11 November 2010.
Satu lagi tarikh bersejarah dalam hidup aku. Hari ini tamat lah sebuah perjuangan dan bermula lah perjuangan yang lain dalam sebuah medan juang bernama kehidupan.
Satu lagi tarikh bersejarah dalam hidup aku. Hari ini tamat lah sebuah perjuangan dan bermula lah perjuangan yang lain dalam sebuah medan juang bernama kehidupan.
Perjuangan yang mungkin nampak kecik tetapi membawa makna yang besar dan dalam. Perjuangan yang banyak mengajar aku erti persahabatan dan kasih sayang. Mengajar aku tentang kehidupan. Menjadi dewasa dan matang. Walaupun pada hakikatnya jiwa kanak-kanak masih tak dapat dibuang.
Heh Ingat ni bulan merdeka ke nak cerita pasal perjuangan segala. Heh. Sori la salah blog.
Ini cerita cinta 20SX lah!
Heh Ingat ni bulan merdeka ke nak cerita pasal perjuangan segala. Heh. Sori la salah blog.
Ini cerita cinta 20SX lah!
Hari ini hari terakhir aku bersama kekasih-kekasih gelap aku. Sedih tau. Dah kenal hampir 6 tahun. Bercinta dan hidup bersama selama 4 tahun. Belajar bersama. Makan bersama. Main bersama. Mandi bersama. Tidur pun bersama.
Sekarang dah tiba masa untuk bercerai. Hailah cepatnya waktu berlalu. Walaupun kita tak seintim kucing dan harimau tapi aku tetap sayu.
Sekarang dah tiba masa untuk bercerai. Hailah cepatnya waktu berlalu. Walaupun kita tak seintim kucing dan harimau tapi aku tetap sayu.
Aku tahu aku memang bukan kekasih yang baik. Aku kekasih paling sombong. Dan aku sedar jurang yang ada antara aku dan kamu walaupun dah lama berasramamesra. Memang salah aku pun. Tapi biarlah. Mungkin itu lebih baik daripada aku mengambil kesempatan terhadap hubungan suci lagi indah yang terjalin antara kita.
Kadang-kadang aku rasa memang aku lah manusia hipokrit yang paling jahat dan busuk hati. Yang suka mengambil kesempatan dan mempergunakan orang lain untuk kepentingan sendiri. Cuma mungkin aku yang tak sedar.
Sebab tu aku lebih suka sendiri. Diam dalam sunyi dunia aku. Itu lebih baik kan daripada melukakan hati orang lain tanpa sedar. Dan akhirnya jiwa sendiri juga yang terguris.

Eh. Dah sesat jalan cerita. Maaf.
Kepada kekasih-kekasih gelap yang merangkap teman-teman seperjuangan aku selama 4 + 1 1/2 tahun ini, aku ucapkan tahniah kerana telah berjaya menyempurnakan misi penting kita. Terima kasih untuk segala kenangan manis pahit masam mahupun tawar sepanjang kita bersama. Aku takkan lupa semua kenangan kita di sini.
![]() |
| rasanya ni je satu-satunya gambar yang complete yang ada dalam simpanan (sayang2 sekalian, harap kamu berpuas hati.. ngeehehee.. :D) |
Serius, walaupun realiti kita mungkin tak seindah yang nyata, jauh dalam hati, aku tetap sayangkan kamu semua. Akhir kata, aku doakan kamu semua berjaya dalam menggapai impian dan menjadi insan yang boleh memberi manfaat untuk agama dan negara. amin.
Eh, tiba-tiba ada habuk masuk mata. Okey lah, mahu bersihkan bilik ni, buang semua habuk sampai berkilat. Lepas tu mahu pulang ke penghujung benua Asia. Mungkin takkan update blog ni lagi sampai entah bila. bye.
nota untuk kekasih2 gelap: Konpem rindu weh ngan korang nanti. Takpe, teknologi kan ada. keh3..
nota innocent: Kengkawan, jom kawen reramai on 11/11/11, genap setahun dari sekarang. Baru betul-betul tarikh bersejarah. huahhahaha..
*sori guna 'aku' dlm ni.. dh terbiasa dlm berblog, hehe..