ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Saturday, August 14, 2010

Takde perasaan!!

Assalamualaikum..

Aku tak tau la knapa semenjak dua menjak ni aku rasa macam tak bernafsu.. err.. maksud aku, macam takde mood nak buat apa-apa, especially makan. Padahal aku jenis yang suka makan tak kira masa.. eh, silap, sebenarnya bukan suka makan, tapi suka mengunyah je (ada bezanya tu.. hehe..). Tau la bulan puasa, tapi sejak hari pertama puasa hari tu aku rasa nafsu makan aku terus hilang. Tak perlu nak susah payah tahan nafsu dah.. hoho..

Walaupun seharian berpuasa tapi sikit pun aku tak rasa lapar. Bila nak berbuka, tengok makanan pun macam takde nafsu langsung. Apa jenis makanan pun tak dapat nak bukak selera aku. Tapi mengenangkan yang aku perlu energy untuk meneruskan hidup, so terpaksa la jugak makan walaupun sikit. Tapi nak telan nasik pun macam nak tak nak je. Macam orang sakit je kan.. Adakah sebenarnya aku sedang sakit?? oh tidak! huhu~

Agaknya sebab aku takde buat apa-apa aktiviti kot beberapa hari ni.. Yelah, asik duk kat bilik je 24 jam kan, so mana ada guna banyak energy. Sebab tu la tak rasa lapar kot. hehe.. Pandai-pandai je aku buat teori sendiri (nak pujuk hati..).

Tapi bagus jugak sebenarnya bila nafsu makan aku hilang tiba-tiba ni. At least aku tak membazir dengan membeli macam-macam jenis makanan masa berbuka, lepas tu tak habis makan. At least dapat jugak aku jimat duit untuk beli baju dan tiket balik raya nanti.. haha.. 

Apa-apa pun, ada satu je keburukan bila benda macam ni jadi kat aku. Confirm masa raya nanti aku makin kurus, dah la badan pun memang jenis sekeping je.. bila la agaknya aku boleh capai berat badan ideal idaman aku?? haish.. -___-'


No comments: