ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Sunday, September 26, 2010

itulah yang dinamakan kehidupan

Assalamualaikum..

 

'Di sebalik setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi.'

Sebagai hamba, manusia seringkali diuji. Ada yang diuji dengan kesenangan dan kebahagiaan. Ada juga yang diuji dengan kesusahan. Allah menguji hambaNya kerana Dia terlalu sayangkan hambaNya. Dia mahu mereka sentiasa ingat padaNya.

Tapi apa yang biasa terjadi, manusia sering melupakan Tuhan, terutama apabila diuji dengan kesenangan. Mereka lupa untuk bersyukur. Mereka lupa bahawa segala kesenangan yang dinikmati itu adalah dari Allah. Mereka lupa bahawa ia hanya sementara dan boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Manusia yang diuji dengan kesusahan pula sering menyalahkan takdir. Bagi mereka, Allah tidak adil kerana mengurniakan orang lain dengan kesenangan dan membiarkan mereka dalam kesusahan. Mereka lupa bahawa jika mereka bersabar dan redha dengan apa yang menimpa, ganjaran yang menanti mereka di akhirat adalah lebih besar daripada apa yang dikecapi oleh orang lain di dunia ini.

Kesimpulannya, cubalah untuk sentiasa mengingati Allah, tak kira dalam keadaan senang mahupun susah. Ingatlah, jika hari ini kita menikmati kesenangan, mungkin suatu hari nanti kesenangan itu akan berganti dengan kesusahan. Jika hari ini kita mengalami kesusahan, suatu hari nanti pasti akan ada kebahagiaan yang menanti kita.

Ingatlah bahawa setiap yang kita lalui itu berlaku atas izin Allah.

nota dari hati: terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku.. terima kasih kerana sentiasa menyayangi aku.. terima kasih untuk segalanya..

No comments: