Ok, sekarang kita sambung cerita. Nak baca yang part 1 sila klik kat sini.
Hujung September 2010, mood blogging aku tetiba hilang. Blog pun aku dah tutup waktu tu. Serius memang tak ada nafsu langsung. Tapi dalam masa yang sama aku masih lagi baca blog-blog lain.
Tapi blog yang satu tu aku memang tak rajin sangat nak baca walaupun beliau dah banyak kali update. Err.. kita letak nama blog tu blog F la eh supaya tak confuse.
Tapi blog yang satu tu aku memang tak rajin sangat nak baca walaupun beliau dah banyak kali update. Err.. kita letak nama blog tu blog F la eh supaya tak confuse.
Aku pun tak tau kenapa aku tak rajin nak baca blog F tu. Malas kot sebab memang confirm aku takkan faham apa yang beliau tulis. Malas nak berfikir sebenarnya, sebab tu otak lembab. hahaha..
Suatu hari aku nampak blog F ni update. Entah kenapa tetiba aku terus tergerak nak baca. So aku pun bukak la link tu, baca entry baru beliau. Lepas tu tetiba aku rasa macam nak tinggal komen pulak, sebab aku baru lepas bincang dengan seseorang berkaitan dengan isu yang beliau kemukakan tu. Kira aku masih dalam mood untuk bincang pasal topik tu la... tapi lepas tu aku terus blah dan malas nak masuk lagi.
Beberapa hari lepas tu aku tengok beliau update lagi. Aku pun bukak nak baca. Tapi aku pelik sebab rasa macam ada kelainan pada blog beliau. Tapi aku tak peduli sangat walaupun rasa macam nak tau jugak apa yang terjadi. So aku fikir positif je lah. And aku komen jugak entry beliau, tapi tak letak link sebab blog pun dah tutup masa tu. (belum dibukak balik)
Keesokan harinya aku masuk blog beliau lagi. Sebenarnya aku nak tengok komen reply beliau je sebab kadang-kadang beliau memang rajin reply komen peminat. Tapi masa masuk blog beliau aku tengok ada kelainan lagi.
Rupa-rupanya beliau tukar cara blogging. Serius unik gila cara beliau. Cara yang mungkin tak ada orang pernah terfikir nak buat. Aku pun tinggal komen puji cara blogging beliau tu.
Rupa-rupanya beliau tukar cara blogging. Serius unik gila cara beliau. Cara yang mungkin tak ada orang pernah terfikir nak buat. Aku pun tinggal komen puji cara blogging beliau tu.
Lepas hari tu aku semakin rajin masuk blog beliau. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku masuk blog beliau walaupun tak ada update. Aku baca entry beliau berulang-ulang kali. Dan kadang-kadang aku tinggalkan komen. Tapi sebagai anonymous sahaja.
Sampai sekarang aku masih rajin baca blog beliau hari-hari. And sekarang, aku dah boleh faham entry beliau dengan hanya sekali baca je, hehehe (berlagak jap)... Tapi kadang-kadang terpaksa baca banyak kali jugak la supaya boleh betul-betul faham.
Eh, apa pulak kaitan blog dengan jatuh cinta kan?? hahaha..
Sebenarnya cinta yang aku maksudkan ialah blog beliau tu la. Aku dah jatuh cinta dengan blog beliau. Aku jatuh cinta dengan cara blogger tu menulis. Aku jatuh cinta dengan penulisan beliau yang kadang-kadang berbelit-belit tapi penuh makna. Aku jatuh cinta pada entry-entry beliau.
Tapi cinta aku tu setakat tu je la, tak ada lebih-lebih. Aku hanya cintakan blog dan penulisan beliau, bukan penulisnya. Tapi kalau jatuh cinta pada orangnya pun okey jugak kot.. hehe.. Sebab beliau adalah seorang yang too out of reach bagi seseorang seperti aku.
Kiranya kisah cinta ni sebenarnya cuma blog review untuk blog beliau jelah, hahaha.. Tapi ni first time tau aku buat review untuk blog orang. Dan bila aku dah bersungguh nak buat review macam ni, tu menunjukkan yang aku memang amat suka gila pada blog tu.
Kalau korang nak tengok blog tu sila klik sini. Tapi cuma satu aku nak ingatkan, kalau korang jenis yang mudah terasa atau terlalu sensitif, atau bawah umur 18 tahun, hati-hati bila baca blog tu. Sebab mungkin ada sesetengah entry yang akan buat korang rasa tak selesa bila baca.
Dan pastikan korang dah bersedia untuk menggunakan otak dan minda korang sepenuhnya masa baca blog beliau.
Dan pastikan korang dah bersedia untuk menggunakan otak dan minda korang sepenuhnya masa baca blog beliau.
Okey, sekian kisah cinta 18SX untuk hari ni. bye, wassalam... =D
*ini autopost sebab aku sedang struggle untuk last paper
wuwuwuuu













