ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Thursday, August 12, 2010

Tazkirah: Keistimewaan Ramadhan

Assalamualaikum..

Sekali lagi aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Hari ni dah 2 Ramadhan, maknanya dah masuk hari kedua kita berpuasa. Alhamdulillah.. So, macam mana hari pertama puasa korang?? Bagi aku, Alhamdulilllah aku dapat menjalani hari pertama dengan baik walau mungkin tak berapa sempurna.

Sempena bulan Ramadhan ni, aku nak berkongsi sedikit ilmu dengan korang tentang keistimewaan bulan Ramadhan. Seperti yang kita tau, bulan Ramadhan memang banyak keistimewaannya. Dalam al-Qur'an dan hadith pun banyak disebutkan tentang keistimewaan-keistimewaan bulan Ramadhan. Antara keistimewaan-keistimewaan tersebut adalah:

  • Bulan di mana diwajibkan berpuasa. Firman Allah swt: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa." (al-Baqarah:183)
  • Al-Qur'an diturunkan. Firman Allah swt: "Bulan Ramadhan di mana Kami menurunkan al-Qur'an di dalamnya sebagai petunjuk bagi manusia, dan berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan membezakan antara yang hak dan yang batil." (al-Baqarah:185)
  • Terdapatnya malam yang mulia (Lailatul-Qadar), iaitu malam yang bersamman dengan seribu bulan. Sabda Nabi saw: "Barangsiapa mendirikan solat pada malam lailatul-Qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu,"
  • Pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan diikat. Sabda Nabi saw: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat.."
  • Disunatkan solat Tarawih
  • Berlakunya peristiwa pembebasan dan pembukaan kota Makkah
  • Berlakunya perang Badar
Itulah antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang menjadikan bulan ini begitu istimewa bagi umat Islam. Mudah-mudahan dengan sedikit ilmu ini dapatlah kita sama-sama mengambil iktibar dan berusaha untuk memperbaiki diri. Jadikanlah bulan Ramadhan ini sebagai satu titik permulaan untuk menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar bertakwa. Mudah-mudahan kita semua diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan, bukan hanya dalam bulan Ramadhan, tetapi untuk bulan-bulan dan tahun-tahun berikutnya. Amin..

2 comments:

± said...

jangan lupa 27/8 nanti...'2 moons' in the sky

Firhan A. said...

oh,really?? xpnah dgr pun psl tu..
papepun mekasih.. ;)