Assalamualaikum..
First and foremost aku nak ucapkan selamat datang pada bulan Ogos, walaupun dah terlambat 3 hari.. =) Sedar ataupun tak, dah lebih setengah tahun berlalu semenjak tahun 2010 membuka tirai. Rasa macam baru semalam je kita sambut tahun baru kan?? Lepas ni sedar-sedar je dah masuk bulan Disember, lepas tu pulak masuk tahun 2011.. Cepat betul kan masa berlalu??
Aku pasti kebanyakan orang, kalau tak semua pun mesti ada buat azam baru semasa menyambut tahun baru dulu. Kalau bukan azam baru pun, mungkin ada azam tahun lepas yang belum tercapai dan diperbaharui, tu pun kira azam baru jugak la kan.. Jadi, aku nak tanya korang sikit, dalam masa 7 bulan ni, sejauh mana korang dah capai azam korang tu? Apa usaha yang dah korang buat untuk capai azam tu? Harap-harap azam untuk tahun ni dah hampir-hampir nak tercapai la ye.. Kalau ada yang rasa masih jauh dari nak capai azam tu, tak apa, korang masih ada masa lebih kurang 5 bulan lagi untuk capai azam tu. Sempat lagi korang nak buat apa yang patut dibuat.
Anyway, aku bukan nak cakap pasal azam yang dah tercapai atau belum, tapi aku nak cakap pasal ketibaan bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. Lagi berapa hari je lagi kita (umat Islam seluruh dunia) akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan (insyaAllah kalau panjang umur). Jadi aku nak tanya, adakah anda semua dah bersedia untuk sambut bulan Ramadhan? Kalau rasa macam dah sedia, Alhamdulillah, tapi kalau belum baik la buat persiapan cepat-cepat selagi masih ada masa.
 |
| image credit to Google |
Mungkin ada yang tertanya-tanya, nak puasa pun kena buat persiapan ke?? Perlu ke buat persiapan segala?? Nanti bila dah masuk bulan Ramadhan puasa jelah, apa susah. Bukannya susah pun nak puasa, pagi bangun sahur, lepas tu petang berbuka, malam pulak solat terawih.. senang kan.. Ya, mungkin ada yang beranggapan begitu, tapi cuba korang renung semula sedalam-dalamnya maksud Ramadhan yang sebenar-benarnya.
Puasa bermaksud menahan diri dari melakukan apa-apa perkara yang boleh membatalkan puasa (bukan setakat tahan lapar dan dahaga je), dan bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa bagi umat Islam kerana pada bulan inilah segala pintu-pintu kebaikan akan dibuka dan pintu-pintu kejahatan akan ditutup. Jadi selain daripada menahan nafsu lapar dan dahaga, sepatutnya bulan Ramadhan diisi dengan amalan-amalan kebaikan yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.
Jadi kita perlulah mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya, sama ada dari segi fizikal, mental, ataupun rohani. Macam mana nak bersedia?? Iaitu dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti berpuasa, membaca al-Qur'an, mengerjakan solat-solat sunat, banyakkan berzikir dan mengingati Allah, dan sebagainya. Sebab itulah dalam bulan Syaaban kita amat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan seperti ini. Di samping mendapat pahala, dapat jugak persiapkan diri untuk bulan Ramadhan. Selain tu dapat jugak sucikan hati dan jiwa yang dah agak-agak hitam berkarat tu kan. InsyaAllah nanti senang la nak buat amalan, taklah malas-malas nak puasa, nak solat terawih ke, qiamullail ke, bangun sahur ke..
Selain tu banyakkanlah membaca tentang kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan. Dengan mengetahui apa kelebihan dan keistimewaan bulan ini mudah-mudahan dapatlah kita menghayatinya dan semoga kita akan lebih bersemangat lagi untuk melakukan ibadah dalam bulan tersebut.
Apabila seseorang tu tak ataupun kurang bersedia untuk menyambut bulan Ramadhan, maka susahlah bagi orang tu untuk menghayati Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Akibatnya, dalam minggu pertama Ramadhan je dia bersemangat, rajin nak buat ibadah apa semua, tapi bila dah masuk minggu kedua ataupun ketiga, mula la malas nak puasa, malas nak solat terawih, dan sebagainya.. Fikiran dah mula fikir nak raya je, 'mood' dan 'feel' bulan Ramadhan yang pada mulanya begitu berkobar-kobar pun dah hilang entah ke mana. Kenapa? Kerana hati tak cukup bersih, jiwa tak cukup bersedia, maka nafsu mudah tergoda..
Jadi kesimpulannya, dalam masa yang tinggal lebih kurang seminggu ni marilah kita sama-sama buat persiapan untuk menyambut bulan yang mulia ni. Bersihkan hati, sucikan jiwa, supaya nanti apabila bulan Ramadhan tiba, kita boleh menyambutnya dengan hati yang bersih dan jiwa yang tenang, serta mendapat keikhlasan dalam melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadhan. InsyaAllah.. Amin..