ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Showing posts with label Family tercinta. Show all posts
Showing posts with label Family tercinta. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

Kenangan raya tahun 90-an

Assalamualaikum..

Raya semakin dekat. Bahang raya pun semakin terasa. Lagu-lagu raya berkumandang di mana-mana. Aku pun join sekali dengar lagu-lagu raya sebab nak dapatkan mood raya. Tapi tak jugak ada mood. Makin sedih ada la kot. isk..


lagu raya all-time fevret  

Cakap pasal mood raya, sebelum balik hari tu mak ada call. Saja nak tanya bila aku balik rumah abang. Perbualan yang berlaku lebih kurang macam ni:

Mak: Assalamualaikum Aya.
Aku: Waalaikumsalam..
Mak: Jadi ke balik rumah abang Zack?? (seperti biasa, bukan nama sebenar)
Aku: Jadi. InsyaAllah petang Ahad bertolak. 
Mak: Apasal tak ambik bas pagi je?? Kalau naik bas petang kan malam baru sampai kan??
Aku: Ha'ah. Tapi kalau pagi awal sangat kot. Takut overslept karang terlepas bas pulak. hehe..
Mak: Ohh.. hehe.. Takpe lah. Jalan elok-elok tau.
Aku: InsyaAllah. Mak tengah buat apa tu?? Buat persiapan raya ke?? Adik-adik semua dah balik kan??
Mak: Dah, semua dah ada. Tapi mak tak buat apa-apa persiapan pun. Budak-budak tu pun lepak depan komputer je. Macam tak raya pun. Semua orang tak ada mood nak raya sebab Aya takda, abang Hafiz takda, abang Zack takda..
Aku: Ohh.. (dalam hati sayu je rasa..)
Mak: Ok lah, mak nak makan dulu. Balik nanti jalan baik-baik tau. Dah sampai call mak.
Aku: Orait mak, insyaAllah..
Mak: Assalamualaikum..
Aku: Waalaikumsalam..

Tengok?? Rupanya bukan aku sorang yang tak ada mood nak beraya. Satu famili kat kampung pun sama. Tu la yang dinamakan sehati sejantung sedarah seketurunan. isk..

Memang sangat tak best la kan nak beraya kalau tak semua orang ada. Tapi nak buat macam mana, duit tak cukop nak beli tiket flight. Dah la sekali jalan pun dah beratos. Nak save untuk balik hujung tahun lagi.. Kalau ada duit kompem aku dah balik dah hari tu.

Time-time dekat nak raya ni, bila kenang balik kenangan raya masa kecik dulu memang sangat indah.

Dulu masa kecik-kecik aku lah harapan mak untuk buat kuih raya. Aku memang sangat rajin tolong mak buat kuih raya. Tiap tahun buat sampai 5-6 jenis. Satu jenis pulak sampai penuh satu tin Milo. Dah habis raya pun kuih masih banyak lagi. Boleh bawak sampai raya haji kot.

Kuih-kuih yang aku buat pulak memang sangat rare lah. Kalau korang datang rumah aku memang takkan jumpa punya biskut-biskut mahal macam almond london, tart nenas semua tu. Aku memang tak reti buat bendalah tu semua.

Resepi kuih yang selalu kitorang buat tu memang unik. Mak aku dapat resepi tu dari mana entah. Lepas tu dia ubahsuai sana sikit sini sikit cnun sikit ctok sikit. Tu yang jadi spesel. Geng-geng yang datang rumah pun selalu mintak resepi dari mak aku sebab kuih dia rare dan sedappp.

Tapi bila dah besar ni jarang dah aku dapat buat kuih raya. Adik aku la pulak ambik alih. Tapi dia pun tak rajin sangat sebab aku takda. 

Maklom la dulu aku kan ketua dalam bab kuih raya. Segala yang berkaitan kuih raya aku yang uruskan. Adik aku kerja makan susun kuih dalam balang tin je. Mak buat kek dengan masak lauk-pauk. Yang lelaki pulak kerjasama buat ketupat ngan bersihkan rumah.

Oh indahnya kenangan tu. Arghh.. seresli rindu zaman tuuu....!!!

nota saja-saja: Aku baru tahun lepas belajar buat kek. Marble cheese cake je pon. Boleh tahan la walau tak berapa jadi. Lauk-pauk tak belajar lagi. Tahun depan kot. hee~

nota tak ada kaitan: taip entri ni sambil dengar lagu Air Mata Syawal. Suara makcik siti buat aku rasa nak nanges. cesss.

Saturday, September 4, 2010

Salam dari perantauan...

Assalamualaikum..

Dalam masa kurang dari 24 jam aku akan berangkat ke Melaka. Tapi seperti biasa, aku belum kemaskan apa-apa yang patut lagi. Macam yang aku cakap hari tu, aku tak ada feeling untuk balik. Bilik ni pun masih bersepah macam bilik orang bujang.

Ah, lantaklah.. aku memang masih bujang pon.

Tapi seresli, kalau ada orang tengok keadaan bilik aku sekarang, kompem kena blacklist terus, tak nak buat calon bini atau menantu.. sobss~

Aku dah dapat bayangkan dah suasana yang akan aku lalui sepanjang cuti nanti. Kehidupan aku pasti akan dilanda kebosanan tahap supergoku tapi tak boleh nak buat apa-apa sebab apa pun yang aku buat mesti akan rasa bosan jugak.

Kalau kat asrama, at least aku boleh lepak atas katil sambil jenguk-jenguk blog-blog yang best. Kat rumah nak bukak laptop pun tak berani takut kena suruh bayar bil elektrik... tsk.

Ok tipu. Kat rumah memang tak ada internet so kalau bukak laptop pun cuma boleh tengok movie yang aku dah lama download tapi tak tengok lagi ataupun main game budak-budak.

gambar dicilok dari pakcik Google
Menurut firasat aku yang memang bijak dalam meramal, kronologi suasana masa cuti nanti adalah lebih kurang seperti berikut:
  • 2 hari sebelum raya- balik rumah Mak Esah (bukan nama sebenar). Mother-in-law kepada abang aku. Sebagai tetamu tak dijemput tapi dialu-alukan dan tak mungkin dihalau, kena la tolong mana-mana yang patut kat rumah beliau nanti. Sambil tu boleh belajar macam mana nak beraya kat rumah mak mertua sendiri nanti.. Practice makes perfect, kan. heee~
  • Raya pertama & kedua- beraya bersama family Mak Esah sebagai anak angkat sementara. Segan kot beraya kat rumah orang, tak tau nak buat macam mana. Dah la tak kenal sapa-sapa. Confirm semua orang akan tanya siapa aku. Menantu baru beliau kah?? Ataupun bakal menantu beliau kah?? Oh tidakkk~ Kemungkinan besar juga takkan dapat duit raya sebab aku hanya sorang stranger yang menyelit dalam keluarga itu.. isk~ 
  • Raya ke-3 hingga ke-5- balik rumah abang. Ikut beraya lagi. Sambil beraya usha jejaka-jejaka kacak. Lepas tu layan tetamu yang datang rumah dia. Mesti dorang ingat aku orang gaji baru abang aku.. demn..  
  • Hari-hari seterusnya- abang masuk kerja balik. Aku tinggal sorang-sorang kat rumah. Membuta dari pagi sampai petang. Habiskan makanan yang ada kat rumah beliau lepas tu tengok tv sampai pengsan. Tak pun tengok movie yang ada dalam leptop berulang kali sampai hafal jalan cerita. Selain tu tak tau nak buat apa. Rutin yang sama berterusan hingga tiba masa untuk balik ke kampus.
    Tengok?? Complete sempurna dah kisah raya aku. Macam boleh ramal masa depan pulak, haha..

    Tak lah. Aku tulis berdasarkan pengalaman sebelum ni. Kalau beraya kat kampung sendiri pun aku rasa lebih kurang sama je, cuma tak rasa segan dan kekok lah.

    Lagipun kat kampung mak abah sentiasa ada. Abah dah pencen, mak pulak memang tak kerja. So aku takkan kesorangan di rumah. At least boleh sembang-sembang dan cerita pasal kawen dengan dorang sambil tolong mak masak kat dapur. Sweet kan moment macam tu?? heee~

    Apa-apa pun, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru opsss, silap..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Juga kepada pelajar-pelajar yang senasib dengan saya, sama ada di dalam mahupun di luar Malaysia, jangan sedih-sedih. Enjoy je sudah. Kepada mak dan abah, maafkan anakandamu ini kerana tak dapat beraya bersama tahun ni.

    Sekian perutusan raya dari sAya, terima kasih..

    hanya sekeping potret sebagai pengubat rindu..
    sobsss~ T__T
    Oh lupa pulak, seperti biasa, bila tiba hari raya, budaya maaf-bermaafan perlu ada. So, aku nak mintak maaf andai ada terkasar bahasa atau terlepas kata sepanjang berada dalam dunia blogger ni.

    Kepada blogger-blogger lain, dan juga semua pembaca blog ni, anda boleh beraya dengan tenang dan gembira tahun ini. Sebab semua kesalahan anda telah pun dimaafkan. Tapi rasanya korang memang tak ada kesalahan pun dengan aku. Aku je selalu buat salah kat orang. tsk. -__-

    Satu je nasihat aku untuk kalian. Raya raya jugak, solat jangan tinggal. Jangan leka sangat beraya sampai terlepas waktu solat. Dan jangan makan kuih raya banyak sangat sampai tak larat nak solat. Bukan solat sunat Aidilfitri je tau!
    peringatan untuk diri sebenarnya.. biasanya bila dah raya perangai malas pun datang. otometik! cesss..

    Akhir kata, kalau ada bunga di taman boleh saya petik sejambak, kalau ada masa terluang boleh saya merepek lagi.

    Sekian, selamat hari raya.. Assalamualaikum..

    p/s: Aku tak tau kenapa setiap kali aku menaip entri mesti akan jadi panjang. Macam mana orang lain boleh tulis entri pendek-pendek ek?? Serius musykil neh!

    ok tak payah jawab, aku memang suka merapu. isk~ -__-'

    Thursday, September 2, 2010

    bermain dengan perasaan

    Assalamualaikum..

    Hari ni 'sekolah' aku dah start cuti mid-semester merangkap cuti raya.  Rumet aku semua dah balik kampung.  Geng dari bilik sebelah ngan bilik sebelah bilik sebelah pun dah balik.  Kini tinggallah aku sendirian di sini meniti detik-detik terakhir Ramadhan.

    Tahun ni aku akan beraya di Melaka bersama family abang aku.  Tapi serius aku tak ada feeling langsung nak beraya.  Orang lain semua sibuk-sibuk nak balik, buat persiapan raya segala, tapi aku tak ada hati nak buat apa-apa. Tiket bas pun aku baru je beli. Sengaja aku beli selambat mungkin. 

    Kawan-kawan semua buat muka pelik dan kagum bila aku cakap tak beli tiket lagi hari tu.  Tapi aku buat muka selamba je, macam tak risau je tiket habis. Memang pun. Kalau boleh aku memang tak nak pergi mana-mana pun sebenarnya. Lantak lah kalau terpaksa duduk sorang pun, bosan pun bosan la. Serius langsung tak ada mood nak raya.

    Tapi bila terfikirkan mak dengan abah kat kampung yang risaukan keselamatan puteri kesayangan mereka di negeri orang, akhirnya aku pun bersetuju untuk balik beraya, walaupun dengan abang je. At least ada anak-anak sedara yang sangat chomel sebagai penghibur hati yang sedang lara. Oh, serius sangat rindu kat dorang..

    Agaknya macam ni la kot perasaan budak-budak sekolah yang belajar kat luar negara dan tak dapat balik raya.  Nak raya tapi tak nak beraya.. er..


    Cakap pasal mak ngan abah, tetiba rasa sayu.  Dah lebih 20 tahun aku hidup, tapi mak dengan abah masih tetap manjakan aku macam budak kecik.  Kalau boleh ke mana-mana aku pergi pun dorang nak hantar, nak teman, macam waktu mula-mula aku sampai sini dulu.  Aku ingat lagi kata-kata abah masa cuti semester lepas, dia cakap dia sanggup temankan dan hantar aku jugak kalau nanti aku dapat kerja kat Semenanjung.  Padahal kalau nak diikutkan, aku dah agak berpengalaman jugak hidup kat Semenanjung ni, tapi dia tetap nak hantar jugak.

    See?? Betapa risaunya mak bapak bila ada anak perempuan?? Kalau boleh tak nak lepas langsung kot. Serius aku terharu gila masa tu, rasa nak nangis je.. huks~

    Tapi kalau boleh aku memang tak nak jauh dah dari dorang.  Susah kot kalau anak perempuan duduk jauh sangat dari family. Hari-hari buat dorang risau. Lagipun kalau jauh tak dapat nak bermanja-manja macam princess.  Dorang pun tak puas lagi kot bermanja-manja dengan aku sebelum ni. Sebab tu kalau cuti je mesti aku yang kena buat segala kerja yang ada.


    Nampaknya macam lambat lagi je aku nak kawen.. nak bermanja-manja puas-puas dulu ngan mak bapak.. boleh kan, bakal suamiku?? hee~

    So lepas habis belajar aku nak duduk rumah jadi princess kepada parents aku. Biarlah orang nak kata aku anak mak ke anak abah ke.. dah memang betul pun aku anak dorang.  Selagi aku masih single, aku tetap mommy and daddy's little princess.. betul?? 

    Dah, tak nak cerita panjang-panjang sangat.  Mata pun dah mula nak basah dah ni.  Baik aku stop sebelum banjir melanda.  Macam encik Aiman punya sedara pernah cakap dulu, aku kalau dah datang homesick memang boleh banjir satu bandar.. cesss... hampeh betul budak tu.

    Thursday, August 26, 2010

    Kisah Cinta pra-matang

    Assalamualaikum..

    Suatu petang yang dingin dan sejuk tapi damai.. Di luar hujan turun rintik-rintik. Aku bermalas-malasan di atas katil empuk bersama adik bongsu sambil bergosip pasal chenta. Budak-budak zaman sekarang, kecik-kecik lagi dah pandai bercenta.. padahal nak baligh pun lama lagi.. ish ish..

    Tapi takpe lah, memandangkan aku ni kakak yang paling baik lagi sporting, jadi aku pun dengan rela hati mendengar la dengan setia kisah cinta budak bawah umur tuh..

    Tetiba teringat pulak kisah cinta aku masa zaman pra-matang dulu-dulu.. Sangat lawak lah. Kisahnya begini.. waktu tu umur aku enam tahun. Eh?? Hah, betul la tu, enam tahun.. kecik lagi.. comel dan innocent.. Tapi masa aku enam belas tahun pun comel jugak.. hee..

    Ok ok, aku sambung cerita..

    Er.. aku mana ada kisah cinta pra-matang la untuk diceritakan. Aku kan budak baik lagi innocent, mana main cinta-cintun-conteng-conteng ni.. Dulu aku main conteng-conteng dinding je lah.. hahah.. Tak caya sudah..

    Ok, sampai situ jelah kisahnya. Tammat. Sekian, terima kasih kerana membaca..

    Oh ya, balik kepada cerita asal.

    Bila dengar kisah budak-budak ni, aku terfikir. Dari mana la dorang ni blaja semua nih?? Kakak abang dorang dolu-dolu tak pernah pun main mainan orang dewasa ni. Tak pernah kenal pun menatang nama centa tu.. Yang kitorang tau, pergi sekolah, belajar, pergi kelas tuisyen, belajar, balik rumah pun, belajar lagi.. Sambil belajar usha-usha classmate lelaki yang comel-comel lagi berotak geliga.. Pendek kata sepanjang hidup pun dihabiskan untuk belajar.

    Ya, memang sangat indah zaman kanak-kanak yang innocent seperti itu. Aku tahu. Aku dulu juga begitu. Mungkin anda tidak begitu. Tapi percayalah, ianya indah. Sebab ada si monyet comel di sana-sini untuk dichentai. Cuma aku yang tak berperasaan untuk menchentai mereka ketika itu. Nama pun innocent, mesti lah hati pun bersih suci murni sesuci minyak seri murni.. haha..

    Tapi kanak-kanak sekarang?? Mereka tetap innocent secara luaran, tapi pemikiran sudah banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur yang sangat teruk. Kesian.. kecik-kecik lagi dah dipengaruhi. Siapa yang patut disalahkan?? Tentu saja sesiapa sahaja yang anda rasa patut disalahkan. Kalau anda rasa anda yang patut disalahkan, maka andalah yang patut disalahkan.

    Tapi jangan salahkan aku kerana aku tak bersalah. Aku cuma menulis blog.

    Naseb baek la adik-adik aku tak terpengaruh sangat. Mereka beruntung sebab ada kakak macam aku yang garang dan suka marah-marah serta kuat membuli tapi tetap comel dan penyayang. Oh ya, aku memang suka membuli mereka. Itu salah satu hobi aku semasa di rumah. Bagi aku, buli-membuli adalah tanda kasih sayang aku yang tak terhingga terhadap mereka.. haha.. (prinsip apa kah??)


    Aku pasti korang pun sama. Tipu kalau tak pernah buli adik. Kecuali lah kalau korang tak ada adik. Tu yang buli orang lain tu. Kerana kasih sayang yang ada tidak dapat disalurkan di tempat yang betul. Atau mungkin memang tak ada kasih sayang untuk disalurkan. Maka berlakulah kes-kes buli melampau seperti yang dilaporkan di media-media.

    Eh, sorry terkeluar tajuk. Jom sambung balik.

    Sepanjang adik aku bercerita, aku cuma diam mendengar sambil tersenyum dan kadang-kadang ketawa. Tersenyum lagi. Ketawa lagi. Dan berfikir. Tinggi sungguh imaginasi seorang kanak-kanak. Oh, betapa indahnya kehidupan sebagai seorang kanak-kanak. Boleh berimaginasi setinggi-tingginya tanpa memikirkan apa-apa. Kemudian aku tersenyum lagi.

    Selesai je beliau bercerita, aku kata, "Dah habis cerita kan?? Jom kita buat kerja sekolah!" tanpa mengulas apa-apa pun pasal kisah cinta beliau.

    Perlu ke nak ulas?? Ingat aku pengulas berita ke rajin sangat nak ulas pasal kisah chenta budak-budak?? Lagipun aku hanya menganggap kisah beliau sebagai kisah khayalan kanak-kanak sahaja dan aku hanya mendengarnya untuk menghiburkan hati.

    Ok aku pun tak tau apa motif post ni sebenarnya. Tadi rasa macam nak cerita pasal benda lain, tapi terr melencong pulak..Baru lepas habis exam petang tadi, so masih belum dapat fokus untuk berfikiran waras. urgh.. apa la aku merapu nih!

    p/s: Jom buat kerja sekolah rumah (house chores)! bajet rajin sebab dah abis exam.. hahah..

    Tuesday, August 24, 2010

    Belajar tentang tanggungjawab

    Assalamualaikum..

    Kisah ni sebenarnya dah lama berlaku. Masa zaman jahiliyyah dulu lagi. Zaman mentah. Zaman innocent. Maksudnya masa tu aku masih jahil la.. ish, korang ni pun.. 

    Walaupun dah lama tapi tetap nak cerita sebab... ah, tak payahlah aku bagitau sebab apa. Tak penting pun buat korang.

    Nak tau jugak kenapa??

    Okeylah... em, sebab melalui peristiwa tersebutlah aku mula belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab.

    Dah puas hati?? Ok, jom mula story..

    Waktu tu aku masih muda lagi. Eh, sekarang pun masih muda jugak, jangan salah faham ok.. Cuma waktu tu lebih muda la.. Jiwa remaja pun masih kuat lagi.

    So ceritanya macam ni.. Dulu masa muda-muda aku memang pemalas.. eh, bukan pemalas, tapi terlebih manja. Dan sikap yang terlebih manja tu telah menyebabkan aku jadi seorang yang malas dan tak bertanggungjawab.

    Alkisahnya begini..


    Mak dan abah aku ada urusan di luar bandar untuk beberapa hari. Sebagai satu-satunya anak perempuan yang dah boleh diharap untuk melakukan kerja-kerja rumah pada waktu itu, aku telah ditugaskan untuk menjaga dan menguruskan makan minum adik-beradik yang lain.

    Tapi jiwa remaja aku yang terlalu mementingkan diri pada waktu tu telah menyebabkan sorang adik aku merana (saje je nak bagi ayat gempak.. hee..).

    Bisalah kan orang baru melangkah ke alam remaja, mestilah rasa nak enjoy memanjang. Nak-nak pulak baru kenal ngan dunia maya, so macam agak jakun la sikit..

    One day, semasa aku sedang asyik melakukan aktiviti kegemaran remaja pada masa itu, tiba-tiba adik lelaki aku datang. Mintak makan. Waktu tu dia kecik lagi. Sekolah rendah. Belum reti buat apa-apa. Tapi aku buat tak tau je kat dia. Kejam kan?? Akhirnya beliau menangis sehingga tertidur kelaparan di sofa (tengok sini). Sangat kesian kan??

    Setelah melihatkan seraut wajah suci yang sedang lena dengan sisa-sisa air mata masih di pipi, barulah aku tersedar betapa kejamnya perbuatan aku terhadap seorang kanak-kanak tak berdosa.. ish, memang tersangat kejam lah bila difikirkan.

    Tapi nampaknya peristiwa tersebut tidak begitu memberi kesan pada jiwa remaja aku waktu itu.

    Beberapa lama kemudian, sekali lagi mak dan abah perlu keluar sebentar atas suatu urusan. Seperti biasa aku ditugaskan untuk memasak. Tapi disebabkan sikap yang terlebih manja dan malas, maka dengan selambanya aku menangguhkan tugas tersebut. Lagipun semua orang macam baru lepas makan, so takpelah kot masak lambat sikit, fikirku.

    Malangnya kemudian aku terus leka sampai akhirnya terlupa.. ish, sungguh tak bertanggungjawab.


    Dipendekkan cerita, mak dan abah pun pulang. Faham-faham jelah kalau dah lepas keluar tu, balik je mesti la penat. Perut pun mestilah lapar kan. Jadi bila dapat tau yang aku tak buat apa yang sepatutnya aku buat, apa lagi, kena marah habis-habisan lah.. 

    Padan muka aku!! Free-free je dapat lecture hari tu. Dah la cuaca tengahari panas terik. Perut dorang pun tengah lapar. So lecture percuma yang diberi pun haruslah lebih hangat daripada biasa kan.. Aku pun dengan rela hati menadahkan je la telinga aku untuk mendengar syarahan mereka.

    Antara yang disyarahkan yang aku ingat sampai saat ni:

    Janganlah pentingkan diri sangat!! Walaupun kamu tak lapar ke, dah makan ke, puasa ke, fikirlah pasal orang lain yang nak makan. Pasal abang-abang yang penat buat kerja. Pasal adik-adik yang mungkin dah lapar balik. Takkan nak suruh abang jugak yang masak. Dorang pun penat lepas buat kerja lain. Nak makan jugak.. bla bla bla.. 

    Cubalah belajar bertanggungjawab sikit!! Kamu tu perempuan. Kalau terus macam ni, tak belajar bertanggungjawab, nanti bila dah kahwin macam mana?! Suami balik kerja kelaparan tapi kamu tak masak. Confirm suami kamu pergi cari lain! bla bla bla..

    Serius, leteran tersebut sangat memberi kesan pada aku. Rasanya itulah kali pertama aku menerima leteran yang paling hangat dan betul-betul menusuk kalbu dari orang tua aku (ok, aku tipu.. bukan kali pertama).

    Sejak saat itu aku mula belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab. Aku mula belajar untuk mengutamakan orang lain sebelum diri sendiri. Sejak peristiwa itulah aku mula belajar menjadi seorang manusia yang sedar akan tanggungjawab.. sebagai seorang anak, seorang kakak, seorang adik, dan seorang perempuan..

    Oh ya, umur aku ketika peristiwa itu berlaku adalah lebih kurang 17 tahun.. tidak lama selepas aku menamatkan zaman persekolahan.. Nak masuk dapur pun masih malas lagi masa tu. Biasalah, budak tak matang lagi.. (cehh macam la sekarang dah matang sangat.. blah la! wakakak..)

    *This post is auto-published*