ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Monday, September 20, 2010

kisah cinta jiwang tapi ganas

Assalamualaikum..

Bosan lah kehidupan sebagai pelajar semester akhir ni. Hari-hari duduk kat bilik mengadap laptop membaca blog sambil mendengar lagu. Nak update blog sendiri tak tau nak tulis apa, lagipun akhir-akhir ni aku tak ada nafsu nak membebel di sini.

Cakap pasal bosan, kalau time bosan aku suka dengar lagu. Baru-baru ni aku dengar satu lagu atas permintaan seorang kawan.. eh, err, bukan permintaan tapi.. err.. entahlah aku pun tak tau nak cakap macam mana. Lantaklah..

Lagu ni berirama slow rock dan lirik dia agak jiwang. Tapi tak lah terlalu jiwang sampai meleleh air liur dari mata macam kebanyakan lagu Malay-Indo hari ni. Ala-ala jiwang tapi ganas gitu la. Kalau korang anak kelahiran tahun 80-an, atau lebih spesifik lagi lahir sebelum 1985, mungkin pernah dengar dan kenal lagu tu.

Aku sebenarnya tak minat lagu-lagu classical rock atau pun slow rock ni. Tapi entah sejak bila aku tiba-tiba minat dengar lagu-lagu macam tu. Lagu pertama yang buat aku jatuh chentan pada irama classical rock ialah One Last Breath by Creed. Itu pun aku mula dengar dari ringtone (yang hanya ada music polyphonic) dan rasa music dia macam best. Lepas tu aku terus try cari dan download full song.

Lepas tu tak payah cerita la... terus fell in love at the first listening.

Sekarang dah ada beberapa buah lagu lagi yang aku dah mula suka dengar. Oh, adakah minat aku dah mula berubah?? Entahlah, aku pun tak tau. Dahlah, malas nak bebel panjang-panjang. Tak berapa ada mood nak membebel sekarang ni. bye..

song: Creep by Radiohead


nota sampingan: thanks for this song, aL.. I like it so much.. ^_^

No comments: