ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Saturday, August 28, 2010

Puisi Kantest (Kantoi + Contest)

Assalamualaikum..

Tengah kebosanan tak buat apa-apa, so hari ni nak try join contest buat pertama kali dalam hidup. Sebelum ni banyak je tengok blogger-blogger lain buat contest macam-macam, tapi macam malas tak berminat nak join. ..sebenarnya aku tak berapa rajin bab-bab contest-montest ni.. hee~

Contest yang aku nak join ni dianjurkan oleh Encik Pencari Cinta. Memandangkan contest beliau ni senang je, tak banyak syarat, so aku pun dengan rajinnya join la sekaki.

Ok lah, aku malas nak taip panjang-panjang. Layan jelah puisi merepek ala-ala jiwang tapi tak jadi yang aku buat ni. Aku takda bakat dalam seni, termasuklah dalam menulis puisi ke sajak ke apa benda ntah, so aku tau korang mesti akan gelak bila baca puisi aku. Lantaklah, ada aku kisah?? hehe

Kalau korang nak maklumat lanjut untuk contest boleh klik kat banner bawah ni:



sayang..
ingatkah lagi saat pertama kita bertemu?

parasmu biasa tapi tetap indah bagiku
kerana peribadimu begitu memikat
lantas ku jatuh cinta pada pandangan pertama

november 2007 kita mula bersama
mengharungi suka-duka kehidupan
sebagai mahasiswa universiti

ogos 2009 kau tiba-tiba tenat
hidupku buntu tak keruan
bagaimana dengan aku?
bagaimana harus ku teruskan hidup ini tanpamu?
mengapa kau tiada saat ku amat memerlukanmu?
sukarnya tidak terkata
namun ku tabah harungi hidup tanpamu di sisi

berkat doa dan usaha
setelah 6 bulan bersendiri
akhirnya kau pulih
dan kembali menemani diri

terima kasih sayang
kerana sudi kembali
sungguh ku amat menyayangimu
laptop Acer Aspire 4520 ku..

Sekian, puisi pendek dari orang yg hanya tahu merepek.. hahaha..

Monday, August 2, 2010

..Duhai Hati..




Duhai hati..
Mengapa begitu lemah..
Mengapa begitu rapuh..
Sehingga mudah terpedaya..
Mendengar bisikan nafsu..
Menurut hasutan syaitan..
Dan akhirnya rebah di tengah jalan..


Duhai hati..
Sedarlah bahawa ada yang lebih utama..
Yang perlu kau patuhi..
Yang perlu kau cintai..
Yang perlu kau takuti..
Sebelum kemahuan nafsu kau turutkan..


Duhai hati..
Mengapa begitu sukar mengerti..
Bahawa apa yang kau sukai itu..
Mungkin bukan yang terbaik untukmu..
Mengapa begitu sukar menerima..
Bahawa ketentuan Illahi itu banyak hikmahnya..


Duhai hati..
Mengapa masih berharap..
Pada sesuatu yang tak pasti..
Yang belum pasti menjadi milikmu..
Bila ada yang telah pasti..
Dan mengapa masih berharap..
Pada keindahan sementara..
Bila ada keindahan abadi..


Duhai hati..
Sendainya kau tahu..
Kau kunci segalanya..
Baik dirimu, maka baiklah seluruhnya..
Buruk dirimu, maka buruk jugalah seluruhnya..
Sedarlah wahai hati..
Bangunlah dari mimpimu..
Kembalilah pada yang benar..
Agar kau beroleh ketenangan dan kemuliaan..
Serta kebahagian yang hakiki..


Wednesday, March 11, 2009

Kisah Aku dan Dia

Kisah Aku Dan Dia

di saat aku kesepian

di kala diri keseorangan

dia muncul mengubah segalanya


renungan dan tatapannya

senyuman juga tawa riangnya

membuatkan aku gembira

membuatkan aku tenggelam dalam alam fantasiku


tanpa sedar

aku mula menyayanginya

aku mula merinduinya

sehingga kulupa siapa diri ini

kulupa segala perbezaan yang ada

antara aku dan dia


aku dan dia

seperti gunung dan lautan

bagai langit dengan bumi

yang takkan mungkin bersatu

walau seribu tahun berlalu


ingin rasanya aku lari

ingin sahaja aku pergi membawa diri

jauh dari dia

juga dari segala kenangan tentangnya


namun semakin ku ingin pergi

semakin dia hampir denganku

semakin ku ingin menjauh

semakin dekat dia denganku

semakin hampir jarak yang memisahkan

aku dan dia


kini aku buntu

aku semakin keliru

apakah harus aku kembali

atau perlukah aku terus pergi?

-sumber: dirahsiakan-

Tuesday, March 10, 2009

Bulan dan bintang hati


suatu malam yang indah
ku mendongak ke langit
indah sekali pemandangan itu
bulan yang mengambang penuh
kelihatan terang dan cantik sekali
bintang-bintang yang berkelipan
seakan mengenyit mata kepadaku
oh indahnya ciptaan Tuhan
perasaanku seakan dibuai-buai
terasa seperti terbang di awangan
ingin sekali ku terbang ke sana
menggapai bulan dan bintang
namun realiti tak seindah mimpi
ku hanya mampu memandang
dan terus bermimpi
berada bersama bulan dan bintangku
 

Friday, January 30, 2009

Ada Cinta Dalam Hati

Kupejamkan mata
Terasa sesuatu yang indah dalam hati
Bila mata ini kubuka
Rasa itu masih ada
Lantas kupejamkan kembali
Ianya masih terasa
Rasa yang halus tetapi indah
Adakah ini yang dinamakan cinta??

Setiap saat dalam hidupku
Hatiku dipenuhi cinta
Cinta yang suci dan tulus
Kurasakan hatiku kini telah dimiliki
Namun ku tak pasti
Milik siapakah cinta ini
Adakah ia milik si dia
Yang kudamba selama ini

Kata orang cinta itu wujud dari hati
Tapi ku masih ragu
Kini kurasakan kebenarannya
Cinta itu memang ada
Tersimpan jauh di sudut hati
Tersembunyi di sebalik tabir
Dan akan kusimpan cinta ini
Kan kujaga ia sebaiknya
Untuk kuberikan kepada dia yang berhak

Saturday, September 13, 2008

Andai Ini Ramadhan Terakhirku

Andai ini Ramadhan terakhirku
Apakah aku sudah bersedia untuk menghadapinya
Apakah sudah cukup segala amalanku selama ini
Apakah memadai apa yang telah kulakukan pada Ramadhan-Ramadhan sebelumnya

Ya ALLAH Ya RABBI
Andai ini Ramadhan terakhirku
Berikanlah aku kekuatan untuk menjalaninya dengan sepenuh hati
Berikanlah aku kekuatan untuk beribadah kepadaMu siang dan malam
Janganlah Kau biarkan diri ini alpa dari mengingatiMu

Ya ALLAH Ya RAHMAN
Andai ini Ramadhan terakhirku
Izinkan aku memenuhkannya dengan sejuta amalan
Izinkan aku menghiasinya dengan bacaan Al-Qur'an
Izinkan aku mengisi siangnya dengan zikrullah
Izinkan aku mengisi malamnya dengan terawih dan solat Tahajjud
Izinkan aku menyempurnakan ibadah puasaku dengan penuh tawajjuh

Ya ALLAH Ya RAHIM
Andai ini Ramadhan terakhirku
Kau terimalah segala amalanku
Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku
Kau tetapkanlah hatiku dalam jalanMu
Janganlah Kau pesongkan hatiku walau sekali
Kerana sesungguhnya ku ingin bertemuMu dalam Iman dan Islam

Ya ALLAH Ya RABBAL 'ALAMIN
Andai ini Ramadhan terakhirku
Kau perkenankanlah permintaan hatiku yang terakhir
Untuk bertemu dengan malam penuh rahmat
Agar dapatku kecapi keindahannya
Buat kali pertama dan terakhir
Agar bisa kujadikan bulan ini paling bermakna dalam hidupku
Agar tiada lagi penyesalan ketika berhadapan denganMu Ya ALLAH
Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Thursday, September 4, 2008

Insaflah Wahai Diri

Di keheningan malam yang syahdu
Aku duduk berseorangan
Memikirkan keagungan dan kebesaran-Mu
Betapa besarnya nikmat yang telah Kau kurniakan kepadaku

Kau ciptakan diriku dengan kesempurnaan
Kau berikan aku kesenangan
Kau kurniakan aku kebahagiaan

Namun...
Aku gagal mensyukuri segala yang Kau berikan
Dan aku masih lagi gagal
Dalam menunaikan tanggungjawabku
Sebagai hamba-Mu yang kerdil

Ampunkan aku Ya Allah
Kerana sering terleka
Dan lalai dengan kehidupan yang fana ini
Sehingga mengabaikan perintah-Mu
Dan sering melupakan-Mu

Ampunkan aku Ya Allah
Kerana tak bisa menggembirakan-Mu
Kerana gagal menunaikan amanah
Yang telah Kau berikan padaku
Sebagai khalifah-Mu di bumi-Mu ini

Kupohan dari-Mu Ya Allah
Ampunkanlah segala kekhilafanku
Dan bimbinglah hatiku ke jalan-Mu yang lurus
Janganlah Kau biarkan aku terus lalai
Janganlah Kau biarkan aku terus jauh dari-Mu
Kerana aku tak sanggup menghadapi kemurkaan-Mu

Bantulah aku Ya Allah
Bantulah aku dalam mencari redha-Mu
Ku ingin sekali mendapatkan keredhaan-Mu
Agar bisa kujalani kehidupan ini
Sebagai seorang muslimah solehah yang sejati