ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Thursday, September 2, 2010

bermain dengan perasaan

Assalamualaikum..

Hari ni 'sekolah' aku dah start cuti mid-semester merangkap cuti raya.  Rumet aku semua dah balik kampung.  Geng dari bilik sebelah ngan bilik sebelah bilik sebelah pun dah balik.  Kini tinggallah aku sendirian di sini meniti detik-detik terakhir Ramadhan.

Tahun ni aku akan beraya di Melaka bersama family abang aku.  Tapi serius aku tak ada feeling langsung nak beraya.  Orang lain semua sibuk-sibuk nak balik, buat persiapan raya segala, tapi aku tak ada hati nak buat apa-apa. Tiket bas pun aku baru je beli. Sengaja aku beli selambat mungkin. 

Kawan-kawan semua buat muka pelik dan kagum bila aku cakap tak beli tiket lagi hari tu.  Tapi aku buat muka selamba je, macam tak risau je tiket habis. Memang pun. Kalau boleh aku memang tak nak pergi mana-mana pun sebenarnya. Lantak lah kalau terpaksa duduk sorang pun, bosan pun bosan la. Serius langsung tak ada mood nak raya.

Tapi bila terfikirkan mak dengan abah kat kampung yang risaukan keselamatan puteri kesayangan mereka di negeri orang, akhirnya aku pun bersetuju untuk balik beraya, walaupun dengan abang je. At least ada anak-anak sedara yang sangat chomel sebagai penghibur hati yang sedang lara. Oh, serius sangat rindu kat dorang..

Agaknya macam ni la kot perasaan budak-budak sekolah yang belajar kat luar negara dan tak dapat balik raya.  Nak raya tapi tak nak beraya.. er..


Cakap pasal mak ngan abah, tetiba rasa sayu.  Dah lebih 20 tahun aku hidup, tapi mak dengan abah masih tetap manjakan aku macam budak kecik.  Kalau boleh ke mana-mana aku pergi pun dorang nak hantar, nak teman, macam waktu mula-mula aku sampai sini dulu.  Aku ingat lagi kata-kata abah masa cuti semester lepas, dia cakap dia sanggup temankan dan hantar aku jugak kalau nanti aku dapat kerja kat Semenanjung.  Padahal kalau nak diikutkan, aku dah agak berpengalaman jugak hidup kat Semenanjung ni, tapi dia tetap nak hantar jugak.

See?? Betapa risaunya mak bapak bila ada anak perempuan?? Kalau boleh tak nak lepas langsung kot. Serius aku terharu gila masa tu, rasa nak nangis je.. huks~

Tapi kalau boleh aku memang tak nak jauh dah dari dorang.  Susah kot kalau anak perempuan duduk jauh sangat dari family. Hari-hari buat dorang risau. Lagipun kalau jauh tak dapat nak bermanja-manja macam princess.  Dorang pun tak puas lagi kot bermanja-manja dengan aku sebelum ni. Sebab tu kalau cuti je mesti aku yang kena buat segala kerja yang ada.


Nampaknya macam lambat lagi je aku nak kawen.. nak bermanja-manja puas-puas dulu ngan mak bapak.. boleh kan, bakal suamiku?? hee~

So lepas habis belajar aku nak duduk rumah jadi princess kepada parents aku. Biarlah orang nak kata aku anak mak ke anak abah ke.. dah memang betul pun aku anak dorang.  Selagi aku masih single, aku tetap mommy and daddy's little princess.. betul?? 

Dah, tak nak cerita panjang-panjang sangat.  Mata pun dah mula nak basah dah ni.  Baik aku stop sebelum banjir melanda.  Macam encik Aiman punya sedara pernah cakap dulu, aku kalau dah datang homesick memang boleh banjir satu bandar.. cesss... hampeh betul budak tu.

2 comments:

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

o.k la tu..lu ada ayah camtu..
wa takda..
wa nak ayah camtu gak..

Firhan A. said...

jack alvin: yup,aku sangat beruntung masih ada dia,sbb tu kalau boleh xnak berjauhan lagi..masa utk aku pulak yg jaga dorang..