Sedar tak sedar dah lebih seminggu kita berpuasa kan?? Tapi sepanjang seminggu tu, pernah tak korang fikir dan muhasabah diri korang?? Adakah Ramadhan dan berpuasa memberi apa-apa kesan pada korang?? Adakah korang berjaya mengubah keburukan kepada kebaikan?? Sejauh mana perubahan yang korang alami?? Ataupun masih sama seperti sebelumnya??
Tahniah bagi yang merasakan telah ada sedikit perubahan atau improvement dalam diri. Itu bermakna korang berjaya menghayati maksud puasa sebenar-benarnya dan mendidik diri menjadi seorang hamba yang bertakwa. Alhamdulillah.. Bagi yang masih belum merasakannya pula, pernah tak korang terfikir, kenapa begitu susah untuk melakukan perubahan?? Kenapa begitu berat untuk meninggalkan kebiasaan yang kurang baik dan melakukan amalan kebaikan sedangkan kita semua tahu betapa besarnya ganjaran yang dijanjikan oleh Allah??
Seharusnya bulan Ramadhan ni menjadi titik perubahan bagi diri kita. Dalam bulan Ramadhan inilah kita perlu berusaha seboleh-bolehnya untuk memperbaki diri. Kalau bukan sekarang bila lagi?? Nak tunggu lepas raya pulak?? Kalau sekarang pun belum mampu buat apa-apa, apatah lagi kemudian, lagilah susah.
Masalahnya terletak pada diri kita sendiri sebagai manusia. Leka, lalai, lupa.. semua itu sifat yang amat sinonim bagi makhluk bergelar manusia. Sebab itulah kita memerlukan peringatan yang berterusan supaya tidak terus hanyut dalam arus dunia yang fitrahnya melalaikan.
Kurangkan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah dan melalaikan. Tapi sebaliknya apa yang kita buat?? Masih dengan tabiat lama yang biasa dilakukan. Facebook, myspace, blog, dan yang sewaktu dengannya tak pernah lupa untuk dijenguk. Malah mungkin ada yang semakin galak untuk online pada waktu-waktu yang biasanya diperuntukkan untuk makan. Percakapan, pertuturan, dan pergaulan pula tidak dijaga sebaiknya. Waktu siang berpuasa tapi malam-malam buta call/sms awek/pakwe sampai ke subuh, bercakap pasal perkara yang entah apa faedahnya. Sesetengah orang pula masih dengan tabiat melepak, tengok bola sambil bergosip, mengumpat, dan sebagainya. Jadi apa makna puasa kita sepanjang hari tu??
Memanglah tak salah kalau nak buat semua tu. Aku faham korang cuba nak mengeratkan silaturahim sesama insan. Aku pun buat macam tu jugak kadang-kadang. Aku pun manusia jugak, macam korang. Tapi cuba kurangkan sikit aktiviti-aktiviti tu, sekurang-kurangnya dalam bulan puasa ni. Rebutlah ganjaran pahala yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah. Kita tak pasti sama ada kita akan berpeluang untuk bertemu Ramadhan akan datang, jadi sebaik-baiknya kita manfaatkanlah Ramadhan tahun ini, sementara kita masih diberi kesempatan.
Kan lebih baik kalau waktu-waktu tu kita gunakan untuk berzikir, membaca al-Qur'an, ataupun membaca bahan-bahan bacaan berbentuk ilmiah. Sambil tu dengar la bacaan al-Qur'an, daripada duk layan lagu-lagu jiwang meleleh-leleh je..
Ya, aku sedar aku pun masih banyak kelemahan, so ni kira peringatan untuk diri sendiri jugaklah sebenarnya. Jadi marilah kita sama-sama berusaha untuk mengejar akhirat. Lupakan seketika urusan dunia. Usahakanlah untuk mengubah diri kita, kalau tak banyak pun sikit pun jadilah sebagai permulaan. Ajaklah kawan-kawan dan keluarga untuk sama-sama beribadah, beramal, dan mendekatkan diri kepada Allah.
Kesimpulannya, masih ada masa untuk kita cuba perbaiki kelemahan diri kita. Apa yang penting?? Bukan kerjasama, tapi usaha. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk berubah ke arah yang lebik baik dan tetap berada dalam kebaikan pada masa-masa akan datang. Amin..
Tahniah bagi yang merasakan telah ada sedikit perubahan atau improvement dalam diri. Itu bermakna korang berjaya menghayati maksud puasa sebenar-benarnya dan mendidik diri menjadi seorang hamba yang bertakwa. Alhamdulillah.. Bagi yang masih belum merasakannya pula, pernah tak korang terfikir, kenapa begitu susah untuk melakukan perubahan?? Kenapa begitu berat untuk meninggalkan kebiasaan yang kurang baik dan melakukan amalan kebaikan sedangkan kita semua tahu betapa besarnya ganjaran yang dijanjikan oleh Allah??
Seharusnya bulan Ramadhan ni menjadi titik perubahan bagi diri kita. Dalam bulan Ramadhan inilah kita perlu berusaha seboleh-bolehnya untuk memperbaki diri. Kalau bukan sekarang bila lagi?? Nak tunggu lepas raya pulak?? Kalau sekarang pun belum mampu buat apa-apa, apatah lagi kemudian, lagilah susah.
Masalahnya terletak pada diri kita sendiri sebagai manusia. Leka, lalai, lupa.. semua itu sifat yang amat sinonim bagi makhluk bergelar manusia. Sebab itulah kita memerlukan peringatan yang berterusan supaya tidak terus hanyut dalam arus dunia yang fitrahnya melalaikan.
Memanglah tak salah kalau nak buat semua tu. Aku faham korang cuba nak mengeratkan silaturahim sesama insan. Aku pun buat macam tu jugak kadang-kadang. Aku pun manusia jugak, macam korang. Tapi cuba kurangkan sikit aktiviti-aktiviti tu, sekurang-kurangnya dalam bulan puasa ni. Rebutlah ganjaran pahala yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah. Kita tak pasti sama ada kita akan berpeluang untuk bertemu Ramadhan akan datang, jadi sebaik-baiknya kita manfaatkanlah Ramadhan tahun ini, sementara kita masih diberi kesempatan.
Kan lebih baik kalau waktu-waktu tu kita gunakan untuk berzikir, membaca al-Qur'an, ataupun membaca bahan-bahan bacaan berbentuk ilmiah. Sambil tu dengar la bacaan al-Qur'an, daripada duk layan lagu-lagu jiwang meleleh-leleh je.. Ya, aku sedar aku pun masih banyak kelemahan, so ni kira peringatan untuk diri sendiri jugaklah sebenarnya. Jadi marilah kita sama-sama berusaha untuk mengejar akhirat. Lupakan seketika urusan dunia. Usahakanlah untuk mengubah diri kita, kalau tak banyak pun sikit pun jadilah sebagai permulaan. Ajaklah kawan-kawan dan keluarga untuk sama-sama beribadah, beramal, dan mendekatkan diri kepada Allah.
Kesimpulannya, masih ada masa untuk kita cuba perbaiki kelemahan diri kita. Apa yang penting?? Bukan kerjasama, tapi usaha. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk berubah ke arah yang lebik baik dan tetap berada dalam kebaikan pada masa-masa akan datang. Amin..
p/s: kadangkala terasa agak malu dengan diri sendiri.. aku juga perlukan dorongan dari seseorang yg boleh membimbing.. -__-

No comments:
Post a Comment