ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Showing posts with label Lelaki dan Wanita. Show all posts
Showing posts with label Lelaki dan Wanita. Show all posts

Monday, September 20, 2010

Aku perlukan penyelesaian

Assalamualaikum..


Aku nak mintak tolong sikit dari korang pembaca-pembaca yang baik hati. Aku perlukan nasihat, komen atau pendapat tentang satu masalah ni. Ni bukan masalah aku tapi masalah sorang kawan baik aku. Aku nak tolong dia, tapi aku sendiri pun tak ada pengalaman, so aku tak tau nak buat macam mana.

Korang semua lebih berpengalaman kan dalam bab cintan ni, so mesti banyak yang korang tau kan.. tolong eh.. :)

Kisahnya macam ni. 

Kawan aku ni kira alim la jugak. Baik, bijak, sopan-santun, lemah-lembut, pemalu, muka pun sedap mata memandang orang kata. Bab aurat pergaulan semua dia jaga, solat pun tak tinggal, memang jauh beza dengan aku. Maklom la dia ni anak tuan imam.

Suatu hari entah macam mana dia boleh ter'berkenalan dan ter'berkawan ngan sorang lelaki ni kat dalam satu social network.

Lepas dah agak lama kenal, entah macam mana kawan aku ni boleh tertarik kat lelaki tu. Dia kata lelaki tu baik, memahami, menghormati dia sebagai perempuan, dan macam-macam lagilah. Dia pun suka dan selesa berkawan dengan lelaki tu.

Aku pernah cakap kat dia, jangan percaya sangat kat orang. Lagipun dorang berkawan melalui sms dan chat je. Dia tu dah la agak bendul sikit kadang-kadang.

Tapi dia kata dia yakin lelaki tu memang baik dan jujur. Lagipun selama dorang berkawan dia tak nampak yang lelaki tu ada niat tak baik kat dia. Dia kata la, aku cuma tulis balik apa yang dia kata je.

Apa pun aku harap lelaki tu betul-betul la jujur berkawan dengan dia. Kesian la kan kalau orang baik macam dia dipermainkan.

Masalahnya, kawan aku cakap lelaki tu macam rasa rendah diri sangat dengan dia sebab lelaki tu sebenarnya ada sejarah yang tak berapa baik, walaupun sekarang dia dah berubah. Dari kisah-kisah yang kawan aku ceritakan, aku rasa lelaki tu memang caring sangat kat kawan aku tu. Siap bagi lagu jiwang lagi tu kat kawan aku..
tapi dia cakap kat kawan aku supaya kalau boleh cari la orang yang lebih baik daripada dia sebab dorang memang macam langit dengan bumi.

Lelaki tu tak tau yang kawan aku ni memang dah betul-betul suka kat dia. Kawan aku tu pernah cakap kat aku yang dia tak pernah kisah langsung pasal masa lalu lelaki tu. Kalau boleh dia nak sangat jadi teman hidup lelaki tu, temankan dia supaya dapat jadi lebih baik lagi. Dia nak sama-sama jadi manusia yang lebih baik bersama lelaki tu.

Serius terharu aku dengar. Macam dalam movie ayat dia. Tapi aku pun tak tau nak cakap apa, nak buat apa, so aku suruh dia sabar je la. Kalau ada jodoh dorang ada la kan, tapi kalau tak ada, sabar je la..

Rumit kan masalah dia?? Aku pun tak berapa faham kisah dorang ni sebenarnya, tapi lebih kurang macam tu la. Ni kisah benar tau, bukan main-main, bukan adaptasi dari novel atau filem walaupun bunyi macam dalam filem.

Err.. kalau korang la kan, kalau korang berada di tempat aku atau kawan aku tu, agak-agak apa yang korang akan buat?? Terus berharap? Lupakan dia? Atau... ada apa-apa cadangan?
lagu tema.. err, entah ada kaitan ke tak..
tapi ada kaitan dengan aku.. hee..
ya Allah, jika dia memang untukku, satukanlah kami dalam redhaMu..
jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..
sesungguhnya hanya kepadaMu aku bergantung harapan..
amin~

Friday, July 30, 2010

Kenapa tak confess??

Assalamualaikum..

Aku ada satu persoalan yang dah agak lama jugak bermain dalam minda aku ni. Aku tak faham, kenapa ada orang yang tak berani meluahkan perasaan sendiri?? Terutamanya lelaki la. Kalau orang perempuan tu aku faham la, mungkin mereka malu, biasalah perempuan kan memang dilahirkan dengan sifat malu. Tapi kalau lelaki yang tak berani luahkan perasaan, apa pulak sebabnya?? Malu jugak?? Atau terlalu ego?? Atau pengecut, takut kena reject??

Aku bukan nak mengata atau kutuk siapa-siapa, tapi aku memang agak pelik dan tak faham dengan sesetengah orang terutamanya lelaki yang sangat suka pendam perasaan lama-lama walaupun dia memang betul-betul sukakan seseorang gadis tu. Lepas tu bila si gadis yang disukai dan diminati tu dah bagi respon positif pun, si lelaki masih tak nak luahkan apa yang dia rasa. Entah apa yang dia tunggu. Takkan nak tunggu perempuan jugak yang mulakan dulu kot?? Memang la tak salah kalau perempuan mulakan dulu, tapi kan lebih manis dan elok kalau lelaki yang mulakan dulu?? Baru nampak gentleman kan??

salah satu cara confession.. =P

Sesetengah lelaki pulak ada yang berundur sebelum berperang. Konon-konon takut di'reject' oleh si pujaan hati walaupun semua orang tahu dan dah memang terlalu obvious yang dia dah terlalu minat, sayang, dan cinta gila kat perempuan tu. Bila ditanya kenapa surrrender, jawapan-jawapan klise yang mereka bagi antaranya: "dia terlalu baik bagi aku.." "tak mungkin la dia nak kat aku ni.." "aku dengan dia macam langit dengan bumi.." and whatsoever la~ padahal mereka belum mencuba nasib pun.

Come on la guys, you haven't even tried yet you are so confident that they'll reject you. Kalau korang betul-betul serius, apa salahnya mencuba, at least kalau kena reject pun korang tau yang korang dah berusaha, betul tak..?? Try to think positive man.. Kalau korang asyik fikir yang negatif je, awal-awal lagi dah fikir negatif, of course negatif jugak la keputusan yang korang dapat..

Sebagai seorang wanita, aku nak share la sesuatu yang mungkin sesetengah lelaki masih belum tahu atau belum sedar.. Girls like it when guys start it first. Lelaki yang berani memulakan langkah pertama dianggap sebagai lelaki yang berani dan berkeyakinan, di samping kelihatan lebih gentleman dan menawan di mata wanita (tak percaya cuba tanya kawan-kawan perempuan korang). You got a merit just like that..

Aku teringat kat satu drama Jepun yang tajuknya Proposal Daisakusen. Siapa pernah tengok taulah macam mana kecewa dan menyesalnya Ken bila Rei kahwin dengan Tetsuya. Itulah yang terjadi bila seorang lelaki tak berani untuk luahkan perasaan dan memulakan langkah pertama. Last-last cuma dapat tengok dari tepi je si gadis pujaan hati kahwin dengan orang lain, padan muka dia..!! Nasib baik dalam cerita tu Ken boleh back to the past dan adjust balik semua yang dah berlaku. Tapi dalam real life ni korang ingat dapat ke buat macam tu jugak?? Tak ada maknanya.. sekali dah terlepas tu memang terlepas la sampai bila-bila..

kalau dah pemalu sangat, confess dalam bentuk surat atau sms pun okey jugak.. =)

Aku bagi satu lagi contoh situasi:  
Dua orang lelaki, Encik A dan Encik Z minat kat Cik F pada masa yang sama. Cik F dah bagi hint dan respon yang amat positif pada Encik A, tapi Encik A masih tak berani nak luahkan perasaan dia. Masih bermain tarik tali whatsoever, entah apa yang dia tunggu pun aku tak tau.. konon-konon nak tunggu masa yang sesuai la apa la.. Encik Z pulak, Cik F tak berapa minat, tapi Encik Z berani luahkan perasaan dia secara terus-terang dan jujur. Korang rasa siapa yang akan Cik F pilih, Encik A ke Encik Z?? Siapa yang kelihatan lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Cik F dalam situasi ni??

Aku tak tau la girls lain macam mana, tapi kalau aku di tempat Cik F, confirm aku akan pilih Encik Z sebab aku memang lebih suka lelaki yang berani luahkan perasaan mereka dengan jujur berbanding mereka yang menyerah sebelum mencuba.

So, guys out there, jangan cepat menyerah. Kalau korang betul-betul nakkan sesuatu, atau dalam hal ni, seseorang, cuba dapatkan dia. Kalau dah cuba tapi kena reject jugak, anggap jelah dia bukan jodoh korang. Jangan sampai korang menyesal bila nanti gadis pujaan hati korang kahwin dengan orang lain disebabkan sikap pengecut korang tu, sedangkan gadis tu sebenarnya pernah ada perasaan pada korang. Fikir-fikirkanlah ye.. Adios.. salam.. =)

Saturday, September 20, 2008

>> Early Marriage

hmm, it's been quite a while since the last post.. well, that's bcoz i'm quite bz this week... sooo many things to get done... there's biostat assignment, immuno presentation, which was cancelled bcoz the lecturer is still abroad (yesz, lega sbb xde presentation, but hopefully he wouldn't do it next week coz i'll not b around, hahaha...) Then, this weekend, i'll have my last midterm paper (what a good felling to think about it) I can't wait to finish the xm (don't care how difficult it might be, yg pntg xm dh abis... hahaha, cheh, apa la)

this evening i had a presentation for Parenting & Family Management class and our topic is sooo interesting - EARLY MARRIAGE... our group is supposed to propose this topic to the class... Honestly, in my own point of view, i support the idea of getting married early, very2 much... u know what, mayb u don't realize it but there's soooooooo many advantages of getting married early (i mean around 20-23), especially for those who thought that they have found their "Mr. or Mrs. Right"...

talking about this topic, i just remembered about a few of my friends (particularly my schoolmates & classmates) who are in a deep love relationship... some of them have been in a relationship for only a few years, but some others have been in a relationship for quite a long time (some of them dh b'cinta for 8 or 9 yrs, which is almost 10 years already) Then I thought something: what if in the end they are not together??? Don't u think they have wasted their youth time??? What's the purpose of being in a relationship all these while??? Have they thought about that??

Of course i'm not hoping such an ending for my friends' love story bcoz as a friend, i absolutely wish for their happiness... and i really love a few of them who are such a sweet and loving couples (examples are Mr. A and Miss A)... so it will be a waste if u and ur partner are not together in the end... Therefore, i think one of the solution for this is to get married early... bcoz the more late u get married, the more challenges and problems u'll b facing in ur relationship, which might result in a bad outcome, which is breaking up... So, i think that as u r now still in love with that person, it's not a bad idea to get married right??? I mean, get married right after u finish ur study or as soon as u got a job... At least if the relationship ends with a marriage, the relationship that u have build all these years is not wasted... even if one day u might get divorced, at least u got to live together for a while with the person that u have loved for many years... then, it's not going to be such waste... Don't u guyz think so?? hehehe...

well, i'm just xpressing my opinion on this matter since i'm still in the 'mood' of discussing it... no intention to offend anyone but if there is anyone who's offended, i really apologize for that, okay... mayb u'll think like this: "what does this Aya-san know?? She herself have never been in love before so what's her right to give advice to us??? Talking about this and that when in reality she doesn't have any idea on what she's talking about..." It's okay, u may and u can think that way about me, but i'm just giving my opinion and mayb a lil' bit of advice (perhaps) to u all, especially my friends whom i loved soooooo much... finally, i really hope my friends who have been sweet couples all these years will have a happy ending of their love story... hope ur relationship will end with a very happy marriage and be together forever, Amin... Wishing u guyz & girlz all the best... & kalo dh nk kawin jgn lupe jemput aku k...

Thursday, September 4, 2008

Cinta vs. Couple

Saya sayangkan awak... Saya cintakan awak... I love you.... I xleh hidup tanpa you...

Kata2 seumpama ini mungkin sering kita dengar, sama ada dlm rancangan tv, dlm novel2 cinta, mahupun in the real life... And pd hari ini, kita dpt lihat begitu ramai pasangan, especially anak2 muda yg msh lg b’usia belasan thn, sudah mula b’jinak2 and tahu b’main cinta... Tp adakah kita tahu apa erti cinta yg sebenarnya??? Dan apakah hukum bercinta sblm kahwin, atau lebih popular dgn nm ‘bercouple’???

Skrg ni tak kurang jugak org yg b’couple dgn alasan bhw mereka b’cinta secara ‘Islamik’, contohnya: “Kitorg just sms2 je, x prnh jumpa, x prnh pegang2, lgpun kitorg sentiasa nasihat-menasihati ttg agama, so kitorg x buat dosa...” Tp masalahnya skrg, adakah mmg wujud istilah ‘Islamic couple’ ni dlm Islam??

Cinta mmg merupakan sesuatu yg suci kerana ia merupakan suatu anugerah drpd Allah... tetapi apabila ia disalahertikan, inilah yg menyebabkan ramai umat Islam pd zmn ini t’jebak dlm dunia p’cintaan sblm p’kahwinan, yg boleh m’bawa kpd p’zinaan...

Baru2 ni aku ada bc beberapa artikel menarik ttg cinta dr sudut pandangan Islam... and percaya atau x, aku baru tau apa sbnrnya hukum b’cinta sblm kahwin @ b’couple ni slps bc artikel2 tu... Honestly, sblom ni aku mmg xtau apa hukum b’couple dlm Islam (Ya Allah, ampunkanlah kejahilanku), and bila aku tgk org lain b’cinta, especially kwn2 aku yg masing2 dh ada pasangan, aku slalu rs jealous and t’ingin nak b’cinta jugak mcm diorang... sbb bila aku tgk diorg b’cinta, nmpk mcm best and bahagia jer... In reality mmg aku tau had p'gaulan yg dibolehkan antara lelaki & p'puan dlm Islam, so aku slalu b'angan2 & b'impikan kisah cinta "Islamic" mcm yg org lain buat... tp sygnyer xde org yg sudi nak b’couple dgn aku... *sad*... so I stay single until now.... hihihihi...

However, skrg ni aku rs b’syukur sgt2 sbb aku x prnh b’couple dan x prnh ada org yg ajak aku b’couple... *happy*... Walaupun dulu aku prnh jugak suka kat seseorg, tp aku b’syukur sgt sbb x t’jebak dlm dunia p’cintaan t’larang ni... Sbb lps bc smua artikel2 tu, aku baru dpt tau yg b’cinta sblom kahwin ni sbnrnya HARAM di sisi Islam, walaupun mungkin ianya "Islamik" di pandangan segelintir org... Nak tau kenapa??? Sbb setiap org yg b’couple ni pasti akan melakukn zina... Bila ckp ttg zina, pasti org akan bygkn hubungan intim antara seorg lelaki & seorg wanita... tp zina ni sbnrnya bukan setakat tu jer, zina sbnrnya ada byk jenis... Percaya atau x, setiap pancaindera kita boleh melakukan zina...

Ini b’dasarkn satu hadis Nabi Muhammad S.A.W yg b’bunyi:

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang, zina lidah ialah berkata, zina tangan ialah menyentuh, zina kaki ialah melangkah, zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”

Drpd hadis ni kita dpt lihat bahawa setiap organ deria kita boleh melakukan zina... and bila setiap organ ini b’zina, dosanya adalah sm beratnya dgn org yg melakukn zina itu sendiri... Drpd mata, telinga, lidah, tgn dan kaki, semuanya boleh b’zina.... even hati pun boleh b’zina... Bahkan, zina hati adalah yg paling b’bahaya skali sbb ramai yg x sedar bhw sbnrnya hati mrk juga sdg b’zina... Pasti ramai yg t’tny2, how can hati b’zina??? The answer is as simple as this: everytime kita t’ingatkn kekasih kita, everytime kita bayangkn kecantikan atau ketampanan si dia, everytime kita rindu kat si dia & rs ingin nk b’jumpa dgn si dia, waktu tulah sbnrnya hati kita sdg b’zina...

So, bagi pasangan2 yg mengatakan bhw mereka sdg b’cinta secara ‘Islamik’ tu, adakah mrk pasti bhw mrk langsung x prnh ada perasaan rindu pd kekasih mrk?? Adakah mrk betul2 pasti bhw dlm hati mrk langsung tiada perasaan atau keinginan yg timbul apabila mrk sdg b’hubung dgn pasangan mrk?? Mungkin benar mrk x pernah b’sentuhan tp apabila mrk b’sms atau b’telefon, sbnrnya tgn yg menaip sms tu dan telinga yg m’dengar serta mulut yg b’kata tu sdg melakukan zina... So, kesimpulannya, setiap org yg b’couple x mungkin akan t’lepas dr zina...

Aku mengaku yg aku sendiri pun mungkin prnh melakukan zina, especially zina hati, sbb kita pasti akan merindui org yg kita suka walaupun tanpa apa2 hubungan... tp slps aku tau ttg smua bhgn2 zina ni and apa hukumnya, aku cepat2 b’taubat and lupakan lelaki yg prnh aku suka tu sbb aku nak elakkan diri aku dari melakukan zina tanpa aku sedari... Alhamdulillah, skrg ni aku dh berjaya lupakan lelaki tu dan t’nyata hati aku skrg ni lbih tenang dan gembira b’banding dulu...

So, di sini kita boleh lihat betapa halusnya cara syaitan menipu anak2 Adam supaya melakukan dosa sehinggakan tanpa disedari mrk sbnrnya sdg melakukan suatu dosa besar... Jd, sbg seorang Islam, marilah kita sm2 b’lindung kpd Allah agar dijauhi dr zina dan perkara2 yg boleh m’bawa kpdnya kerana perkara ini sgt dibenci oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T dlm surah Al-Isra’ ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Kpd pasangan2 di luar sana yg sdg asyik b’cinta, b’taubatlah sblm t’lmbt... kalau dh cinta dan syg sgt kat pasangan anda tu, berkahwinlah melalui cara yg sah... Sesungguhnya cinta yg diredhai Allah hanyalah cinta selepas pernikahan yg sah... Tinggalkanlah p’buatan zina yg dibenci Allah ini... Carilah cinta yang abadi iaitu cinta Allah, semoga rahmat dan redha Allah mengiringi kita semua... Amin...