ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Friday, October 29, 2010

mereka istimewa

Assalamualaikum..

Ini kisah minggu lepas tapi baru hari ni aku ada masa nak cerita. Bukan busy tapi malas nak update sebenarnya... haha...

Minggu lepas kelas kitorang buat lawatan sambil belajar ke pusat autistik daerah Kuantan. Tempat untuk budak-budak autism. Serius mula-mula aku pun tak tau apa benda autism tu. Aku ada cuba google tapi masih tak faham.

Lepas briefing dari pemilik tempat tu baru aku faham autism tu apa benda. Secara ringkas, autism boleh dikatakan macam masalah deria... er.. gitu la kot lebih kurang. Orang yang mengidap autism biasanya memiliki deria yang tak sensitif atau terlalu sensitif. So dorang akan cuba untuk merangsang atau membuang rangsangan yang berlebihan pada deria-deria dorang.

Contohnya deria sentuh. Dorang yang tak sensitif terhadap sentuhan akan terus cuba untuk merangsang deria sentuh dorang. So dorang akan sentiasa usap-usap tangan ke, garu-garu tangan ke and whatsoever, kadang-kadang sampai luka. And orang yang terlalu sensitif pulak akan berusaha untuk buang rasa yang berlebihan tu. Kadang-kadang sampai ada yang tak boleh pakai baju secara normal pun sebab dorang akan rasa sakit.

Satu je cara untuk buat dorang boleh hidup secara normal, iaitu dengan membiasakan dorang dengan pelbagai jenis rangsangan. Tapi dari apa yang pengurus tempat tu cakap, proses tu sangat leceh dan memakan masa. So mak bapak yang ada anak-anak autistik memang perlukan kesabaran yang tinggi.

Er.. mesti korang tak faham penjelasan aku nih. Aku pun tak tau macam mana nak terangkan sebenarnya. So kalau nak tau lebih jelas boleh tanya orang-orang yang lebih berpengetahuan,

Lepas dengar dan tengok dengan mata sendiri macam mana kehidupan orang yang autistik ni tetiba aku rasa sesuatu. Bukan simpati atau apa. Tapi aku rasa dorang sangat istimewa in some way. Serius dorang sangat istimewa.

Aku pun tak tau macam mana nak explain perasaan aku masa tengok kanak-kanak kat situ. Apa yang boleh aku cakap, autism tak macam kanak-kanak istimewa lain. Dorang bukan cacat. Dorang bukan macam kanak-kanak Down Syndrome. Dorang nampak sangat normal. Tapi dorang just... special...

Tuesday, September 7, 2010

Kenangan raya tahun 90-an

Assalamualaikum..

Raya semakin dekat. Bahang raya pun semakin terasa. Lagu-lagu raya berkumandang di mana-mana. Aku pun join sekali dengar lagu-lagu raya sebab nak dapatkan mood raya. Tapi tak jugak ada mood. Makin sedih ada la kot. isk..


lagu raya all-time fevret  

Cakap pasal mood raya, sebelum balik hari tu mak ada call. Saja nak tanya bila aku balik rumah abang. Perbualan yang berlaku lebih kurang macam ni:

Mak: Assalamualaikum Aya.
Aku: Waalaikumsalam..
Mak: Jadi ke balik rumah abang Zack?? (seperti biasa, bukan nama sebenar)
Aku: Jadi. InsyaAllah petang Ahad bertolak. 
Mak: Apasal tak ambik bas pagi je?? Kalau naik bas petang kan malam baru sampai kan??
Aku: Ha'ah. Tapi kalau pagi awal sangat kot. Takut overslept karang terlepas bas pulak. hehe..
Mak: Ohh.. hehe.. Takpe lah. Jalan elok-elok tau.
Aku: InsyaAllah. Mak tengah buat apa tu?? Buat persiapan raya ke?? Adik-adik semua dah balik kan??
Mak: Dah, semua dah ada. Tapi mak tak buat apa-apa persiapan pun. Budak-budak tu pun lepak depan komputer je. Macam tak raya pun. Semua orang tak ada mood nak raya sebab Aya takda, abang Hafiz takda, abang Zack takda..
Aku: Ohh.. (dalam hati sayu je rasa..)
Mak: Ok lah, mak nak makan dulu. Balik nanti jalan baik-baik tau. Dah sampai call mak.
Aku: Orait mak, insyaAllah..
Mak: Assalamualaikum..
Aku: Waalaikumsalam..

Tengok?? Rupanya bukan aku sorang yang tak ada mood nak beraya. Satu famili kat kampung pun sama. Tu la yang dinamakan sehati sejantung sedarah seketurunan. isk..

Memang sangat tak best la kan nak beraya kalau tak semua orang ada. Tapi nak buat macam mana, duit tak cukop nak beli tiket flight. Dah la sekali jalan pun dah beratos. Nak save untuk balik hujung tahun lagi.. Kalau ada duit kompem aku dah balik dah hari tu.

Time-time dekat nak raya ni, bila kenang balik kenangan raya masa kecik dulu memang sangat indah.

Dulu masa kecik-kecik aku lah harapan mak untuk buat kuih raya. Aku memang sangat rajin tolong mak buat kuih raya. Tiap tahun buat sampai 5-6 jenis. Satu jenis pulak sampai penuh satu tin Milo. Dah habis raya pun kuih masih banyak lagi. Boleh bawak sampai raya haji kot.

Kuih-kuih yang aku buat pulak memang sangat rare lah. Kalau korang datang rumah aku memang takkan jumpa punya biskut-biskut mahal macam almond london, tart nenas semua tu. Aku memang tak reti buat bendalah tu semua.

Resepi kuih yang selalu kitorang buat tu memang unik. Mak aku dapat resepi tu dari mana entah. Lepas tu dia ubahsuai sana sikit sini sikit cnun sikit ctok sikit. Tu yang jadi spesel. Geng-geng yang datang rumah pun selalu mintak resepi dari mak aku sebab kuih dia rare dan sedappp.

Tapi bila dah besar ni jarang dah aku dapat buat kuih raya. Adik aku la pulak ambik alih. Tapi dia pun tak rajin sangat sebab aku takda. 

Maklom la dulu aku kan ketua dalam bab kuih raya. Segala yang berkaitan kuih raya aku yang uruskan. Adik aku kerja makan susun kuih dalam balang tin je. Mak buat kek dengan masak lauk-pauk. Yang lelaki pulak kerjasama buat ketupat ngan bersihkan rumah.

Oh indahnya kenangan tu. Arghh.. seresli rindu zaman tuuu....!!!

nota saja-saja: Aku baru tahun lepas belajar buat kek. Marble cheese cake je pon. Boleh tahan la walau tak berapa jadi. Lauk-pauk tak belajar lagi. Tahun depan kot. hee~

nota tak ada kaitan: taip entri ni sambil dengar lagu Air Mata Syawal. Suara makcik siti buat aku rasa nak nanges. cesss.

Tuesday, August 24, 2010

Belajar tentang tanggungjawab

Assalamualaikum..

Kisah ni sebenarnya dah lama berlaku. Masa zaman jahiliyyah dulu lagi. Zaman mentah. Zaman innocent. Maksudnya masa tu aku masih jahil la.. ish, korang ni pun.. 

Walaupun dah lama tapi tetap nak cerita sebab... ah, tak payahlah aku bagitau sebab apa. Tak penting pun buat korang.

Nak tau jugak kenapa??

Okeylah... em, sebab melalui peristiwa tersebutlah aku mula belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Dah puas hati?? Ok, jom mula story..

Waktu tu aku masih muda lagi. Eh, sekarang pun masih muda jugak, jangan salah faham ok.. Cuma waktu tu lebih muda la.. Jiwa remaja pun masih kuat lagi.

So ceritanya macam ni.. Dulu masa muda-muda aku memang pemalas.. eh, bukan pemalas, tapi terlebih manja. Dan sikap yang terlebih manja tu telah menyebabkan aku jadi seorang yang malas dan tak bertanggungjawab.

Alkisahnya begini..


Mak dan abah aku ada urusan di luar bandar untuk beberapa hari. Sebagai satu-satunya anak perempuan yang dah boleh diharap untuk melakukan kerja-kerja rumah pada waktu itu, aku telah ditugaskan untuk menjaga dan menguruskan makan minum adik-beradik yang lain.

Tapi jiwa remaja aku yang terlalu mementingkan diri pada waktu tu telah menyebabkan sorang adik aku merana (saje je nak bagi ayat gempak.. hee..).

Bisalah kan orang baru melangkah ke alam remaja, mestilah rasa nak enjoy memanjang. Nak-nak pulak baru kenal ngan dunia maya, so macam agak jakun la sikit..

One day, semasa aku sedang asyik melakukan aktiviti kegemaran remaja pada masa itu, tiba-tiba adik lelaki aku datang. Mintak makan. Waktu tu dia kecik lagi. Sekolah rendah. Belum reti buat apa-apa. Tapi aku buat tak tau je kat dia. Kejam kan?? Akhirnya beliau menangis sehingga tertidur kelaparan di sofa (tengok sini). Sangat kesian kan??

Setelah melihatkan seraut wajah suci yang sedang lena dengan sisa-sisa air mata masih di pipi, barulah aku tersedar betapa kejamnya perbuatan aku terhadap seorang kanak-kanak tak berdosa.. ish, memang tersangat kejam lah bila difikirkan.

Tapi nampaknya peristiwa tersebut tidak begitu memberi kesan pada jiwa remaja aku waktu itu.

Beberapa lama kemudian, sekali lagi mak dan abah perlu keluar sebentar atas suatu urusan. Seperti biasa aku ditugaskan untuk memasak. Tapi disebabkan sikap yang terlebih manja dan malas, maka dengan selambanya aku menangguhkan tugas tersebut. Lagipun semua orang macam baru lepas makan, so takpelah kot masak lambat sikit, fikirku.

Malangnya kemudian aku terus leka sampai akhirnya terlupa.. ish, sungguh tak bertanggungjawab.


Dipendekkan cerita, mak dan abah pun pulang. Faham-faham jelah kalau dah lepas keluar tu, balik je mesti la penat. Perut pun mestilah lapar kan. Jadi bila dapat tau yang aku tak buat apa yang sepatutnya aku buat, apa lagi, kena marah habis-habisan lah.. 

Padan muka aku!! Free-free je dapat lecture hari tu. Dah la cuaca tengahari panas terik. Perut dorang pun tengah lapar. So lecture percuma yang diberi pun haruslah lebih hangat daripada biasa kan.. Aku pun dengan rela hati menadahkan je la telinga aku untuk mendengar syarahan mereka.

Antara yang disyarahkan yang aku ingat sampai saat ni:

Janganlah pentingkan diri sangat!! Walaupun kamu tak lapar ke, dah makan ke, puasa ke, fikirlah pasal orang lain yang nak makan. Pasal abang-abang yang penat buat kerja. Pasal adik-adik yang mungkin dah lapar balik. Takkan nak suruh abang jugak yang masak. Dorang pun penat lepas buat kerja lain. Nak makan jugak.. bla bla bla.. 

Cubalah belajar bertanggungjawab sikit!! Kamu tu perempuan. Kalau terus macam ni, tak belajar bertanggungjawab, nanti bila dah kahwin macam mana?! Suami balik kerja kelaparan tapi kamu tak masak. Confirm suami kamu pergi cari lain! bla bla bla..

Serius, leteran tersebut sangat memberi kesan pada aku. Rasanya itulah kali pertama aku menerima leteran yang paling hangat dan betul-betul menusuk kalbu dari orang tua aku (ok, aku tipu.. bukan kali pertama).

Sejak saat itu aku mula belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab. Aku mula belajar untuk mengutamakan orang lain sebelum diri sendiri. Sejak peristiwa itulah aku mula belajar menjadi seorang manusia yang sedar akan tanggungjawab.. sebagai seorang anak, seorang kakak, seorang adik, dan seorang perempuan..

Oh ya, umur aku ketika peristiwa itu berlaku adalah lebih kurang 17 tahun.. tidak lama selepas aku menamatkan zaman persekolahan.. Nak masuk dapur pun masih malas lagi masa tu. Biasalah, budak tak matang lagi.. (cehh macam la sekarang dah matang sangat.. blah la! wakakak..)

*This post is auto-published*

Monday, August 23, 2010

malas sungguh la.. haish..

Assalamualaikum..

Firstly, abaikan tajuk di atas yang tak ada kaitan langsung dengan entry. Hanya aku yang faham maksud tajuk di atas.. hehe..

Semalam aku pergi satu majlis berbuka puasa ni. Lepas tu aku terjumpa ngan sorang mamat mat salleh ni. Hensem gila seyh.. mata biru, rambut perang, macho lagi.. macam.. er.. siapa ek hero mat salleh yang hensem lagi macho?? Er.. abaikan je lah.. Tapi mamat tu memang hensem lah. Semua gadis yang berada di tempat kejadian pada masa yang sama pun turut mengakuinya.

Tapi sayangnya beliau dah berpunya.. maka melepas lah sudah..


Ok lah aku malas nak kelentong lebih-lebih bulan puasa ni walaupun aku tak puasa so aku bagitau la hakikat kebenarannya kat korang supaya korang tak frust macam aku..

Sebenarnya that guy is the husband kepada lecturer english kesayangan kami. Semalam kelas kitorang ada buat majlis berbuka puasa sama-sama, and beliau sekeluarga telah dijemput sebagai artis undangan pada malam tu.. eh artis pulak.. ah biarlah aku malas nak betulkan.

Tapi serius tak tipu bila aku cakap husband dia tu hensem. Walaupun aku rasa umur dia dah banyak la jugak, tapi nampak macam masih muda. Rambut pun still perang lagi. Awet muda kot. Dah la bersopan-santun pemalu penyayang dan bertanggungjawab. Ni yang buat aku terasa nak cari laki mat salleh jugak ni.. haha..

Ish, tak nak lah.. macam tak best je. Kang susah pulak nak buat pilihan masa nak balik raya.. hahaha..


Mulanya kitorang plan nak berbuka kat padang besar bersama ratusan rakyat Kuantan yang lain, tapi memandangkan cuaca dah berada pada tahap kritikal, plan terpaksa ditukar pada last-last minute. Tukar venue je pun.. Last-last buat kat dalam kampus jugak. Takpe lah, yang penting majlis tetap berjalan lancar.

Rasanya lagi meriah buat kat situ kot daripada kat padang. Memang ada hikmahnya cuaca tiba-tiba berubah petang tu. Walaupun kat luar hujan lebat dan angin kuat gila macam ribut, kitorang still dapat mengeratkan silaturrahim di dalam bangunan, malah lebih mesra berbanding jika dibuat di luar. erk.. macam pelik je bunyi ayat ni.. takpe, abaikan..

Malam tu kitorang punya majlis memang western gila ah. Maksud aku dari segi makanan la.. dari segi pakaian dan ethics wajib lah ikut Islamic punya. Juadah berbuka memang western food je semua. Spageti dengan 3 jenis kuah, mixed fries+sosej, Big Apple donut (western ke??)..

Mentang-mentang la nak buka ngan orang western makanan pun nak western jugak. Tapi belasah je lah.. bukan selalu dapat makan macam tu.

gambar hiasan. sumber: Google

Satu je makanan yang aku rasa ada ciri-ciri kemelayuan, iaitu kuih buah melaka yang langsung tak ada perasaan! sila abaikan kesalahan tatabahasa aku Hasil kerja siapa la tu agaknya ek.. baik ngaku cepat! eh bukan hasil kerja aku sorang ok.. Kitorang punyalah bekerjasama berganding tangan nak buat bendalah tu, tapi kalau dah memang tak ditakdirkan nak jadi sedap, maka takkan jadi sedap lah ia..

Sebenarnya aku ngan western food ni tak berapa nak ngam sangat. Macam cepat muak la kalau makan makanan western nih. Tak leh nak makan banyak-banyak sampai 4-5 pinggan sekali. Sebab tu la aku kalau pergi mana-mana restoran western selalu makan tak habis. Membazir duit sungguh la.. haish..

Apa-apa pun memang tabik la kat kawan-kawan dan madam yang telah bersusah-payah bertungkus-lumus memasak spageti tersebut serta kuah-kuahnya sekali. Serius memang terbaek la masakan dorang nih. Sangat sedap okeyh. Expert la katakan.. Lain kali masak lagi eh.. hehe.. Nak tunggu aku masak, kena tunggu aku kawen ngan western guy dulu la kot jawabnya.

Sebab kalau masak sendiri tak ada orang nak makan. hahah.. bajet konon pandai sangat la masak-memasak nih.. masak nasik pun confirm jadi bubur.. blah la lu!

Wednesday, July 28, 2010

A journey of my life

Assalamualaikum..

It has been a while since I last updated this blog. Lately I've been quite busy with certain things, plus I'm not really in the mood for blogging. That's why I'm not posting anything although there were so many things that I'd like to share with my readers. Luckily today in our computer class, our lecturer, which is Madam Linda, had given us a task to complete, which is to update our blog, so here I am, finally updating my long abandoned blog..

So, the topic for today is about my life. Just a simple story, but I'll keep it sweet though.. :P Actually, this is the second part of my story. I did the first part last semester during Computer Aided Drug Design (CADD) class, but in my other blog, and since I am using this blog more frequently than the other, so I think it's better for me to post this here.. :)

As you all know, I'm a student in IIUM Kuantan, who is doing a degree in Biomedical Science. And currently I am in my final semester here, which means that I am going to graduate soon.. yeay..!!

10 years ago, I would've never thought that I would be studying here in Kuantan, which is very far away from Kuching, my lovely hometown. I think nobody who knew me at that time would have thought about it. Although I really envied my brother who got to study abroad, I didn't think it was possible for me to do the same. Not that I'm not smart, but my behavior during that time was too.. erm, should I say.. unbelievable..??

Kulliyyah of Science, IIUM

For your info, I was quite a spoiled child before, even though I'm not the youngest, and I was too dependent on others in almost everything. I tend to took everything for granted and I could never get a job done by myself (always needing somebody else to do it for me). Even in my last years of secondary school, I still need my parents to do everything for me. It's quite embarrassing, I know, but that was exactly how I was back then.

However, as I grow older, and as I went abroad and enrolled in IIUM, I got to learn a lot of things. By being away from my beloved ones, I learned to appreciate them more. I appreciate my family more now when I am away than when I was living with them back then. It seems to me that the distance strengthen the bond. It might not be true for some others, but for me, the further the distance, the stronger the love will be. Since I couldn't get to spend much time together with my family, every chance I got just to be with them means the whole world to me.

Another thing that I learned from being away is to make decisions on my own. I learned that sometimes you have no choice but to face the obstacles and settle things on your own especially when nobody is there to help you. I also learned more about people, life, and such. From my experiences, I learned that life is not as easy as it seems, and you can easily be manipulated by others if you are not aware of your surroundings. It appears to me that the phrase "experience is the best teacher" really applies in life. You'll never know about something unless you have experienced it yourself. Since then, I slowly changed to be a more mature and independent person.

Life is a learning process..

Anyway, those were only a part of my journey. I am still in the middle of a long road, so there's a lot more for me to learn. Graduating from IIUM does not mean that my journey has come to an end. Instead, maybe it is just the beginning of my life. The end of something always means the beginning of something new, don't you think so?? I still have a long journey ahead, where I will be facing a larger world, meet more people, and face more obstacles. Hopefully, this journey that I have and that I will have can help me to be a good and successful person in the world and the hereafter. Amin..

Thursday, April 22, 2010

Our Farewell Gathering ~ part 2

Assalamualaikum...

ok, masa untuk sambung story pasal our farewell gathering.. acara kitorang tak stop malam tu je.. tak best dan tak happening la kan kalau buat dinner je.. biasa sangat dah org buat macam tu, buat farewell dinner, then dah, habis macam tu je.. macam boring je kan.. so keesokan paginya (13 April) kitorang sambung lagi dengan acara lain, which is sukaneka.. according to the plan, sepatutnya sukaneka tu start pukul 9 pagi but since ramai yg tak ready lagi so kitorang start lambat sikit..

kitorang the committees awal-awal pagi lagi dah bangun sebab nak set up barang-barang yg diperlukan utk games tu.. so lepas breakfast kat luar skjap, kitorang trus start with the preparations.. aku just tolong-tolong je la mana-mana yg patut sebab the game for which i'm in charge dah lepas kann..

tak ramai sangat pun classmate kitorang yg dapat join acara pagi tu sebab mostly kena settle pasal fyp diorang segala.. tapi ade la about half of the class kot yg join acara pagi tu, tapi takpe la kan, janji the program dpt proceed.. tapi kitorang tak dapat main in groups yg dah dibahagikan sebelum tu la sebab ramai yg takde.. so kitorang bahagi balik the groups among those yg present.. lbih kurang dekat pukul 10 pagi kot baru kitorang start acara sukaneka tu..

game yg kitorang buat smua game kanak-kanak ribena je.. ye la, org dah nak grad kan, kena la bagi diorang enjoy puas2.. lagipun smua org macam tengah tension, so tak nak la buat games yg serious.. hehe.. tapi the organizing committees ni memang kreatif la sebab ada idea utk ubah games yg biasa jadi lain sikit dari biasa.. bijak.. bijak..

actually tak banyak sangat pun yg boleh aku story pasal games ni.. so korang just layan je la gambar-gambar ni ek..

baling belon (filled with water + tepung).. motif letak tepung dalam belon?? ntah la..

ready to catch the balloons...

musical flag.. ala-ala musical chair tapi kerusi diganti dengan bendera..

the finalists.. kak dar won the game.. yay..!!

ni game paling senang.. cuma kena makan je..
nama game ni -- Alvin and the Chipmunks

makan kacang tu jangan sampai tercekik.. heee..

game ni sangat lecehh..
kena kupas kulit kuaci sebanyak mungkin in a minute,
then kumpul isi kuaci tu kat dalam bekas tu..
leceh kann..??

game kanak-kanak -- baling slipper..

almost did it.. yay..!!

isi air laut dalam botol.. dengan kaki diikat..

i wonder how it tastes..






cari gula-gula dalam tepung..


actually kalau ikut plan asal spatutnya akan ada penyampaian hadiah utk group yg menang dlm sukaneka tu.. tapi since group asal dah dibubarkan and dirombak balik sebab tak cukup orang, so kitorang tak kira markah pun.. just main for fun je.. and hamper yg supposed to be given to the winners tu kitorang bahagi-bahagikan je la among us..

overall aku rasa event tu memang sangat best.. i could see that evryone were happy during the program and they really enjoyed themselves.. dari komen-komen yg kitorang dapat pun, the feedback memang sangat positif.. personally i'm so glad that they were happy.. at least usaha kitorang nak menggembirakan diorang tu tak sia-sia la kann.. hehe..

to all my senior classmates, thanks cuz sudi join event kitorang yg tak seberapa tu.. walopun ada yg busy ngan fyp but they still sanggup luangkan masa utk datang.. korang memang the most sporting classmates ever.. i feel so lucky to have u guyz as classmates.. dah grad nanti jangan la lupakan kitorang adik-adik kat sini.. hopefully kita dapat jumpa lagi in future.. amin, insyaAllah..

ok ok, tak nak tacing2 lebey2 la.. karang ada org nangis plak baca blog aku ni.. hehe.. last word from me --> to all my classmates, gudluck in ur future undertakings.. i luv u all so much.....!!!!!

BIOMED '06 (2006 - 2010)
IIUM Kuantan
"ukhuwah fillah abadan abadaa.."


Our Farewell Gathering ~ part 1

Assalamualaikum...

12-13 April 2010 -- tarikh yg paling bermakna dlm sejarah hidup aku spanjang kat UIA Kuantan (sounds quite exaggerating here.. hee..) cuz on those days we had the last event for our class --> our farewell party, but NOT the last day we see each other.. the event was fully organized by us, the 062 batch, specially for our senior classmates, to celebrate them who'll be graduating very soon, as well as to appreciate them as our classmates for these 3 and a half years..

well, the original idea for the event was initiated by Mr. J, and all 14 of us were involved as the organizing committee.. the planning and preparations takes dlm beberapa minggu je kot kalau tak silap aku.. tapi alhamdulillah evrything berjalan dengan lancar according to the plan.. well, tu menunjukkan betapa semangatnya kitorang nak buat event tu, and dengan kerjasama smua org la the event was very successful..

tempat yg jadi pilihan kitorang for the event -- Muara Beach Resort, Balok, sebab kat situ kemudahan yg kitorang perlukan disediakan dgn caj yg berpatutan.. since it was a two days program, we booked rooms there to stay for the night.. tapi tak smua classmates kitorang bermalam kat situ, ada yg datang masa acara tertentu je, then terus balik kampus..

Muara Beach Resort, Balok
as for us the committee members, hari Isnin petang kitorang bertolak dari UIA, checked in bilik masing-masing, rehat sekejap, and then terus busy with all the preparations for the night.. ada yg hias hall, prepare drinks, potong buah-buahan, get the foods.. and yg tolong tengok je pun ada.. kot.. heee..

..the committee members..

around 8pm, the program started with the arrivals of all the VVIPs (our seniors), then kitorang terus had our dinner.. the menu for the nite was nasi lemak + satay (ayam & daging) + sirap limau... evrything was specially ordered from a famous restaurant in Kuantan (err... satay zul tu kira famous la jugak, kan.. at least among us.. hehe), except for the drinks which was prepared by our experts.. hehe..

then after dinner kitorang masuk hall for the next agenda.. after the opening remarks from the program manager (Mr. J), we proceed with a game, named 'regu'.. (i'm the one in charge for this game, together with a friend.. hehe).. best gila tengok diorang main, masing-masing pnuh bersemangat je.. smua org nampak sangat gembira walopun time tu aku rasa ada yg tengah tension sebab fyp + thesis.. well, i think the program has made them forget about all those things for a while..

after the game, as usual kitorang ada acara exchange gift.. everytime kalau class kitorang organize party acara ni memang kira wajib la kot, macam last year punya event.. evryone got a gift to exchange with another, based on the vote done before that.. i got a frame clock from my cute senior, it was sooo cute.. thanks akak.. =)

lpas exchange gift, we had a video show, which was prepared also by Mr. J.. hmm, all these things memang kira macam common la kan in a dinner event -- makan-makan, video show, exchange gift.. the video was really a nice one, and part yg last-last tu memang agak touching sikit la sebab bila tengok balik gambar-gambar lama tu memang terkenang balik masa zaman muda-muda dulu (macam la muda sangat, padahal 2-3 tahun je kot.. haha).. nasib baik takde yg menangis kat situ.. eyh, ker ada?? heheh..

then, lpas dah abis smua acara, tibalah masa yg dinanti-nantikan, the climax of the night... jeng jeng jeng...!! a surprise for our birthday girls...!! yup, we made a surprise for our classmates who celebrate their birthdays in April.. and hey, we got one representative from each concentration courses (Environmental Health, Industrial Health, and Clinical & Pharmaceutical Research).. hrmm, what a wonderful coincidence, kan?? and one of them celebrate her birthday on the 12th itself.. best kan?? and the cakes.. they really look soooo yummy tapi oleh sebab aku dah kenyang + letih yg teramat sangat, so tak larat la aku nak merasa kek-kek tu..

then after dah tiup lilin and potong kek smua, kitorang pun bersurai.. but not to forget the photography session to capture our last memories together.. gambar wajib ada ok.. an event wouldn't be complete without a photography sessions,, right..?? so here's some of the pictures of the night..

makan dalam gelap.. jangan tercekik cucuk satay tu sudah.. haha..

suasana dalam dewan..

our birthday girls.. nampak macam sangat yummy kan kek-kek tu?? 

my classmates for these whole 3 and a half years..
all with the happy smiling faces.. ^_^

lpas habis all the photography session baru la kitorang smua disperse.. dekat pukul 12 jugak kot baru kitorang balik bilik masing-masing @ kampus.. serius memang letih gila la malam tu.. so lpas kemas2 hall & ruang makan tu, aku terus balik bilik and tido la, apalagi.. hehe..

alamak, acara pagi esoknya tak story lagi ni.. ni baru acara malam je.. tu pun dah panjang dah.. hmm, nanti ada masa aku sambung yg the next day punya event.. promise..!! ada keja sikit nak buat ni.. ok, see ya in the next entry.. stay tuned..!! heee.. =P

*to be continued..*



Sunday, April 4, 2010

last minute and stressed

Assalamualaikum..

lama sudah aku tak update blog.. serius, aku sangat rindu ngan kamu, wahai blogku.. rindu gila nak menaip dan membebel kat sini.. tapi serius, kebelakangan ni aku mmg agak busy dengan fyp, thesis, dan segala-gala macam urusan dan hal..

ni la akibatnya kalau suka sgt bertangguh dan buat kerja last minute.. dulu masa awal2 sem byk sgt rilek, lepak2 jer.. bila dah hujung2 sem baru nak kelam-kabut buat semua kerja.. tapi biasa la kot, student macam aku ni memang suka buat kerja last2 minute.. habit yg sangat tak baik dan perlu dibuang jauh2.. macam sorang bestfren aku kata: "kalau study last minute xpe, jgn time kerja nanti pun suka buat kerja last minute.." (tapi kalau time study buat kerja last minit?? boleh tak?? ceh, tu pun nak bagitau ke.. dah besar pandai2 la fikir..)

sekarang pulak tgh final exam, tapi 3 paper dah lepas.. tinggal satu paper je lagi next tuesday, and then.. yippie..!! i'm free..!!

"ehem.. sapa cakap dah free..?? fyp dah settle ke?? thesis dah siap ke??" (bisik hatiku yg baik dan slalu skema..) oppss.. of coz la belum.. haha.. thesis satu habuk pun lom siap lagi kot.. actually dah start taip dah sikit.. tapi sikit je la.. memang sikit giler.. insya-Allah lepas abis exam nanti aku akan siapkan.. (tolong la jangan bermalas-malas lagi, wahai cik Aya.. sedar-sedar la sikit..)

petang semalam baru abis paper Epidemiology Method.. serius, aku rasa paper tu sangat susah.. masa masuk exam hall, kepala aku memang rasa sangat blur.. sebab hari jumaat sepanjang hari aku tak boleh nak study.. hari sblum tu pulak (khamis) aku tak study sebab xde mood.. aku tak ingat apa aku buat hari tu tapi aku memang x bukak nota langsung..

so memandangkan x banyak sangat topik yg masuk exam, ingatkan nak study hari jumaat la.. bajet sempat la kot nak abiskan baca 3 topik dalam masa sehari, then hari sabtu pagi tu tinggal nak ulang balik je.. well, that's the actual plan actually..

tapi aku pun xtau knapa dan apa masalahnya.. dari pagi smpai malam hari jumaat tu otak aku memang tersangat la blur dan xleh nak trima apa2 maklumat dan info.. so aku duk tatap jer nota2 aku tapi satu habuk pun tak melekat dalam otak.. pagi semalam (sabtu) baru aku dapat study, so kiranya aku baca semua notes tu dalam masa setengah hari je.. tu pun sikit je yg aku rasa aku betul2 faham..

tapi nasib baik la aku dapat hafal the operative process for risk assessment tu (dalam masa setengah hari je.. hehe..), so aku boleh jawab soalan essay dengan tenang dan rilek.. (haha.. berlagak la pulak..) actually aku mmg expect soalan tu mungkin akan kluar, so aku memang hafal semua point dia.. and yg explanation tu pandai2 la aku goreng.. haha..

tapi yg soalan2 lain memang gila mencabar minda, especially soalan objektif and satu soalan short answer tu.. memang menyakitkan kepala beb nak fikir nak jawab soalan tu.. tapi dalam keadaan kepala aku yg makin sakit (kepala aku start sakit sejak first time pandang kertas soalan tu lagi), aku cuba jugak perah otak utk fikir macam mana nak jawab.. (korang dapat bayangkan tak macam mana rasanya bila kita cuba nak berfikir habis-habisan dengan keadaan kepala yg memang tengah sakit..??) serius aku rasa macam nak pecah kepala..

then lepas abis exam kitorang terus kluar.. beli makanan je pun, tapi seriously aku rasa time2 tengah tension and sakit kepala macam tu, indulging yourself with foods memang best.. sekarang aku rasa aku faham kenapa ada sesetengah orang yg cenderung utk makan apabila mereka stressed or tension.. bak kata pepatah, "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.." heee..


(just eat when you feel stressed..)

p/s: pengajaran kat sini ialah.. jangan suka bertangguh dan buat kerja last minit.. tak kira la masa study ke masa kerja ke masa buat kerja ke.. apa yg boleh dan perlu dibuat hari ini, buat la hari ini.. we'd never know what will happen tomorrow.. so if we don't do it today, we might regret it if we won't be able to do it tomorrow..

wallahu a'lam.. wassalam..

Monday, March 8, 2010

First Aid Course (4-5 March 2010)

Assalamualaikum..

dh lama aku x post entry panjang2 sbb xtau nak tulis apa.. hahaha.. tp hari ni aku nk tulis panjang2 sbb geram sgt tngok entry yg pendek2 sgt tu.. actually aku x suka tngok n baca entry pendek2 sbb boring.. dh la mcm xde makna je.. (ada makna tapi cuma aku sorg je yg faham).. kalau panjang2 lg best, sbb rasa mcm baca tulis karangan a.k.a essay.. hehehe.. anyway, kali ni aku nak story pengalaman aku smasa attend first aid course bbrp hari lepas..

mula2 masa dpt tau ttg course tu dlm minggu lpas (hujung bln februari).. masa mula2 bdk2 Industrial bgtau ttg course tu, kitorg (bdk2 Environmental) smua on je, stuju nak join skali.. actually course tu bdk Industry pnya program tp since diorg x cukup org utk attend course tu, so diorg tarik la kitorg skali.. lgpun sem ni kitorg (Envi + Industry) mmg slalu combine klas dlm most subjek.. so dh kira mcm satu klas la jugak, klas Envistry..

oh, lupa nk cakap, masa tu diorg cakap markah course tu akan dikira utk markah kuiz.. but then hari isnin ke slasa (aku x ingat), akak2 klas aku cakap markah tu utk bdk2 Industry je.. so kitorg yg bdk2 Envi ni pun rasa mcm reluctant la nak pegi sbb x dpt markah apa2.. lgpun ramai bdk2 yg x siap keje2 lab lg, so kalau attend course tu, which will take the whole two days (khamis-jumaat), kira mcm wasting time la kot..

so kitorg pun bincang punya bincang apa nak buat.. mula2 nk mintak lecturer yg bkenaan bg markah utk attendance je tp dia x stuju.. so kitorg pun bincang dan bincang lg.. then lpas bincang2 pun msih ada lg yg xde kputusan.. tp bg aku, aku decide utk pegi je la wlupun xde markah ke apa ke, sbb at least kalau pegi, aku dpt some knowledge and experience..

hari yg ditunggu2 pun tiba (chewah..) tapi pagi tu ntah mcmna aku terbangun lambat.. kursus tu start kul 8 pagi, tapi pkul 7.30 aku x bgun lg (mcm biasa aku suka tdo balik lpas subuh.. oppsss).. nsib baek la sorg roomate aku yg jugak classmate aku tu kejut, so aku pun cpat2 la pegi mandi siap2 apa smua.. nsib baek la smpat.. tapi bila sampai kat kuliah, sorang manusia pun x sampai lagi.. selambat-lambat kitorg, rupanya kitorg jugak yg first sampai.. cheh..

lbih kurang kul 8.15 ke 8.30 pagi baru start sbb nk tunggu setel smua.. hari first tu mmg kitorg blaja teori je.. tapi pnceramah tu ada jugak la tunjuk demo skit2 menggunakan model2 sambilan yg dilantik dari kalangan kitorg secara random dan tanpa dibayar gaji..

tapi walaupun mostly teori je (meaning kitorg just duduk atas kerusi sambil tengok slide presentation dan dengar penerangan..), aku x ttdo langsung wlupun ptg tu agak mengantuk skit sbb pnceramah tu pndai wat presentation yg interesting dan menarik minat org.. dia wat lawak selamba je, and masa dia tunjuk gambar2 accident yg diorg pnah tolong pun smpat lg dia wat lawak.. so kitorg mmg x abis gelak la masa tu..

then on the second day (jumaat) plak kitorg blaja ttg CPR (bukan Clinical and Pharmaceutical Research ye, tu CPR gak tp CPR lain.. hehe, jgn marah bdk2 CPR..) and wat praktikal.. pagi tu pun aku bgun lambat jugak, lagi lmbat drpd hari sblum tu.. tapi nsib baek jugak bila kitorg smpai tu diorg x start lg..

mula2 pnceramah tu bg teori skit ttg CPR, lpas tu dia tunjuk cmna nk wat praktikal yg btul2.. lpas tu diorg suruh kitorg plak try wat praktikal CPR guna dummy and try wat praktikal utk kes patah kaki.. so aku smpat la jadi model pesakit yg patah kaki and perlu diangkat tu.. (mentang2 aku ni kiut dan ringan je, korg ambik kesempatan kat aku ye, kwn2.. hehehe..) xpe2, utk tujuan pendidikan, chewah..

last skali, ptg tu lpas solat jumaat, is the exam session.. mula2 skali kitorg di 'test' mcmna cara nak wat CPR yg btul.. so kitorg kna tunjuk la step by step from A to Z.. paling penting dlm CPR: 30 tekanan + 2 hembusan mulut ke mulut = 1 pusingan.. ulang sehingga pesakit ada nadi smula.. (AMARAN: ada beberapa step lagi sblum dan slpas tu.. sila blajar drpd yg pakar..) chewah, rasa mcm expert sangat je aku ni..

tapi sbnarnya banyak jugak step dia smpai kadang2 aku pun confuse jugak, mana satu patut buat dulu?? kalau jadi macam ni nak buat apa?? kalau jadi macam tu nak buat apa??.. so mmg kena ulangkaji slalu la ni agaknya, kalau tak nanti kalau jumpa real case kalut pulak smpai salah step.. kang tak pasal2 dari nak slamatkan org jadi sebaliknya pulak.. ish, nauzubillah min dzalik..

then lpas smua org dah di 'test', kitorg kena wat first aid utk 'real situation' plak, tolong org yg eksiden.. time ni la kitorg nk praktikkan apa yg kitorg dah blaja dlm 2 hari ni.. alhamdulillah smua mangsa bjaya dislamatkan..

>>p/s: kpd mangsa2 eksiden tu, mmg hebat la lakonan korg smua, congrats korg sbb bjaya melakonkan watak dgn baek skali!! congrats jugak kpd first aid team yg bjaya melakukan tugas dgn baek!!


last skali dlm kursus kitorg adalah exam bertulis.. snang je, soklan objektif smua, open book lagi.. tapi ada gak soklan2 yg sgt mengelirukan dan memeningkan kpala.. bincang2 pun makin pning smpai confuse xtau mana satu jwpn.. last2 bulat je mana2 jwpn yg rasa pling betul (ikut instinct sndiri je.. haha..)

lpas abis kursus tu mmg rasa pnat dan letih tahap tera giga byte.. so hari sabtu aku mmg tdo je spanjang hari.. (seius, aku tak tipu.. sebab tu hari ni baru aku update dalam blog.. heee..) tapi aku mmg sgt2 letih.. tapi walaupun pnat dan letih, aku dpt byk pengalaman dan pengetahuan yg bermanfaat.. btul kata sorg kakak klas aku hari tu.. 'Kalau x dpt markah pun at least korg dpt pengalaman..' (and the most important, sijil tu..certified by PBSM Malaysia kot..)

kesimpulannya, first aid course yg aku attend ni mmg sgt best dan sgt b'manfaat.. tapi kitorg kna tunggu dpt sijil dulu, lpas tu baru kitorg ada lesen utk wat first aid n cpr kalau ada apa2 eksiden blaku kat mana2.. (and according to mr. subhi, that will take about 3 months from now!!).. apa2 pun, just remember ONE thing: sblum dekati dan tolong mangsa, CHECK FOR DANGER FIRST!! (it's the first and most basic thing to remember in first aid..)

p/s: sori xde gambar nk letak kat sini.. klau nk tngok gambar cari lam facebook kwn2 aku.. rasanya ada kot yg dh upload gmbar..


Tuesday, February 23, 2010

suratan atau kebetulan??

Assalamualaikum..

dlm masa bbrp bulan ni, byk pkara yg dah blaku dlm hidup aku.. pkara yg mmg x pernah dijangka n yg aku x pernah t'fikir pun akan blaku dlm hidup aku.. kdg2 aku rasa apa yg blaku tu mcm mimpi.. kdg2 aku rasa mcm x percaya dgn apa yg blaku.. aku x percaya yg pkara tu smua sbnrnya btul2 blaku dlm hidup aku..

tp sbnrnya, apa yg blaku adalah suatu kenyataan & hakikat yg x dpt dinafikan.. percaya atau x percaya, apa yg berlaku ttp akan berlaku walaupun kita x percaya ianya btul2 berlaku, krna smua itu mmg telah tertulis dlm qada' dan qadar.. (mcm belit2 je ayat aku nih.. xpe, janji aku paham.. heheh..)

dunia ni walaupun nampak mcm luas dan besar, tp sbnrnya kecik dan sempit.. so ke mana2 pun kita pergi, x mustahil kita akan bjumpa dgn org yg kita knal atau dgn seseorg yg mungkin ada kaitan dgn kita tanpa kita ketahui.. aku dah byk kali alami peristiwa yg mcm ni.. waktu mula2 aku knal ngan seseorg tu, aku mmg x terfikir langsung yg hidup kitorang sbnrnya ada kaitan.. mmg x pernah terlintas pun yg org tu boleh ada kaitan dgn aku.. tp bila dah lama2 knal, baru aku dpt tau yg rupa2nya org tu sbnrnya ada link ngan hidup aku (in some way or another).. what a sweet coincidence huh?? (coincidence ke??)

kdg2 bila fikir2 balik, rasa mcm lucu pun ada jugak.. mcm mne kebetulan yg mcm tu boleh berlaku?? tp mcm yg aku cakap, mungkin itulah yg dinamakan suratan takdir.. x dpt dijangka, x dpt diramal, dan susah utk difikirkan.. kdg2 nampak mcm kebetulan, tp pnah x korg terfikir knapa n mcm mana kebetulan tu boleh berlaku?? smuanya atas kuasa Allah jugak kan?? so, suatu kebetulan yg berlaku dlm hidup kita sebenarnya memang telah tertulis dalam takdir kita..

mayb sbb tu jugaklah org slalu cakap 'love comes when u least expect it..' kita x pernah expect langsung yg org tu sbnrnya jodoh kita tp sbnrnya dialah org yg mmg ditakdirkan utk kita (er.. mcm dah terkeluar topik je ni?? hehe.. lantakla..)

urm.. pape pown, takdir seseorg mmg telah tertulis sejak azali.. x kisah la rasa macam mimpi ke rasa mcm angan2 ke, mcm kebetulan ke, tp kalau sesuatu tu mmg dah tertulis dlm qada' dan qadar kita, ia ttp akan berlaku.. walaupun kita x suka dgn apa yg berlaku, jgn pernah menyalahkan takdir kerana yakinlah bahawa takdir yg telah tertulis utk kita adalah yg terbaik utk diri kita.. lgpun, beriman kpd qada' dan qadar tu kan salah satu drpd rukun iman?? =)

wallahu a'lam..

Wednesday, April 22, 2009

..rekod 'itam' on my 2nd day..

21/04/09

da lama x update blog, rindu la plak.. hmm, mmg xleh berpisah aku ngan blog aku nih.. hahaha~ so ari ni aku nk bercherita sket tp citer biasa2 jer la, x best pon.. xper, at least 'ter'update la skit blog ni kan, hehe..

hmm.. skrg ni aku dh start keje.. eh, bukan keje tp praktikal a.k.a latihan industri a.k.a internship atau ape2 jer lah nama yg korg nk panggil.. lebih kurang jer la smua tu kan sbb all of them refer to the same thing..

well, actually aku start praktikal smalam.. kat lab hospital kat sini.. kat tmpt tu aku sorang jer dari uni aku, yg lain sume mostly dak2 dari ipts yg dkat2 sini jer (aku rasa mcm aku sorang jer budak ipta kat tmpat tu, huhu).. and team partner aku pulak, sorang mamat cina dari sebuah ipts kat shah alam (ipts lagi..hmm..)

hmm.. aku rasa 1st day aku smalam okey jer.. best la jugak.. walopun kitorg sume dari ipts yg berlainan, bangsa & agama pun lain2, tp kitorang still leh get along & work together..

for the first 2 weeks ni aku ditmptkan kat blood bank.. so aku akan keje ngan darah je la dlm 2 minggu nih.. seb baek aku org yg berani.. yelah, kalo aku takot darah aku xkan ambik course yg aku ambik ni in the 1st place kan.. =p

tp 2nd day aku kat situ aku dh wat hal pulak.. aku 'ter'langgar peraturan kat situ.. tp seriously, aku mmg x sengaja & xde niat langsung nk langgar rules tu.. =(

bukan la kes besar sgt.. kes dtg lambat.. mungkin agak biasa bg sesetgh org.. tp aku lambat bukannya 5-10 minit jer tp..erm, xnak la gtau, malu la pulak, hehe.. tp yg pasti mmg tersgt-sgt-sgt lambat la.. tu yg aku agak kesal sbb baru 2nd day kot aku keje kat situ.. awal2 lg dah rosak rekod, sape x terkilan, huhu~

tp seriously aku mmg x sngaja dtg lmbt.. ntah camner ntah jam aku x b'bunyi.. ke aku yg x dgr die bunyi?? haha.. sampailah seseorg kejutkn aku baru aku sedar.. aku pun apa lg, kelam-kabut gler bersiap.. mandi pon x smpai 3 minit, hahaha~

tp hopefully this is the 1st & last time aku lmbt.. sbb aku x nak rosakkan lg rekod aku.. kang x pasal2 supervisor cop aku as student yg x punctual, dahla keje pon x tau la bagus ke x kan.. so lpas ni aku kena la wat keje baek2.. at least if keje aku bagus boleh la supervisor tu considerate skit kan, hahaha~

erm.. k lah, aku kena tdo skrg, kang bangun lambat lg, bertambah pulak rekod buruk aku (mintak simpang la..) huhu~

Wednesday, March 25, 2009

aku budak baru la..

aku budak baru?? ye ke??
ha'ah.. aku budak baru..
eh, kan ke dh 3rd yr?? baru ke tuh??
bukan la.. baru dlm certain things jer..
erk?? pe maksudnyer??
ish, malas nk belit2.. direct 2 da point..

td lpas abis klas aku g anta satu report kat ofis..
repot utk program last few weeks..
and brader ofis tu ckp aku salah wat report..
pastu kena wat balik.. haha..
seb baek skit jer yg kene btulkn..

brader tuh siap tnye kat aku: ni 1st time wat ni ek??
aku sengih n angguk jer..
agak malu tp aku wat bodo jer..
huhu.. mmg kantoi ni 1st time aku jd member of main board..
n wat sgala report camtu..
so?? mmg aku budak baru..

pastu kuar dr ofis, aku dpt 1 msj..
saying dat:
i'm one of the lucky ones to b selected as a subcomittee of dot..dot..dot..
bila bace, rase nk t'gelak pon ade..
dulu tuh mmg aku ade bg nama utk jd subcom tu
tp time tu aku x serius+main2 jer = x harap+x expect langsung aku akan t'pilih..

yela, aku kn xde xperience lngsung
walopun dh 3 taun study kat uni+ 2 taun kat matrik = 5 taun..
aku x penah lngsung t'libat dlm aktiviti laen selain study..
jd member organizing comittee pun never..
apatah lg pegang jwtn pape lam klab/psatuan/yg sewaktu dgnnya..
sem ni la the very 1st time aku wat mende2 tuh..

then.. tetibe aku t'pk..
next sem aku akan bz ngan fyp..
subjek yg aku ambik pun leh tahan byk..
then ade komitmen len lg..
aku t'fikir..
boleh ke aku buat everything dgn baek??

insyaAllah..
if i try my best to do the best.. kan??
kalo x leh gak, baru tarik diri.. hehe.. :P

Friday, March 20, 2009

~ A Tiring but Enjoyable Day ~ part 2

ello..
huhu... lame x update blog nih.. lpas family day ari tuh, seriously aku mmg penat gler.. 2 ari sakit & lenguh seluruh badan x ilang2.. pastu ari rabu lak aku demam.. ari nih pun masih sakit tekak lg.. huhu.. kesan drpd berhujan + berpanas + kurang rest kot, hehe..
so mlm ni baru leh on9.. like i promised, nih gambar2 from KOS (Kuliyah of Science) family day last week.. tgk la pepuas ye, hehe..


1st round of 'sandcastling'.. baru nak wat base utk castle kitorg.. susah skit sbb pasir basah..


pabila air naik.. timbunan pasir kat tgh tu sbnrnye base castle yg masih lom tenggelam..

2nd round of 'sandcastling'.. da nak siap da nih.. cuba teka ape yg tgh diorg bentuk 2..


ni la istana yg kami bina.. heheh..


ni lak mereka & istana mereka yg mendpt juara..


musical chair brothers.. diorg main cam ntah pape, aku pon malas nk tgk sbnrnye..


musical chair sisters
sukaneka brothers.. walopun ujan, diorg ttp SMANGAT... winner: Chartreuse.. heheh..


1st palace.. Coral

2nd palace... Dodge Blue



our palace got the 3rd place.. huhu.. Chartreuse..



tarik.. jgn x tarik.. heheh.. lihatlah jejaka2 Chartreuse yg macho & berlengan kuat ini.. smangat gler diorg.. tp kalah gak, huhu.. last2 acara nih cancelled sbb ape ntah, aku x ingat & x faham..


Magenta-nyer castle.. x taw r dpt no. brp..


ni Violet-nyer.. x taw gak dpt no. brp..


hehehe.. dah, cukup.. byk gler dh gambar nih, penuh satu blog..