ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Showing posts with label Quotations. Show all posts
Showing posts with label Quotations. Show all posts

Friday, October 1, 2010

Cinta mencintai dan dicintai

Assalamualaikum..


'Cintai diri anda sendiri sebelum anda mencintai orang lain.'

Aku pasti korang pernah dengar kata-kata di atas. Dan aku pasti korang cinta dan sayangkan diri korang. Siapa tak sayang diri sendiri kan?? Tapi macam mana korang tunjukkan kasih sayang pada diri korang??

Sebenarnya kita tak perlu keluar duit pun untuk tunjukkan kasih sayang pada diri kita. Kita tak perlu beli produk-produk kecantikan atau pakaian berjenama mahal untuk tunjuk yang diri kita ni berharga. Memang la tak salah kalau nak manjakan diri sendiri. Tapi kalau tak mampu tak payah la buat semua tu.

Dulu ada seseorang pernah bagitau aku. Antara ciri-ciri orang yang mencintai dirinya ialah:

  • dia selalu cuba mencari ilmu yang baik
  • sentiasa ingin mencari rezeki yang halal
  • sentiasa berusaha memperbaiki diri
  • senang berubah apabila menerima teguran dan nasihat dari orang lain
  • mencari seseorang yang baik sebagai pendamping, sama ada sebagai kawan, sahabat, mahupun teman hidup

Orang yang mencintai dirinya sendiri adalah orang yang mencintai Allah. Dan apabila seseorang itu mencintai Allah, maka dia juga akan dicintai oleh semua makhluk Allah.

Kesimpulannya, sebelum kita cari seseorang untuk dicintai, check dulu sama ada kita dah cukup cintakan diri kita. Kalau belum cukup cintakan diri sendiri, jangan bermimpi nak dapatkan cinta dari orang lain. Sebab kalau kita sendiri pun tak sayangkan diri kita, siapa lagi yang nak sayangkan kita??

nota dari hati: aku sayangkan semua orang yang berada di sekeliling aku, dan aku kasihkan mereka yang menyayangi aku.. dan kamu juga, walaupun mungkin kamu tak tahu..

Monday, September 27, 2010

Tak susah untuk berubah

Assalamualaikum..


'Siapa kita di mata manusia tidak penting berbanding siapa kita di mata Dia.'

Setiap orang ingin jadi baik. Setiap orang mahu berubah ke arah kebaikan. Walau sejahat mana pun seseorang itu, jika masih ada sinar iman di sudut hatinya, dia tetap akan cenderung kepada kebaikan. Dia tetap akan mendamba kebaikan itu.

Semua orang berpeluang untuk jadi baik. Tapi tak semua orang berpeluang mendapat hidayah untuk berubah. Memang sangat beruntunglah mereka yang diberi hidayah oleh Allah. Jika anda rasa anda salah seorang daripada mereka, bersyukurlah, kerana anda adalah dari kalangan yang terpilih.

Memang tak mudah untuk melakukan perubahan, tapi ia juga tak sukar jika kita benar-benar ikhlas. Selagi ada kemahuan dan keazaman yang bersungguh-sungguh untuk berubah, insyaAllah Dia akan sentiasa menolong kita.

Jangan merasa ragu jika ingin berubah. Pedulikan apa yang orang lain kata. Anda lebih tahu apa yang anda lakukan. Apa yang penting, lakukan usaha secara berterusan (istiqamah) dan berdoalah agar niat baik kita itu dipermudahkan olehNya. Yakinlah bahawa Dia sentiasa ada bersama kita.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Dia tak pernah menolak apabila ada hambaNya yang ingin kembali padaNya, malah Dia amat senang jika ada di kalangan hambaNya yang ingin berbuat demikian.

nota dari hati: ingin berubah tetapi sering kali terhenti di tengah jalan.. aku perlu bimbingan yang berterusan supaya perjalanan ini lebih lancar..

Sunday, April 25, 2010

Are you what you seem to be??

Assalamualaikum...

Kalau korang perasan kan kat sidebar kat tepi blog aku ni ada 'quote of the day' kan. Everyday kalau aku bukak blog ni aku mesti akan baca quotations kat situ dulu sebelum jenguk yg lain-lain, tak kira la blog ke apa ke.. and biasanya kalau aku rasa quote tu best aku akan copy dan simpan untuk kegunaan masa hadapan.. hehe.. And satu hari tu masa aku tengah belek-belek tu aku terbaca la satu quote ni, which i really like and tiba-tiba rasa nak komen. Quote dia macam ni..

"Very few of us are what we seem.." -Agatha Christie-

Serius aku sangat tertarik ngan quotations makcik sorang nih. Aku rasa quote dia smua best-best, simple je tapi ada makna tersirat kalau difikirkan betul-betul. Contohnya macam yg hari ni punya quote, pun dari dia jugak, macam ni bunyinya -- "Too much mercy...often resulted in further crimes which were fatal to innocent victims who need not have been victims if justice had been put first and mercy second." -Agatha Christie-

Tapi quote yg ni lain kali la kot aku komen, tu pun kalau aku rajin la. Hari ni nak komen pasal satu quote tu je. Erm, in my opinion la kan, apa yang Mrs. Agatha tu cakap memang betul. Tak semua orang seperti apa yang mereka nampak atau digambarkan. Apa yang terlihat di luar tak semestinya menggambarkan apa yang ada di dalam. Dan apa yang ada di dalam tak semestinya tergambar di luar.

Contohnya kat dalam dunia blogging la kan. Ada sesetengah orang tu nampak macam jahat, kasar, and so on la bila kita baca apa yang dia tulis dalam blog dia. And bila orang baca blog dia pun terus rasa macam nak marah je, nak kutuk-kutuk je blogger sorang ni.. Rasa macam.. 'ish, blogger ni sesedap rasa dia je nak tulis, macam takde perasaan je.. agak-agak la pun kalau nak tulis. Ni nak main hentam je, tak consider langsung pasal sensitiviti orang lain..' (err.. i think i'm exaggerating again here.. haish, kenapa la aku suka exaggerate bila menulis ek..?? bad habit yg susah utk dibuang kot..??)



Ok, contoh tu macam tak kena je dengan apa yang nak disampaikan. Tapi sebenarnya aku pun tak tau nak bagi contoh macam mana. Takpelah, let's back to the topic. Maybe kalau dilihat dari cara penulisan dalam blog, orang tu nampak macam tak berapa nak baik, mengada-ngada, berlagak, sombong or whatsoever. Tapi hakikatnya in real life orang tu sebenarnya bukanlah macam tu. Mungkin pada hakikatnya orang tu sebenarnya sangat baik, peramah, loving whatsoever, tapi secara sedar atau tak sedar, penglibatan dalam dunia bloggers yang dipenuhi dengan pelbagai jenis ragam manusia yang buat dia jadi begitu. (cewah, macam skema pulak ayat aku hari ni.. demam apa ntah..)

Ok, tu contoh dalam blog. In real life lagi banyak contoh kot. And pasti la korang semua pun pernah jumpa manusia-manusia yang kat luar nampak macam baik, tapi sebenarnya takde la baik sangat pun. Kat depan orang punya la control ayu, cantik, lawa, baik, apa semua tapi bila sorang-sorang hampeh perangai teruk nak mampus. Pelakon paling popular yang aku tak kenal tu pun boleh kalah dengan dia. (sorry kalau aku agak over sikit di sini.. ada sesiapa terasa..?? sorry again..)

Tapi tak semua la. Ada jugak yg memang jujur tulus ikhlas suci murni je. Macam mana dia kat depan orang lain, macam tu jugak la diri dia sebenarnya. Orang yang macam ni adalah orang yang betul-betul bangga dengan diri dia so macam mana pun, di mana pun, dan bagaimana pun, dia tetap akan jadi diri dia sendiri. (betul ke camni..?? aku pun xtau sebenarnya.. haha.. lantak la..)

Aku? Yup, I admit that maybe I am not what I seem, tapi bukan la bermaksud aku ni berlagak baik or hipokrit or whatsoever. It's just that.. sometimes I tend not to be myself depan sesetengah orang atau dalam sesetengah keadaan. Contoh, kat depan sesetengah kawan-kawan rapat and family, perangai aku begini tapi depan kawan-kawan yang lain, lain pulak perangai aku. Dalam blog nampak macam mengada-ngada dan gedik sikit tapi kalau in real life, adoiyai punyalah sopan-santun, ayu, lagi macho sampai pijak semut pun tak mati.. tak caya sudah, tapi aku memang tak tipu.. hahaha..


So, which one is the real me..?? Yang dalam real life, dalam blog, dalam facebook, depan kengkawan atau depan family..?? Aku sendiri pun tak tau jawapannya.. yang aku tau, aku just jadi diri aku je all the time walaupun mungkin nampak macam ada personaliti yang berlainan dalam setiap keadaan.. yg penting aku behave dengan cara yang boleh buat aku rasa selesa dalam keadaan-keadaan tu.. err.. atau adakah aku memang ada banyak personaliti..?? erm.. erm.. eyh, kenapa aku rasa macam dah terkeluar tajuk je ni..?? ok ok, back to the topic please..

So kesimpulannya di sini, aku rasa aku tak reti la nak bagi pendapat segala bagai untuk benda-benda yang macam ni.. last-last mesti rasa macam terkeluar tajuk je.. takde bakat kot nak tulis pasal benda-benda macam ni, atau mungkin bakat tu perlu diasah lagi.. hmm, tapi biarlah nak terkeluar tajuk ke, tajuk tak sesuai dengan isi ke, asalkan orang faham.. kalau tak faham tak payah la baca.. hahaha.. lalalala~