ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Thursday, September 16, 2010

Happy Anniversary buat yang tersayang

Assalamualaikum..

Macam biasa, saja je nak buat tajuk gempak. Tapi sebenarnya aku memang nak wish happy anniversary, so aku tak tipu ok. hee.. Seronok gila hari ni cuti, jadi aku masih boleh bermalas-malasan di rumah encik abang. Minggu depan baru balik kampus..

Rasanya semua warganegara Malaysia pun tau hari ni hari apa. Kalau korang tak tau pergi check balik IC korang, tengok warganegara apa. Hampeh betul kalau warganegara Malaysia tak tau sejarah Malaysia. Tak pun pergi bukak buku teks Sejarah Form 3, baca bab pasal penubuhan Malaysia. Tapi rasanya sekarang dah tukar syllabus kot.. so aku pun tak tau topik tu dalam bab yang mana satu.

Dari apa yang aku belajar masa ambik Sejarah Fom 3 dulu, aku pasti hari ni adalah anniversary negara kita yang ke-47! err.. silap, bukan anniversary, tapi birthday. So hari ni genap la 47 tahun usia Malaysia. Hepi besday negaraku!

Tapi yang aku pelik, apasal sambutan hari Malaysia tak dibuat meriah macam hari merdeka ek?? Tak cukup bersejarah ke kelahiran Malaysia?? Kenapa tak ada orang buat lagu sempena hari Malaysia?? Eh, ke dah ada tapi aku yang tak tau?? hee~

Aish, apasal tetiba terlebih bersemangat patriotik pulak ni. Padahal tadi aku nak wish happy anniversary je kan. Ok lah, back to the topic..

Aku tulis entry ni sebab nak wish untuk mak dan abah aku yang menyambut anniversary dorang hari ni. Pandai dorang pilih tarikh nikah, betul-betul masa hari Malaysia. Ke Malaysia yang bijak sebab pilih tarikh sama ngan tarikh nikah dorang?? hehe..

Kepada mak dan abah terchenta, selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-34. Semoga jodoh kalian berkekalan sampai syurga. Maaf kerana  belum mampu jadi anak yang baik dan solehah. Maaf juga kerana sering mengecewakan harapan kalian.. :(

Tapi walau apapun yang berlaku, Aya tetap cintakan kalian sepenuh hati. ILYSM, tan sri nizam dan puan sri lila..!!


sila jangan geli-geli dengan ayat aku ok.. bukan senang aku nak tunjuk kasih sayang aku kat orang tersayang nih.. setahun sekali pun belum tentu.. ni pun aku baru wish kat blog je, tak call lagi dorang kat kampung.. heh... -__-'

yb tan sri nizam dan puan sri lila
(bukan nama sebenar)
^__^v

No comments: