lama sudah aku tak update blog.. serius, aku sangat rindu ngan kamu, wahai blogku.. rindu gila nak menaip dan membebel kat sini.. tapi serius, kebelakangan ni aku mmg agak busy dengan fyp, thesis, dan segala-gala macam urusan dan hal..
ni la akibatnya kalau suka sgt bertangguh dan buat kerja last minute.. dulu masa awal2 sem byk sgt rilek, lepak2 jer.. bila dah hujung2 sem baru nak kelam-kabut buat semua kerja.. tapi biasa la kot, student macam aku ni memang suka buat kerja last2 minute.. habit yg sangat tak baik dan perlu dibuang jauh2.. macam sorang bestfren aku kata: "kalau study last minute xpe, jgn time kerja nanti pun suka buat kerja last minute.." (tapi kalau time study buat kerja last minit?? boleh tak?? ceh, tu pun nak bagitau ke.. dah besar pandai2 la fikir..)
sekarang pulak tgh final exam, tapi 3 paper dah lepas.. tinggal satu paper je lagi next tuesday, and then.. yippie..!! i'm free..!!
"ehem.. sapa cakap dah free..?? fyp dah settle ke?? thesis dah siap ke??" (bisik hatiku yg baik dan slalu skema..) oppss.. of coz la belum.. haha.. thesis satu habuk pun lom siap lagi kot.. actually dah start taip dah sikit.. tapi sikit je la.. memang sikit giler.. insya-Allah lepas abis exam nanti aku akan siapkan.. (tolong la jangan bermalas-malas lagi, wahai cik Aya.. sedar-sedar la sikit..)
petang semalam baru abis paper Epidemiology Method.. serius, aku rasa paper tu sangat susah.. masa masuk exam hall, kepala aku memang rasa sangat blur.. sebab hari jumaat sepanjang hari aku tak boleh nak study.. hari sblum tu pulak (khamis) aku tak study sebab xde mood.. aku tak ingat apa aku buat hari tu tapi aku memang x bukak nota langsung..
so memandangkan x banyak sangat topik yg masuk exam, ingatkan nak study hari jumaat la.. bajet sempat la kot nak abiskan baca 3 topik dalam masa sehari, then hari sabtu pagi tu tinggal nak ulang balik je.. well, that's the actual plan actually..
tapi aku pun xtau knapa dan apa masalahnya.. dari pagi smpai malam hari jumaat tu otak aku memang tersangat la blur dan xleh nak trima apa2 maklumat dan info.. so aku duk tatap jer nota2 aku tapi satu habuk pun tak melekat dalam otak.. pagi semalam (sabtu) baru aku dapat study, so kiranya aku baca semua notes tu dalam masa setengah hari je.. tu pun sikit je yg aku rasa aku betul2 faham..
tapi nasib baik la aku dapat hafal the operative process for risk assessment tu (dalam masa setengah hari je.. hehe..), so aku boleh jawab soalan essay dengan tenang dan rilek.. (haha.. berlagak la pulak..) actually aku mmg expect soalan tu mungkin akan kluar, so aku memang hafal semua point dia.. and yg explanation tu pandai2 la aku goreng.. haha..
tapi yg soalan2 lain memang gila mencabar minda, especially soalan objektif and satu soalan short answer tu.. memang menyakitkan kepala beb nak fikir nak jawab soalan tu.. tapi dalam keadaan kepala aku yg makin sakit (kepala aku start sakit sejak first time pandang kertas soalan tu lagi), aku cuba jugak perah otak utk fikir macam mana nak jawab.. (korang dapat bayangkan tak macam mana rasanya bila kita cuba nak berfikir habis-habisan dengan keadaan kepala yg memang tengah sakit..??) serius aku rasa macam nak pecah kepala..
then lepas abis exam kitorang terus kluar.. beli makanan je pun, tapi seriously aku rasa time2 tengah tension and sakit kepala macam tu, indulging yourself with foods memang best.. sekarang aku rasa aku faham kenapa ada sesetengah orang yg cenderung utk makan apabila mereka stressed or tension.. bak kata pepatah, "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.." heee..
![]() |
| (just eat when you feel stressed..) |
p/s: pengajaran kat sini ialah.. jangan suka bertangguh dan buat kerja last minit.. tak kira la masa study ke masa kerja ke masa buat kerja ke.. apa yg boleh dan perlu dibuat hari ini, buat la hari ini.. we'd never know what will happen tomorrow.. so if we don't do it today, we might regret it if we won't be able to do it tomorrow..
wallahu a'lam.. wassalam..
