ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Showing posts with label Perasaan n emosi. Show all posts
Showing posts with label Perasaan n emosi. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Mata dan Bahu Memanglah Tak Sama

Assalamualaikum..

"Berat mata memandang berat lagi bahu memikul."

Okey, itu peribahasa biasa yang memang dah biasa kita dengar. Bila tengok orang lain dalam susah kita hanya mampu pandang. Simpati. Memang begitu realitinya. 

Tapi dari sudut pandang yang lain, mereka yang susah pandang orang yang senang dengan penuh rasa cemburu. Indahnya hidup menjadi orang senang, pasti itu fikir mereka. 

Contoh, seorang yang sedang sedih berduka terpandangkan seorang yang senang gembira. Cemburu mula timbul dalam hati. Alangkah indah andai aku dapat seperti dia. Gembira bahagia tiada duka.

Realitinya, indah mata memandang lebih indah dari bahu yang memikul. Betul. Serius. Ingat best sangat ke hidup senang gembira??

Tahukah apa yang bermain dalam minda mereka yang gembira??

Resah. Gelisah. Celaru. Kusut. Serabut. Terlalu senang dalam gembira sehingga lupa pada yang tak seharusnya dilupa. Kalau begitu lebih baik tak pernah gembira. Ah, susah lah nak cerita.

Okey. Macam ni kisahnya. Bila seseorang dah terlalu biasa merasa senang, susah lah untuk dia merasa susah. Bila nampak orang lain dalam susah pun seolah tiada rasa. Mungkin ada secebis simpati tapi apa lah makna simpati dari seorang yang tak pernah susah??

Bila dalam keadaan begitu, kadang-kadang rasa ingin merasa susah agar dapat merasa kesusahan orang lain. Err.. Fahamkah apa aku cuba nak sampaikan?? Tak faham tak apa. 

Kesimpulannya, jangan bicara seolah-olah kamu benar-benar memahami apa yang mereka rasa sedangkan hakikatnya kamu tak pernah rasa apa yang mereka rasa.

nota dari hati: Indahnya hidup kalau dapat rasa seperti yang mereka rasa. Secebis pun cukup.

nota innocent: Kenapa aku rasa ayat aku macam pelik semacam?? Sebab dah lama tak menulis kah?? Huahhahaha..

Sunday, November 7, 2010

kehilangan hati

Assalamualaikum..

Mood aku sangat teruk akhir-akhir ni. Memang.... ish, tak tau lah nak describe macam mana. Tapi seriously, memang sangat-sangat teruk.

Hati aku rasa kosong sangat. Minda pun kosong. Fikiran pun kosong. Jiwa pun kosong.

Arghh..!! Is this some kind of graduation syndrome or what?? Seriously aku rasa macam... kosong.. blank... tak boleh fikir apa-apa. System aku macam dah completely broken down and out of order. Nak study pun memang dah tak ada mood. Aku cuba jugak paksa untuk study. Tapi satu pun tak boleh masuk.

Arghhh lagi...!! Dammit. Apahal aku jadi camtok..?!! Somebody tolong bagi motivasi, semangat dan perangsang sikit kat aku boleh??

Seriously aku rasa macam mok nyumpah.. boleh??! Demn!! S***!!

nota: Sorry entry macam orang tak betul. Emosi dan fikiran aku memang tengah gila. Tekanan exam + dilema nak grad kot.. arghh, watever...

Friday, October 15, 2010

Entahlah, aku pun tak tau...

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni fikiran aku sangat berserabut dan bercelaru. Terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikiran aku. Aku seolah-olah sedang berada dalam sebuah dilema. Dilema apa?? Entahlah, aku pun tak tau.

Sejak beberapa hari lepas, aku asyik memikirkan satu masalah ni. Bagi aku, ini lah masalah terbesar yang pernah aku hadapi sepanjang hidup aku. Atau mungkinkah ia sebenarnya masalah kecil tapi aku je yang memperbesarkannya sehingga merumitkan kepala otak sendiri?? Entahlah, aku pun tak tau.

Hati aku sekarang rasa tak tenang sebenarnya. Aku penat. Aku letih. Aku buntu. Aku keliru. Aku mahu, tapi... Entahlah, aku pun tak tau.

Apa yang aku fikirkan?? Apa yang mengganggu aku?? Apa yang aku mahu?? Entahlah, aku pun tak tau.

Korang tau?? Ah, tak mungkin korang tau kalau aku sendiri pun tak tau.

Sunday, October 10, 2010

lagu dari 'dia'

Assalamualaikum..

OMG!!! Aku rasa macam tak percaya..!! Ada orang bagi aku lagu....!!! Oh serius aku sangat terharu. sob..sob..

Opss sorry ter'over acting pulak... hahaha.. Maklom la baru first time ada orang dedicate lagu kat aku. Tapi tapi tapi!! Bukan boyfren ok, aku tak pernah ada boyfren dan mungkin tak akan ada boyfren sampai la saat pernikahan aku tiba tak lama lagi. ehem..

Status beliau pada aku cuma seorang kawan, tapi bagi aku dia tetap special sebab aku dah anggap dia sebagai kawan baik aku walaupun tempoh perkenalan kami belum pun sampai setahun. Jadi sila jangan buat apa-apa spekulasi atau gosip-gosip liar tentang aku dan dia.

Best jugak lagu ni, music dia pun okey and tak terlalu bingit. Dan lirik dia... hurm... err... no komen., hehe. Beliau memang suruh aku hayati lirik dia, tapi aku ni memang slow sikit kalau dah melibatkan bab-bab seni dan yang sewaktu dengannya macam ni. So tak dapat la aku nak betul-betul hayati lagu ni. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'wonderwall' dalam lagu ni pun aku tak tau.. huahuahua..

Apapun terima kasih kepada 'dia' yang dedicate lagu ni.. Serius ni aku memang terharu sangat-sangat sebab tak sangka ada jugak orang yang sudi ingat kat aku yang kadang-kadang tak berapa nak betul ni.. huhu.. sobss... (sambil lap hingus kat baju..)


Oasis - Wonderwall

Today is gonna be the day
That they're gonna throw it back to you
By now you should've somehow
Realized what you gotta do
I don't believe that anybody
Feels the way I do about you now

Backbeat the word was on the street
That the fire in your heart is out
I'm sure you've heard it all before
But you never really had a doubt
I don't believe that anybody feels
The way I do about you now

And all the roads we have to walk along are winding
And all the lights that lead us there are blinding
There are many things that I would
Like to say to you
But I don't know how

Because maybe
You're gonna be the one who saves me ?
And after all
You're my wonderwall

Today was gonna be the day?
But they'll never throw it back to you
By now you should've somehow
Realized what you're not to do
I don't believe that anybody
Feels the way I do
About you now

And all the roads that lead to you were winding
And all the lights that light the way are blinding
There are many things that I would like to say to you
But I don't know how

I said maybe
You're gonna be the one who saves me ?
And after all
You're my wonderwall

I said maybe
You're gonna be the one who saves me ?
And after all
You're my wonderwall

I said maybe
You're gonna be the one that saves me
You're gonna be the one that saves me
You're gonna be the one that saves me

nota tepi: adakah lagu ini juga berbentuk jiwang ganas seperti yang ini??

Tuesday, September 28, 2010

Hari ini Hari Sedih Sedunia

Assalamualaikum..

Aku rasa hari ni Hari Sedih Sedunia kot. Beberapa blog yang aku baca hari ni buat entry sedih-sedih atau kurang happy. Mood aku sendiri pun hari ni sedih.

Banyak benda yang buat aku sedih hari ni. Tapi aku cuba jugak untuk buat-buat happy. Kadang-kadang kita tak boleh tunjuk kesedihan kita depan orang lain, kan??

Ada masanya aku rasa sangat susah untuk jadi seorang aku. Bagi yang mengenali aku, korang tau macam mana aku sebenarnya. Aku seorang yang sangat susah untuk meluahkan perasaan. Jadi kalau ada apa-apa, aku memang takkan luahkan pada sesiapa. Selalunya aku luah kat blog je. Itu pun tak semua yang aku luahkan.

Hatta orang sekeliling yang paling rapat dengan aku sekali pun tak pernah tahu perasaan aku. Mak bapak, family, kawan-kawan.... memang tak ada sorang pun tau. Dan sepanjang hidup aku memang tak pernah ada kawan rapat yang dengar setiap luahan aku.

Mungkin bila korang baca macam sadis je kisah aku ni. Tapi itulah aku. Ni lah kali pertama aku luahkan semua ni. Sebab aku rasa aku dah tak dapat nak simpan lagi perasaan aku. So hari ni, biar semua orang tahu apa yang aku rasa. Aku tak peduli apa orang nak kata, asalkan hati aku tak sakit memendam rasa.

nota tepi: dah lama tak blogwalking ke blog jiran dan kengkawan. siresli, aku sangat tak ada mood. mood aku semakin merudum jatuh.... arghhh!!!

Saturday, September 25, 2010

aku berhenti mencintai kamu

Assalamualaikum..


Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada pembaca yang sudi komen entry bawah ni. Pendapat dan nasihat korang amat aku hargai. Aku akan cuba nasihatkan kawan aku tu. Aku harap dia dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri dan masa depan dia. Sebagai teman, aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan untuk dia.

Kebelakangan ni mood aku untuk menulis blog semakin berkurang. Aku dah malas nak membebel dan merepek serta merapu di sini. Aku nak pergi membawa diri. Memulakan hidup baru aku sambil mencari ketenangan di situ.

Lagipun selepas ini aku ada tanggungjawab dan komitmen yang lebih penting dan aku perlu menumpukan perhatian kepada tanggungjawab tersebut. Jadi mungkin masa untuk blog agak terhad.

Jadi aku buat keputusan untuk berhenti menulis. Blog ni mungkin akan aku tutup, begitu juga dengan blog yang lagi satu. Sebab kalau aku biarkan pun, bukannya ada apa-apa yang bermanfaat pun dalam blog aku ni.

Aku tak tau sama ada aku akan kembali menulis semula atau tak, tapi yang pasti aku akan meninggalkan dunia blog ni untuk jangka masa yang agak lama.

Untuk beberapa hari terakhir ini, aku akan post beberapa entry yang merupakan luahan perasaan aku yang ingin aku kongsikan bersama kalian. Mungkin ada yang bermanfaat buat kalian dan mungkin ada yang boleh kalian ambil sebagai pengajaran.

Kalau tak ada pun, anggap la apa yang aku tulis tu sebagai bahan bacaan suka-suka je. Wassalam..

Thursday, September 2, 2010

bermain dengan perasaan

Assalamualaikum..

Hari ni 'sekolah' aku dah start cuti mid-semester merangkap cuti raya.  Rumet aku semua dah balik kampung.  Geng dari bilik sebelah ngan bilik sebelah bilik sebelah pun dah balik.  Kini tinggallah aku sendirian di sini meniti detik-detik terakhir Ramadhan.

Tahun ni aku akan beraya di Melaka bersama family abang aku.  Tapi serius aku tak ada feeling langsung nak beraya.  Orang lain semua sibuk-sibuk nak balik, buat persiapan raya segala, tapi aku tak ada hati nak buat apa-apa. Tiket bas pun aku baru je beli. Sengaja aku beli selambat mungkin. 

Kawan-kawan semua buat muka pelik dan kagum bila aku cakap tak beli tiket lagi hari tu.  Tapi aku buat muka selamba je, macam tak risau je tiket habis. Memang pun. Kalau boleh aku memang tak nak pergi mana-mana pun sebenarnya. Lantak lah kalau terpaksa duduk sorang pun, bosan pun bosan la. Serius langsung tak ada mood nak raya.

Tapi bila terfikirkan mak dengan abah kat kampung yang risaukan keselamatan puteri kesayangan mereka di negeri orang, akhirnya aku pun bersetuju untuk balik beraya, walaupun dengan abang je. At least ada anak-anak sedara yang sangat chomel sebagai penghibur hati yang sedang lara. Oh, serius sangat rindu kat dorang..

Agaknya macam ni la kot perasaan budak-budak sekolah yang belajar kat luar negara dan tak dapat balik raya.  Nak raya tapi tak nak beraya.. er..


Cakap pasal mak ngan abah, tetiba rasa sayu.  Dah lebih 20 tahun aku hidup, tapi mak dengan abah masih tetap manjakan aku macam budak kecik.  Kalau boleh ke mana-mana aku pergi pun dorang nak hantar, nak teman, macam waktu mula-mula aku sampai sini dulu.  Aku ingat lagi kata-kata abah masa cuti semester lepas, dia cakap dia sanggup temankan dan hantar aku jugak kalau nanti aku dapat kerja kat Semenanjung.  Padahal kalau nak diikutkan, aku dah agak berpengalaman jugak hidup kat Semenanjung ni, tapi dia tetap nak hantar jugak.

See?? Betapa risaunya mak bapak bila ada anak perempuan?? Kalau boleh tak nak lepas langsung kot. Serius aku terharu gila masa tu, rasa nak nangis je.. huks~

Tapi kalau boleh aku memang tak nak jauh dah dari dorang.  Susah kot kalau anak perempuan duduk jauh sangat dari family. Hari-hari buat dorang risau. Lagipun kalau jauh tak dapat nak bermanja-manja macam princess.  Dorang pun tak puas lagi kot bermanja-manja dengan aku sebelum ni. Sebab tu kalau cuti je mesti aku yang kena buat segala kerja yang ada.


Nampaknya macam lambat lagi je aku nak kawen.. nak bermanja-manja puas-puas dulu ngan mak bapak.. boleh kan, bakal suamiku?? hee~

So lepas habis belajar aku nak duduk rumah jadi princess kepada parents aku. Biarlah orang nak kata aku anak mak ke anak abah ke.. dah memang betul pun aku anak dorang.  Selagi aku masih single, aku tetap mommy and daddy's little princess.. betul?? 

Dah, tak nak cerita panjang-panjang sangat.  Mata pun dah mula nak basah dah ni.  Baik aku stop sebelum banjir melanda.  Macam encik Aiman punya sedara pernah cakap dulu, aku kalau dah datang homesick memang boleh banjir satu bandar.. cesss... hampeh betul budak tu.

Monday, August 30, 2010

lagu ni untuk kau, AL...

Assalamualaikum..

Entahlah kenapa beberapa hari ni aku rasa macam tak ada mood. Buat kerja pun macam tak ada feel. Macam lah banyak sangat kerja aku padahal hari-hari jadi burung hantu membuta dari subuh sampai maghrib. Ah, indahnya hidup dalam kebebasan macam ni..

Sekarang ni kat mana-mana pun dah sibuk pasang lagu-lagu raya. Tapi aku tak nak dengar lagu raya sebab takut 'sakit rumah' aku makin menjadi-jadi, dah la tahun ni tak balik.. cesss.. So baik aku dengar lagu jiwang. Sambil dengar lagu boleh berangan honeymoon sampai London..

Lagu ni merupakan salah satu lagu dalam soundtrack filem Ketika Cinta Bertasbih 2. ye.. citer tu memang da lama.. aku tau lah.. Tapi aku suka lagu ni sebab lirik dia sangat best dan meaningful jugak la bagi aku. Seriously I fell in luv with this song since the first time I listen to it.. Kalau korang nak tau best ke tak, try la dengar sendiri...




Melly Goeslaw - Haramkah

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar

Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku

Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta

Kepada si makhluk asing.. aku dedikasikan lagu ni khas untuk kau. Aku mintak maaf. Aku tak boleh nak tipu diri sendiri. So aku tetap akan tunggu.. Apa pun aku doakan kau sentiasa bahagia di bawah lindungan rahmat-Nya.. amin.. Selamat hari kemerdekaan, makluk asing.. eh, lupa pulak, kau bukan makhluk bumi kan..?? hee~

p/s: mood aku tengah agak gila sekarang.. maklom la bulan baru lepas mengambang.. hahaha.. err..

Friday, August 27, 2010

masih dalam Ramadhan

Assalamualaikum..

Hari ini hari Jumaat, bersamaan 17 Ramadhan 1431 H. Aku pasti korang semua sedar yang hari ni adalah hari di mana al-Qur'an diturunkan. Dan tahun ini ia jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Kebetulan kah?? Entah.. hanya Dia yang tahu..

Apa pun, aku bukan nak cakap pasal nuzul Qur'an sebab aku bukannya arif dalam hal-hal macam ni. Apa yang aku nak cakap ialah, masa semakin berlalu. Dah lebih setengah bulan kita berada dalam bulan Ramadhan. Tapi bila aku renung balik, macam tak ada beza antara tahun ni dengan tahun lepas.

Awal-awal dulu rasa macam okey.. smooth.. ada sikit perubahan positif.. tapi lama-kelamaan.. hmm.. nampak sangat hati masih kotor, sebab tu susah nak istiqamah.. *sigh*

Macam pergi sekolah. Mula-mula punyalah bersemangat nak belajar, buat homework dan sebagainya. Tapi masalahnya bermula bila dah dapat cuti.

Bila dah lama bercuti, walaupun tak sampai seminggu, nak mula kerja balik tu kadang-kadang teramat lah payah. Nak pergi sekolah pun rasa malas sangat. Lagi-lagi bila ramai kawan-kawan sekeliling yang masih bercuti. So pendorong semangat tu tak ada. Akibatnya, pencapaian pun merosot..

Macam tu lah perumpamaan keadaan aku sekarang. Macam dah malas tiba-tiba. Entah apa dah jadi dengan aku. Setakat puasa tak makan tak minum.. Yang lain-lain... macam dah semakin berubah balik to old habit yang teruk.. rasanya tak perlu aku cakap macam mana teruk tu..

Aku cuma terfikir, macam mana kalau tahun depan aku tak berpeluang bertemu Ramadhan lagi.. ya Allah, alangkah ruginya hidup aku.

Sempena hari nuzul-al-Qur'an ni, juga sempena hari Jumaat yang mulia ni, jom kita buat azam baru. Manfaatkan saki-baki Ramadhan yang tinggal lebih kurang 13 hari ni dengan lebih banyak amalan. Cari lailatul Qadar jom! Mudah-mudahan mendapat keberkatan dari-Nya. insyaAllah..


Sebagai penutup, cuba hayati kata-kata ni. Ia menyedarkan aku betapa banyak kekurangan yang masih ada dalam diri. Aku ambik ni dari blog sorang college-mate yang tak kenal aku.
Kalau kita suka menipu, cuba hentikan. Kalau kita suka mengata, belajar untuk diam. Kalau kita selalu rasa dengki, buanglah perasaan tu. Kalau kita seorang pembenci, belajarlah menjadi pencinta. Kalau kita selalu riak, cubalah merendah diri. Kalau kita kaya, belajarlah memberi. Kalau kita berlebih-lebih, belajarlah untuk bersederhana.

Kalau kita rasa apa yang kita ada tak pernah cukup, belajarlah untuk hargai apa yang kita dah ada walaupun sedikit. Kalau kita selalu tinggal sembahyang, berusahalah untuk dirikannya. Kalau sembahyang kita dah cukup, cuba dirikan pada awal waktu. Kalau kita sembahyang pada awal waktu, belajarlah untuk lakukannya berjemaah. Kalau kita dah lama tak mengaji, bukalah Al-Quran, bacalah walaupun sedikit. Kalau dah biasa membaca Al-Quran, usahalah untuk memahami dan amalkannya. Kalau kita tak dapat amalkan semua, cubalah amalkan mana yang mampu dulu.

Kalau kita jarang buat baik pada ibu bapa, belajarlah untuk gembirakan hati mereka. Kalau kita selalu meminta pertolongan pada waktu susah, cubalah berterima kasih pada waktu senang. Kalau kita sakitkan hati saudara kita, mintaklah maaf. Dan kalau orang sakiti hati kita, belajar untuk memaafkan mereka. Kalau kita selalu doakan kesejahteraan diri, doakan lah juga kesejahteraan keluarga dan kawan-kawan. Kalau kita selalu lupa tuhan, cubalah untuk mengingati-Nya, kalau kita berdosa dengan tuhan, mintaklah keampunan. Kerana sesungguhnya, Allah maha pengampun, maha mengasihani.

p/s: Pagi tadi nak pergi ofis kolej nak ambik kiriman dari kampung. Dah siap-siap nak pergi tetiba baru teringat hari ni public holiday. Ofis tak bukak.. ish.. camana boleh lupa nih. Tu la otak asik fikir benda bukan-bukan je.. demmit..

Sunday, August 15, 2010

Kerinduan yang misteri

Assalamualaikum..

Pernah tak korang rasa satu perasaan?? Perasaan di mana korang sangat merindui seseorang. Tapi korang sendiri tak tau siapa sebenarnya yang korang sedang rindu.

Pernah tak??

Pernah tak?!

Aku pernah, dan sedang merasakan perasaan tu sekarang. Aku rasa aku rindukan seseorang. Seseorang yang aku pun tak tau siapa. Seseorang yang entah wujud entahkan tidak. Kalau wujud pun, entah siapa dan di mana orang tu berada pun aku tak tau. Mungkin aku tak pernah kenal dan tak pernah jumpa pun dia, tapi aku tau aku rindukan dia.

Kepada kamu yang aku sedang rindu, siapakah gerangan dirimu?? Kenapa begitu misteri?? Apakah kamu juga sedang merindui aku saat ini?? Oh, mengapa aku boleh ada perasaan yang sebegini misteri?? Sungguh aku tak faham..

p/s: entah kenapa mood aku agak jiwang sikit malam ni.. so, mintak maaf banyak-banyak kalau korang menyampah baca entri ni..

Monday, August 2, 2010

..Duhai Hati..




Duhai hati..
Mengapa begitu lemah..
Mengapa begitu rapuh..
Sehingga mudah terpedaya..
Mendengar bisikan nafsu..
Menurut hasutan syaitan..
Dan akhirnya rebah di tengah jalan..


Duhai hati..
Sedarlah bahawa ada yang lebih utama..
Yang perlu kau patuhi..
Yang perlu kau cintai..
Yang perlu kau takuti..
Sebelum kemahuan nafsu kau turutkan..


Duhai hati..
Mengapa begitu sukar mengerti..
Bahawa apa yang kau sukai itu..
Mungkin bukan yang terbaik untukmu..
Mengapa begitu sukar menerima..
Bahawa ketentuan Illahi itu banyak hikmahnya..


Duhai hati..
Mengapa masih berharap..
Pada sesuatu yang tak pasti..
Yang belum pasti menjadi milikmu..
Bila ada yang telah pasti..
Dan mengapa masih berharap..
Pada keindahan sementara..
Bila ada keindahan abadi..


Duhai hati..
Sendainya kau tahu..
Kau kunci segalanya..
Baik dirimu, maka baiklah seluruhnya..
Buruk dirimu, maka buruk jugalah seluruhnya..
Sedarlah wahai hati..
Bangunlah dari mimpimu..
Kembalilah pada yang benar..
Agar kau beroleh ketenangan dan kemuliaan..
Serta kebahagian yang hakiki..


Tuesday, April 27, 2010

~ untitled ~


keliru... keliru.. dan keliru.. lately i'm feeling so confused.. aku rasa keliru sangat-sangat.. terlalu banyak perkara yang berlaku kebelakangan ni sehinggakan aku dah tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.. aku pun tak tau apa, bagaimana, atau siapa puncanya, tapi yang pasti, it's too complicated dan aku ingin lari dari segala kekeliruan ini..

Ya Allah, bantulah hambaMu ini mencari jalan keluar.. Amin..


Sunday, April 25, 2010

argh.. i'm so confused..!!

aya oh aya.. please la.. apa yang kau nak sebenarnya..??
apa yang kau cari..??
apa yang kau impikan..??
kenapa hati dan pendirian kau selalu sangat berubah...??
semudah angin mengubah haluannya..??
seperti sebuah perahu yang hanyut di tengah lautan..??
adakah aku seorang yang tiada pendirian..??
atau aku masih belum mampu meneguhkan pendirian aku..??
heh, tolonglah, don't be like a loser..
it's so pathetic, okey..
tapi serius, kadang-kadang aku memang tak faham diri aku sendiri..
aku tak faham apa yang aku inginkan..
so, apatah lagi orang lain kan..??

p/s: please try to understand urself first if u want others to understand u.. *sigh*

p/s/s: sangat-sangat-sangat tak suka berada dalam dilema yang mengelirukan..

Tuesday, April 6, 2010

Diam tapi berbicara.. atau berbicara dalam diam..

Assalamualaikum..

org slalu kata.. silence means yes la, apa la.. tapi bagi aku, silence can mean anything.. contohnya, bila aku bercakap dengan seseorang tapi orang tu diam je, x respon balik, x semestinya sebab dia setuju dgn apa yg aku kata.. x jugak bermakna yg dia sombong atau apa.. mungkin masa tu dia tgh mengelamun ke, berangan ke, sbb tu dia x dgr apa yg aku cakap.. or maybe dia bisu, sbb tu dia diam je.. atau mungkin dia memang malas nak layan aku..

diam memang banyak hikmahnya.. sebab tu la kita lebih digalakkan untuk diam daripada bercakap tentang perkara2 yg x berfaedah.. tapi slalunya, bila seseorang diam, ada banyak maksud yg mungkin tersirat di sebaliknya.. ada orang nampak diam je, tapi sebenarnya dia tgh fikirkan suatu masalah yg sgt berat.. ada org pulak, nampak diam, tenang, tapi dalam diam dia tu sebenarnya ada maksud yg ingin disampaikan.. (eh, apa aku merepek ni.. aku pun dah tak paham apa yg aku tulis..)




apa yg aku cuba nak sampaikan kat sini ialah.. sesetengah orang mengekspresikan perasaan diorang dgn cara berdiam diri.. contohnya, sesetengah org kalau bad mood ke, putus cinta ke, ada masalah ke, mesti akan diam.. so bila ada kawan2 korang yg tiba2 diam tu tau2 je la kan.. jgn la pegi usik2 dia pulak, kang silap haribulan mengamuk kawan tu..

tapi tak semua orang macam tu.. ada jugak yg memang diam (bukan sebab bisu) dan x siapa tau kenapa dia diam dan apa maksud diam dia sebenarnya.. org yg jenis macam ni biasanya jenis yg pendiam and tak ramai org yg faham diorang.. aku tau korang mungkin tak paham apa yg aku cuba nak sampaikan.. aku pun sama..

okey la, nak bagi korang senang paham, aku bagi contoh la.. contohnya macam diri aku sendiri la kan.. bagi yg memang dah kenal dgn aku, of coz korang dah tau yg aku ni memang pendiam and pendiam aku jenis yg macam mana kan.. tapi dalam diam-diam aku tu, korang tau tak apa yg aku tgh fikirkan?? apa yg aku tgh rasa??

bila korang nampak aku diam, mungkin korang akan anggap biasa je, xde apa2.. mungkin korang akan fikir macam ni: "ala.. Aya diam je, maksudnya dia tak kisah la tu.. okey la dia tu.. xde apa2 problem la tu.. normal je tu.." well, of coz la korang akan fikir macam tu sebab diam kan memang dah sangat sinonim dengan aku.. (Aya = Diam; Diam = Aya)

tapi sebenarnya dalam diam aku tu boleh tersembunyi banyaak maksud.. cuba tengok ni..

  • slalunya bila aku okay aku memang diam..
  • bila aku ada problem, aku diam..
  • bila aku rasa boring gila terbabas, aku diam..
  • bila aku bad mood, aku diam..
  • bila aku kecik hati, aku diam..
  • bila aku gembira, pun aku diam..
  • bila aku tenang, relax, aku diam..
  • bila aku busy atau nervous pun aku diam..
  • bila aku tgh berfikir tentang sesuatu perkara dgn mendalam, aku diam..
  • bila aku setuju ngan sesuatu perkara, aku diam..
  • tapi kadang2 bila aku tak setuju ngan sesuatu perkara, pun aku diam..
  • bila aku suka sesuatu, kadang2 aku diam..
  • and bila aku tak suka sesuatu pun slalunya aku akan diam je..
  • kesimpulannya, tak kira apa yg aku rasa atau aku fikir, slalunya aku memang akan diam..



so.. bila korang nampak aku diam.. korang takkan tau sama ada aku okey ke, ada problem ke, bad mood ke.. and korang mungkin perlu tanya aku macam ni setiap masa, "Aya, kau okay tak? mood kau bagus tak? boleh kacau tak?" haha.. kalau ada org tanya aku macam tu setiap masa confirm aku akan cakap, "TAKKK..!! AKU TAK OKEY..!! PEGI LA MAIN JAUH-JAUH..!! JANGAN KACAU AKU..!!" (apa yg aku tiba2 merepek pulak nii.. heee..)

hehe.. terlebey la pulak.. tapi korang jgn la tanya macam tu setiap masa okay.. most of the time insya-Allah aku okay je, so korang x perlu tanya.. tapi kalau nak tau jugak apa yg sebenarnya tgh bermain dalam fikiran aku, boleh je tanya, tapi aku tak jamin la aku akan bagitau.. lagi senang kalau korang baca je blog aku kot sebab kat dalam blog aku memang tak pernah diam..

apa2 pun, kalau korang memang betul2 faham tentang perangai aku, korang akan tau apa maksud diam aku yg sebenarnya pada waktu2 yg berlainan.. mungkin sekarang korang tengok aku diam, and you know that i'm fine.. tapi pada waktu2 yg lain bila korang nampak aku diam, automatik korang tau yg aku tengah bad mood.. x perlu aku nak cakap atau nak tunjuk dengan cara mengamuk ke apa ke, baru korang tau yg aku tgh bad mood.. setakat ni aku rasa belum ada sesiapa lagi yg dpt fahami diri aku macam tu.. termasuk la aku sendiri.. kot..

wallahu a'lam..

p/s: rasa macam tiba2 terkeluar tajuk pulak entry ni.. sebenarnya tadi aku nak crita pasal diam je.. tapi xtau macam mana boleh terlebih crita pasal diri aku pulak.. watever la.. janji bahagia..

Friday, March 12, 2010

"..is it really just another crush??.."


i think i had another crush.. again.. this time on someone i've never met, and i've never known.. don't even know who he is.. don't even know how he looks like.. and we've just known each other for a few weeks, just via the web.. (am i really that easy to be attracted to other people?? *sigh*)

it feels quite weird to have a crush on someone which we don't even know like that.. just like that.. but it's true.. and it's happening.. well, it's just a crush, right?? so it could just be anyone, anytime, anywhere.. (i thought so.. but ain't that true??) anyway, sumtimes i think i AM a weird girl.. (coz sumtimes i don't even understand myself..)

actually i don't know exactly why am i attracted to this guy.. well, he's not the type yg baik or alim sgt pun.. just biasa2 je la kot.. but i think he's a really nice guy.. i mean realllllyy niceeee.. and i mean it, really.. (erm.. at least for me la..) i don't know why i thought so but that's what i thought of him after knowing him for about 3 weeks.. (yeah, i know.. maybe it's too soon for such a conclusion.. but we did spent a lot of times together during that period u know..)


by the way, just one thing for sure -- this time the feeling is quite different from any other crush(es) i've ever had before.. don't know how to describe it, but it just felt.. different.. (never felt this kinda crush before..) but i kinda like it, and it makes me really happy all the time.. even though sumtimes i can feel that it's also killing me..

hmm... "..is it really just another crush??.." who knows..??

p/s: sometimes something that happened so suddenly and unexpectedly can change your life abruptly and completely..

Friday, March 27, 2009

..udah-udah gik bah..

mula2 skali aku mok tetak lok puas2..

hahahahhahahaha...

hahahahahhahaha..

k.. dahlah, cukup la ya.. lak org miker aku gila sbb tetak kedak pa jak..

hahaha.. (tetak gik.. apalah)

sbnrnya nk.. ada sigek benda nak molah aku rasa mok tetak kedak org gila tok..

bkn benda la.. tp crita/brita/gosip/skandal.. cam yalah lbih kurang..

aku rasa cita tok nang lawak glak..

sebab nya ada kaitan ngan aku jwak la..

mok tauk pa gosip ya??

Friday, March 6, 2009

kpd smua yg rasa mereka kawan aku

di sini kita pernah bertemu
mencari warna seindah pelangi
ketika kau menghulurkan tanganmu
membawaku ke daerah yang baru
dan hidupku kini ceria
kini dengarkanlah
dendangan lagu tanda ingatanku
kepadamu teman
agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu
kenangan bersamamu
takkan kulupa
walau badai datang melanda
walau bercerai jasad dan nyawa
mengapa kita ditemukan
dan akhirnya kita dipisahkan
mungkinkah menguji kesetiaan
kejujuran dan kemanisan iman
kini dengarkanlah
dendangan lagu tanda ingatanku
kepadamu teman
agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu
kenangan bersamamu
takkan kulupa
walau badai datang melanda
walau bercerai jasad dan nyawa

lirik lagu ni aku tujukan kepada semua rakan-rakan, kawan-kawan, dan sahabat-sahabat aku, dari aku kecik sampai aku dah besar skarang.. termasuklah teman istimewa aku.. hehe..

erm.. aku x ingat tajuk & penyanyi lagu ni tp rasanya kumpulan nasyid yg nyanyi.. aku suka sgt lagu ni sbb ia menunjukkan hubungan persahabatan yg sejati.. (^_^)

kepada kawan2 aku time kecik2 dulu and time zaman remaja aku.. aku rindu gler kat korang sumer.. huhu..

kepada teman2 The Fab Ten aku, chayok dalam menyiapkan research paper korg & untuk presentations next week..

kepada kawan2 aku yg laen, classmate ke, skoolmate ke, blogmate ke, apa2 mate la.. thanks for everything.. sayang korang sumer.. =)

p/s: huhu.. x tau naper tetibe jer aku rasa nk post entri ni.. mayb sbb rindu kat kawan2 lama kot, hehe.. :P

Thursday, February 19, 2009

Benda paling childish, stupid, dan ntah apa2...

yg pernah aku buat dlm hidup aku ialah mengharapkan org yg aku suka pujuk aku yg tgh merajuk walaupun aku tau kawan aku tu x suka kat aku.. peristiwa tu happened a few yrs ago, tyme aku baru abis spm.. citernye camni..

mlm tu klas kitorang wat jamuan kecil2-an kat dataran skolah, kononnya jamuan perpisahan la sbb ptg tu last paper spm.. segalanya bermula bila sorang clasmate aku tu, which is org yg aku suka masa tu, cakap sumthing ttg aku kat dpn sumer org.. xdela ramai sgt pun classmates yg dtg time tu, x smpai 10 org je pon sbnrnya.. and lpas die ckp camtu aku trus jadi cam merajuk (konon-kononnye la).. x nak makan, x nak bergembira and x nak wat pape pon walupun potluck yg bebudak harian bawak mlm tu nmpk cam sedap gler.. sbnrnya aku bukannya btul2 merajuk pon.. in fact, aku x marah atau merajuk langsung pun dgn kawan aku tu.. tp kawan aku tu ingat mood aku berubah sbb aku merajuk & marah sbb dier cakap camtu.. aku tau niat dier sbnrnya nak mengusik aku jer sbb dier mmg org yg suka mengusik, and aku mmg agak tersipu2 skit dgn usikan dier tu.. tp perasaan tu kejap jer, lpas tu aku mmg dh okey dh.. yg nampak cam bad mood tu sbnrnya ada sbb laen..

actually aku x nak makan mlm tu sbb aku masih kenyang lg.. ptg tu lpas abis jer paper bio 3, kitorang (member2 asrama aku) g makan kat luar, pekena roti canai beberapa keping.. so mlm tu perut aku masih kenyang lg, maklom la perut kecik kan.. lagipun, mood aku mlm tu x brapa nak baek sgt sbb sesuatu perubahan yg baru berlaku pd aku ptg tu.. senang citer emosi aku x brapa stabil sgt disebabkan oleh perubahan yg berlaku tu la.. sbb tu la aku mcm xde mood nak bergembira sgt mlm tu..

then bila kawan aku tu 'ter'usik aku and tgk aku mcm bad mood jer, dier pon rasa bersalah la.. dier ingat aku jadi bad mood sbb dier.. so sbg seorang yg gentleman dier pun cuba pujuk aku.. a few times gak la dier cuba pujuk tp bila mood aku masih camtu gak, last2 dier pun dh malas la nk layan kot.. dh org xnak dipujuk kan, biarlah.. lpas tu aku pun balik, awal skit dari dorang yg len sbb rasa x sedap badan..

actually, sumwher dlm hati aku waktu tu, aku macam berharap sgt-sgt-sgt yg kawan aku tu akan pujuk aku lg.. kalo boleh smpai aku okey and happy balik.. bila ingat balik peristiwa tu, aku rasa cam aku ni sgt gedik dan mengada2.. rasa cam 'hidung x mancung pipi tersorong2'.. yelah, aku dh lama tau yg dier dh ade awek yg dier syg sgt2 and aku tau jugak yg selama tu dier just anggap aku clasmate jer, walopun mungkin dier mmg dh tau yg aku suka sgt kat dier.. tp aku still nak mengharapkn lbih2.. x ke mengada2 namanya tu??

tp kan, bila aku fikir2 balik, aku rasa perasaan aku mlm tu pasti ada kaitan dgn perubahan besar yg aku alami hari tu.. kalau aku x alami perubahan tu, mungkin aku xkan berharap lbih2 camtu kan??

pape pun, smua tu dh jadi sejarah and mungkin gak kenangan yg terindah lam hidup aku.. skrg ni aku dh xde perasaan lg utk org tu and dier dh aku anggap sbg kawan jer.. kpd org yg berkenaan, kalo ko baca entri ni and terasa yg ko lah org yg aku maksudkan (tapi aku rasa org tu takkan baca blog ni pun, hehe), thanks byk2 sbb sudi berkwn ngan aku walopun aku ni kdg2 mengada2 sgt ngan ko.. and sory berjuta2 tan kalo aku ade wat salah kat ko.. 0-0 okey?? aku doakan ko sentiasa bahagia ngan 'dia' forever, amin... hehe.. :P

Wednesday, February 4, 2009

Penting sangatkah kau?? Besar sangatkah kau??

naper smua benda lam dunia nih perlukan duit hah?? dari benda yg penting sampailah ke benda yg kecik, x penting dan remeh, smua tuh just boleh didapati kalo kita ada duit.. apa2 pun yg kita nak buat msti perlukan duit... nak makan, perlukan duit.. minum, kena bayar.. even nak g tandas pun kena bayar.. dunia nih dh jadi seolah-olah tempat di mana mknn utama manusia ialah duit, bukannya mknn spt nasi, roti, etc.. so kalo org tu x makan nasi dier masih boleh hidup tp kalo x 'makan' duit dier macam dh xleh nak hidup atas dunia nih..

besar dan penting sangat ke duit tuh?? istimewa sangatkah duit?? agung sangatkah duit tuh?? kdg2 aku tak paham naper duit tuh penting sangat skrg nih.. org zaman dulu (zaman paleolitik, neolitik, mesolitik, smua tuh) boleh jer hidup tanpa duit.. diorang xde duit pun boleh jer hidup senang2 dan happy tapi skrg nak tuntut ilmu pun kena bayar gak, padahal pd pendapat aku nilai ilmu tuh x boleh dibayar walopun dgn satu kapal yg penuh ngan duit jer.. aku rasa harga ilmu tuh lbih tinggi drpd tuh, x ternilai langsung...

kdg2 aku rasa baik aku hidup pd zaman dulu drpd zaman skrg.. org zaman dulu senang2 jer boleh hidup walopun diorang xde bende **** yg bernama duit tuh.. tp skrg nih evrything and evryone terpaksa bergantung dgn duit.. kalo x jadila macam org hidup segan mati x nak...

saperlah yg cipta duit dan matawang dalam dunia nih?? menyusahkan org btul la.. nih membuktikan yg manusia nih tamak dan gila harta dan gila segala-galanya.. dan Tuhan tu Maha Pemurah.. even kita nak hidup kat dunia nih pun Dia bagi free jer.. ader x Tuhan suruh kita bayar utk hidup kat dunia nih?? xde kan?? ader x Dia suruh bayar kalo kite nak guna anything atas dunia nih?? xde kan?? Dia just suruh kita sembah Dia jer and benda tuh simple jer, senang jer.. so, naper manusia nak wujudkan sistem yg menyusahkan smua org macam nih?? menyusahkan diri dan org laen jer.. lagi satu, menyebabkan macam2 permusuhan dan pergaduhan yg x sepatutnya berlaku..

pndpt aku, aku rasa kewujudan duit dlm dunia nih lebih byk mengakibatkan kerosakan dan kesusahan kpd manusia.. bukannya membawa kebahagiaan pun tapi sebaliknya membawa penderitaan.. so it's useless!!! kalo la aku ader kuasa veto utk ubah atau buat peraturan baru dlm dunia nih, aku akan hapuskan penggunaan duit.. aper2 bende yg org nak, ambik jer, free of charge.. nak buat aper pun, buat jer, x yah bayar... (tp bukan mencuri okey?? keizinan tuh tetap penting..) tp mmg impossible utk seseorg wat cam tu kan?? macam bermimpi berada di atas awan bersama putera kayangan jer.. haha.. so berangan jer la kau Aya nak wat sumthing cam tuh... huh..
ekor punyer nota: sory la, entri nih macam terlalu emosional sgt.. aku sbnrnya tgh geram dgn sesuatu yg melibatkan benda yg jadi tajuk utama entri nih a.k.a monetary issue... sbb tu la entri nih macam kasar jer bunyi dier and agak sarcastic.. sory kalo ader yg tersinggung, xde niat nk menyinggung anybody actually.. peace.. =)

Sunday, February 1, 2009

~ My First Crush or First Love or Puppy Love?? ~

The very first time in my life I ever had a crush on someone was back when I was 13. Before that, I’ve never ever had even a tiny bit of feelings towards a guy. But it changed after I got to know someone when I was in Form 3. He was a senior of me, Form 5 at that time, but we actually had almost 4 years age gap (considering the difference in year and month of our birthdate). That guy was a famous one and he was very popular among the girls especially. Everyone at school knew him and talked about him so I always heard his name being mentioned by my friends lots of times. But I was just a lower, ordinary, shy girl who didn’t even know anybody around me except my classmates, so even that guy was as popular as an actor, I didn’t even had an idea on how he looks like.

School Sports Day 2002 – that’s the event where I get to know the first guy of my life for the first time. I was just looking for any interesting match to enjoy when I heard his name being shouted by the audience, so I joined the crowd to see. There he was, jumping beautifully on the field. He was indeed a very good-looking guy with a very charming look in his eyes and a very sweet smile on his face. He participated in the high-jump and in fact, he was representing our team, my team, so, as a loyal member of the team, I joined everyone in supporting him. I was undeniably impressed by his jumping skills but I’m not sure if I have started liking him at that moment. (Doesn’t this sound like Hanakimi where the hero is a high-jump athlete?? Haha...)

But the sure thing is: a few months after that, I suddenly realized that I was already deeply and crazily admiring and liking him. And I even gave him a nickname – Smiley – bcoz he loves to smile and he has such a sweet smile which can make a girl like me melts, haha… (but I’m not sure if that kind of feeling and craziness could be called as love though...)

And so it appears that the guy was the head prefect and also a BADAR as well as a pengawas asrama… sounds like a perfect guy huh?? Well, he IS a perfect guy in my eyes… Unfortunately, one day, I heard an unpleasant rumor about him which caused him to be dismissed from being the head prefect. I had no idea if the rumors were true but I never believed what people said about him and until this very moment, I truly believed with all my heart that he had actually voluntarily resigned and gave his position to someone else because only by doing that will he be able to prove that he’s not at guilt. For me, he has such a good heart although I’ve only seen and watch him from the distance.

Now, after 7 years, I can still remember him exactly and I can still remember all the crazy things that I did at that time. I'd wait for him to come to school by watching the corridor that he usually took; watch him as he passed my class to go to the hall for the weekly assembly; and predict what color of baju Melayu would he wear to prep class and got all excited if my predictions was correct. Every time I thought about those things, I’ll laugh on myself on the craziness and stupidity of the things that I’ve done… they’re so immature and childish that I feel so embarrassed of myself by just thinking about it… Luckily that guy has never known about my feelings or even aware of my existence, so he’ll never know about what I did, hahaha…

Right now, I don’t know where he is and what he’s doing (I think he might have been working somewhere right now) but everything about him will always remain in my heart and my memories. I’ll keep these memories forever bcoz it’s the best memory I’ve ever had. I’ve never ever had the same feelings towards anyone else after him. Although there might be somebody that I like right now, the feeling was completely different from those that I've felt for him before. After all, it’s my first crush right??