Assalamualaikum..
Hari ini hari Jumaat, bersamaan 17 Ramadhan 1431 H. Aku pasti korang semua sedar yang hari ni adalah hari di mana al-Qur'an diturunkan. Dan tahun ini ia jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Kebetulan kah?? Entah.. hanya Dia yang tahu..
Apa pun, aku bukan nak cakap pasal nuzul Qur'an sebab aku bukannya arif dalam hal-hal macam ni. Apa yang aku nak cakap ialah, masa semakin berlalu. Dah lebih setengah bulan kita berada dalam bulan Ramadhan. Tapi bila aku renung balik, macam tak ada beza antara tahun ni dengan tahun lepas.
Awal-awal dulu rasa macam okey.. smooth.. ada sikit perubahan positif.. tapi lama-kelamaan.. hmm.. nampak sangat hati masih kotor, sebab tu susah nak istiqamah.. *sigh*
Macam pergi sekolah. Mula-mula punyalah bersemangat nak belajar, buat homework dan sebagainya. Tapi masalahnya bermula bila dah dapat cuti.
Bila dah lama bercuti, walaupun tak sampai seminggu, nak mula kerja balik tu kadang-kadang teramat lah payah. Nak pergi sekolah pun rasa malas sangat. Lagi-lagi bila ramai kawan-kawan sekeliling yang masih bercuti. So pendorong semangat tu tak ada. Akibatnya, pencapaian pun merosot..
Macam tu lah perumpamaan keadaan aku sekarang. Macam dah malas tiba-tiba. Entah apa dah jadi dengan aku. Setakat puasa tak makan tak minum.. Yang lain-lain... macam dah semakin berubah balik to old habit yang teruk.. rasanya tak perlu aku cakap macam mana teruk tu..
Aku cuma terfikir, macam mana kalau tahun depan aku tak berpeluang bertemu Ramadhan lagi.. ya Allah, alangkah ruginya hidup aku.
Sempena hari nuzul-al-Qur'an ni, juga sempena hari Jumaat yang mulia ni, jom kita buat azam baru. Manfaatkan saki-baki Ramadhan yang tinggal lebih kurang 13 hari ni dengan lebih banyak amalan. Cari lailatul Qadar jom! Mudah-mudahan mendapat keberkatan dari-Nya. insyaAllah..
Sebagai penutup, cuba hayati kata-kata ni. Ia menyedarkan aku betapa banyak kekurangan yang masih ada dalam diri. Aku ambik ni dari blog sorang
college-mate yang tak kenal aku.
Kalau kita suka menipu, cuba hentikan. Kalau kita suka mengata, belajar untuk diam. Kalau kita selalu rasa dengki, buanglah perasaan tu. Kalau kita seorang pembenci, belajarlah menjadi pencinta. Kalau kita selalu riak, cubalah merendah diri. Kalau kita kaya, belajarlah memberi. Kalau kita berlebih-lebih, belajarlah untuk bersederhana.
Kalau kita rasa apa yang kita ada tak pernah cukup, belajarlah untuk hargai apa yang kita dah ada walaupun sedikit. Kalau kita selalu tinggal sembahyang, berusahalah untuk dirikannya. Kalau sembahyang kita dah cukup, cuba dirikan pada awal waktu. Kalau kita sembahyang pada awal waktu, belajarlah untuk lakukannya berjemaah. Kalau kita dah lama tak mengaji, bukalah Al-Quran, bacalah walaupun sedikit. Kalau dah biasa membaca Al-Quran, usahalah untuk memahami dan amalkannya. Kalau kita tak dapat amalkan semua, cubalah amalkan mana yang mampu dulu.
Kalau kita jarang buat baik pada ibu bapa, belajarlah untuk gembirakan hati mereka. Kalau kita selalu meminta pertolongan pada waktu susah, cubalah berterima kasih pada waktu senang. Kalau kita sakitkan hati saudara kita, mintaklah maaf. Dan kalau orang sakiti hati kita, belajar untuk memaafkan mereka. Kalau kita selalu doakan kesejahteraan diri, doakan lah juga kesejahteraan keluarga dan kawan-kawan. Kalau kita selalu lupa tuhan, cubalah untuk mengingati-Nya, kalau kita berdosa dengan tuhan, mintaklah keampunan. Kerana sesungguhnya, Allah maha pengampun, maha mengasihani.
p/s: Pagi tadi nak pergi ofis kolej nak ambik kiriman dari kampung. Dah siap-siap nak pergi tetiba baru teringat hari ni public holiday. Ofis tak bukak.. ish.. camana boleh lupa nih. Tu la otak asik fikir benda bukan-bukan je.. demmit..