ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Friday, July 30, 2010

Kenapa tak confess??

Assalamualaikum..

Aku ada satu persoalan yang dah agak lama jugak bermain dalam minda aku ni. Aku tak faham, kenapa ada orang yang tak berani meluahkan perasaan sendiri?? Terutamanya lelaki la. Kalau orang perempuan tu aku faham la, mungkin mereka malu, biasalah perempuan kan memang dilahirkan dengan sifat malu. Tapi kalau lelaki yang tak berani luahkan perasaan, apa pulak sebabnya?? Malu jugak?? Atau terlalu ego?? Atau pengecut, takut kena reject??

Aku bukan nak mengata atau kutuk siapa-siapa, tapi aku memang agak pelik dan tak faham dengan sesetengah orang terutamanya lelaki yang sangat suka pendam perasaan lama-lama walaupun dia memang betul-betul sukakan seseorang gadis tu. Lepas tu bila si gadis yang disukai dan diminati tu dah bagi respon positif pun, si lelaki masih tak nak luahkan apa yang dia rasa. Entah apa yang dia tunggu. Takkan nak tunggu perempuan jugak yang mulakan dulu kot?? Memang la tak salah kalau perempuan mulakan dulu, tapi kan lebih manis dan elok kalau lelaki yang mulakan dulu?? Baru nampak gentleman kan??

salah satu cara confession.. =P

Sesetengah lelaki pulak ada yang berundur sebelum berperang. Konon-konon takut di'reject' oleh si pujaan hati walaupun semua orang tahu dan dah memang terlalu obvious yang dia dah terlalu minat, sayang, dan cinta gila kat perempuan tu. Bila ditanya kenapa surrrender, jawapan-jawapan klise yang mereka bagi antaranya: "dia terlalu baik bagi aku.." "tak mungkin la dia nak kat aku ni.." "aku dengan dia macam langit dengan bumi.." and whatsoever la~ padahal mereka belum mencuba nasib pun.

Come on la guys, you haven't even tried yet you are so confident that they'll reject you. Kalau korang betul-betul serius, apa salahnya mencuba, at least kalau kena reject pun korang tau yang korang dah berusaha, betul tak..?? Try to think positive man.. Kalau korang asyik fikir yang negatif je, awal-awal lagi dah fikir negatif, of course negatif jugak la keputusan yang korang dapat..

Sebagai seorang wanita, aku nak share la sesuatu yang mungkin sesetengah lelaki masih belum tahu atau belum sedar.. Girls like it when guys start it first. Lelaki yang berani memulakan langkah pertama dianggap sebagai lelaki yang berani dan berkeyakinan, di samping kelihatan lebih gentleman dan menawan di mata wanita (tak percaya cuba tanya kawan-kawan perempuan korang). You got a merit just like that..

Aku teringat kat satu drama Jepun yang tajuknya Proposal Daisakusen. Siapa pernah tengok taulah macam mana kecewa dan menyesalnya Ken bila Rei kahwin dengan Tetsuya. Itulah yang terjadi bila seorang lelaki tak berani untuk luahkan perasaan dan memulakan langkah pertama. Last-last cuma dapat tengok dari tepi je si gadis pujaan hati kahwin dengan orang lain, padan muka dia..!! Nasib baik dalam cerita tu Ken boleh back to the past dan adjust balik semua yang dah berlaku. Tapi dalam real life ni korang ingat dapat ke buat macam tu jugak?? Tak ada maknanya.. sekali dah terlepas tu memang terlepas la sampai bila-bila..

kalau dah pemalu sangat, confess dalam bentuk surat atau sms pun okey jugak.. =)

Aku bagi satu lagi contoh situasi:  
Dua orang lelaki, Encik A dan Encik Z minat kat Cik F pada masa yang sama. Cik F dah bagi hint dan respon yang amat positif pada Encik A, tapi Encik A masih tak berani nak luahkan perasaan dia. Masih bermain tarik tali whatsoever, entah apa yang dia tunggu pun aku tak tau.. konon-konon nak tunggu masa yang sesuai la apa la.. Encik Z pulak, Cik F tak berapa minat, tapi Encik Z berani luahkan perasaan dia secara terus-terang dan jujur. Korang rasa siapa yang akan Cik F pilih, Encik A ke Encik Z?? Siapa yang kelihatan lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Cik F dalam situasi ni??

Aku tak tau la girls lain macam mana, tapi kalau aku di tempat Cik F, confirm aku akan pilih Encik Z sebab aku memang lebih suka lelaki yang berani luahkan perasaan mereka dengan jujur berbanding mereka yang menyerah sebelum mencuba.

So, guys out there, jangan cepat menyerah. Kalau korang betul-betul nakkan sesuatu, atau dalam hal ni, seseorang, cuba dapatkan dia. Kalau dah cuba tapi kena reject jugak, anggap jelah dia bukan jodoh korang. Jangan sampai korang menyesal bila nanti gadis pujaan hati korang kahwin dengan orang lain disebabkan sikap pengecut korang tu, sedangkan gadis tu sebenarnya pernah ada perasaan pada korang. Fikir-fikirkanlah ye.. Adios.. salam.. =)

No comments: