ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Friday, October 29, 2010

mereka istimewa

Assalamualaikum..

Ini kisah minggu lepas tapi baru hari ni aku ada masa nak cerita. Bukan busy tapi malas nak update sebenarnya... haha...

Minggu lepas kelas kitorang buat lawatan sambil belajar ke pusat autistik daerah Kuantan. Tempat untuk budak-budak autism. Serius mula-mula aku pun tak tau apa benda autism tu. Aku ada cuba google tapi masih tak faham.

Lepas briefing dari pemilik tempat tu baru aku faham autism tu apa benda. Secara ringkas, autism boleh dikatakan macam masalah deria... er.. gitu la kot lebih kurang. Orang yang mengidap autism biasanya memiliki deria yang tak sensitif atau terlalu sensitif. So dorang akan cuba untuk merangsang atau membuang rangsangan yang berlebihan pada deria-deria dorang.

Contohnya deria sentuh. Dorang yang tak sensitif terhadap sentuhan akan terus cuba untuk merangsang deria sentuh dorang. So dorang akan sentiasa usap-usap tangan ke, garu-garu tangan ke and whatsoever, kadang-kadang sampai luka. And orang yang terlalu sensitif pulak akan berusaha untuk buang rasa yang berlebihan tu. Kadang-kadang sampai ada yang tak boleh pakai baju secara normal pun sebab dorang akan rasa sakit.

Satu je cara untuk buat dorang boleh hidup secara normal, iaitu dengan membiasakan dorang dengan pelbagai jenis rangsangan. Tapi dari apa yang pengurus tempat tu cakap, proses tu sangat leceh dan memakan masa. So mak bapak yang ada anak-anak autistik memang perlukan kesabaran yang tinggi.

Er.. mesti korang tak faham penjelasan aku nih. Aku pun tak tau macam mana nak terangkan sebenarnya. So kalau nak tau lebih jelas boleh tanya orang-orang yang lebih berpengetahuan,

Lepas dengar dan tengok dengan mata sendiri macam mana kehidupan orang yang autistik ni tetiba aku rasa sesuatu. Bukan simpati atau apa. Tapi aku rasa dorang sangat istimewa in some way. Serius dorang sangat istimewa.

Aku pun tak tau macam mana nak explain perasaan aku masa tengok kanak-kanak kat situ. Apa yang boleh aku cakap, autism tak macam kanak-kanak istimewa lain. Dorang bukan cacat. Dorang bukan macam kanak-kanak Down Syndrome. Dorang nampak sangat normal. Tapi dorang just... special...

No comments: