ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Monday, August 23, 2010

malas sungguh la.. haish..

Assalamualaikum..

Firstly, abaikan tajuk di atas yang tak ada kaitan langsung dengan entry. Hanya aku yang faham maksud tajuk di atas.. hehe..

Semalam aku pergi satu majlis berbuka puasa ni. Lepas tu aku terjumpa ngan sorang mamat mat salleh ni. Hensem gila seyh.. mata biru, rambut perang, macho lagi.. macam.. er.. siapa ek hero mat salleh yang hensem lagi macho?? Er.. abaikan je lah.. Tapi mamat tu memang hensem lah. Semua gadis yang berada di tempat kejadian pada masa yang sama pun turut mengakuinya.

Tapi sayangnya beliau dah berpunya.. maka melepas lah sudah..


Ok lah aku malas nak kelentong lebih-lebih bulan puasa ni walaupun aku tak puasa so aku bagitau la hakikat kebenarannya kat korang supaya korang tak frust macam aku..

Sebenarnya that guy is the husband kepada lecturer english kesayangan kami. Semalam kelas kitorang ada buat majlis berbuka puasa sama-sama, and beliau sekeluarga telah dijemput sebagai artis undangan pada malam tu.. eh artis pulak.. ah biarlah aku malas nak betulkan.

Tapi serius tak tipu bila aku cakap husband dia tu hensem. Walaupun aku rasa umur dia dah banyak la jugak, tapi nampak macam masih muda. Rambut pun still perang lagi. Awet muda kot. Dah la bersopan-santun pemalu penyayang dan bertanggungjawab. Ni yang buat aku terasa nak cari laki mat salleh jugak ni.. haha..

Ish, tak nak lah.. macam tak best je. Kang susah pulak nak buat pilihan masa nak balik raya.. hahaha..


Mulanya kitorang plan nak berbuka kat padang besar bersama ratusan rakyat Kuantan yang lain, tapi memandangkan cuaca dah berada pada tahap kritikal, plan terpaksa ditukar pada last-last minute. Tukar venue je pun.. Last-last buat kat dalam kampus jugak. Takpe lah, yang penting majlis tetap berjalan lancar.

Rasanya lagi meriah buat kat situ kot daripada kat padang. Memang ada hikmahnya cuaca tiba-tiba berubah petang tu. Walaupun kat luar hujan lebat dan angin kuat gila macam ribut, kitorang still dapat mengeratkan silaturrahim di dalam bangunan, malah lebih mesra berbanding jika dibuat di luar. erk.. macam pelik je bunyi ayat ni.. takpe, abaikan..

Malam tu kitorang punya majlis memang western gila ah. Maksud aku dari segi makanan la.. dari segi pakaian dan ethics wajib lah ikut Islamic punya. Juadah berbuka memang western food je semua. Spageti dengan 3 jenis kuah, mixed fries+sosej, Big Apple donut (western ke??)..

Mentang-mentang la nak buka ngan orang western makanan pun nak western jugak. Tapi belasah je lah.. bukan selalu dapat makan macam tu.

gambar hiasan. sumber: Google

Satu je makanan yang aku rasa ada ciri-ciri kemelayuan, iaitu kuih buah melaka yang langsung tak ada perasaan! sila abaikan kesalahan tatabahasa aku Hasil kerja siapa la tu agaknya ek.. baik ngaku cepat! eh bukan hasil kerja aku sorang ok.. Kitorang punyalah bekerjasama berganding tangan nak buat bendalah tu, tapi kalau dah memang tak ditakdirkan nak jadi sedap, maka takkan jadi sedap lah ia..

Sebenarnya aku ngan western food ni tak berapa nak ngam sangat. Macam cepat muak la kalau makan makanan western nih. Tak leh nak makan banyak-banyak sampai 4-5 pinggan sekali. Sebab tu la aku kalau pergi mana-mana restoran western selalu makan tak habis. Membazir duit sungguh la.. haish..

Apa-apa pun memang tabik la kat kawan-kawan dan madam yang telah bersusah-payah bertungkus-lumus memasak spageti tersebut serta kuah-kuahnya sekali. Serius memang terbaek la masakan dorang nih. Sangat sedap okeyh. Expert la katakan.. Lain kali masak lagi eh.. hehe.. Nak tunggu aku masak, kena tunggu aku kawen ngan western guy dulu la kot jawabnya.

Sebab kalau masak sendiri tak ada orang nak makan. hahah.. bajet konon pandai sangat la masak-memasak nih.. masak nasik pun confirm jadi bubur.. blah la lu!

No comments: