ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Showing posts with label wishes. Show all posts
Showing posts with label wishes. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

Happy Anniversary buat yang tersayang

Assalamualaikum..

Macam biasa, saja je nak buat tajuk gempak. Tapi sebenarnya aku memang nak wish happy anniversary, so aku tak tipu ok. hee.. Seronok gila hari ni cuti, jadi aku masih boleh bermalas-malasan di rumah encik abang. Minggu depan baru balik kampus..

Rasanya semua warganegara Malaysia pun tau hari ni hari apa. Kalau korang tak tau pergi check balik IC korang, tengok warganegara apa. Hampeh betul kalau warganegara Malaysia tak tau sejarah Malaysia. Tak pun pergi bukak buku teks Sejarah Form 3, baca bab pasal penubuhan Malaysia. Tapi rasanya sekarang dah tukar syllabus kot.. so aku pun tak tau topik tu dalam bab yang mana satu.

Dari apa yang aku belajar masa ambik Sejarah Fom 3 dulu, aku pasti hari ni adalah anniversary negara kita yang ke-47! err.. silap, bukan anniversary, tapi birthday. So hari ni genap la 47 tahun usia Malaysia. Hepi besday negaraku!

Tapi yang aku pelik, apasal sambutan hari Malaysia tak dibuat meriah macam hari merdeka ek?? Tak cukup bersejarah ke kelahiran Malaysia?? Kenapa tak ada orang buat lagu sempena hari Malaysia?? Eh, ke dah ada tapi aku yang tak tau?? hee~

Aish, apasal tetiba terlebih bersemangat patriotik pulak ni. Padahal tadi aku nak wish happy anniversary je kan. Ok lah, back to the topic..

Aku tulis entry ni sebab nak wish untuk mak dan abah aku yang menyambut anniversary dorang hari ni. Pandai dorang pilih tarikh nikah, betul-betul masa hari Malaysia. Ke Malaysia yang bijak sebab pilih tarikh sama ngan tarikh nikah dorang?? hehe..

Kepada mak dan abah terchenta, selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-34. Semoga jodoh kalian berkekalan sampai syurga. Maaf kerana  belum mampu jadi anak yang baik dan solehah. Maaf juga kerana sering mengecewakan harapan kalian.. :(

Tapi walau apapun yang berlaku, Aya tetap cintakan kalian sepenuh hati. ILYSM, tan sri nizam dan puan sri lila..!!


sila jangan geli-geli dengan ayat aku ok.. bukan senang aku nak tunjuk kasih sayang aku kat orang tersayang nih.. setahun sekali pun belum tentu.. ni pun aku baru wish kat blog je, tak call lagi dorang kat kampung.. heh... -__-'

yb tan sri nizam dan puan sri lila
(bukan nama sebenar)
^__^v

Saturday, September 4, 2010

Salam dari perantauan...

Assalamualaikum..

Dalam masa kurang dari 24 jam aku akan berangkat ke Melaka. Tapi seperti biasa, aku belum kemaskan apa-apa yang patut lagi. Macam yang aku cakap hari tu, aku tak ada feeling untuk balik. Bilik ni pun masih bersepah macam bilik orang bujang.

Ah, lantaklah.. aku memang masih bujang pon.

Tapi seresli, kalau ada orang tengok keadaan bilik aku sekarang, kompem kena blacklist terus, tak nak buat calon bini atau menantu.. sobss~

Aku dah dapat bayangkan dah suasana yang akan aku lalui sepanjang cuti nanti. Kehidupan aku pasti akan dilanda kebosanan tahap supergoku tapi tak boleh nak buat apa-apa sebab apa pun yang aku buat mesti akan rasa bosan jugak.

Kalau kat asrama, at least aku boleh lepak atas katil sambil jenguk-jenguk blog-blog yang best. Kat rumah nak bukak laptop pun tak berani takut kena suruh bayar bil elektrik... tsk.

Ok tipu. Kat rumah memang tak ada internet so kalau bukak laptop pun cuma boleh tengok movie yang aku dah lama download tapi tak tengok lagi ataupun main game budak-budak.

gambar dicilok dari pakcik Google
Menurut firasat aku yang memang bijak dalam meramal, kronologi suasana masa cuti nanti adalah lebih kurang seperti berikut:
  • 2 hari sebelum raya- balik rumah Mak Esah (bukan nama sebenar). Mother-in-law kepada abang aku. Sebagai tetamu tak dijemput tapi dialu-alukan dan tak mungkin dihalau, kena la tolong mana-mana yang patut kat rumah beliau nanti. Sambil tu boleh belajar macam mana nak beraya kat rumah mak mertua sendiri nanti.. Practice makes perfect, kan. heee~
  • Raya pertama & kedua- beraya bersama family Mak Esah sebagai anak angkat sementara. Segan kot beraya kat rumah orang, tak tau nak buat macam mana. Dah la tak kenal sapa-sapa. Confirm semua orang akan tanya siapa aku. Menantu baru beliau kah?? Ataupun bakal menantu beliau kah?? Oh tidakkk~ Kemungkinan besar juga takkan dapat duit raya sebab aku hanya sorang stranger yang menyelit dalam keluarga itu.. isk~ 
  • Raya ke-3 hingga ke-5- balik rumah abang. Ikut beraya lagi. Sambil beraya usha jejaka-jejaka kacak. Lepas tu layan tetamu yang datang rumah dia. Mesti dorang ingat aku orang gaji baru abang aku.. demn..  
  • Hari-hari seterusnya- abang masuk kerja balik. Aku tinggal sorang-sorang kat rumah. Membuta dari pagi sampai petang. Habiskan makanan yang ada kat rumah beliau lepas tu tengok tv sampai pengsan. Tak pun tengok movie yang ada dalam leptop berulang kali sampai hafal jalan cerita. Selain tu tak tau nak buat apa. Rutin yang sama berterusan hingga tiba masa untuk balik ke kampus.
    Tengok?? Complete sempurna dah kisah raya aku. Macam boleh ramal masa depan pulak, haha..

    Tak lah. Aku tulis berdasarkan pengalaman sebelum ni. Kalau beraya kat kampung sendiri pun aku rasa lebih kurang sama je, cuma tak rasa segan dan kekok lah.

    Lagipun kat kampung mak abah sentiasa ada. Abah dah pencen, mak pulak memang tak kerja. So aku takkan kesorangan di rumah. At least boleh sembang-sembang dan cerita pasal kawen dengan dorang sambil tolong mak masak kat dapur. Sweet kan moment macam tu?? heee~

    Apa-apa pun, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru opsss, silap..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Juga kepada pelajar-pelajar yang senasib dengan saya, sama ada di dalam mahupun di luar Malaysia, jangan sedih-sedih. Enjoy je sudah. Kepada mak dan abah, maafkan anakandamu ini kerana tak dapat beraya bersama tahun ni.

    Sekian perutusan raya dari sAya, terima kasih..

    hanya sekeping potret sebagai pengubat rindu..
    sobsss~ T__T
    Oh lupa pulak, seperti biasa, bila tiba hari raya, budaya maaf-bermaafan perlu ada. So, aku nak mintak maaf andai ada terkasar bahasa atau terlepas kata sepanjang berada dalam dunia blogger ni.

    Kepada blogger-blogger lain, dan juga semua pembaca blog ni, anda boleh beraya dengan tenang dan gembira tahun ini. Sebab semua kesalahan anda telah pun dimaafkan. Tapi rasanya korang memang tak ada kesalahan pun dengan aku. Aku je selalu buat salah kat orang. tsk. -__-

    Satu je nasihat aku untuk kalian. Raya raya jugak, solat jangan tinggal. Jangan leka sangat beraya sampai terlepas waktu solat. Dan jangan makan kuih raya banyak sangat sampai tak larat nak solat. Bukan solat sunat Aidilfitri je tau!
    peringatan untuk diri sebenarnya.. biasanya bila dah raya perangai malas pun datang. otometik! cesss..

    Akhir kata, kalau ada bunga di taman boleh saya petik sejambak, kalau ada masa terluang boleh saya merepek lagi.

    Sekian, selamat hari raya.. Assalamualaikum..

    p/s: Aku tak tau kenapa setiap kali aku menaip entri mesti akan jadi panjang. Macam mana orang lain boleh tulis entri pendek-pendek ek?? Serius musykil neh!

    ok tak payah jawab, aku memang suka merapu. isk~ -__-'

    Thursday, April 2, 2009

    ..xm lagi..

    cepatnyer waktu b'lalu..
    bgn tdo, pegi klas, pulang klas, tdo balik..
    tup2 dah abis semester..
    e
    sok dah start final xm..
    first paper aku: English for Academic Purpose (EAP)..
    9 pagi esok..
    seriously aku x taw nk study per..
    bce notes on how to summarize + paraphrase + quote... bla..bla..bla
    tu jer kot..
    tp aku paling takut soalan essay..
    mcm aku kata dulu..
    i'm not really good in writing English essay..
    apapun, hopefully aku ada byk idea utk menulis time xm sok..
    korg yg len yg nk xm tu, especially bebudak uia gombak + kuantan..
    wish u all good luck..
    jwb xm tu baek2 taw..
    jgn lupe doa, solat hajat, etc..
    mudah2an dipermudahkan utk jwb soalan xm & dpt result cemerlang..
    insyaAllah... amin..

    Sunday, March 29, 2009

    Birthday wish

    happy bday to u..
    happy bday to u..
    happy bday to u..
    happy bday to u..
    (*claps*)

    yay!!!
    hepi bday..
    wish bday ni actualy utk 2 org..
    kira double wish r.. haha..

    hari ni..
    bukan bday aku..
    tp bday adek aku..
    sweet 1* to cpak.. hehe..

    n hepi bcoming bday gak to my mom..
    whose bday is lusa..
    kamek maok jd org 1st yg wish.. hehe..
    mak aku sweet 5*.. hehehe..
    walopun umo dh start ngan no.5, tp mak still cun lg..
    awet muda katakan.. hehe..

    hepi bday gak to evryone yg sambut bday ari ni..
    wish u all happiness n healthiness..
    amin.. :)

    Friday, February 6, 2009

    Ganbatte..!!!

    gud luck for me and all my friends who will be facing the midterm exams and quizzes and presentations in this few weeks.. hopefully we will get very good results for all of them.. (most frightening ~ Haematology... so many topics to be covered)

    *i really need to manage my time very wisely right now or else the history will be repeated.. don't want 'that' to happen twice.. huhu..*

    Monday, December 29, 2008

    BARU...

    Semester baru dh start last week and ari ni plak dah masuk tahun baru Hijrah. Lagi dua hari plak nak masuk tahun baru Masihi. Pendek kata, everything is new. Ehem, satu lagi yang baru (for me la..), umur baru... hehehe... So, sempena musim *baru* ni, nak jugak barukan benda2 laen. Nak baju baru, kasut baru, tudung baru, beg baru.. Kalau boleh everything nak baru jugak...

    Tapi benda2 yg t'sebut di atas x berapa penting, yang paling penting bagi aku ialah azam + semangat yang baru. Kalau x mampu nak buat azam baru, barukan (i mean, renew) azam dulu pun okeylah kot.. Bagi aku, biasanya aku memang akan buat azam baru setiap kali musim *baru* ni tiba, tapi slalunya azam aku sama je.. hahaha..

    Untuk kali ni plak, azam aku laen sikit dari sblum2 ni, tapi just laen sikit je, sbb aku ada tambah sumthing yg aku betul2 nak capai kalau boleh dlm tahun ni gak. Tapi xleh la nak gtau kat cni ape benda tu... secret, hehehe... InsyaAllah, sem ni and tahun ni, seboleh-bolehnya aku akan try apa yg mampu untuk mencapai target aku & dapatkan apa yg aku inginkan.

    Lastly, aku nak wish evryone SLaMAt TahUn BaRu.. and Slamat menyambut Musim *Baru*... hahahaha...

    Sunday, October 26, 2008

    i'll be on a break

    ello everyone.. long time no see...
    lately i've been very busy of many things, mainly studying of course..

    the campus life is definitely makin' me all tense, moreover it's now the exam week and i still got a bunch of things to cover... and just now the university website has got some problems so i can't print out my exam slip yet.. Gosh this is makin' me more tense...

    So, this is my last post for the time being...
    the laptop, pc, or whatever (especially the internet) will be my second biggest enemy for this 2 weeks, the most biggest enemy being the -------- (sorry i can't tell u but i think u can guess what that is)... but, hopefully i can stand all the 'godaan' until the exam is over..

    after the xm is over, i'll update this blog for sure, (which is after 2 weeks from now...no, it's actually more than 2 weeks...) with plenty of things & issues which i've wanted to say since a few weeks back... which have been delayed due to many reasons... huh...

    dakara, for those who'll be having their xm, Gud luck for ur exam... minna-san, ganbatte ne... jya, see ya... :P