jgn risau, aku ttp akan kwn ngan korg..

Pendapat aku, x kiralah org tu gemuk ke, kurus ke, tembam ke, montel ke, masing2 ade kecantikan dan keistimewaan yg tersendiri. Aku rasa saiz badan x penting, yg penting kita sihat. Kalo kita kurus pun tp x sihat, x guna jugak kan?? So, better be gemuk dan berisi tp sihat dan cergas. Asalkan x obese tu dah kira okey la… asalkan BMI (Body-Mass Index) berada dlm normal range, hehe. Tp kalo org yg obese tu rasenye mmg patot la korg kuruskan badan kot, supaya lbih sihat, hehe.. (no offense kay..)

Kdg2 aku tgk rmai jugak org yg rasa dorang gemuk, tp bila aku tgk badan dorang, okey je, xde la gmok sgt pun, cuma berisi skit jer.. bukannya gmok gedempol dan besar cam gajah tu. Tapi dorang asyik komplen dan masih sibuk nak kuruskan badan jugak. Kalo yg agak overweight tu aku masih boleh trima lg reason dorang tp sesetgh org tu berat dier dh normal, dh sesuai ngan ketinggian dorang, mungkin bacaan die je kot yg agak besar, tp dorang still ckp yg dorang gmok and still nak kuruskan badan jugak. Hello… korang nak kurus camne lg?? Nak jadi underweight plak ke?? *dgn muka x phm*

Aku sendiri pun sbnrnya tgh berusaha nak naikkan badan. Bukannya aku x suka atau x bersyukur dgn saiz & berat badan aku yg skrg ni, tp aku just nak capai tahap normal jer sbb according to my current BMI, I’m underweight... huhu… So aku nak tambahkan skit isi lam badan aku spy dpt capai berat ideal yg sesuai ngan ketinggian aku, hehe.. Tapi kalo x dpt capai pun aku x kisah, janji aku sihat wal afiat jer.. bcoz a good health is much more valuable than anything..

Wednesday, February 4, 2009

Penting sangatkah kau?? Besar sangatkah kau??

naper smua benda lam dunia nih perlukan duit hah?? dari benda yg penting sampailah ke benda yg kecik, x penting dan remeh, smua tuh just boleh didapati kalo kita ada duit.. apa2 pun yg kita nak buat msti perlukan duit... nak makan, perlukan duit.. minum, kena bayar.. even nak g tandas pun kena bayar.. dunia nih dh jadi seolah-olah tempat di mana mknn utama manusia ialah duit, bukannya mknn spt nasi, roti, etc.. so kalo org tu x makan nasi dier masih boleh hidup tp kalo x 'makan' duit dier macam dh xleh nak hidup atas dunia nih..

besar dan penting sangat ke duit tuh?? istimewa sangatkah duit?? agung sangatkah duit tuh?? kdg2 aku tak paham naper duit tuh penting sangat skrg nih.. org zaman dulu (zaman paleolitik, neolitik, mesolitik, smua tuh) boleh jer hidup tanpa duit.. diorang xde duit pun boleh jer hidup senang2 dan happy tapi skrg nak tuntut ilmu pun kena bayar gak, padahal pd pendapat aku nilai ilmu tuh x boleh dibayar walopun dgn satu kapal yg penuh ngan duit jer.. aku rasa harga ilmu tuh lbih tinggi drpd tuh, x ternilai langsung...

kdg2 aku rasa baik aku hidup pd zaman dulu drpd zaman skrg.. org zaman dulu senang2 jer boleh hidup walopun diorang xde bende **** yg bernama duit tuh.. tp skrg nih evrything and evryone terpaksa bergantung dgn duit.. kalo x jadila macam org hidup segan mati x nak...

saperlah yg cipta duit dan matawang dalam dunia nih?? menyusahkan org btul la.. nih membuktikan yg manusia nih tamak dan gila harta dan gila segala-galanya.. dan Tuhan tu Maha Pemurah.. even kita nak hidup kat dunia nih pun Dia bagi free jer.. ader x Tuhan suruh kita bayar utk hidup kat dunia nih?? xde kan?? ader x Dia suruh bayar kalo kite nak guna anything atas dunia nih?? xde kan?? Dia just suruh kita sembah Dia jer and benda tuh simple jer, senang jer.. so, naper manusia nak wujudkan sistem yg menyusahkan smua org macam nih?? menyusahkan diri dan org laen jer.. lagi satu, menyebabkan macam2 permusuhan dan pergaduhan yg x sepatutnya berlaku..

pndpt aku, aku rasa kewujudan duit dlm dunia nih lebih byk mengakibatkan kerosakan dan kesusahan kpd manusia.. bukannya membawa kebahagiaan pun tapi sebaliknya membawa penderitaan.. so it's useless!!! kalo la aku ader kuasa veto utk ubah atau buat peraturan baru dlm dunia nih, aku akan hapuskan penggunaan duit.. aper2 bende yg org nak, ambik jer, free of charge.. nak buat aper pun, buat jer, x yah bayar... (tp bukan mencuri okey?? keizinan tuh tetap penting..) tp mmg impossible utk seseorg wat cam tu kan?? macam bermimpi berada di atas awan bersama putera kayangan jer.. haha.. so berangan jer la kau Aya nak wat sumthing cam tuh... huh..
ekor punyer nota: sory la, entri nih macam terlalu emosional sgt.. aku sbnrnya tgh geram dgn sesuatu yg melibatkan benda yg jadi tajuk utama entri nih a.k.a monetary issue... sbb tu la entri nih macam kasar jer bunyi dier and agak sarcastic.. sory kalo ader yg tersinggung, xde niat nk menyinggung anybody actually.. peace.. =)

Saturday, January 10, 2009

Cinta Yang Sempurna

Cinta Yang Sempurna - 6ixth Sense feat. Noe (Letto)

Terbawa aku
Dalam rasa
Yang selama ini terlupa
Mungkinkah ini cinta…

Hatiku cuba
Tuk mencari
Kemana aku telah pergi
Mungkin ini semua mimpi

*Hanya ilusi
Cinta yang menipu
Keindahan yang semu
Semua hanya palsu
Keindahan semu
Semua hanya palsu

**Bawa aku….
Kepada MU
Keindahan yang tak semu
Peluk aku
Jangan pernah
Kau biarkan
Ku terlupa pada Mu

Kasihku tempatku mengadu
Takkan ada
Cinta yang bisa sempurna
Selain kepadaMu
Kepada MU

* Repeat 1
** Repeat 2



Saper xtau lagu ni??? At first dulu aku pun xtau lagu ni, tapi aku just download je sbb ia dinyanyikan oleh Letto and 6ixth Sense - 2 band yg kira aku paling minat la, tapi 6ixth Sense aku x brapa minat pun, minat skit jer.. Tapi aku mmg suka dgr suara Noe yg sedap gler tu, hehehe..

Bila first tyme dgr, aku rasa xde la best sgt pun lagu ni, just biase2 je la. Tapi setelah beberapa kali mendengarnya, aku rasa best jugak lagu ni, so aku pun tertarik dan tersuka kat lagu ni. Apa yg buat aku suka??? Everything, dari artis, lagu, dan especially lirik dier.

Kalau korang dengar dan perhati betul2, lagu ni merujuk kepada Satu Cinta yang Paling Sempurna kat alam semesta ni, yang mengalahkan cinta Romeo kepada Juliet atau cinta Shah Jehan kepada Mumtaz dan segala cinta lain kat dunia ni - iaitu Cinta kepada Allah. Xyah perhati betul2 pun sbb mmg dh terang2 die sebut kat situ - "Takkan ada cinta yang bisa sempurna selain kepadaMu". Mana ada dalam dunia ni cinta yg lebih sempurna lagi, kalau ada cuba bagitau kat aku saper org tu... xde, x mungkin ade, korang xkan dpt jumpa cinta yg lebih sempurna walaupun korang mengembara ke seluruh pelosok dunia sekalipun.

Sbbnyer, cinta kpd Allah ni abadi seabadi-abadinya. Kalau ade org laen yg cakap cinta dier tu abadi, jgn caye sbb sah-sah die tipu. Bila kita cintakan Allah, secara automatiknya kita akan ada rasa cinta, kasih dan sayang kat orang dan makhluk2-Nya yg laen. Sbb kita mencintai sesuatu atau seseorg tu adalah kerana cinta kita kepada Allah. Kalau kita x cintakan Dia, kita xkan dpt nak cintakan org laen.

Cuba fikir, kenapa org bunuh org, culik org, rogol org, dera anak isteri, buang anak dsb. Tu bukti yg diorang tu dh xde perasaan kasih, sayang dan cinta kat dlm hati diorang. Sebabnyer, diorang ni x cintakan Allah. Cuba tgk balik, org2 yg buat benda2 macam tu, kebanyakannya diorang x ingat pun kat Allah. Buat maksiat la, minum arak la, dsb. Kalau org tu sayang dan cintakan Allah, mustahil dia akan buat benda2 macam tu kan.

Yelah, kalau dgn kekasih ke, suami ke, isteri ke, mestilah seboleh-bolehnya kita nak jaga perasaan si dia kan. Kita xkan buat benda2 yg dia x suka sbb xnak buat dia marah dan supaya dia lebih sayangkan kita. Macam tu gak la cinta kepada Allah. Anggap Dia tu kekasih yg paling kita sayang, paling kita cinta, paling kita rindu. Kita sanggup buat apa aje so that Dia tambah sayang kat kita jugak. Kita cuba gembirakan Dia dgn buat ape yg Dia suruh dan jgn buat apa yg Dia x suka. Kalau dgn manusia kita boleh buat, mustahil dgn Allah xleh buat kot.. Btol x..

Eh, panjang la plak, ingatkan nak citer pasal lagu je tadi, tapi dh 'ter'membebel panjang2 plak.. Mesti boring org baca, hehehe... Gomen ney.. Tapi xpelah, anggaplah entri ni sbg satu peringatan untuk kita smua ye... Mudah-mudahan kita dapat cintakan Dia lebih daripada kita cintakan kekasih, keluarga, dan kawan2 kita... dan mendapat cinta dariNya... InsyaAllah, Amin...

Thursday, December 4, 2008

Aku suka tengok tv tapi...

Salah satu hobi aku ialah tengok tv, tp aku sgt2 la x suka tgk iklan dlm tv.. msti ada ciri2 t'tentu dlm iklan kat tv yg buat aku kdg2 malas nak tgk tv..

1. Dahla iklan byk, panjang b'jela2 pulak tu. Panjang iklan dlm setiap sesi msti minimum 5 minit. Kdg2, citer tu actually pendek je. Tp sbb nak cukupkan masa 2 jam, diorang siarkan iklan byk2 & panjang2. Kalo citer yg 1/2 jam plak, citer baru start 2 minit, dh iklan. Then, bila dh start citer balik, 2-3 minit pastu, iklan balik. So kiranya citer tu just around 10 minutes jer, yg selebihnya tu just utk iklan je. Sbb tu aku malas nak tgk citer2 kat tv. Baek tgk wayang atau tgk CD je, xde iklan. Boleh tgk sampai habis without distraction.

2. Iklan yg disiarkan asyik2 iklan yg same je. Balik2 iklan tu. Setiap kali iklan asyik2 benda yg sama je yg dipromosikan. Mcm dh xde benda laen nk dipromote & xde iklan laen yg boleh disiarkan. Sampai aku pun boleh hafal skrip & jalan citer iklan tu.

3. Kebanyakan iklan msti menampilkan perempuan yg cantik + seksi sbg watak utama. Kalo boleh, yg rambut panjang + lurus (kononnye guna syampu Rejoice jer). Kalau iklan tu ttg produk kecantikan wanita xper jugak, boleh diterima skit. Tp yg peliknya iklan yg xde kaitan dgn produk kecantikan pun ada menampilkan watak perempuan cantik. Erm.. kecuali iklan Shieldtox (btol ke ejaan ni??), kot...

4. Kalau bukan produk kecantikan yg dipromosikan, msti ringtone + wallpaper handphone. x pun, tempat cari teman. Yg suruh sms2 tu la. Contoh: SMS ON CHAT la, ON KAWAN la... Ntah pape jer iklan camtu. Pening otak aku tengok.

Sbb nilah kdg2 aku malas nak tgk tv. Baek aku tgk citer Jepun kat CD jer. Ataupun main game ker, on9 ker. Ape2 jelah asalkan yg xde iklan2 merapu2 + merepek + ntah ape2 tu.

Saturday, September 20, 2008

>> Early Marriage

hmm, it's been quite a while since the last post.. well, that's bcoz i'm quite bz this week... sooo many things to get done... there's biostat assignment, immuno presentation, which was cancelled bcoz the lecturer is still abroad (yesz, lega sbb xde presentation, but hopefully he wouldn't do it next week coz i'll not b around, hahaha...) Then, this weekend, i'll have my last midterm paper (what a good felling to think about it) I can't wait to finish the xm (don't care how difficult it might be, yg pntg xm dh abis... hahaha, cheh, apa la)

this evening i had a presentation for Parenting & Family Management class and our topic is sooo interesting - EARLY MARRIAGE... our group is supposed to propose this topic to the class... Honestly, in my own point of view, i support the idea of getting married early, very2 much... u know what, mayb u don't realize it but there's soooooooo many advantages of getting married early (i mean around 20-23), especially for those who thought that they have found their "Mr. or Mrs. Right"...

talking about this topic, i just remembered about a few of my friends (particularly my schoolmates & classmates) who are in a deep love relationship... some of them have been in a relationship for only a few years, but some others have been in a relationship for quite a long time (some of them dh b'cinta for 8 or 9 yrs, which is almost 10 years already) Then I thought something: what if in the end they are not together??? Don't u think they have wasted their youth time??? What's the purpose of being in a relationship all these while??? Have they thought about that??

Of course i'm not hoping such an ending for my friends' love story bcoz as a friend, i absolutely wish for their happiness... and i really love a few of them who are such a sweet and loving couples (examples are Mr. A and Miss A)... so it will be a waste if u and ur partner are not together in the end... Therefore, i think one of the solution for this is to get married early... bcoz the more late u get married, the more challenges and problems u'll b facing in ur relationship, which might result in a bad outcome, which is breaking up... So, i think that as u r now still in love with that person, it's not a bad idea to get married right??? I mean, get married right after u finish ur study or as soon as u got a job... At least if the relationship ends with a marriage, the relationship that u have build all these years is not wasted... even if one day u might get divorced, at least u got to live together for a while with the person that u have loved for many years... then, it's not going to be such waste... Don't u guyz think so?? hehehe...

well, i'm just xpressing my opinion on this matter since i'm still in the 'mood' of discussing it... no intention to offend anyone but if there is anyone who's offended, i really apologize for that, okay... mayb u'll think like this: "what does this Aya-san know?? She herself have never been in love before so what's her right to give advice to us??? Talking about this and that when in reality she doesn't have any idea on what she's talking about..." It's okay, u may and u can think that way about me, but i'm just giving my opinion and mayb a lil' bit of advice (perhaps) to u all, especially my friends whom i loved soooooo much... finally, i really hope my friends who have been sweet couples all these years will have a happy ending of their love story... hope ur relationship will end with a very happy marriage and be together forever, Amin... Wishing u guyz & girlz all the best... & kalo dh nk kawin jgn lupe jemput aku k...

Thursday, September 4, 2008

Cinta vs. Couple

Saya sayangkan awak... Saya cintakan awak... I love you.... I xleh hidup tanpa you...

Kata2 seumpama ini mungkin sering kita dengar, sama ada dlm rancangan tv, dlm novel2 cinta, mahupun in the real life... And pd hari ini, kita dpt lihat begitu ramai pasangan, especially anak2 muda yg msh lg b’usia belasan thn, sudah mula b’jinak2 and tahu b’main cinta... Tp adakah kita tahu apa erti cinta yg sebenarnya??? Dan apakah hukum bercinta sblm kahwin, atau lebih popular dgn nm ‘bercouple’???

Skrg ni tak kurang jugak org yg b’couple dgn alasan bhw mereka b’cinta secara ‘Islamik’, contohnya: “Kitorg just sms2 je, x prnh jumpa, x prnh pegang2, lgpun kitorg sentiasa nasihat-menasihati ttg agama, so kitorg x buat dosa...” Tp masalahnya skrg, adakah mmg wujud istilah ‘Islamic couple’ ni dlm Islam??

Cinta mmg merupakan sesuatu yg suci kerana ia merupakan suatu anugerah drpd Allah... tetapi apabila ia disalahertikan, inilah yg menyebabkan ramai umat Islam pd zmn ini t’jebak dlm dunia p’cintaan sblm p’kahwinan, yg boleh m’bawa kpd p’zinaan...

Baru2 ni aku ada bc beberapa artikel menarik ttg cinta dr sudut pandangan Islam... and percaya atau x, aku baru tau apa sbnrnya hukum b’cinta sblm kahwin @ b’couple ni slps bc artikel2 tu... Honestly, sblom ni aku mmg xtau apa hukum b’couple dlm Islam (Ya Allah, ampunkanlah kejahilanku), and bila aku tgk org lain b’cinta, especially kwn2 aku yg masing2 dh ada pasangan, aku slalu rs jealous and t’ingin nak b’cinta jugak mcm diorang... sbb bila aku tgk diorg b’cinta, nmpk mcm best and bahagia jer... In reality mmg aku tau had p'gaulan yg dibolehkan antara lelaki & p'puan dlm Islam, so aku slalu b'angan2 & b'impikan kisah cinta "Islamic" mcm yg org lain buat... tp sygnyer xde org yg sudi nak b’couple dgn aku... *sad*... so I stay single until now.... hihihihi...

However, skrg ni aku rs b’syukur sgt2 sbb aku x prnh b’couple dan x prnh ada org yg ajak aku b’couple... *happy*... Walaupun dulu aku prnh jugak suka kat seseorg, tp aku b’syukur sgt sbb x t’jebak dlm dunia p’cintaan t’larang ni... Sbb lps bc smua artikel2 tu, aku baru dpt tau yg b’cinta sblom kahwin ni sbnrnya HARAM di sisi Islam, walaupun mungkin ianya "Islamik" di pandangan segelintir org... Nak tau kenapa??? Sbb setiap org yg b’couple ni pasti akan melakukn zina... Bila ckp ttg zina, pasti org akan bygkn hubungan intim antara seorg lelaki & seorg wanita... tp zina ni sbnrnya bukan setakat tu jer, zina sbnrnya ada byk jenis... Percaya atau x, setiap pancaindera kita boleh melakukan zina...

Ini b’dasarkn satu hadis Nabi Muhammad S.A.W yg b’bunyi:

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang, zina lidah ialah berkata, zina tangan ialah menyentuh, zina kaki ialah melangkah, zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”

Drpd hadis ni kita dpt lihat bahawa setiap organ deria kita boleh melakukan zina... and bila setiap organ ini b’zina, dosanya adalah sm beratnya dgn org yg melakukn zina itu sendiri... Drpd mata, telinga, lidah, tgn dan kaki, semuanya boleh b’zina.... even hati pun boleh b’zina... Bahkan, zina hati adalah yg paling b’bahaya skali sbb ramai yg x sedar bhw sbnrnya hati mrk juga sdg b’zina... Pasti ramai yg t’tny2, how can hati b’zina??? The answer is as simple as this: everytime kita t’ingatkn kekasih kita, everytime kita bayangkn kecantikan atau ketampanan si dia, everytime kita rindu kat si dia & rs ingin nk b’jumpa dgn si dia, waktu tulah sbnrnya hati kita sdg b’zina...

So, bagi pasangan2 yg mengatakan bhw mereka sdg b’cinta secara ‘Islamik’ tu, adakah mrk pasti bhw mrk langsung x prnh ada perasaan rindu pd kekasih mrk?? Adakah mrk betul2 pasti bhw dlm hati mrk langsung tiada perasaan atau keinginan yg timbul apabila mrk sdg b’hubung dgn pasangan mrk?? Mungkin benar mrk x pernah b’sentuhan tp apabila mrk b’sms atau b’telefon, sbnrnya tgn yg menaip sms tu dan telinga yg m’dengar serta mulut yg b’kata tu sdg melakukan zina... So, kesimpulannya, setiap org yg b’couple x mungkin akan t’lepas dr zina...

Aku mengaku yg aku sendiri pun mungkin prnh melakukan zina, especially zina hati, sbb kita pasti akan merindui org yg kita suka walaupun tanpa apa2 hubungan... tp slps aku tau ttg smua bhgn2 zina ni and apa hukumnya, aku cepat2 b’taubat and lupakan lelaki yg prnh aku suka tu sbb aku nak elakkan diri aku dari melakukan zina tanpa aku sedari... Alhamdulillah, skrg ni aku dh berjaya lupakan lelaki tu dan t’nyata hati aku skrg ni lbih tenang dan gembira b’banding dulu...

So, di sini kita boleh lihat betapa halusnya cara syaitan menipu anak2 Adam supaya melakukan dosa sehinggakan tanpa disedari mrk sbnrnya sdg melakukan suatu dosa besar... Jd, sbg seorang Islam, marilah kita sm2 b’lindung kpd Allah agar dijauhi dr zina dan perkara2 yg boleh m’bawa kpdnya kerana perkara ini sgt dibenci oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T dlm surah Al-Isra’ ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Kpd pasangan2 di luar sana yg sdg asyik b’cinta, b’taubatlah sblm t’lmbt... kalau dh cinta dan syg sgt kat pasangan anda tu, berkahwinlah melalui cara yg sah... Sesungguhnya cinta yg diredhai Allah hanyalah cinta selepas pernikahan yg sah... Tinggalkanlah p’buatan zina yg dibenci Allah ini... Carilah cinta yang abadi iaitu cinta Allah, semoga rahmat dan redha Allah mengiringi kita semua... Amin...