Minggu depan dah start final exam. Bagi aku, dan kawan-kawan seangkatan aku, exam kali ni adalah exam yang terakhir sebagai seorang undergraduate student. Oh, bestnya. Rasa tak sabar pulak nak habis exam. Nak balik kampung dan meninggalkan semua kenangan lama di sini. cewah.. bunyi macam takkan datang lagi je.
Memang pun kalau diikutkan hati aku memang dah tak nak merantau lagi. Aku nak cari kerja dekat dengan kampung je. At least senang la aku nak jenguk mak bapak kat kampung kan.. Dah berapa tahun entah aku duduk jauh dari family. Dari Form 1 lagi aku dah duduk kat asrama, lepas tu habis SPM merantau pulak ke seberang laut.
So memang dah banyak tahun la aku tak dapat luangkan masa untuk bersama family aku. Kalau cuti pun paling lama sebulan dua. Mana puas kan nak buat semua apa yang aku nak buat. hehe.
Tapi kan.. ada sesuatu yang buat hati aku tiba-tiba rasa berbelah bagi. Abah pernah cakap, kalau kat tempat aku (Sarawak) mungkin agak susah nak cari kerja yang sesuai dengan aku. Yelah, peluang kerja kat sana pun mungkin tak banyak berbanding kat semenanjung kan. So dia pun suruh aku cari kerja kat semenanjung. Tapi aku diam je, yelah takkan nak melawan pulak kan.
Dah tu.. ada lagi sorang manusia gedikss ni, tak habis-habis nak memujuk merayu dan menghasut aku supaya kerja kat semenanjung, dekat dengan tempat dia. Entah apa pasal entah dia nak sangat aku kerja dekat dengan tempat dia. Agaknya supaya dia boleh dating selalu dengan aku kot. cis.. gatal betul.. Kalau mak bapak aku tau memang confirm-confirm la kena lempang sejuta kali.
Apa-apa pun, aku takkan kerja kat semenanjung semata-mata sebab manusia gedikss tu. Gila apa nak buat macam tu. Aku mana main dating-dating ni. Huh.. dah tau gatal tak nak kawen awal-awal, lepas tu nak menyusahkan aku pulak. Apa masalah entah aku pun tak tau.
Tapi takpe, tu masalah long-term, nanti-nanti la aku fikirkan.. Masalah aku sekarang ni.. aku tak beli lagi ni tiket balik kampung. Cuti lagi 2 minggu je. Aku tengah buat-buat sibuk dengan benda lain pulak sekarang ni. Benda apa entah aku pun tak tau.. haha..
nota innocent: Kepada semua kawan-kawan seangkatan aku, terutama geng FabulouSepuluh. Gudluck for your exam. Hopefully we can pass with excellence in this final of all finals. Ganbatte ne..!! Bittaufiq wannajah.. assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment