ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Monday, August 30, 2010

lagu ni untuk kau, AL...

Assalamualaikum..

Entahlah kenapa beberapa hari ni aku rasa macam tak ada mood. Buat kerja pun macam tak ada feel. Macam lah banyak sangat kerja aku padahal hari-hari jadi burung hantu membuta dari subuh sampai maghrib. Ah, indahnya hidup dalam kebebasan macam ni..

Sekarang ni kat mana-mana pun dah sibuk pasang lagu-lagu raya. Tapi aku tak nak dengar lagu raya sebab takut 'sakit rumah' aku makin menjadi-jadi, dah la tahun ni tak balik.. cesss.. So baik aku dengar lagu jiwang. Sambil dengar lagu boleh berangan honeymoon sampai London..

Lagu ni merupakan salah satu lagu dalam soundtrack filem Ketika Cinta Bertasbih 2. ye.. citer tu memang da lama.. aku tau lah.. Tapi aku suka lagu ni sebab lirik dia sangat best dan meaningful jugak la bagi aku. Seriously I fell in luv with this song since the first time I listen to it.. Kalau korang nak tau best ke tak, try la dengar sendiri...




Melly Goeslaw - Haramkah

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar

Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku

Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta

Kepada si makhluk asing.. aku dedikasikan lagu ni khas untuk kau. Aku mintak maaf. Aku tak boleh nak tipu diri sendiri. So aku tetap akan tunggu.. Apa pun aku doakan kau sentiasa bahagia di bawah lindungan rahmat-Nya.. amin.. Selamat hari kemerdekaan, makluk asing.. eh, lupa pulak, kau bukan makhluk bumi kan..?? hee~

p/s: mood aku tengah agak gila sekarang.. maklom la bulan baru lepas mengambang.. hahaha.. err..

4 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

berapa ramai telah kamu lukakan
err apasal blog satu lagi tak kasi comments

Firhan A. said...

ntah,tak pernah hitung,rasa baru sorang dua..er..ni komen utk blog tu ke??

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

esok lebey baik..
amin..

Firhan A. said...

jack alvin: amin..