ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Friday, October 15, 2010

Entahlah, aku pun tak tau...

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni fikiran aku sangat berserabut dan bercelaru. Terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikiran aku. Aku seolah-olah sedang berada dalam sebuah dilema. Dilema apa?? Entahlah, aku pun tak tau.

Sejak beberapa hari lepas, aku asyik memikirkan satu masalah ni. Bagi aku, ini lah masalah terbesar yang pernah aku hadapi sepanjang hidup aku. Atau mungkinkah ia sebenarnya masalah kecil tapi aku je yang memperbesarkannya sehingga merumitkan kepala otak sendiri?? Entahlah, aku pun tak tau.

Hati aku sekarang rasa tak tenang sebenarnya. Aku penat. Aku letih. Aku buntu. Aku keliru. Aku mahu, tapi... Entahlah, aku pun tak tau.

Apa yang aku fikirkan?? Apa yang mengganggu aku?? Apa yang aku mahu?? Entahlah, aku pun tak tau.

Korang tau?? Ah, tak mungkin korang tau kalau aku sendiri pun tak tau.

No comments: