Assalamualaikum..
Aku nak mintak tolong sikit dari korang pembaca-pembaca yang baik hati. Aku perlukan nasihat, komen atau pendapat tentang satu masalah ni. Ni bukan masalah aku tapi masalah sorang kawan baik aku. Aku nak tolong dia, tapi aku sendiri pun tak ada pengalaman, so aku tak tau nak buat macam mana.
Korang semua lebih berpengalaman kan dalam bab cintan ni, so mesti banyak yang korang tau kan.. tolong eh.. :)
Korang semua lebih berpengalaman kan dalam bab cintan ni, so mesti banyak yang korang tau kan.. tolong eh.. :)
Kisahnya macam ni.
Kawan aku ni kira alim la jugak. Baik, bijak, sopan-santun, lemah-lembut, pemalu, muka pun sedap mata memandang orang kata. Bab aurat pergaulan semua dia jaga, solat pun tak tinggal, memang jauh beza dengan aku. Maklom la dia ni anak tuan imam.
Suatu hari entah macam mana dia boleh ter'berkenalan dan ter'berkawan ngan sorang lelaki ni kat dalam satu social network.
Suatu hari entah macam mana dia boleh ter'berkenalan dan ter'berkawan ngan sorang lelaki ni kat dalam satu social network.
Lepas dah agak lama kenal, entah macam mana kawan aku ni boleh tertarik kat lelaki tu. Dia kata lelaki tu baik, memahami, menghormati dia sebagai perempuan, dan macam-macam lagilah. Dia pun suka dan selesa berkawan dengan lelaki tu.
Aku pernah cakap kat dia, jangan percaya sangat kat orang. Lagipun dorang berkawan melalui sms dan chat je. Dia tu dah la agak bendul sikit kadang-kadang.
Tapi dia kata dia yakin lelaki tu memang baik dan jujur. Lagipun selama dorang berkawan dia tak nampak yang lelaki tu ada niat tak baik kat dia. Dia kata la, aku cuma tulis balik apa yang dia kata je.
Apa pun aku harap lelaki tu betul-betul la jujur berkawan dengan dia. Kesian la kan kalau orang baik macam dia dipermainkan.
Tapi dia kata dia yakin lelaki tu memang baik dan jujur. Lagipun selama dorang berkawan dia tak nampak yang lelaki tu ada niat tak baik kat dia. Dia kata la, aku cuma tulis balik apa yang dia kata je.
Apa pun aku harap lelaki tu betul-betul la jujur berkawan dengan dia. Kesian la kan kalau orang baik macam dia dipermainkan.
Masalahnya, kawan aku cakap lelaki tu macam rasa rendah diri sangat dengan dia sebab lelaki tu sebenarnya ada sejarah yang tak berapa baik, walaupun sekarang dia dah berubah. Dari kisah-kisah yang kawan aku ceritakan, aku rasa lelaki tu memang caring sangat kat kawan aku tu. Siap bagi lagu jiwang lagi tu kat kawan aku..
tapi dia cakap kat kawan aku supaya kalau boleh cari la orang yang lebih baik daripada dia sebab dorang memang macam langit dengan bumi.
Lelaki tu tak tau yang kawan aku ni memang dah betul-betul suka kat dia. Kawan aku tu pernah cakap kat aku yang dia tak pernah kisah langsung pasal masa lalu lelaki tu. Kalau boleh dia nak sangat jadi teman hidup lelaki tu, temankan dia supaya dapat jadi lebih baik lagi. Dia nak sama-sama jadi manusia yang lebih baik bersama lelaki tu.
Serius terharu aku dengar. Macam dalam movie ayat dia. Tapi aku pun tak tau nak cakap apa, nak buat apa, so aku suruh dia sabar je la. Kalau ada jodoh dorang ada la kan, tapi kalau tak ada, sabar je la..
Rumit kan masalah dia?? Aku pun tak berapa faham kisah dorang ni sebenarnya, tapi lebih kurang macam tu la. Ni kisah benar tau, bukan main-main, bukan adaptasi dari novel atau filem walaupun bunyi macam dalam filem.
Err.. kalau korang la kan, kalau korang berada di tempat aku atau kawan aku tu, agak-agak apa yang korang akan buat?? Terus berharap? Lupakan dia? Atau... ada apa-apa cadangan?
lagu tema.. err, entah ada kaitan ke tak..
tapi ada kaitan dengan aku.. hee..
tapi ada kaitan dengan aku.. hee..
ya Allah, jika dia memang untukku, satukanlah kami dalam redhaMu..
jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..
sesungguhnya hanya kepadaMu aku bergantung harapan..
amin~


6 comments:
ermm.. gua rasa lelaki tu tak serius. lelaki sejahat mana pun, kala dpt gadis yg baik dan bagus, mestilah suka, dan kalau betul2 serius, dia sanggup berubah..
dah perempuan tu sanggup terima dan susah senang sama2...no big deal la kan???
Linglung:
erm..btul gak kan?? sapa tak nak dpt isteri yg baik lagi solehah..zmn skrg bukan snang nak jumpa perempuan yg mcm tu..
yup agree dgn linglung...
lelaki tu mcm x de komitmen lgsung....
juz my opinion la dear...:)
n@jwamz:
kan?? i pun rasa macam tu.. thanks komen.. :)
kalau mahu katakan mahu
kalau tidak jangan di rindu
jika benar dia berhasrat,mengapa perlu di tolak gadis sebaik itu.mungkin ada sebab di sebalik.mengenali sesorang dalam alam maya sebaik mana pun bicara katanya belum tentu dia adalah sebaik-baik manusia.
jika terang-terang sudah menolak,mengapa perlu di harap lagi menanti apatah lagi.Insyallah jodoh itu tetap akan ada.soal siapa bila dan di mana kita kan ketemu,itu semua sudah di tentukan.cuma kita yang perlu mencari....
pisau belati:
betul tu,pasti ada jodoh yg baik utk dia,insyaAllah.. thanks.. :)
Post a Comment