ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Showing posts with label student life. Show all posts
Showing posts with label student life. Show all posts

Saturday, October 30, 2010

final of the finals

Assalamualaikum..

Minggu depan dah start final exam. Bagi aku, dan kawan-kawan seangkatan aku, exam kali ni adalah exam yang terakhir sebagai seorang undergraduate student. Oh, bestnya. Rasa tak sabar pulak nak habis exam. Nak balik kampung dan meninggalkan semua kenangan lama di sini. cewah.. bunyi macam takkan datang lagi je.

Memang pun kalau diikutkan hati aku memang dah tak nak merantau lagi. Aku nak cari kerja dekat dengan kampung je. At least senang la aku nak jenguk mak bapak kat kampung kan.. Dah berapa tahun entah aku duduk jauh dari family. Dari Form 1 lagi aku dah duduk kat asrama, lepas tu habis SPM merantau pulak ke seberang laut.

So memang dah banyak tahun la aku tak dapat luangkan masa untuk bersama family aku. Kalau cuti pun paling lama sebulan dua. Mana puas kan nak buat semua apa yang aku nak buat. hehe.

Tapi kan.. ada sesuatu yang buat hati aku tiba-tiba rasa berbelah bagi. Abah pernah cakap, kalau kat tempat aku (Sarawak) mungkin agak susah nak cari kerja yang sesuai dengan aku. Yelah, peluang kerja kat sana pun mungkin tak banyak berbanding kat semenanjung kan. So dia pun suruh aku cari kerja kat semenanjung. Tapi aku diam je, yelah takkan nak melawan pulak kan.

Dah tu.. ada lagi sorang manusia gedikss ni, tak habis-habis nak memujuk merayu dan menghasut aku supaya kerja kat semenanjung, dekat dengan tempat dia. Entah apa pasal entah dia nak sangat aku kerja dekat dengan tempat dia. Agaknya supaya dia boleh dating selalu dengan aku kot. cis.. gatal betul.. Kalau mak bapak aku tau memang confirm-confirm la kena lempang sejuta kali.

Apa-apa pun, aku takkan kerja kat semenanjung semata-mata sebab manusia gedikss tu. Gila apa nak buat macam tu. Aku mana main dating-dating ni. Huh.. dah tau gatal tak nak kawen awal-awal, lepas tu nak menyusahkan aku pulak. Apa masalah entah aku pun tak tau.

Tapi takpe, tu masalah long-term, nanti-nanti la aku fikirkan.. Masalah aku sekarang ni.. aku tak beli lagi ni tiket balik kampung. Cuti lagi 2 minggu je. Aku tengah buat-buat sibuk dengan benda lain pulak sekarang ni. Benda apa entah aku pun tak tau.. haha..

nota innocent: Kepada semua kawan-kawan seangkatan aku, terutama geng FabulouSepuluh. Gudluck for your exam. Hopefully we can pass with excellence in this final of all finals. Ganbatte ne..!! Bittaufiq wannajah.. assalamualaikum..

Sunday, September 26, 2010

i'm speechless

Assalamualaikum..

Suatu petang. Aku baru balik dari kelas. Terus sembahyang Asar. Entah mimpi apa hari tu tiba-tiba rajin pulak aku sembahyang awal. Biasanya aku akan tidur dulu dan bangun lebih kurang setengah jam sebelum Maghrib.

Lepas sembahyang aku duduk termenung sekejap. Merenung dosa-dosa lampau. Tetiba taliponku berbunyi. Dr. X, supervisor masa aku buat final year project sem lepas yang call. Aku pelik sekejap kenapa beliau call padahal aku punya fyp dan thesis dah lulus pun. 

Rupanya beliau offer nak tolong publishkan thesis aku. Serius aku tak tau nak cakap apa. Dekat seminit la jugak aku terdiam. Lepas dia bebel sikit dan explain kenapa dia nak tolong publishkan hasil kerja aku barulah aku dapat bersuara balik.

Serius tetiba aku rasa terharu dengan kasih-sayang seorang lecturer merangkap supervisor kepada anak didiknya. Padahal masa dalam kelas dulu kerja aku cuma tidur je.

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak, Dr. X. Saya amat menghargai jasa Dr.. sobs.. sobs..

Monday, August 23, 2010

malas sungguh la.. haish..

Assalamualaikum..

Firstly, abaikan tajuk di atas yang tak ada kaitan langsung dengan entry. Hanya aku yang faham maksud tajuk di atas.. hehe..

Semalam aku pergi satu majlis berbuka puasa ni. Lepas tu aku terjumpa ngan sorang mamat mat salleh ni. Hensem gila seyh.. mata biru, rambut perang, macho lagi.. macam.. er.. siapa ek hero mat salleh yang hensem lagi macho?? Er.. abaikan je lah.. Tapi mamat tu memang hensem lah. Semua gadis yang berada di tempat kejadian pada masa yang sama pun turut mengakuinya.

Tapi sayangnya beliau dah berpunya.. maka melepas lah sudah..


Ok lah aku malas nak kelentong lebih-lebih bulan puasa ni walaupun aku tak puasa so aku bagitau la hakikat kebenarannya kat korang supaya korang tak frust macam aku..

Sebenarnya that guy is the husband kepada lecturer english kesayangan kami. Semalam kelas kitorang ada buat majlis berbuka puasa sama-sama, and beliau sekeluarga telah dijemput sebagai artis undangan pada malam tu.. eh artis pulak.. ah biarlah aku malas nak betulkan.

Tapi serius tak tipu bila aku cakap husband dia tu hensem. Walaupun aku rasa umur dia dah banyak la jugak, tapi nampak macam masih muda. Rambut pun still perang lagi. Awet muda kot. Dah la bersopan-santun pemalu penyayang dan bertanggungjawab. Ni yang buat aku terasa nak cari laki mat salleh jugak ni.. haha..

Ish, tak nak lah.. macam tak best je. Kang susah pulak nak buat pilihan masa nak balik raya.. hahaha..


Mulanya kitorang plan nak berbuka kat padang besar bersama ratusan rakyat Kuantan yang lain, tapi memandangkan cuaca dah berada pada tahap kritikal, plan terpaksa ditukar pada last-last minute. Tukar venue je pun.. Last-last buat kat dalam kampus jugak. Takpe lah, yang penting majlis tetap berjalan lancar.

Rasanya lagi meriah buat kat situ kot daripada kat padang. Memang ada hikmahnya cuaca tiba-tiba berubah petang tu. Walaupun kat luar hujan lebat dan angin kuat gila macam ribut, kitorang still dapat mengeratkan silaturrahim di dalam bangunan, malah lebih mesra berbanding jika dibuat di luar. erk.. macam pelik je bunyi ayat ni.. takpe, abaikan..

Malam tu kitorang punya majlis memang western gila ah. Maksud aku dari segi makanan la.. dari segi pakaian dan ethics wajib lah ikut Islamic punya. Juadah berbuka memang western food je semua. Spageti dengan 3 jenis kuah, mixed fries+sosej, Big Apple donut (western ke??)..

Mentang-mentang la nak buka ngan orang western makanan pun nak western jugak. Tapi belasah je lah.. bukan selalu dapat makan macam tu.

gambar hiasan. sumber: Google

Satu je makanan yang aku rasa ada ciri-ciri kemelayuan, iaitu kuih buah melaka yang langsung tak ada perasaan! sila abaikan kesalahan tatabahasa aku Hasil kerja siapa la tu agaknya ek.. baik ngaku cepat! eh bukan hasil kerja aku sorang ok.. Kitorang punyalah bekerjasama berganding tangan nak buat bendalah tu, tapi kalau dah memang tak ditakdirkan nak jadi sedap, maka takkan jadi sedap lah ia..

Sebenarnya aku ngan western food ni tak berapa nak ngam sangat. Macam cepat muak la kalau makan makanan western nih. Tak leh nak makan banyak-banyak sampai 4-5 pinggan sekali. Sebab tu la aku kalau pergi mana-mana restoran western selalu makan tak habis. Membazir duit sungguh la.. haish..

Apa-apa pun memang tabik la kat kawan-kawan dan madam yang telah bersusah-payah bertungkus-lumus memasak spageti tersebut serta kuah-kuahnya sekali. Serius memang terbaek la masakan dorang nih. Sangat sedap okeyh. Expert la katakan.. Lain kali masak lagi eh.. hehe.. Nak tunggu aku masak, kena tunggu aku kawen ngan western guy dulu la kot jawabnya.

Sebab kalau masak sendiri tak ada orang nak makan. hahah.. bajet konon pandai sangat la masak-memasak nih.. masak nasik pun confirm jadi bubur.. blah la lu!

Thursday, August 19, 2010

dah lama tak merepek

Assalamualaikum..

4 tahun menceburi bidang biology di universiti + 1 1/2 tahun di matrikulasi = 5 1/2 tahun mendalami bidang science..
tetiba aku rasa macam dah salah ambik course..
macam minat aku sebenarnya bukan pada pure science..

macam minat pada benda lain..
pasal tu kot aku slalu susah nak faham apa yang aku blaja slama ni..
and macam tak minat nak sambung dalam bidang yang sama..
masa sekolah dulu aku ada satu habit.. entah good habit atau bad habit.
semua orang tau aku sorang yang agak pendiam.
apa yang orang tak tau, dalam diam tu, aku suka observe people.
Selalunya aku observe behavior mereka and then relate their personality with their ability or talent.
yang selalu menjadi mangsa, of course yang dekat dengan aku..
roommate, classmate, semua aku observe.
cara bercakap, cara bergurau, dan sebagainya.
lepas tu aku guess kelab/persatuan yang mereka akan join berdasarkan behavior mereka..
85% tekaan aku betul.

tapi aku tak pernah sedar pasal habit tu sampai satu saat..
ada sorang kawan perasan habit aku tu.
Dia tanya kenapa aku suka tengok/perhatikan dia.
erk?? selalu sangat ke aku perhatikan dia?? sumpah aku tak sedar pun..
so untuk cover, aku cakap, sebab kamu comel.. haha..
lepas tu dah kurang sikit habit tu..
tapi kadang-kadang masih jugak buat, tanpa sedar..
and habit tu masih lekat sampai sekarang walaupun dah jarang buat..
yang aku tau, aku enjoy memerhatikan sikap manusia dan mengkaji personaliti mereka.

Kesimpulannya, aku nak cakap..
mungkinkah tu sebabnya result exam aku selama ni cukup-cukup makan je??
Sebab aku kurang minat bidang yang aku ambik??
mungkin dulu aku patut ambik human science instead of biological science??
haha.. too late to realize that..
hmmph.. *sigh*

apa-apa pun sekarang aku dah hampir menamatkan pengajian..

oh, 3 bulan sahaja lagi.. yeay!!

jadi, abaikan apa yang aku bebel ni..


p/s: oh, dah lama rasanya tak merepek.. seronoknya rasa bila dapat merepek semula.. hahaha..

Tuesday, April 20, 2010

syukur.. lega.. tapi risau..



at lasttt...!! i managed to finished and submitted my draft thesis, walopun x brapa nak on time due to some small problems... tapi serius memang lega gler sekarang ni, rasa mcm dh tlepas satu beban dari hidup aku, chewahh... eh, tak tak, blom lagi sebab tu baru 1st draft je, fyp presentation pun tak lepas lagi.. and nanti rasanya mesti byk jugak kot yg nak kena btulkan sblum final submission June nanti..

2-3 hari ni memang tension gila kot.. me and the geng memang semua gigih giler nak siapkan thesis.. ada yg bantai sampai tak tdo malam lagi, fuhhh, memang dasyat.. tahniah la korang, insyaAllah tak sia-sia la pengorbanan korang semua (termasuk aku la).. =P

tapi serius nak buat draft ni je pun dah rasa macam nak separuh mati.. dah la format yg diorang bagi agak confusing.. mula-mula dah buat elok-elok dah ikut guideline yg lecturer bagi hari tu, then ada plak kawan yg cakap kena buat macam ni.. bila buat macam ni, ada plak yg cakap salah, kena buat macam tu.. bila dah buat macam tu, dia suruh buat macam gini, then bila buat macam gini, dia suruh buat macam gitu plak..

haish, aku pun smpai confuse, mana satu nak kena ikut ni??!! brapa kali ntah asik btulkan format je, tension btol..!! last-last aku ikut je the last info yg aku dapat and faham, ntah btul ntah tak tapi insyaAllah btul la kot.. amin..

nak buat btul-btul ikut format tu satu hal, then nak perah otak reka ayat untuk isi lagi satu hal.. dah la buat waktu last-last minit kan, so kepala pun memang macam dah tak boleh nak fikir sangat dah.. tapi nsib baik la still dapat berfikir secara waras lagi, so dapat la jugak reka ayat walopun tak brapa cantik sangat..

paling tak boleh blah bila nak buat abstrak dalam bahasa melayu, memang tak reti langsung kot nak buat ayat.. even nak goreng pun aku tak reti, so aku just translate evrything directly from my english abstract.. akibatnya jadi macam pelik je bunyi abstrak aku.. serius, memang sounds klakar sangat-sangat lahh sebab aku memang tak reti nak buat ayat in malay.. kalau in english cepat je otak aku berputar nak reka ayat panjang-panjang, siap berbunga-bunga lagi.. chewahh, hehe... (berlagak kan ayat aku?? lantak la, apa aku kisah.. kahkahkah..)

dan satu lagi dugaan paling besar --> ntah apa masalah ntah ngan electricity kat sini, 2-3 hari sblum submission day (19th April), mahallah (asrama) kitorang dilanda 'Earth Hours'.. asik blackout je since sabtu malam, dah la blackout more than 1 hour.. betri laptop aku ni memang confirm la takleh tahan selama tu kan, so terpaksa la tabahkan hati je.. tapi disebabkan blackout jugak la aku and bebrapa org kawan aku dapat excuse utk submit lambat.. hahaha..

so secara rasminya pagi tadi aku ngan 3org lagi member telah pun berjaya menghantar thesis kitorang dengan selamat.. alhamdulillah.. tapi masa nak mintak signature dari supervisor kitorang tu ada la kisah yg tak brapa nak best yg berlaku.. aku malas la nak citer panjang-panjang kat sini, tak baik mengumpat orang, dah la lecturer plak tu.. biar la mereka yg berkenaan je yg tau apa yg terjadi.. tapi kalau korang tau sapa supervisor aku tu, rasanya korang boleh agak kot apa masalahnya.. ye la, tau-tau je la kan Dr. ****** tu macam mana.. hmm, pasrah je la jadi student dia..

apa-apa pun, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab kitorang smua berjaya siapkan dan hantar thesis ni on time.. harap-harap presentation nanti pun berjalan lancar la.. risau gak nak pkir pasal presentation ni.. nervous sebenarnya, hehe.. kepada Dr. ******, tolong la jgn hentam kitorang masa presentation nanti.. (ehehe.. macam la Dr. ****** baca blog aku ni..)

p/s: 'happy dalam tension' ...memang terbaek...LOL..

Sunday, April 4, 2010

last minute and stressed

Assalamualaikum..

lama sudah aku tak update blog.. serius, aku sangat rindu ngan kamu, wahai blogku.. rindu gila nak menaip dan membebel kat sini.. tapi serius, kebelakangan ni aku mmg agak busy dengan fyp, thesis, dan segala-gala macam urusan dan hal..

ni la akibatnya kalau suka sgt bertangguh dan buat kerja last minute.. dulu masa awal2 sem byk sgt rilek, lepak2 jer.. bila dah hujung2 sem baru nak kelam-kabut buat semua kerja.. tapi biasa la kot, student macam aku ni memang suka buat kerja last2 minute.. habit yg sangat tak baik dan perlu dibuang jauh2.. macam sorang bestfren aku kata: "kalau study last minute xpe, jgn time kerja nanti pun suka buat kerja last minute.." (tapi kalau time study buat kerja last minit?? boleh tak?? ceh, tu pun nak bagitau ke.. dah besar pandai2 la fikir..)

sekarang pulak tgh final exam, tapi 3 paper dah lepas.. tinggal satu paper je lagi next tuesday, and then.. yippie..!! i'm free..!!

"ehem.. sapa cakap dah free..?? fyp dah settle ke?? thesis dah siap ke??" (bisik hatiku yg baik dan slalu skema..) oppss.. of coz la belum.. haha.. thesis satu habuk pun lom siap lagi kot.. actually dah start taip dah sikit.. tapi sikit je la.. memang sikit giler.. insya-Allah lepas abis exam nanti aku akan siapkan.. (tolong la jangan bermalas-malas lagi, wahai cik Aya.. sedar-sedar la sikit..)

petang semalam baru abis paper Epidemiology Method.. serius, aku rasa paper tu sangat susah.. masa masuk exam hall, kepala aku memang rasa sangat blur.. sebab hari jumaat sepanjang hari aku tak boleh nak study.. hari sblum tu pulak (khamis) aku tak study sebab xde mood.. aku tak ingat apa aku buat hari tu tapi aku memang x bukak nota langsung..

so memandangkan x banyak sangat topik yg masuk exam, ingatkan nak study hari jumaat la.. bajet sempat la kot nak abiskan baca 3 topik dalam masa sehari, then hari sabtu pagi tu tinggal nak ulang balik je.. well, that's the actual plan actually..

tapi aku pun xtau knapa dan apa masalahnya.. dari pagi smpai malam hari jumaat tu otak aku memang tersangat la blur dan xleh nak trima apa2 maklumat dan info.. so aku duk tatap jer nota2 aku tapi satu habuk pun tak melekat dalam otak.. pagi semalam (sabtu) baru aku dapat study, so kiranya aku baca semua notes tu dalam masa setengah hari je.. tu pun sikit je yg aku rasa aku betul2 faham..

tapi nasib baik la aku dapat hafal the operative process for risk assessment tu (dalam masa setengah hari je.. hehe..), so aku boleh jawab soalan essay dengan tenang dan rilek.. (haha.. berlagak la pulak..) actually aku mmg expect soalan tu mungkin akan kluar, so aku memang hafal semua point dia.. and yg explanation tu pandai2 la aku goreng.. haha..

tapi yg soalan2 lain memang gila mencabar minda, especially soalan objektif and satu soalan short answer tu.. memang menyakitkan kepala beb nak fikir nak jawab soalan tu.. tapi dalam keadaan kepala aku yg makin sakit (kepala aku start sakit sejak first time pandang kertas soalan tu lagi), aku cuba jugak perah otak utk fikir macam mana nak jawab.. (korang dapat bayangkan tak macam mana rasanya bila kita cuba nak berfikir habis-habisan dengan keadaan kepala yg memang tengah sakit..??) serius aku rasa macam nak pecah kepala..

then lepas abis exam kitorang terus kluar.. beli makanan je pun, tapi seriously aku rasa time2 tengah tension and sakit kepala macam tu, indulging yourself with foods memang best.. sekarang aku rasa aku faham kenapa ada sesetengah orang yg cenderung utk makan apabila mereka stressed or tension.. bak kata pepatah, "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.." heee..


(just eat when you feel stressed..)

p/s: pengajaran kat sini ialah.. jangan suka bertangguh dan buat kerja last minit.. tak kira la masa study ke masa kerja ke masa buat kerja ke.. apa yg boleh dan perlu dibuat hari ini, buat la hari ini.. we'd never know what will happen tomorrow.. so if we don't do it today, we might regret it if we won't be able to do it tomorrow..

wallahu a'lam.. wassalam..

Thursday, February 25, 2010

nothing

ari ni last paper midterm.. susah gler paper HRA td..
haha.. blame the paper padahal aku sndiri yg x bce n hafal notes btul2..
mcm ni la prangai mnusia, suka sgt blame org lain bila xnk ngaku ksilapn sndiri..
wateva je la.. aku pun mnusia jugak..
hurm..
dunn0 why i feel so sleepy today..
not only today but lately actually..
agaknye sbb suka sgt tdo lmbat kowt..??
mmg pun sbb lately ni aku suka chat ngan org smpai tgh2 mlm..
especially since aku join n addicted ngan satu chatting community tu..
tgh2 study pun smpat lg nk chat ngan org..
(haha.. adoi.. apa la nk jdi..)
ptg td lpas abis xm trus tdo sbb mata dh rasa cam xleh bukak..
rasa cam baru abis mkn ubat batuk sebotol je..
bangun2 je trus sakit kpale..
tp x nak mkn ubat..
(well, aku mmg x suka bab2 mkn ubat since childhood lg.. aku x suka menelan pil2, tablet2, or watever je la yg namanya ubat.. tp kalau ubat batuk boleh.. hahaha..)
hurm.. even now i feel so sleepy walaupun dh tdo ntah bpe jam ptg td..
dh la sakit pale..
tp nk jugak on9 update blog.. macam pnting sgt je..
tp sbb tgh bosan xtau nk wat apa, n kbtulan tgh on9, so nk jugak update blog..
(nk lpas gian sbb dh lama sgt x tulis lam blog sejak Mr. A aku sakit -refer post sblum ni-)
hahah.. pape jelah..
dah la, malas nk tulis pepanjang..
bebel2 pun bukan dpt ilangkan pening..
seb baek esok cuti.. leh tdo n rehat kat bilik je..
hahaha..
ok, babai.. wassalam..

Tuesday, November 3, 2009

wish u luck

assalamualaikum..

actually xde bnde nk ditulis pun tapi memandangkan blog sy ni dh lama sgt x dijenguk, dh penuh dh sawang2 kat dalam ni, so saya nak cuci skit blog ni, kasi bersih skit.. lpas ni xleh nk bukak blog lg dh sbb dh nk exam..

so, dlm kesempatan ni saya nk wish GUD LUCK to all kwn2 dan saper2 jer yg tgh, sdg, atau akan menduduki exam.. especially kpd teman2 seperjuangan kat cni.. chaiyok2 korang smua..

and kpd budak2 form5 yg nk spm tu, do ur best k.. and also to my adek, spm polah bena2 woii... boh gago nk b'msj ngan org jak, g study gik nun..hahaha..

ucapan kpd diri sy sendiri: sabarlah menghadapi setiap dugaan.. walopun sem ni mmg byk dugaan yg sy hadapi tp alhamdulillah sy masih dpt melaluinya.. dugaan2 tu secara x langsung lbih mematangkan diri sy yg selama ni mcm x brp matang.. so, harap2 sem depan will be better than this sem la.. amin..

p/s: lama giler x update blog sebab laptop rosak dah brapa bulan dah.. ni pun kebetulan pegi library buat keje, so leh la on9 kejap..

Sunday, June 21, 2009

dh nk abis..

pejam mata, bukak mata.. bangun, tdo.. 9 minggu dh b'lalu.. tinggal seminggu lg sblom aku m'habiskan praktikal aku.. cpat btul masa b'lalu kan.. serius, aku x terasa langsung yg tempoh praktikal aku dh nk abis, dh tinggal seminggu je pon..

aku rasa mcm baru bbrp minggu lpas aku start praktikal kat sini.. rasa mcm x sampai sebulan pon, padahal dh lbih 2 bulan..

bila dh nk abis praktikal ni, aku rasa happy pun ada, sedih pun ada, takut pun ada.. yelah, happy sbb dh nk abis, dpt relax kat rumah.. sedih sbb nk b'pisah dgn kawan2 & staf2 yg dh byk m'bantu aku sepanjang praktikal.. and takut sbb xtau cmner nk siapkan report ni, huhu.. harap2 aku dpt buat report yg bagus.. amin..

Wednesday, April 15, 2009

Finally.. it's over

haha.. hepinya aku.. xm da abes..
tpt jam 4.30pm td, b'akhirlah perjuangan aku utk semester ini.. hehe~
lpas 4 bulan lebih bertungkus-lumus, ahernya tibalah waktu yg dinanti2kan oleh aku.. iaitu waktu cuti, hahaha..

lpas ni aku nk pack barang2 jap.. lpas tu mlm ni aku & member2 aku nk kuar beramai2, makan kat Crocodile Rock.. nk celebrate abes xm, hehe~ jgn jeles taw korg..
skg ni dh t'bayang2 dh kat mata aku carbonara spageti, chicken chop &.. pe g ek?? mcm2 lg la yg aku rasa nk mkn, heheh.. dh la sehari x mkn sbb nk struggle utk last paper td, haha.. mlm ni confirm aku melantak abis-abisan..

hee~ x sbrnya aku nk balik sok.. nk jumpa mak, abah, abang2, adik2, pendek kata, nk jumpa family lah.. haha~

tp aku just dpt bercuti 2-3 ari jer sbb isnin depan aku dh start practical... takot la plak nk practical.. x taw naper, rasa nervous lak, hehe..

ha.. sblom aku lupa.. aku nk wish everyone happy holiday la.. especially to bebudak uia.. kpd bebudak u laen yg masih xm atau baru nk xm tu.. slmat berjuang, ganbatte ne!! kpd teman2 seperjuangan aku yg akan start practical training tu, gud luck gak.. wat practical elok2 taw (ditujukan kpd diri aku jugak), hehe..

erm.. pe g ek nk ckp?? td mcm byk je benda nk di'repek'kan kat sini, skrg dah blank la pulak otak aku.. hehe~ mayb dah cukup merepek masa jawab soklan hemato tadi kot, hahaha...

xpe ar, nanti kalau aku ada modal utk merepek lagi aku update la blog ni, hehe.. stakat ni aku chow la dulu.. bye, wassalam.. =p

Monday, April 13, 2009

Semangat!!!

arghh!!
2 days to go..
and 2 more papers to go..
go aya go..
chayok2..
Semangat!!!!

Monday, April 6, 2009

mengisi gap seminggu..

xm gap ada seminggu lbih..
aku jadi malas nk study..
asyik duk dpan laptop jer sejak abis paper smlm..
sambil menulis.. eh, salah.. menaip benda yg ntah pape..
yg pasti benda tu x berfaedah & xde kaitan ngan pelajaran.. haha..

xtaw bila nk mula bukak buku utk next paper..
walaupun ade masa seminggu lbih, tp xm aku dua hari berturut2..
subjek pun leh tahan susah..
"hematology & oncology" dan "toxicology"..
so kena struggle jugak dlm seminggu ni..

semalam lpas abis paper ungs kitorg kuar..
bli tiket balik kampung, then g makan..
kitorang melantak habis-habisan kat sushi king, east coast mall (ECM)..
ntah brapa pinggan sushi kitorg makan, pastu order lg nasik don..
last2 sume x abes mkn nasik tu sbb da kenyang mkn sushi..
that was my 1st time makan sushi..
and i like it very much..
len kali kalo ade org ajak mkn sushi confirm aku x tolak, hehe..

lpas tu sblom balik bli donat pulak kat big apple..
haha.. mmg byk aku makan smlm..
konon nak release tension la..
tp tension tak tension, aku mmg kuat mkn..
sbb mkn mmg hobi aku.. hehe..
x kisah mkn pe, janji mknn tu sedap, aku lantak jer..
smpai harga pun kdg2 dh x kisah sgt..
mcm semalam.. skali makan jer dh abes lbih 30 ringgit sorang..
haha.. tu la, mkn sampai x ingat dunia..
nasib baek x pokai lagi..
hahaha..

okey, citer pasal makan-makan, skrg aku dh lapar pulak..
so aku nk pegi mkn dulu.. jgn jeles, bye..

Friday, April 3, 2009

release tension jap

fuh.. abes da satu paper..
lega tp risau..
sbb essay yg aku tulis cam ntah pape jer..
tp aku ttp bersyukur sbb aku smpat siapkn essay aku
walaupun grammar tunggang langgang..
isi pun kucar-kacir..

bayangkan.. kena wat satu essay of 500 words..
pastu ada soalan kena wat summary & paraphrasing ayat..
sblom tu kena bce 4 artikel yg panjangnyer 1 1/2 page setiap satu
sbb isi utk essay msti ambik dr article tu..
n all those things must be done in only 2 hours..
kalau korg, korg rasa cukup x masa yg diperuntukkan tu??
seriously, aku rasa mmg x cukup..

tp aku sempat2kan jer..
sbb tu jd rojak essay.. hahaha..
tp at least siap la kan..
compared to a few others yg x smpat siap

xpe korg.. i'm sure mdm will be lenient..
dier kn baek.. (ayat bodek.. hehe..)
hrp2 result kte sume bagus la ek
walaupun mmg impossible nk dpt A

actually aku mmg x target A utk subjek ni
coz i'm quite bad in english
lgpun mdm ade ckp ari tu
rmai org tersungkur time final xm
markah assignment, midterm & yg len2 tu okey jer
tp final menentukan segalanya
hrm.. aku pasrah jer.. harap2 lulus jer la..
amin..

next paper: sunday
subjek: ethics and fiqh for everyday life (lebih dikenali sbg ungs)
byk yg kena bce
tp aku x bce pape lg

esok lak patutnyer ade kuiz hematology
p nasib baek optional jer
so mayb aku x ambik kuiz tu kot
pasrah jer ngan markah hemato nanti
huhuhu

xpe r.. rmai kot member2 aku yg x ambik kuiz tu
so aku ade geng
hehehe..

k lah.. aku nk study..
tapi..
haish.. laptop + internet ni mmg mengganggu konsentrasi aku
tp aku kalau study xleh senyap sgt..
kena ade alunan muzik yg menemani..
tp aku xde mp3
so tpaksa la pasang media player lam laptop jer
huhuhu

rase cam nk buat mcm sem lpas..
x bukak laptop lgsung spnjg xm week..
tp x leh sbb slides notes sume lam laptop..
so kena gak menatap laptop yg cantik ni..
hahaha...

eish.. tengok.. dh panjang aku membebel kat sini..
konon2 nk lpas tension jer td..
tp mcm dh terlebih la pulak...
hahaha..

k la.. aku ngantok la pulak
nk tdo jap la..
hehehe.. bye..

Thursday, April 2, 2009

..xm lagi..

cepatnyer waktu b'lalu..
bgn tdo, pegi klas, pulang klas, tdo balik..
tup2 dah abis semester..
e
sok dah start final xm..
first paper aku: English for Academic Purpose (EAP)..
9 pagi esok..
seriously aku x taw nk study per..
bce notes on how to summarize + paraphrase + quote... bla..bla..bla
tu jer kot..
tp aku paling takut soalan essay..
mcm aku kata dulu..
i'm not really good in writing English essay..
apapun, hopefully aku ada byk idea utk menulis time xm sok..
korg yg len yg nk xm tu, especially bebudak uia gombak + kuantan..
wish u all good luck..
jwb xm tu baek2 taw..
jgn lupe doa, solat hajat, etc..
mudah2an dipermudahkan utk jwb soalan xm & dpt result cemerlang..
insyaAllah... amin..

Thursday, March 5, 2009

Relieved..

hi, hello, anyeong. konichiwa.. minna-san..

i'm so relieved and happy of everything that happened these few days..
my draft, which i had mentioned in the previous entry, doesn't need to b submitted today..
it was postponed to next week..
(looks like my wish is granted.. alhamdulillah.. hehe..)
regarding the presentation, i'll do it next friday since not all of us can present today..so i got a whole 1 week to finish the draft and prepare for the presentation...
hopefully i'll b more prepared & ready 4 it next week..
amin..

so, yesterday i was having very much fun during my trip to the National Blood Centre (Pusat Darah Negara)...

it really was a wonderful trip for me...
although we departed quite late due to some technical difficulties, we were able to reach our destination almost on time...
before we went to the blood centre itself, we stopped by at the Gombak campus for lunch..
but sum1 got lost sumwhere in the campus, causing another late departure from there, haha...
but alhamdulillah everything was going on well during the whole trip..
we learnt lots of things there and we even got the chance to donate our blood..
but for sure i can't donate mine even though i really wanted to..
cuz i didn't fulfill all the requirements for it.. :(

oh yeah, forgot to mention sumthg..
we watched some movies in the bus on our way to kl..
one of them was a Hindustan movie and the hero looks almost exactly like our lecturer..
or is it our lecturer that looks like the actor??
hurmm...
whichever way, both of them are quite good looking..
u know Hrithik Roshan??
it's him, but sorry, i'm not his die-hard-fan, although i did watch & enjoy his movies, hehe..

dunno why i'm mentioning 'bout this..
it has nothing to do with the trip, right??
hehe.. i just realized about their similarities yesterday..
i mean, he's been teaching us for 3 yrs now and i've been watching Hrithik's movies lots of times during that period but i never realized and thought that they look alike..
until when i looked at both of them at the same time yesterday..
i suddenly remembered what he said during 1 of his lectures..
he said: "a student said that being in my class is like watching a Hindustan movie.."
hurmm.. is that so??
mayb that student was a great fan of Hrithik and therefore had realized that our lecturer looks like him, haha..

now i'm really relieved cuz that trip was over..
what's left now is just to complete the report..
huh, now i'm going to relax my body and mind before proceeding with the assignments which were all due next week..

everyone has went home now..
and i'm left here with my assignments..
luckily i'm not alone in this room, hehe..
and tonight we were going out for dinner at..
no, can't tell u that, or else sum1 might b jealous, hehe..
okey, that's all for now, i have to take my bath and get ready to go out..
bye, jya ne..

Monday, March 2, 2009

xda pa pa

this week, aku:

1. kena wat 1st draft utk english research paper.. xtau how long madam nak but since the real paper should b 2500 words so the draft might need to be around that length also..
2. kena wat slide utk present outline of the research paper..
3. both of them kena antar on thursday..
4. on wednesday i've got a trip to pusat darah negara and it'll take the whole day.. seb baik segala urusan utk trip tu dh disettlekan, cuma nk g jer..
5. aku baru wat skit jer utk draf tuh.. tu pun baru intro jer..

problem aku: i'm not good in doing even an english essay of 500 words, and i'm not good in mix-matching isi, paraphrasing, summarizing, and synthesizing from the journals.. so, agak-agak sempat x aku nk siapkn draft aku b4 ari khamis?? arghhh... help me please!!!

keyh, aku nk sambung memerah otak utk wat my 1st draft.. hopefully i will manage to finish it on time.. chayok fya!! fya boleh!!! hehe.. (actually i really wish there'll be no class this week.. at least postpone the submission of the 1st draft ke.. huhu..)

Wednesday, February 25, 2009

Untitled..

suatu pagi
aku terbangun dr tdo
aku tgk jam
alamak!! dah dekat kol 8.40
klas aku kol 9
roommate aku yg len smua dh siap
mungkin dorang x sedar aku x bgn lg
dorang dh ready nk kuar
aku baru nk g mandi
x sampai 5 minit dh siap mandi
bersiap dlm masa 10 minit
kol 8.53am aku kuar bilik
sungguh xpress..

p/s: ini bukan crita dongeng.. this is what happened to me one morning tp aku x nak gtau bila..
pengajaran: jgn tdo lambat sgt kalo badan terlalu letih & jgn terlalu leka dibuai mimpi indah..

Friday, February 6, 2009

Ganbatte..!!!

gud luck for me and all my friends who will be facing the midterm exams and quizzes and presentations in this few weeks.. hopefully we will get very good results for all of them.. (most frightening ~ Haematology... so many topics to be covered)

*i really need to manage my time very wisely right now or else the history will be repeated.. don't want 'that' to happen twice.. huhu..*

Sunday, January 18, 2009

Aku rasa macam nak... erm.. nak apa ek???

Subjek2 yg aku amik sem nih:
1. Haematology
2. Toxicology
3. UNGS (Ethics)
4. EAP

4 subjek jer, nampak sikit kan??? Tapi walopun nampak cam skit sbnrnya byk gler benda yg kitorg kena buat utk subjek2 tu..

1. Haemato - presentation
2. Toxico - presentation + assignment
3. UNGS - presentation + assignment
4. EAP - assignment/research paper yg include presentation

* boleh dikatakan semua subjek tu kena buat presentation... mampos la aku nak buat preparation utk smua tu.. nak cari info lagi, nak taip assignment lagi, prepare powerpoint lagi. Especially EAP la, subjek kegemaran aku tu... hmm.. Kena wat library research la... rasa cam dah nak wat FYP plak, hahaha...

Ha, lupe lak tadi.. Ada satu g subjek aku amik sbnrnya.. Sem ni aku amik community service and as our 1st assignment, kitorang kena wat proposal paper utk satu program. Sorang kena wat satu proposal... adoi, camner nak wat nih, aku nih dah la x pernah wat benda2 proposal2 nih.. Aku mmg jarang jd committee member utk apa2 program, boleh kata x pernah kot, so aku x tau sgt pasal benda2 camtu.. Nak fikir program apa yg nak buat pon satu hal gak... tapi nasib baek la deadline dier lambat lagi.. boleh la aku perah otak aku utk fikir satu program best time cuti tahun baru cina nih.. Luckily skang ni aku tgh jd member of organizing committee utk satu program, so dah tau la skit2 camner nak wat proposal paper.. tu pon baru nak tertatih-tatih jer.

Lagi satu hal yg membuatkan kepala aku nih rasa cam kena hempap dan timbus dgn batu 10 tan - internship... hal ni pon x settle2 lagi.. Aku pun x tau bila nak settle. Aku dah x tau nak mintak kat mana lg sbb kat tanah tumpah darah aku tu walopun byk gak tempat yg boleh apply, tapi x tau la kalo diorang nak amik student utk wat practical.. Kalo smua tempat dah x bleh nak amik aku, aku rasa aku perlu pertimbangkan jugak satu-satunya pilihan terakhir yg aku ada - which is wat practical over the sea.. maknanya kat Semenanjung Malaysia yang tercinta ni la...

Alamak, dah la practical 3 bulan, mana aku nak duduk selama masa tu. Kalo nak sewa rumah, macam la mak bapak aku tu kilang duit.. nak cari rumah sewa yg murah skang nih pun bukan senang. Dah la 3 bulan... lama tu beb... Aku yg dah berkali2 balik umah abang aku, duk kat umah dia seminggu dua tu pun susah nak adjust, nih nak 3 bulan kat umah saper2 ntah... Aku x dpt nak bayangkan..

Ntahlah tapi sebelum nih aku blum pernah rasa tahap tension yg macam nih.. Semester2 sblum ni, walopun byk assignment gak, aku still boleh cope with it. Tapi sem ni... sem ni aku rasa mmg btul2 semester yg menguji keimanan dan kesabaran aku. Kdg2 aku rasa nak jerit jer sepuas2 hati aku.. tapi sbb takut ganggu ketenteraman awam, aku just dengar lagu sambil nyanyi sepuas ati aku jer utk release tension.. main game ker, baca novel ker, menulis ker... hahaha... Tapi setakat ni aku x pernah terfikir pun utk wat benda2 yg x sepatutnya walopun kdg2 rasa tension tahap nak gila (Nauzubillah min zalik..), so don't worry...

And sbg seorg yg masih dpt berfikiran waras, aku x akan give up.. Aku akan buat segala yg aku patut buat demi diri aku, masa depan aku, dan demi orang2 yg aku cinta.. InsyaAllah...

Tuesday, November 11, 2008

Mission Accomplished

hehehe... stlh lbih 2 minggu b'perang dan b'tempur dgn segala macam nota dan buku, ahernya salah satu misi aku selesai jugak.... Misi yg kuberi nama "Mission 2018" ini akhirnya b'jaya diselesaikan dgn jayanya.... Alhamdulillah, lega hati ni...

Wanna know why i named the mission as "Mission 2018"??? That's bcoz all the dates of my exams involve only those numbers... beginning with 28/10/2008; 2/11; 8/11; 10/11 and 11/11/2008... Isn't that amazing??? I think it really is.... Masya-Allah...

and it is also amazing that i managed to resist myself from surfing the net for the whole period, hahaha... but i did turn on my laptop on the first few days to play games and watch a bit of movies, hahaha... But then i didn't even look at my laptop bcuz i was just too busy 'playing' with my notes. Poor my laptop... it's like i was ignoring it for the whole week, but luckily it didn't sulk with me, hehehe...

Now i really can't wait for tomorrow... I'm only going to go back to my hometown tomorrow whereas all my roommates will be leaving today and tonight. So it seems like i'm gonna be alone this night (sobs...), but that doesn't matter coz i've really used to this kind of situations... hahaha... but i really don't know what to do tonight??? Should i watch movies??? Or just surf the net??? Oh yeah, i've just remembered that i've a meeting 2night... so at least i'll not be alone for the first 1 or 2 hours, hahaha...