ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Tuesday, April 6, 2010

Diam tapi berbicara.. atau berbicara dalam diam..

Assalamualaikum..

org slalu kata.. silence means yes la, apa la.. tapi bagi aku, silence can mean anything.. contohnya, bila aku bercakap dengan seseorang tapi orang tu diam je, x respon balik, x semestinya sebab dia setuju dgn apa yg aku kata.. x jugak bermakna yg dia sombong atau apa.. mungkin masa tu dia tgh mengelamun ke, berangan ke, sbb tu dia x dgr apa yg aku cakap.. or maybe dia bisu, sbb tu dia diam je.. atau mungkin dia memang malas nak layan aku..

diam memang banyak hikmahnya.. sebab tu la kita lebih digalakkan untuk diam daripada bercakap tentang perkara2 yg x berfaedah.. tapi slalunya, bila seseorang diam, ada banyak maksud yg mungkin tersirat di sebaliknya.. ada orang nampak diam je, tapi sebenarnya dia tgh fikirkan suatu masalah yg sgt berat.. ada org pulak, nampak diam, tenang, tapi dalam diam dia tu sebenarnya ada maksud yg ingin disampaikan.. (eh, apa aku merepek ni.. aku pun dah tak paham apa yg aku tulis..)




apa yg aku cuba nak sampaikan kat sini ialah.. sesetengah orang mengekspresikan perasaan diorang dgn cara berdiam diri.. contohnya, sesetengah org kalau bad mood ke, putus cinta ke, ada masalah ke, mesti akan diam.. so bila ada kawan2 korang yg tiba2 diam tu tau2 je la kan.. jgn la pegi usik2 dia pulak, kang silap haribulan mengamuk kawan tu..

tapi tak semua orang macam tu.. ada jugak yg memang diam (bukan sebab bisu) dan x siapa tau kenapa dia diam dan apa maksud diam dia sebenarnya.. org yg jenis macam ni biasanya jenis yg pendiam and tak ramai org yg faham diorang.. aku tau korang mungkin tak paham apa yg aku cuba nak sampaikan.. aku pun sama..

okey la, nak bagi korang senang paham, aku bagi contoh la.. contohnya macam diri aku sendiri la kan.. bagi yg memang dah kenal dgn aku, of coz korang dah tau yg aku ni memang pendiam and pendiam aku jenis yg macam mana kan.. tapi dalam diam-diam aku tu, korang tau tak apa yg aku tgh fikirkan?? apa yg aku tgh rasa??

bila korang nampak aku diam, mungkin korang akan anggap biasa je, xde apa2.. mungkin korang akan fikir macam ni: "ala.. Aya diam je, maksudnya dia tak kisah la tu.. okey la dia tu.. xde apa2 problem la tu.. normal je tu.." well, of coz la korang akan fikir macam tu sebab diam kan memang dah sangat sinonim dengan aku.. (Aya = Diam; Diam = Aya)

tapi sebenarnya dalam diam aku tu boleh tersembunyi banyaak maksud.. cuba tengok ni..

  • slalunya bila aku okay aku memang diam..
  • bila aku ada problem, aku diam..
  • bila aku rasa boring gila terbabas, aku diam..
  • bila aku bad mood, aku diam..
  • bila aku kecik hati, aku diam..
  • bila aku gembira, pun aku diam..
  • bila aku tenang, relax, aku diam..
  • bila aku busy atau nervous pun aku diam..
  • bila aku tgh berfikir tentang sesuatu perkara dgn mendalam, aku diam..
  • bila aku setuju ngan sesuatu perkara, aku diam..
  • tapi kadang2 bila aku tak setuju ngan sesuatu perkara, pun aku diam..
  • bila aku suka sesuatu, kadang2 aku diam..
  • and bila aku tak suka sesuatu pun slalunya aku akan diam je..
  • kesimpulannya, tak kira apa yg aku rasa atau aku fikir, slalunya aku memang akan diam..



so.. bila korang nampak aku diam.. korang takkan tau sama ada aku okey ke, ada problem ke, bad mood ke.. and korang mungkin perlu tanya aku macam ni setiap masa, "Aya, kau okay tak? mood kau bagus tak? boleh kacau tak?" haha.. kalau ada org tanya aku macam tu setiap masa confirm aku akan cakap, "TAKKK..!! AKU TAK OKEY..!! PEGI LA MAIN JAUH-JAUH..!! JANGAN KACAU AKU..!!" (apa yg aku tiba2 merepek pulak nii.. heee..)

hehe.. terlebey la pulak.. tapi korang jgn la tanya macam tu setiap masa okay.. most of the time insya-Allah aku okay je, so korang x perlu tanya.. tapi kalau nak tau jugak apa yg sebenarnya tgh bermain dalam fikiran aku, boleh je tanya, tapi aku tak jamin la aku akan bagitau.. lagi senang kalau korang baca je blog aku kot sebab kat dalam blog aku memang tak pernah diam..

apa2 pun, kalau korang memang betul2 faham tentang perangai aku, korang akan tau apa maksud diam aku yg sebenarnya pada waktu2 yg berlainan.. mungkin sekarang korang tengok aku diam, and you know that i'm fine.. tapi pada waktu2 yg lain bila korang nampak aku diam, automatik korang tau yg aku tengah bad mood.. x perlu aku nak cakap atau nak tunjuk dengan cara mengamuk ke apa ke, baru korang tau yg aku tgh bad mood.. setakat ni aku rasa belum ada sesiapa lagi yg dpt fahami diri aku macam tu.. termasuk la aku sendiri.. kot..

wallahu a'lam..

p/s: rasa macam tiba2 terkeluar tajuk pulak entry ni.. sebenarnya tadi aku nak crita pasal diam je.. tapi xtau macam mana boleh terlebih crita pasal diri aku pulak.. watever la.. janji bahagia..

2 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Diam tu kadangkala lebih baik dari bersuara =)


*tengs link me kat belog neh :)

Firhan A. said...

welcome.. =)