ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

itulah yang dinamakan kehidupan

Assalamualaikum..

 

'Di sebalik setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi.'

Sebagai hamba, manusia seringkali diuji. Ada yang diuji dengan kesenangan dan kebahagiaan. Ada juga yang diuji dengan kesusahan. Allah menguji hambaNya kerana Dia terlalu sayangkan hambaNya. Dia mahu mereka sentiasa ingat padaNya.

Tapi apa yang biasa terjadi, manusia sering melupakan Tuhan, terutama apabila diuji dengan kesenangan. Mereka lupa untuk bersyukur. Mereka lupa bahawa segala kesenangan yang dinikmati itu adalah dari Allah. Mereka lupa bahawa ia hanya sementara dan boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Manusia yang diuji dengan kesusahan pula sering menyalahkan takdir. Bagi mereka, Allah tidak adil kerana mengurniakan orang lain dengan kesenangan dan membiarkan mereka dalam kesusahan. Mereka lupa bahawa jika mereka bersabar dan redha dengan apa yang menimpa, ganjaran yang menanti mereka di akhirat adalah lebih besar daripada apa yang dikecapi oleh orang lain di dunia ini.

Kesimpulannya, cubalah untuk sentiasa mengingati Allah, tak kira dalam keadaan senang mahupun susah. Ingatlah, jika hari ini kita menikmati kesenangan, mungkin suatu hari nanti kesenangan itu akan berganti dengan kesusahan. Jika hari ini kita mengalami kesusahan, suatu hari nanti pasti akan ada kebahagiaan yang menanti kita.

Ingatlah bahawa setiap yang kita lalui itu berlaku atas izin Allah.

nota dari hati: terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku.. terima kasih kerana sentiasa menyayangi aku.. terima kasih untuk segalanya..

Friday, August 20, 2010

Mengapa susah untuk berubah??

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah lebih seminggu kita berpuasa kan?? Tapi sepanjang seminggu tu, pernah tak korang fikir dan muhasabah diri korang?? Adakah Ramadhan dan berpuasa memberi apa-apa kesan pada korang?? Adakah korang berjaya mengubah keburukan kepada kebaikan?? Sejauh mana perubahan yang korang alami?? Ataupun masih sama seperti sebelumnya??


Tahniah bagi yang merasakan telah ada sedikit perubahan atau improvement dalam diri. Itu bermakna korang berjaya menghayati maksud puasa sebenar-benarnya dan mendidik diri menjadi seorang hamba yang bertakwa. Alhamdulillah.. Bagi yang masih belum merasakannya pula, pernah tak korang terfikir, kenapa begitu susah untuk melakukan perubahan?? Kenapa begitu berat untuk meninggalkan kebiasaan yang kurang baik dan melakukan amalan kebaikan sedangkan kita semua tahu betapa besarnya ganjaran yang dijanjikan oleh Allah??

Seharusnya bulan Ramadhan ni menjadi titik perubahan bagi diri kita. Dalam bulan Ramadhan inilah kita perlu berusaha seboleh-bolehnya untuk memperbaki diri. Kalau bukan sekarang bila lagi?? Nak tunggu lepas raya pulak?? Kalau sekarang pun belum mampu buat apa-apa, apatah lagi kemudian, lagilah susah.

Masalahnya terletak pada diri kita sendiri sebagai manusia. Leka, lalai, lupa.. semua itu sifat yang amat sinonim bagi makhluk bergelar manusia. Sebab itulah kita memerlukan peringatan yang berterusan supaya tidak terus hanyut dalam arus dunia yang fitrahnya melalaikan.

Kurangkan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah dan melalaikan. Tapi sebaliknya apa yang kita buat?? Masih dengan tabiat lama yang biasa dilakukan. Facebook, myspace, blog, dan yang sewaktu dengannya tak pernah lupa untuk dijenguk. Malah mungkin ada yang semakin galak untuk online pada waktu-waktu yang biasanya diperuntukkan untuk makan. Percakapan, pertuturan, dan pergaulan pula tidak dijaga sebaiknya. Waktu siang berpuasa tapi malam-malam buta call/sms awek/pakwe sampai ke subuh, bercakap pasal perkara yang entah apa faedahnya. Sesetengah orang pula masih dengan tabiat melepak, tengok bola sambil bergosip, mengumpat, dan sebagainya. Jadi apa makna puasa kita sepanjang hari tu??

Memanglah tak salah kalau nak buat semua tu. Aku faham korang cuba nak mengeratkan silaturahim sesama insan. Aku pun buat macam tu jugak kadang-kadang. Aku pun manusia jugak, macam korang. Tapi cuba kurangkan sikit aktiviti-aktiviti tu, sekurang-kurangnya dalam bulan puasa ni. Rebutlah ganjaran pahala yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah. Kita tak pasti sama ada kita akan berpeluang untuk bertemu Ramadhan akan datang, jadi sebaik-baiknya kita manfaatkanlah Ramadhan tahun ini, sementara kita masih diberi kesempatan.

Kan lebih baik kalau waktu-waktu tu kita gunakan untuk berzikir, membaca al-Qur'an, ataupun membaca bahan-bahan bacaan berbentuk ilmiah. Sambil tu dengar la bacaan al-Qur'an, daripada duk layan lagu-lagu jiwang meleleh-leleh je..

Ya, aku sedar aku pun masih banyak kelemahan, so ni kira peringatan untuk diri sendiri jugaklah sebenarnya. Jadi marilah kita sama-sama berusaha untuk mengejar akhirat. Lupakan seketika urusan dunia. Usahakanlah untuk mengubah diri kita, kalau tak banyak pun sikit pun jadilah sebagai permulaan. Ajaklah kawan-kawan dan keluarga untuk sama-sama beribadah, beramal, dan mendekatkan diri kepada Allah.

Kesimpulannya, masih ada masa untuk kita cuba perbaiki kelemahan diri kita. Apa yang penting?? Bukan kerjasama, tapi usaha. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk berubah ke arah yang lebik baik dan tetap berada dalam kebaikan pada masa-masa akan datang. Amin..

p/s: kadangkala terasa agak malu dengan diri sendiri.. aku juga perlukan dorongan dari seseorang yg boleh membimbing.. -__-

Monday, August 16, 2010

Teguran yang menusuk kalbu

Assalamualaikum..

Sepanjang korang hidup kat atas muka bumi ni mesti korang pernah kena tegur kan?? Misalnya masa korang tengah buat sesuatu, lepas tu ada orang tegur apa yang korang buat. Maksud aku teguran yang memberi nasihat gitu la, bukan tegur macam 'weyh, ko buat apa tu?'.. bukan yang tu ok..

Memang tipu la kan siapa yang kata dia tak pernah kena tegur macam tu. Mungkin time tu korang tengah buat suatu kesalahan kecik je, macam merokok ke, gelak kuat-kuat ke, makan sambil berdiri ke, or apa-apa jelah.. pastu tetiba mak/bapak/member/kawan/cikgu korang tegur. Dah salah, memang patut la kena tegur kan, kalau korang tak salah takkan orang nak tegur.

Thursday, August 12, 2010

Tazkirah: Keistimewaan Ramadhan

Assalamualaikum..

Sekali lagi aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Hari ni dah 2 Ramadhan, maknanya dah masuk hari kedua kita berpuasa. Alhamdulillah.. So, macam mana hari pertama puasa korang?? Bagi aku, Alhamdulilllah aku dapat menjalani hari pertama dengan baik walau mungkin tak berapa sempurna.

Sempena bulan Ramadhan ni, aku nak berkongsi sedikit ilmu dengan korang tentang keistimewaan bulan Ramadhan. Seperti yang kita tau, bulan Ramadhan memang banyak keistimewaannya. Dalam al-Qur'an dan hadith pun banyak disebutkan tentang keistimewaan-keistimewaan bulan Ramadhan. Antara keistimewaan-keistimewaan tersebut adalah:

  • Bulan di mana diwajibkan berpuasa. Firman Allah swt: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa." (al-Baqarah:183)
  • Al-Qur'an diturunkan. Firman Allah swt: "Bulan Ramadhan di mana Kami menurunkan al-Qur'an di dalamnya sebagai petunjuk bagi manusia, dan berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan membezakan antara yang hak dan yang batil." (al-Baqarah:185)
  • Terdapatnya malam yang mulia (Lailatul-Qadar), iaitu malam yang bersamman dengan seribu bulan. Sabda Nabi saw: "Barangsiapa mendirikan solat pada malam lailatul-Qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu,"
  • Pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan diikat. Sabda Nabi saw: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat.."
  • Disunatkan solat Tarawih
  • Berlakunya peristiwa pembebasan dan pembukaan kota Makkah
  • Berlakunya perang Badar
Itulah antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang menjadikan bulan ini begitu istimewa bagi umat Islam. Mudah-mudahan dengan sedikit ilmu ini dapatlah kita sama-sama mengambil iktibar dan berusaha untuk memperbaiki diri. Jadikanlah bulan Ramadhan ini sebagai satu titik permulaan untuk menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar bertakwa. Mudah-mudahan kita semua diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan, bukan hanya dalam bulan Ramadhan, tetapi untuk bulan-bulan dan tahun-tahun berikutnya. Amin..

Tuesday, August 3, 2010

Persediaan Ramadhan


Assalamualaikum..

First and foremost aku nak ucapkan selamat datang pada bulan Ogos, walaupun dah terlambat 3 hari.. =) Sedar ataupun tak, dah lebih setengah tahun berlalu semenjak tahun 2010 membuka tirai. Rasa macam baru semalam je kita sambut tahun baru kan?? Lepas ni sedar-sedar je dah masuk bulan Disember, lepas tu pulak masuk tahun 2011.. Cepat betul kan masa berlalu??

Aku pasti kebanyakan orang, kalau tak semua pun mesti ada buat azam baru semasa menyambut tahun baru dulu. Kalau bukan azam baru pun, mungkin ada azam tahun lepas yang belum tercapai dan diperbaharui, tu pun kira azam baru jugak la kan.. Jadi, aku nak tanya korang sikit, dalam masa 7 bulan ni, sejauh mana korang dah capai azam korang tu? Apa usaha yang dah korang buat untuk capai azam tu? Harap-harap azam untuk tahun ni dah hampir-hampir nak tercapai la ye.. Kalau ada yang rasa masih jauh dari nak capai azam tu, tak apa, korang masih ada masa lebih kurang 5 bulan lagi untuk capai azam tu. Sempat lagi korang nak buat apa yang patut dibuat.

Anyway, aku bukan nak cakap pasal azam yang dah tercapai atau belum, tapi aku nak cakap pasal ketibaan bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. Lagi berapa hari je lagi kita (umat Islam seluruh dunia) akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan (insyaAllah kalau panjang umur). Jadi aku nak tanya, adakah anda semua dah bersedia untuk sambut bulan Ramadhan? Kalau rasa macam dah sedia, Alhamdulillah, tapi kalau belum baik la buat persiapan cepat-cepat selagi masih ada masa.

image credit to Google
Mungkin ada yang tertanya-tanya, nak puasa pun kena buat persiapan ke?? Perlu ke buat persiapan segala?? Nanti bila dah masuk bulan Ramadhan puasa jelah, apa susah. Bukannya susah pun nak puasa, pagi bangun sahur, lepas tu petang berbuka, malam pulak solat terawih.. senang kan.. Ya, mungkin ada yang beranggapan begitu, tapi cuba korang renung semula sedalam-dalamnya maksud Ramadhan yang sebenar-benarnya.

Puasa bermaksud menahan diri dari melakukan apa-apa perkara yang boleh membatalkan puasa (bukan setakat tahan lapar dan dahaga je), dan bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa bagi umat Islam kerana pada bulan inilah segala pintu-pintu kebaikan akan dibuka dan pintu-pintu kejahatan akan ditutup. Jadi selain daripada menahan nafsu lapar dan dahaga, sepatutnya bulan Ramadhan diisi dengan amalan-amalan kebaikan yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.


Jadi kita perlulah mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya, sama ada dari segi fizikal, mental, ataupun rohani. Macam mana nak bersedia?? Iaitu dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti berpuasa, membaca al-Qur'an, mengerjakan solat-solat sunat, banyakkan berzikir dan mengingati Allah, dan sebagainya. Sebab itulah dalam bulan Syaaban kita amat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan seperti ini. Di samping mendapat pahala, dapat jugak persiapkan diri untuk bulan Ramadhan. Selain tu dapat jugak sucikan hati dan jiwa yang dah agak-agak hitam berkarat tu kan. InsyaAllah nanti senang la nak buat amalan, taklah malas-malas nak puasa, nak solat terawih ke, qiamullail ke, bangun sahur ke..

Selain tu banyakkanlah membaca tentang kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan. Dengan mengetahui apa kelebihan dan keistimewaan bulan ini mudah-mudahan dapatlah kita menghayatinya dan semoga kita akan lebih bersemangat lagi untuk melakukan ibadah dalam bulan tersebut.


Apabila seseorang tu tak ataupun kurang bersedia untuk menyambut bulan Ramadhan, maka susahlah bagi orang tu untuk menghayati Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Akibatnya, dalam minggu pertama Ramadhan je dia bersemangat, rajin nak buat ibadah apa semua, tapi bila dah masuk minggu kedua ataupun ketiga, mula la malas nak puasa, malas nak solat terawih, dan sebagainya.. Fikiran dah mula fikir nak raya je, 'mood' dan 'feel' bulan Ramadhan yang pada mulanya begitu berkobar-kobar pun dah hilang entah ke mana. Kenapa? Kerana hati tak cukup bersih, jiwa tak cukup bersedia, maka nafsu mudah tergoda..

Jadi kesimpulannya, dalam masa yang tinggal lebih kurang seminggu ni marilah kita sama-sama buat persiapan untuk menyambut bulan yang mulia ni. Bersihkan hati, sucikan jiwa, supaya nanti apabila bulan Ramadhan tiba, kita boleh menyambutnya dengan hati yang bersih dan jiwa yang tenang, serta mendapat keikhlasan dalam melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadhan. InsyaAllah.. Amin..

Friday, July 30, 2010

Bila kebosanan datang melanda

Assalamualaikum..

Ingat lima perkara sebelum lima perkara.. korang semua mesti dah biasa dengar dan tau apa lima perkara tu kan?? Kalau tak tau cuba dengar lagu nasyid kumpulan Raihan.. eh, Raihan ke? Aku pun tak berapa ingat, tapi kalau tak silap memang Raihan.. Tak pun korang cuba cari kat mana-mana buku ke, tanya abang-kakak ke, confirm diorang tau apa lima perkara tu. Kalau malas nak tanya atau cari tak apalah, biar aku bagitau. Pastikan korang baca, fahami dan renungkan baik-baik, dan ingat sampai bila-bila!! Penting ni..!!
  1. Sihat sebelum Sakit
  2. Muda sebelum Tua
  3. Kaya sebelum Miskin
  4. Lapang sebelum Sempit
  5. Hidup sebelum Mati
Dah tau kan?? Sekarang cuba korang fikir,korang sekarang ada dalam kategori yang mana? Sebelum atau selepas? Kalau sebelum, cuba korang fikir lagi. Adakah korang sedang gunakan masa korang sebaik-baiknya?? Kalau ya, Alhamdulillah.. tapi kalau tak, korang kena fikir lagi.. macam mana nak gunakan masa tu sebaiknya.

Sebenarnya aku bukanlah nak bagi ceramah pasal benda ni sebab aku sedar aku bukanlah baik sangat pun kalau nak bagi ceramah pada orang lain. Kalau aku bagi ceramah pun belum tentu korang nak dengar kan.. Tapi korang anggaplah intro tu sebagai renungan dan peringatan untuk korang yang mungkin lupa pasal lima perkara tu, termasuklah aku.. Fikir-fikirkanlah...


Okey, back to the topic. Seperti yang aku kata sebelum ni, sekarang aku dah berada dalam semester terakhir pengajian aku. Biasanya pelajar final sem atau final year mesti akan sibuk dengan final project la, praktikal la, or whatsoever la kan?? Tapi disebabkan aku ni termasuk dalam kumpulan yang 'special case', maka semua tu dah pun selamat disempurnakan semester lepas (praktikal pun dah buat tahun lepas). Alhamdulillah..

So, sem ni aku cuma perlu ambil dua subjek yang aku belum ambik je, which are English for Occupational Purposes dan Computer for Science. Akibatnya timetable aku sem ni teramatlah sangat free.. Bayangkan dalam seminggu aku hanya ada kelas hari Selasa dan Rabu, and the rest are my off day. Kiranya aku ada 5 days of weekend. Best kan?? Hehe..

Bagi student yang agak malas study macam aku memang la best, tapi yang tak bestnya bila dah banyak sangat masa lapang ni aku pun dah tak tau nak buat apa. Nak keluar jalan-jalan pun malas. Kalau ada transport nak jugak aku explore satu Kuantan, and kalau boleh satu Malaya pun aku nak jelajah. Boleh jugak aku cuci mata tengok jejaka-jejaka macho Malaya keindahan alam..

So, oleh kerana aku tak boleh nak keluar selalu, dan aku pun dah boring sangat tak tau nak buat apa kat bilik, aku pun kembali dengan hobi lama, iaitu berkepit dengan Encik Acer tercinta.. Kalau tak online, kerja aku ialah 'edit' gambar, 'download' movies, main games, dan macam-macam lagilah, yang pasti depan laptop. Blog ni pun tak ketinggalan dari menjadi mangsa kebosanan aku. Habis semua yang ada dalam blog ni aku tukar, sampai nama blog pun aku tukar sekali, amik kau.. Nasib baik la aku tak jumpa background yang lagi comel dari yang sekarang ni, kalau tak memang confirm dah tukar jugak..

Tu la aktiviti aku sepanjang hari sepanjang minggu dan mungkin untuk sepanjang sem ni. Akibat dari kebosanan tu jugak, aku dilanda homesick tahap teruk walaupun baru 3 minggu kat sini. Kalau dulu tak pernah pun homesick sampai nangis-nangis, sekarang ni hampir tiap malam nangis sorang-sorang. Dah jadi macam budak tadika balik dah aku.. adehh..

p/s: Aku rasa aku masih tak menggunakan masa lapang aku sebaik-baiknya.. bukan aku lupa pasal yang lima perkara tu, cuma sedikit lalai dan cuai.. sangat perlu buat sesuatu..

Friday, February 26, 2010

Nota: Khas buat kekasihku..

Assalamualaikum.. slamat ari jumaat.. dah solat jumaat ke korg2 smua ni?? hehehe.. =P

post ni ditujukan khas utk smua pembaca2 blog aku yg rasa diri korg lelaki, especially yg ada someone spesel tu.. hehe.. harap2 korg leh fikir2, renung2, dan muhasabah diri lpas baca entri ni.. saper2 yg rasa diri korg ppuan pun sama gak.. fikir2, renung2, dan.. err.. amal2kan?? err.. pape jelah.. yg pnting sama2 la kita ambik iktibar dari surat cinta ni ye.. termasuk la diri aku sendiri.. hehe.. =P


 Secebis warkah dari seorang Hawa buat kekasihnya, Adam..
Assalamualaikum..
Wahai kekasihku Adam, baca dan renungkanlah apa yg ingin ku perkatakan di sini..

Adam...
Sekiranya kamu mencintai aku, maka cintailah aku kerana siapa diriku dan kerana agama yg ada padaku..
bukan kerana kecantikan dan keindahan yg ada padaku semata-mata..
jika kamu menyayangi diriku, maka sayangilah aku setulus hatimu dengan mengharapkan keredhaan dari Allah..
apabila kamu berkata-kata kepadaku, hiasilah setiap bicaramu dengan kata-kata nasihat dan kebenaran..
bukan dengan janji-janji manis yg palsu belaka..
Adam...
janganlah sekali-kali kamu menjadikan aku sebagai tempat untuk melampiaskan nafsumu semata-mata..
sebaliknya jadikanlah aku sebagai seorang sahabat terbaikmu yang boleh kamu kongsikan apa sahaja..
dan bimbinglah diriku dalam setiap arah kehidupanku..
kerana tanpa bimbingan darimu, maka akan tersesatlah aku dalam arus dunia yg menyesatkan ini..

Oleh itu wahai Adam..
aku mohon kepadamu..
lengkapkanlah dirimu dengan ilmu yg cukup..
hiasilah peribadimu dgn akhlak yg mulia..
agar dirimu dapat menyunting mawar ini..
dan membina sebuah mahligai yg bahagia..
seterusnya memimpin tanganku ke syurga suatu hari nanti..
Ketahuilah wahai Adam...
sesungguhnya aku amat mengharapkan dirimu untuk menjadi teman dalam hidupku..
sebagai pembimbing kehidupanku di dunia ini..
juga sebagai pendamping kehidupanku di akhirat kelak..
Ku harap kau mengerti, wahai Adam...
- tulus dari hati, kekasihmu, Hawa -
honestly, aku rasa tersentuh baca surat cinta ni.. agak2 korg la kan, ada lagi ke lelaki yg mcm si Hawa ni idamkan dlm dunia ni ek?? n ada lagi ke ppuan yg mcm si Hawa ni?? ke dah x wujud lg dah?? maklom la zaman skrg ni mcm dh makin susah je nk cari pasangan yg bercinta kerana agama.. yg bercinta utk mendptkan keredhaan Allah..
dari apa yg aku tengok n perhatikan, skrg ni ramai org yg bercinta ikut nafsu, smpai kdg2 lupa dunia, lupa agama.. tapi aku yakin, masih ada lagi org yg tau apa maksud cinta sebenarnya, yg tau konsep cinta dlm erti kata sebenar2nya, dan yg tau menjaga kesucian cinta itu.. walaupun mungkin satu dalam seribu, atau mungkin satu dalam sejuta.. wallahu a'lam..
well, anyway, x smua org sempurna.. nobody's perfect.. but we can always improve ourselves to be a better person, right?? so, jgn jadikan sifat manusia yg x sempurna sbg alasan.. kalau dah tau diri x sempurna, why not we improve utk cuba jadi yg terbaik?? kan tu lbih baik drpd kita duduk diam dan membiarkan ketidaksempurnaan diri tu menguasai diri??
okey, dah.. x nak membebel panjang2, nanti ada pulak org yg terasa & kutuk2 aku macam2.. lantak la kalau korg nak kutuk pun.. i'm just expressing what i feel, xde niat pun nak sindir2 or kenakan org.. tp kalau ada jugak yg terasa, aku mintak maaf awal2.. no hard feelings, no heart feelings.. peace no war.. okey??
wallahu a'lam.. wassalam..

Tuesday, February 24, 2009

Jika anda seorg Muslim, baca ini..!!

suatu hari
aku menerima sms drpd seseorg
begini isi sms itu:

"kalau kamu seorg Muslim
jgn kamu berkata mosque
tp katalah masjid
krn organisasi Islam menemukn bhw
mosque = mosquito = nyamuk

jgn kamu tulis Mecca
tp tulislah Mekah
krn Mecca = rumah anggur/bir

jgn ditulis Mohd
tp tulislah dgn lengkap Muhammad
krn Mohd = anjing bermulut besar

jgn tulis 4JJI
krn 4JJI = for Judas Jesus Isa al-Masih

jgn tulis askum atau akum
tp tulislah dgn lengkap
Assalamualaikum atau Salam..
krn askum/akum = celakalah kamu"


slps membaca sms ini
sbg seorg Muslim
sy rasa sy harus sebarkn kpd Muslim yg lain
mungkin ada yg dh tau ttg ini..
tp sbg Muslim
x salah jika kita mengingatkan saudara kita
dan berpesan2 dgn kebenaran

smoga kita sentiasa berada dlm lindungan Allah
Amin..

Saturday, January 10, 2009

Cinta Yang Sempurna

Cinta Yang Sempurna - 6ixth Sense feat. Noe (Letto)

Terbawa aku
Dalam rasa
Yang selama ini terlupa
Mungkinkah ini cinta…

Hatiku cuba
Tuk mencari
Kemana aku telah pergi
Mungkin ini semua mimpi

*Hanya ilusi
Cinta yang menipu
Keindahan yang semu
Semua hanya palsu
Keindahan semu
Semua hanya palsu

**Bawa aku….
Kepada MU
Keindahan yang tak semu
Peluk aku
Jangan pernah
Kau biarkan
Ku terlupa pada Mu

Kasihku tempatku mengadu
Takkan ada
Cinta yang bisa sempurna
Selain kepadaMu
Kepada MU

* Repeat 1
** Repeat 2



Saper xtau lagu ni??? At first dulu aku pun xtau lagu ni, tapi aku just download je sbb ia dinyanyikan oleh Letto and 6ixth Sense - 2 band yg kira aku paling minat la, tapi 6ixth Sense aku x brapa minat pun, minat skit jer.. Tapi aku mmg suka dgr suara Noe yg sedap gler tu, hehehe..

Bila first tyme dgr, aku rasa xde la best sgt pun lagu ni, just biase2 je la. Tapi setelah beberapa kali mendengarnya, aku rasa best jugak lagu ni, so aku pun tertarik dan tersuka kat lagu ni. Apa yg buat aku suka??? Everything, dari artis, lagu, dan especially lirik dier.

Kalau korang dengar dan perhati betul2, lagu ni merujuk kepada Satu Cinta yang Paling Sempurna kat alam semesta ni, yang mengalahkan cinta Romeo kepada Juliet atau cinta Shah Jehan kepada Mumtaz dan segala cinta lain kat dunia ni - iaitu Cinta kepada Allah. Xyah perhati betul2 pun sbb mmg dh terang2 die sebut kat situ - "Takkan ada cinta yang bisa sempurna selain kepadaMu". Mana ada dalam dunia ni cinta yg lebih sempurna lagi, kalau ada cuba bagitau kat aku saper org tu... xde, x mungkin ade, korang xkan dpt jumpa cinta yg lebih sempurna walaupun korang mengembara ke seluruh pelosok dunia sekalipun.

Sbbnyer, cinta kpd Allah ni abadi seabadi-abadinya. Kalau ade org laen yg cakap cinta dier tu abadi, jgn caye sbb sah-sah die tipu. Bila kita cintakan Allah, secara automatiknya kita akan ada rasa cinta, kasih dan sayang kat orang dan makhluk2-Nya yg laen. Sbb kita mencintai sesuatu atau seseorg tu adalah kerana cinta kita kepada Allah. Kalau kita x cintakan Dia, kita xkan dpt nak cintakan org laen.

Cuba fikir, kenapa org bunuh org, culik org, rogol org, dera anak isteri, buang anak dsb. Tu bukti yg diorang tu dh xde perasaan kasih, sayang dan cinta kat dlm hati diorang. Sebabnyer, diorang ni x cintakan Allah. Cuba tgk balik, org2 yg buat benda2 macam tu, kebanyakannya diorang x ingat pun kat Allah. Buat maksiat la, minum arak la, dsb. Kalau org tu sayang dan cintakan Allah, mustahil dia akan buat benda2 macam tu kan.

Yelah, kalau dgn kekasih ke, suami ke, isteri ke, mestilah seboleh-bolehnya kita nak jaga perasaan si dia kan. Kita xkan buat benda2 yg dia x suka sbb xnak buat dia marah dan supaya dia lebih sayangkan kita. Macam tu gak la cinta kepada Allah. Anggap Dia tu kekasih yg paling kita sayang, paling kita cinta, paling kita rindu. Kita sanggup buat apa aje so that Dia tambah sayang kat kita jugak. Kita cuba gembirakan Dia dgn buat ape yg Dia suruh dan jgn buat apa yg Dia x suka. Kalau dgn manusia kita boleh buat, mustahil dgn Allah xleh buat kot.. Btol x..

Eh, panjang la plak, ingatkan nak citer pasal lagu je tadi, tapi dh 'ter'membebel panjang2 plak.. Mesti boring org baca, hehehe... Gomen ney.. Tapi xpelah, anggaplah entri ni sbg satu peringatan untuk kita smua ye... Mudah-mudahan kita dapat cintakan Dia lebih daripada kita cintakan kekasih, keluarga, dan kawan2 kita... dan mendapat cinta dariNya... InsyaAllah, Amin...

Monday, December 1, 2008

Subhanallah.. cantiknya..

Saper ader tgk langit mlm ni td, around kol 7-8pm, msti akan rasa kagum. Sbbnya, ada view yg sgt cantik di mana 2 biji bintang and bulan sabit t'susun in a shape of a smile. Aku sendiri pun xde tgk langit tp aku tau bila tgk Buletin Utama td. Lpas tu adik and abang aku pun cakap yg diorg pun ada nampak gak pemandangan tu tyme balik dari surau lpas Maghrib tadi. Mmg cantik and amazing... Subhanallah... If only aku tau pasal ni sure aku xkan lpas peluang utk tgk and ambik gambar kalo ade camera.

Then, tyme aku tgh surf kat internet td, aku t'jumpa artikel ni. Rupa-rupanya yg bintang 2 bijik tu ialah planet Venus & Jupiter, so Venus + Jupiter + the crescent = shape yg boleh dilihat almost from every place in the world (InsyaAllah kalo cuaca cerah).

Citer pasal fenomena yg menakjubkan ni, aku teringat satu fenomena yg aku pernah saksikan sendiri dulu. Tyme tu aku still Form 5 and cam biasela budak asrama slalunya msti akan ada klas prep. Tyme tgh dok khusyuk study tu tetibe t'dgr suara riuh dr luar bilik study. Bila kitorg kuar, terus nampak 2 gumpalan awan, masing2 m'bentuk kalimah "Allah" & "Muhammad" in Arabic. Mmg cantik sgt tp syg xleh nak ambik gambar gak walopun the view lasts for a few minutes.

Dari fenomena2 yg b'laku ni kita dpt tgk kebesaran Allah yg mampu menjadikan apa sahaja. Hebatkan kuasa Yang Maha Pencipta tu?? Benda2 yg kita x pernah fikir atau yg kita fikir mustahil pun jd x mustahil dgn kekuasaanNya. Subhanallah... MasyaAllah... Allahuakbar...

Monday, September 15, 2008

A Sweet Proposal

Anda smua prnh x mengalami perasaan melamar atau dilamar seseorg??? Me myself have never experience that feeling either, so I dunno how that feels but I thought it must be soooo xciting, right?? U might feel like the world is all yours, hahaha... Tp bg sesaper yg belum prnh dilamar tu, kalau ade sum1 yg nak propose korg, what type of person would u want it to be?? How do u want the person to propose to u?? And for guyz, how r u going to propose to ur dream girl?? R u gonna bring her to a candle-light dinner and propose or just simply propose (sempoi2 jer)??

Kat sini I nak share satu kisah (asyik2 share kisah je, mst korg sumer boring bc blog ni)... but this time it's not based on my experience or anyone close than me... I just found this story in the web while I'm surfing around a while ago... I think mayb some of u have read this story from other websites but I still want to post the story here coz I really like and love it... It's about proposing sum1... After I read the story, I really dreamt for sum1 to propose me like that... it's just sooo sweet... hope u will spend some time to read it...

Email ini dipetik daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.
Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawapannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.

Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?"

Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini? Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih.

"Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb


************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.....?"

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

"Ssttt....." Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.

Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.


So, how was the story?? Very interesting, kan?? Drpd kisah ni, harap2 kita smua dpt ambik sikit pengajaran and iktibar... Sesungguhnya kita mmg hanya manusia biasa, there's really nothing more than that, and there's nothing special being a normal human... so x guna kalau kita nak b'bangga2 atau menunjuk2 kat org lain yg kita ni istimewa... Bukan b'makna seseorg tu kaya atau pandai atau b'pangkat tinggi, dia dh boleh jd lebih hebat drNya.... walau setinggi mana pangkat seseorg itu & walau sebyk manapun hartanya, dia ttp seorg manusia biasa yg x sempurna...

Even Nabi S.A.W pun manusia biasa jugak, bukannya malaikat... dan Baginda sendiri sedar akan hakikat tsb and ttp tekun melakukan ibadah sehingga kakinya bengkak kerana t'lalu lm b'diri mengerjakan solat.
.. Sehinggakan Aishah r.a yg melihatnya b'tanya: "Ya Rasullullah, engkau kan seorang Nabi, tetapi mengapa engkau b'ibadah sebegitu rupa?" Rasullullah S.A.W menjawab: "Apakah aku bukan seorang manusia yang diciptakan olehNya dan seharusnya bersyukur?"
(
(p/s: sorry if I'm wrong, I don't remember exactly how the story goes))

So, jika Nabi S.A.W sendiri, yg merupakan seorg pesuruh Allah, sedar yg Baginda hanya manusia biasa dan patut b'syukur, apatah lagi kita smua yg bukannya siapa2 ini??? Sbg manusia biasa dan umat Baginda S.A.W, sepatutnya kita boleh m'contohi Baginda S.A.W dan tekun serta istiqamah dlm mengerjakan setiap ibadah kita... InsyaAllah... Amin...

Saturday, September 13, 2008

Andai Ini Ramadhan Terakhirku

Andai ini Ramadhan terakhirku
Apakah aku sudah bersedia untuk menghadapinya
Apakah sudah cukup segala amalanku selama ini
Apakah memadai apa yang telah kulakukan pada Ramadhan-Ramadhan sebelumnya

Ya ALLAH Ya RABBI
Andai ini Ramadhan terakhirku
Berikanlah aku kekuatan untuk menjalaninya dengan sepenuh hati
Berikanlah aku kekuatan untuk beribadah kepadaMu siang dan malam
Janganlah Kau biarkan diri ini alpa dari mengingatiMu

Ya ALLAH Ya RAHMAN
Andai ini Ramadhan terakhirku
Izinkan aku memenuhkannya dengan sejuta amalan
Izinkan aku menghiasinya dengan bacaan Al-Qur'an
Izinkan aku mengisi siangnya dengan zikrullah
Izinkan aku mengisi malamnya dengan terawih dan solat Tahajjud
Izinkan aku menyempurnakan ibadah puasaku dengan penuh tawajjuh

Ya ALLAH Ya RAHIM
Andai ini Ramadhan terakhirku
Kau terimalah segala amalanku
Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku
Kau tetapkanlah hatiku dalam jalanMu
Janganlah Kau pesongkan hatiku walau sekali
Kerana sesungguhnya ku ingin bertemuMu dalam Iman dan Islam

Ya ALLAH Ya RABBAL 'ALAMIN
Andai ini Ramadhan terakhirku
Kau perkenankanlah permintaan hatiku yang terakhir
Untuk bertemu dengan malam penuh rahmat
Agar dapatku kecapi keindahannya
Buat kali pertama dan terakhir
Agar bisa kujadikan bulan ini paling bermakna dalam hidupku
Agar tiada lagi penyesalan ketika berhadapan denganMu Ya ALLAH
Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Sunday, September 7, 2008

Bulan penuh Rahmat

Assalamualaikum... sedar x sedar dh genap 7 hari kita berada dlm bulan Ramadhan, kan?? which means that dh seminggu kita umat Islam menunaikan rukun Islam ketiga ini... Alhamdulillah...

Tp, cuba kita fikir semula, dlm tempoh seminggu ini, adakah kita betul2 menggunakan masa yg ada utk b'ibadah?? Apakah yg tlh kita lakukan utk memanfaatkan bulan yg mulia ini?? Rasullullah S.A.W pernah bersabda dlm sebuah hadis ttg kelebihan bulan Ramadhan...


Ubadah bin Samit r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W bersabda pada suatu hari ketika bulan Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Ta'ala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan dari rahmat Allah pada bulan ini."

Dlm hadis ni ada disebutkan byk kelebihan yg boleh kita perolehi dlm bulan ramadhan... jd, dlm bulan ni, sambil2 kita b'puasa tu, byk2 kanlah mengingati Allah dan memohon keampunan drpd-Nya ye... Jgnlah pulak dlm bulan ni kita hanya b'puasa semata2 tanpa melakukan apa2 utk m'dptkan rahmat Allah... sbb bulan Ramadhan ni bukanlah sekadar bulan puasa tp ia juga merupakan bulan rahmat.

Antara yg boleh kita lakukan dlm bulan Ramadhan ni, di samping berpuasa ialah p'bykkan m'baca al-Qur'an, b'zikir dan bykkn solat2 sunat... Antara perkara yg perlu kita elakkan pulak ialah b'cakap ttg perkara yg sia2, bergosip, mengumpat dsb... Drpd kita bergosip baik kita bc al-Quran kan, x pun b'zikir ke, at least dpt pahala... kalau b'gosip apa yg kita dpt??

Kat sini saya nak share sikitlah satu kisah yg saya alami pd suatu hari dlm bulan Ramadhan ni, just sekadar peringatan dan renungan buat diri sy sendiri & anda smua... time tu sy attend satu class ni and kat blakang sy tu adelah bbrp org hamba Allah ni duduk... Sepanjang kelas tu b'jln, hamba2 Allah ni asyik b'ckp ttg perkara yg sia2 je, siap m'carut2 & menyebut bende2 yg x sepatutnye disebut pun (phm2 jelah kan what I mean...).. Dhlah x tumpu p'hatian kat lecturer, b'ckp pulak bende mcm tu (jgn lupe yg time tu bulan puase, bulan yg mulia)... Dlm hati sy waktu tu hanya Allah je yg tau, betapa sy ingin sgt nak lari dr tmpt tu and pindah tmpt lain, tp malangnyer dh xde tmpt kosong lg... nak tegur pulak iman sy x cukup kuat... so dgn penuh semangat sy kuatkan diri sy utk tumpukan p'hatian pd lecture and cube ntuk x hiraukan p'bualn mrk di blkng... Walaupun agak susah and kdg2 t'ganggu jugak tp most of the time sy b'jy jugak tumpukn p'hatian pd lecturer tu...

Pengajaran dr kisah ni ialah... jgnlah kita b'ckp ttg p'kara yg sia2, x kiralah bulan Ramadhan ke, bulan apa ke... tp sebaik2 nye dlm bulan Ramadhan nilah kite cube improve diri kite sbb apa2 amalan yg dilakukan dlm bln ini InsyaAllah akan diterima oleh Allah... kite cubelah elakkan diri dr melakukan perkara yg sia2 ye... seboleh2nya p'bykknlah amalan kita dlm bln ni, tp jgnlah pulak awal2 ni je kite byk b'ibadah tp bile dh last2 nanti, bile dh dkt nak raye, mulalah amalan kita merosot balik... sbb time tulah rahmat Allah semakin byk dilimpahkan, especially pd mlm Lailatul-Qadar...

Jd, sempena bulan yg mulia ni, yg msh lg tinggal 3 minggu (InsyaAllah), sm2 lah kita p'bykkan amalan & ibadah kita, mudah-mudahan Allah Taala menerima segala amalan kita & m'ampunkn dosa2 kita yg lalu dan berdoalah jugak agar kita ditemukan dgn Lailatul-Qadar yg penuh berkah... Semoga kita dihindari drpd t'golong dlm golongan yg t'singkir dr rahmat Allah, Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Thursday, September 4, 2008

Insaflah Wahai Diri

Di keheningan malam yang syahdu
Aku duduk berseorangan
Memikirkan keagungan dan kebesaran-Mu
Betapa besarnya nikmat yang telah Kau kurniakan kepadaku

Kau ciptakan diriku dengan kesempurnaan
Kau berikan aku kesenangan
Kau kurniakan aku kebahagiaan

Namun...
Aku gagal mensyukuri segala yang Kau berikan
Dan aku masih lagi gagal
Dalam menunaikan tanggungjawabku
Sebagai hamba-Mu yang kerdil

Ampunkan aku Ya Allah
Kerana sering terleka
Dan lalai dengan kehidupan yang fana ini
Sehingga mengabaikan perintah-Mu
Dan sering melupakan-Mu

Ampunkan aku Ya Allah
Kerana tak bisa menggembirakan-Mu
Kerana gagal menunaikan amanah
Yang telah Kau berikan padaku
Sebagai khalifah-Mu di bumi-Mu ini

Kupohan dari-Mu Ya Allah
Ampunkanlah segala kekhilafanku
Dan bimbinglah hatiku ke jalan-Mu yang lurus
Janganlah Kau biarkan aku terus lalai
Janganlah Kau biarkan aku terus jauh dari-Mu
Kerana aku tak sanggup menghadapi kemurkaan-Mu

Bantulah aku Ya Allah
Bantulah aku dalam mencari redha-Mu
Ku ingin sekali mendapatkan keredhaan-Mu
Agar bisa kujalani kehidupan ini
Sebagai seorang muslimah solehah yang sejati