ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Monday, August 2, 2010

..Duhai Hati..




Duhai hati..
Mengapa begitu lemah..
Mengapa begitu rapuh..
Sehingga mudah terpedaya..
Mendengar bisikan nafsu..
Menurut hasutan syaitan..
Dan akhirnya rebah di tengah jalan..


Duhai hati..
Sedarlah bahawa ada yang lebih utama..
Yang perlu kau patuhi..
Yang perlu kau cintai..
Yang perlu kau takuti..
Sebelum kemahuan nafsu kau turutkan..


Duhai hati..
Mengapa begitu sukar mengerti..
Bahawa apa yang kau sukai itu..
Mungkin bukan yang terbaik untukmu..
Mengapa begitu sukar menerima..
Bahawa ketentuan Illahi itu banyak hikmahnya..


Duhai hati..
Mengapa masih berharap..
Pada sesuatu yang tak pasti..
Yang belum pasti menjadi milikmu..
Bila ada yang telah pasti..
Dan mengapa masih berharap..
Pada keindahan sementara..
Bila ada keindahan abadi..


Duhai hati..
Sendainya kau tahu..
Kau kunci segalanya..
Baik dirimu, maka baiklah seluruhnya..
Buruk dirimu, maka buruk jugalah seluruhnya..
Sedarlah wahai hati..
Bangunlah dari mimpimu..
Kembalilah pada yang benar..
Agar kau beroleh ketenangan dan kemuliaan..
Serta kebahagian yang hakiki..


No comments: