Dalam masa kurang dari 24 jam aku akan berangkat ke Melaka. Tapi seperti biasa, aku belum kemaskan apa-apa yang patut lagi. Macam yang aku cakap hari tu, aku tak ada feeling untuk balik. Bilik ni pun masih bersepah macam bilik orang bujang.
Ah, lantaklah.. aku memang masih bujang pon.
Tapi seresli, kalau ada orang tengok keadaan bilik aku sekarang, kompem kena blacklist terus, tak nak buat calon bini atau menantu.. sobss~
Aku dah dapat bayangkan dah suasana yang akan aku lalui sepanjang cuti nanti. Kehidupan aku pasti akan dilanda kebosanan tahap supergoku tapi tak boleh nak buat apa-apa sebab apa pun yang aku buat mesti akan rasa bosan jugak.
Kalau kat asrama, at least aku boleh lepak atas katil sambil jenguk-jenguk blog-blog yang best. Kat rumah nak bukak laptop pun tak berani takut kena suruh bayar bil elektrik... tsk.
Ok tipu. Kat rumah memang tak ada internet so kalau bukak laptop pun cuma boleh tengok movie yang aku dah lama download tapi tak tengok lagi ataupun main game budak-budak.
![]() |
| gambar dicilok dari pakcik Google |
- 2 hari sebelum raya- balik rumah Mak Esah (bukan nama sebenar). Mother-in-law kepada abang aku. Sebagai tetamu tak dijemput tapi dialu-alukan dan tak mungkin dihalau, kena la tolong mana-mana yang patut kat rumah beliau nanti. Sambil tu boleh belajar macam mana nak beraya kat rumah mak mertua sendiri nanti.. Practice makes perfect, kan. heee~
- Raya pertama & kedua- beraya bersama family Mak Esah sebagai anak angkat sementara. Segan kot beraya kat rumah orang, tak tau nak buat macam mana. Dah la tak kenal sapa-sapa. Confirm semua orang akan tanya siapa aku. Menantu baru beliau kah?? Ataupun bakal menantu beliau kah?? Oh tidakkk~ Kemungkinan besar juga takkan dapat duit raya sebab aku hanya sorang stranger yang menyelit dalam keluarga itu.. isk~
- Raya ke-3 hingga ke-5- balik rumah abang. Ikut beraya lagi.
Sambil beraya usha jejaka-jejaka kacak.Lepas tu layan tetamu yang datang rumah dia. Mesti dorang ingat aku orang gaji baru abang aku.. demn..
- Hari-hari seterusnya- abang masuk kerja balik. Aku tinggal sorang-sorang kat rumah. Membuta dari pagi sampai petang. Habiskan makanan yang ada kat rumah beliau lepas tu tengok tv sampai pengsan. Tak pun tengok movie yang ada dalam leptop berulang kali sampai hafal jalan cerita. Selain tu tak tau nak buat apa. Rutin yang sama berterusan hingga tiba masa untuk balik ke kampus.
Tengok?? Complete sempurna dah kisah raya aku. Macam boleh ramal masa depan pulak, haha..
Tak lah. Aku tulis berdasarkan pengalaman sebelum ni. Kalau beraya kat kampung sendiri pun aku rasa lebih kurang sama je, cuma tak rasa segan dan kekok lah.
Lagipun kat kampung mak abah sentiasa ada. Abah dah pencen, mak pulak memang tak kerja. So aku takkan kesorangan di rumah. At least boleh sembang-sembang dan cerita pasal kawen dengan dorang sambil tolong mak masak kat dapur. Sweet kan moment macam tu?? heee~
Apa-apa pun, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru opsss, silap..

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Juga kepada pelajar-pelajar yang senasib dengan saya, sama ada di dalam mahupun di luar Malaysia, jangan sedih-sedih. Enjoy je sudah. Kepada mak dan abah, maafkan anakandamu ini kerana tak dapat beraya bersama tahun ni.
Sekian perutusan raya dari sAya, terima kasih..
Oh lupa pulak, seperti biasa, bila tiba hari raya, budaya maaf-bermaafan perlu ada. So, aku nak mintak maaf andai ada terkasar bahasa atau terlepas kata sepanjang berada dalam dunia blogger ni.
Kepada blogger-blogger lain, dan juga semua pembaca blog ni, anda boleh beraya dengan tenang dan gembira tahun ini. Sebab semua kesalahan anda telah pun dimaafkan. Tapi rasanya korang memang tak ada kesalahan pun dengan aku. Aku je selalu buat salah kat orang. tsk. -__-
Satu je nasihat aku untuk kalian. Raya raya jugak, solat jangan tinggal. Jangan leka sangat beraya sampai terlepas waktu solat. Dan jangan makan kuih raya banyak sangat sampai tak larat nak solat. Bukan solat sunat Aidilfitri je tau!
peringatan untuk diri sebenarnya.. biasanya bila dah raya perangai malas pun datang. otometik! cesss..
Akhir kata, kalau ada bunga di taman boleh saya petik sejambak, kalau ada masa terluang boleh saya merepek lagi.
![]() |
| hanya sekeping potret sebagai pengubat rindu.. sobsss~ T__T |

Sekian, selamat hari raya.. Assalamualaikum..
p/s: Aku tak tau kenapa setiap kali aku menaip entri mesti akan jadi panjang. Macam mana orang lain boleh tulis entri pendek-pendek ek?? Serius musykil neh!
ok tak payah jawab, aku memang suka merapu. isk~ -__-'