ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Monday, August 2, 2010

Dah nak kahwin dah ke??

Assalamualaikum..

Baru-baru ni aku jenguk-jenguk profile kawan-kawan lama kat Facebook. Maklom la dah lama tak dengar berita, nak jugak tau perkembangan semasa diorang. Selalunya aku memang jarang online kat fb, kalau online pun memang sekejap je, kadang-kadang update status je lepas tu offline terus, malas nak online lama-lama.. Sebab tu aku kurang tau perkembangan cerita diorang.. haha.. Tapi hari tu demam apa entah, tetiba je rajin nak view profile semua orang.

Masa tengah sibuk tengok-tengok profile orang tu barulah aku dapat tau yang salah sorang bekas senior aku baru je kahwin hujung minggu lepas. Dan yang bestnya hari yang dia kahwin tu adalah birthday dia.. best kan?? Memang betul-betul hari bersejarah dalam hidup la macam tu.. huhu.. Tahniah ye bro, walaupun aku memang confirm kamu tak kenal aku.. Tapi aku pasti aku memang kenal kamu sebab dari masa sekolah sampailah ke universiti kita belajar kat tempat yang sama. Dan aku memang kenal semua senior aku masa sekolah dulu walaupun diorang semua tak kenal aku, hehe..

Cakap pasal kahwin ni, ramai jugak member-member aku masa sekolah dulu yang dah planning nak kahwin, nak bertunang. Yang dah kahwin pun aku rasa ramai jugak, dah ada anak comel lagi, jeles aku tengok. Paling kurang pun mesti ada yang dah berfikir secara serius untuk kahwin. Even junior aku masa sekolah pun ada yang dah kahwin jugak kot. Pendek kata semua dah ada pasangan masing-masing. Nampaknya aku sorang je la yang masih ketinggalan jauh di belakang, huhu..

Aku nak kahwin jugak boleh tak..?? hihi..

Tak lama lagi turn aku la pulak join the club, tapi entah bila la 'tak lama lagi' tu nak sampai, aku pun tak tau la. Mungkin tahun depan, atau 2 tahun lagi, atau 5 tahun lagi, wallahu a'lam. Setakat ni sorang lelaki pun aku tak pernah kenal, ni nak cakap pasal kahwin pulak.. adoi, berangan je lebih.. haha..

Buat masa ni aku masih sorang dan sendiri, tapi aku tetap gembira dan bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Aku akui kadang-kadang memang rasa jeles jugak bila tengok ada member yang dah bahagia dengan pasangan masing-masing, tapi apakan daya, rezekiku belum tiba. Lagipun rasanya aku masih belum terlalu tua untuk terlalu memikirkan soal tu. Dan mungkin juga aku belum cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab tu. Tapi apa-apa pun, aku yakin jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Kalau dah sampai jodoh tu insyaAllah akan kahwin jugak la satu hari nanti.

Kadang-kadang bila tengok member-member yang dah bertunang, dah kahwin, dah dapat anak, aku rasa macam tak percaya. Tak percaya yang diorang dah kahwin, tak percaya yang diorang dah ada anak, tak percaya yang sebenarnya banyak masa dah berlalu, tak percaya yang kitorang sekarang dah dewasa.

Aku rasa macam baru semalam kitorang melalui alam persekolahan. Aku rasa macam kitorang ni masih lagi budak-budak sekolah yang mentah, serabai dan comot tapi comel (ke aku sorang je yang rasa macam tu sebab aku yang masih mentah?? ahaks..). Tapi hakikatnya semalam itu sebenarnya adalah 8 tahun yang lalu. Dan kenyataannya hari ni semua dah dewasa dan dah matang. Masing-masing dah layak nak jadi isteri orang, dan jadi mak bapak orang (kecuali aku.. kot..).


Tetiba teringat pulak kat satu peristiwa yang berlaku masa cuti semester hari tu. Petang tu aku tengah dok lepak-lepak bersantai dengan famili, tetiba abah aku tanya, "Aya, dah ada pilihan ke?" Aku pun macam.. erk?? Pilihan?? Pilihan apa pulak ni?? Tetiba je cakap pasal pilihan?? Abah pulak macam tau-tau je yang aku tengah blur, so dia tanya la lagi, "Dah ada teman istimewa ke??" Ooh, pilihan tu rupanya.. dalam hati aku terfikir, aish, apasal pulak tetiba je abah tanya soalan cepu emas ni kat aku?? Dah ada calon untuk aku ke?? Tapi aku jawab la jugak, "Takde lagi bah, kalau setakat kawan biasa tu adalah sorang dua.." lepas tu dalam hati aku sambung.. '..kalau abah nak pilihkan untuk Aya, apa salahnya.. hehe..' biasalah aku kan anak yang baik, seorang anak yang baik mesti la nak ikut cakap mak bapak kan?? Tapi lepas tu abah dah takde cakap apa-apa lagi, so aku pun tutup topik jugak la, walaupun dalam hati nak jugak tau, manalah tau kot-kot abah dah ada calon pilihan untuk aku ke.. ada chance la aku akan kahwin terus lepas habis belajar ni nanti.. =P

**(p/s: dialog terpaksa diubahsuai sedikit untuk disesuaikan dengan keadaan, terima kasih..)
 

No comments: