ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Showing posts with label Cerpan. Show all posts
Showing posts with label Cerpan. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Cerpan: Cinta Ke Akhirnya (Episode 6)

Alfea memandang imejnya di cermin. Dia tersenyum sendiri melihatkan imej yang dia sendiri tak pernah lihat sebelum ini. Debaran pula semakin terasa kini.

Hari ini tibalah hari di mana dia dan Annuar akan disatukan. Sambil memandang cermin di hadapannya, Alfea cuba membayangkan kehidupan sebagai seorang isteri. Dah bersedia ke aku ni sebenarnya? Tiba-tiba rasa cuak pulak.

"Seriously la Fea, aku masih tak percaya kau akan kahwin dengan Nuar. Tak sangka tau tak. Yelah, masa sekolah dulu korang langsung tak pernah bertegur kot. In fact semua kawan-kawan kita dulu pun terkejut tau bila dapat invitation kau," Wati yang sedang menyolek wajahnya bersuara tiba-tiba, mengembalikan Alfea ke realiti. Wati yang merupakan seorang jurusolek pengantin itu juga merupakan salah seorang rakan sekelas dia dan Annuar suatu waktu dulu.

"Inilah yang dinamakan jodoh, Wati," jawabnya sambil tersenyum. Dia sendiri tak pernah menyangka perkara tersebut.

"Untung la kau dapat Nuar tu. Azie kata Nuar tu orangnya romantik, sweet, penyayang," Wati cuba mengusik sambil tangannya merapikan solekan buat kali terakhir. Alfea cuma senyum mendengarnya.

"Ok dah.. siap!"  Wati tersenyum puas hati melihat hasil tangannya itu. Alfea memandang pantulan imejnya lagi sekali di cermin. Bibirnya mengukir senyum entah untuk kali yang keberapa hari itu.

Sampai di Masjid Darul Hidayah, kelihatan rombongan pengantin lelaki telah pun siap menunggu untuk upacara akad nikah. Langkah cuba diatur sopan ke tempat yang dikhaskan walaupun jantungnya ketika itu rasa macam nak tercabut pun ada.

"Aku terima nikahnya Puteri Alfea binti Ahmad dengan maskahwin yang tersebut tunai,"

Dengan sekali lafaz dia kini sah menjadi isteri kepada Annuar. Perasaan ketika itu tak tergambar dengan kata-kata. Memang la betul kata orang, kita takkan tau macam mana perasaan semasa diijabkabulkan kecuali kita sendiri yang lalui.

Perasaan bahagia yang tak terungkap menyelubungi diri dan jiwanya saat Annuar menyarungkan cincin dan menyentuh ubun-ubunnya.

'Abang, semoga ikatan kita kekal sampai syurga,' bisik hatinya ketika tangan suaminya dikucup penuh kasih.

Tuesday, September 24, 2013

Cerpan: Cinta Ke Akhirnya (Episode 5)

Lebih tiga bulan berlalu sejak dia menjadi tunang Annuar. Dia kini semakin mengenali lelaki itu. Ternyata Annuar seorang yang amat penyayang dan juga sangat menghormati dirinya sebagai seorang wanita. Dan daripada cara Annuar melayannya sepanjang tiga bulan ini, memang jelas yang lelaki itu benar-benar ikhlas menyayangi dirinya.

Dia tersenyum sendiri. Teringat bagaimana layanannya terhadap Annuar sewaktu baru bertunang. Walaupun dia sendiri yang bersetuju untuk mengikat tali pertunangan, hatinya tetap merasa berat. Aiman masih dihubungi tanpa peduli akan status dirinya sebagai tunangan orang. Nasib baik dia tak beritahu Aiman tentang pertunangannya, kalau tak mesti dia pun tak nak layan. Ada baiknya juga aku tak beritahu dia hari tu.

Tapi akhirnya dia mendapat pembalasan di atas perbuatannya itu. Aiman yang dikasihi dalam diam ternyata sudah dimiliki orang lain. Dia benar-benar kecewa.

Dalam kekecewaan itu, akhirnya Annuar jugalah yang menjadi tempat dia mengadu dan meluahkan segala rasa. Annuar pula tetap tabah melayan segala karenahnya. Sikit pun lelaki itu tak berdendam walaupun dia telah menipunya.

Sikap itulah yang telah membuat Alfea jatuh hati. Dan semakin hari perasaan sayangnya terhadap Annuar semakin bertambah mekar.

Kini tinggal lebih kurang seminggu lagi sebelum mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri. Tak sabarnya rasa nak jadi isteri dia. Nak bercinta dengan dia betul-betul. Tak sanggup rasanya nak tahan perasaan lama-lama.

Dia tersenyum lagi.

Monday, September 23, 2013

Cerpan: Cinta Ke Akhirnya (Episode 4)

Alfea memandang kosong telefon bimbit di tangan. Hatinya berbelah bagi. Nak mesej ke tak nak?

Macam mana aku nak bagitau dia ni? Kalau aku terus terang dia boleh terima ke? Macam mana agaknya respon dia?

Eh kejap..

Perlu ke aku bagitau dia? Aku dengan dia bukannya ada apa-apa pun kan? Dia tak pernah kata pun dia suka aku ke apa. Entah-entah dia tak kisah pun apa jadi dengan aku.

"Fea.."

Antara Aiman dengan Annuar. Salah satunya adalah khayalan. Dan yang lagi satu adalah realiti. Walau hatinya tanpa ragu lagi memang ada pada Aiman, tapi dia sendiri tak pernah pasti perasaan lelaki itu terhadapnya. Layanan lelaki itu terhadapnya terlalu sukar untuk dibaca. Kadang-kadang dia macam teman biasa, kadang-kadang terlebih ambil berat macam lebih daripada kekasih, kadang-kadang pula macam langsung tak peduli!

Annuar pula memang sah ada hati kat aku. Cuma tak pernah diluahkan. Eh, ye ke tak pernah luah? Dia siap suruh mak dia datang meminang terus, kira luah la tu kan?

Tapi.. aku sayangkan Aiman...

Fea.. kau pernah dengar tak, orang kata, lebih baik kita terima je orang yang memang terang-terang sayangkan kita. Daripada kita terkejar-kejar orang yang kita sayang, tapi tak tau macam mana perasaan dia.

Tanpa sedar dia mengangguk perlahan.

"Fea, dah siap ke?"

Suara mak mengembalikan dia ke dunia realiti. Entah bila mak masuk pun dia tak sedar. Wajah mak yang dah duduk di atas katil di sebelahnya dipandang sejenak. Segaris senyuman penuh kasih terukir di situ. Handset di tangan direnung lagi seketika. Perlahan-lahan handset diletak di atas meja solek bersama sebuah keluhan perlahan tetapi jelas.

"Fea okey ke ni sayang?" Tangan mak terasa lembut membelai kepalanya. Perlahan dia cuba senyum sambil mengangguk. Selendang di kepala dirapikan buat kali terakhir sebelum berdiri.

"Fea okey mak. Jom,"

Langkah diatur menuju ke ruang tamu di mana keluarga Annuar sedang menanti. Hari ini dia akan bertunang secara rasmi dengan lelaki itu. Setelah peristiwa di pejabat Annuar tempoh hari, dia benar-benar berfikir panjang akan keputusan yang mahu diambil. Sempat juga dia merisik tentang hubungan Annuar dengan Aziemah. Mereka sendiri mengakui bahawa hubungan yang pernah terjalin suatu masa dulu cuma sekadar cinta monyet. Akhirnya dia menyuarakan persetujuan untuk bertunang secara rasmi dengan Annuar dalam sebuah majlis yang ringkas.

Tak ramai tetamu yang hadir hari itu. Cuma beberapa ahli keluarga serta kenalan terdekat mak, abah dan ibu bapa Annuar sahaja.

Sepanjang majlis pertunangan berlangsung, Alfea cuma diam. Fikirannya masih lagi keliru sebenarnya. Betul ke apa yang aku buat ni? Takpe ke aku rahsiakan hal ni dari Aiman? Betul ke keputusan aku ni? Namun dia akur bila Aunty Lynn menyarungkan cincin pertunangan di jarinya. Matanya sempat mencari kelibat Annuar di luar rumah. Kelihatan senyuman bahagia terukir di bibir lelaki itu. Perlahan bibirnya mengukir senyum. Dia yakin, Annuar mampu buat dia bahagia.

Cerpan: Cinta Ke Akhirnya (Episode 3)

Langkahnya diatur penuh yakin menuju ke bangunan Wisma Putra, tempat di mana Annuar bekerja sebagai pengurus pemasaran. Hatinya benar-benar nekad untuk menolak pinangan lelaki itu.

Tapi entah kenapa semakin dia menghampiri ruang pejabat, degupan jantungnya terasa semakin pantas. Entah apa reaksi lelaki itu bila melihatnya di situ. Sengaja dia tak menghubungi lelaki itu sebelum ke sini bimbang lelaki itu tersalah anggap. Takkan nak bagitau dia aku nak datang sebab nak pulangkan cincin ni kot? Gila kejam.

Sampai di kaunter reception, dia segera bertanyakan tentang Annuar.

"Encik Annuar masih ada meeting. Tapi sekejap lagi habis kot. Kalau cik nak, cik boleh tunggu kat pejabat dia," beritahu wanita di kaunter tersebut ramah sambil menunjukkan arah pejabat Annuar.

Setelah mengucapkan terima kasih, dia melangkah ke arah pejabat Annuar. Boleh tahan jugak pejabat dia ni. Tak begitu besar tapi cukup selesa. Sempat juga dia melihat-lihat seluruh ruang pejabat sementara menunggu Annuar.

Dekorasi dalam ruang pejabat itu cukup simple tapi nampak kemas. Memang padan dengan penampilan Annuar sendiri. Bibirnya mengukir senyum nipis. Dia menghampiri pula meja kerja Annuar. Ada beberapa keping gambar di situ. Gambar semasa dia kecil, semasa sekolah, gambar konvokesyen, gambar keluarga. Dia tersenyum lagi.

Matanya terpandang ke arah suatu objek berhampiran gambar-gambar tersebut. Sebuah buku yang dibalut dan dihias rapi. Nampak macam sebuah album, atau mungkin juga sebuah diari. Perasaan ingin tahu tiba-tiba memuncak. Apa agaknya yang seorang lelaki tulis dalam diari? Kisah cinta ke? hikhikhik. Dia tergelak sendiri. Pantas tangannya mencapai buku tersebut. Dia tersenyum apabila melhatkan gambar yang menghiasi kulit depan. Gambar lebih kurang 8 tahun lepas, semasa jamuan akhir tahun kelas mereka. Dia tergelak kecil melihatkan wajahnya yang ada di dalam gambar tersebut. Comotnya aku masa tu. Tapi comel, hehe..

Jari halusnya membuka lembaran pertama. Gambar kelas mereka semasa Form 1. Sempat dia mengamati setiap wajah yang ada. Tersenyum sendiri melihatkan wajah-wajah comel itu. Dibeleknya setiap muka surat satu-persatu. Semuanya memuatkan gambar-gambar zaman sekolah. Gambar-gambar kelas sejak Tingkatan Satu hingga Lima, gambar-gambar event sekolah yang melibatkan Annuar serta dia sendiri.

Halaman-halaman di bahagian belakang pula lebih kepada catatan peribadi. Lebih kurang macam diari kot. Tak sangka aku ada jugak lelaki yang tulis diari. Dia tersenyum sendiri. Namun senyumannya automatik mati apabila tiba di satu halaman. Namanya ditulis besar-besar memenuhi seluruh halaman tersebut.

Puteri Alfea binti Ahmad. 

My Dear Lovely Princess.

Jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Jari-jemarinya terus menyelak halaman-halaman seterusnya dengan pantas..

'Entah kenapa aku tiba-tiba teringat kat dia. Sejak dia masuk universiti aku langsung tak dengar khabar dia. The cutest but smartest girl in class. Rindu wajah comel dia. Rindu suara lembut dia. Gaya dia yang selamba dan comot tapi cool dan tenang. Tak pernah marah. Tak pernah nampak sedih. Maintain cool walaupun tak ramai kawan rapat. Macam mana agaknya khabar dia sekarang?'

Anak matanya berlari pantas membaca apa yang tertulis di dalam diari itu.

'Aku paling suka hari raya. Sebab Pak Cik Ahmad dengan Mak Cik Laila sekeluarga akan datang ke rumah. Dan aku boleh tengok princess aku puas-puas. Fea.. kalau la awak tau betapa hepinya saya hari ni...'

Lembaran seterusnya diselak lagi.

'...Hari ni aku nekad. Aku mesti cuba dapatkan dia. Jadi aku bagitau mama. Syukurlah mama setuju pinangkan dia untuk aku..'

Lagi.

'...Aku terdengar Pak Cik Ahmad kata Fea macam keberatan. Salah ke aku suruh mama pinangkan dia?'

Dan lagi.

'...Aku tak mahu dia terima aku sebab terpaksa. Jadi aku suruh mama bagi tempoh untuk dia berfikir. Harap-harap nanti hati dia akan terbuka untuk terima aku...'

Kepalanya tiba-tiba pening.

'

Matanya kini cuma dapat menangkap beberapa patah ayat saja.


'Hari ni hari penentuan. Aku tak tahu sama ada dia akan terima aku ataupun tak. Tapi aku redha kalau dia tak nak. Yang penting dia bahagia.'

Diari ditutup sebaik saja dia habis membaca helaian terakhir. Tubuhnya menggigil tiba-tiba. Fikirannya mula bercelaru menyebabkan kepalanya semakin sakit. Dengan pantas beg di atas meja dicapai lantas keluar dari bilik tersebut.

Sepanjang perjalanan ke tempat letak kereta mindanya berputar ligat. Cuba memproses apa yang baru diketahui. Rancangan pertunangan dia dengan Annuar adalah atas permintaan lelaki itu sendiri. Bermakna Annuar memang ada menyimpan perasaan terhadapnya. Tapi sejak bila? Setahu aku masa sekolah menengah dulu dia couple dengan Aziemah. Sweetest couple forever kot diorang dulu. Takkan diorang putus sebab Nuar suka kat aku? Dia menggeleng-geleng kepala cuba menepis prasangka buruk yang terlintas di fikiran.

Sunday, September 22, 2013

Cerpan: Cinta Ke Akhirnya (Episode 2)

Kotak cincin di atas meja di depannya direnung lama. Cincin pemberian keluarga Annuar semasa datang ke rumah tempoh hari.

"Kami faham mungkin semua ni terlalu mengejut buat Fea," kata-kata Aunty Lynn, ibu Annuar terngiang semula di telinga. "Kami pun takkan paksa Fea kalau Fea belum bersedia,"

Dia diam. Seriously, setakat ni dia memang masih belum bersedia untuk berkahwin, apa lagi kalau dengan Annuar. Baginya, cinta amat diperlukan sebelum sesebuah perkahwinan boleh diteruskan. Macam mana nak kahwin kalau kita tak suka, tak sayang dan tak cintakan seseorang tu?

"Tapi kami berharap sangat Fea jadi menantu kami,"

Dia mengerutkan dahi. Kurang faham dengan pernyataan itu. Tadi kata tak nak paksa, ni macam nak paksa pulak. Mana satu ni? Wajah Aunty Lynn dipandang mencari penjelasan.

"Hm.. macam ni lah Fea," Uncle Fahmy pula bersuara. Dia mengalih pandang pada lelaki yang sebaya ayahnya itu. "Fea ambil je cincin ni, Fea simpan dulu. Nanti bila-bila kalau Fea dah bersedia untuk jadi tunang Nuar, Fea sarung je cincin ni. Masa tu baru kita decide tarikh nikah dan majlis. Boleh?"

Kotak cincin beralih tangan. Dia teragak-agak untuk menyambut, namun dia tak mampu berbuat apa-apa bila Aunty Lynn sendiri meraih tangannya. Dia hanya memandang kotak cincin yang kini berada di tangannya. Maksudnya.. macam mana pun aku kena terima la jugak Nuar tu? Cuma lambat atau cepat je?

"Fea ambil la berapa banyak masa pun, kami boleh tunggu," tambah Aunty Lynn dengan senyuman paling manis.

"Boleh?" tanya Uncle Fahmy.

"Err.."

"Macam ni lah. Kami bagi tempoh lima bulan dulu untuk Fea fikir. Sambil-sambil tu Fea cuba-cuba la kenal Nuar lebih dekat. Kalau lepas lima bulan Fea masih tak boleh terima, Fea boleh pulangkan cincin tu," sambung Uncle Fahmy lagi.

"Hm.. okey. Fea setuju," jawabnya setelah berfikir sejenak. Dia yakin cincin ini pasti akan dipulangkan semula lima bulan dari sekarang.

Kini tempoh lima bulan yang diberi dah pun tamat. Tapi tiada apa yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Semuanya masih kekal sama. Walaupun Annuar ada cuba hubungi dia, tapi dia cuma layan gitu-gitu je. Dia sendiri lebih selesa menghubungi Aiman. Tak pernah sekali pun dia cuba menghubungi Annuar selama tempoh tersebut. Jadi hari ini dia akan pergi menemui Annuar sendiri untuk memulangkan cincin.

Buat kali terakhir dia membelek cincin yang sepatutnya menjadi cincin pertunangan dia dan Annuar. Memang cantik. Walau siapa pun yang memilihnya, orang itu pasti memiliki cita rasa yang baik. Tapi sayang kau bukan milik aku, cincin. Aku terpaksa pulangkan kau.

Cincin emas bertatahkan berlian disimpan semula dalam kotak. Kunci kereta di dalam laci dicapai sebelum melangkah keluar dari ruang pejabat.

Saturday, September 21, 2013

Cerpan: Cinta Ke Akhirnya (Episode 1)

"What?! Kahwin?!"

Tangan yang baru nak menyua gelas ke mulut automatik terhenti mendengar ayat yang baru keluar dari mulut abah. Gelas yang masih di tangan diletakkan kembali di meja. Terbantut terus selera nak minum walaupun tekak memang dah tak tahan mintak dibasahkan sejak dari tadi lagi.

"Yelah, kahwin. Mak dengan abah rasa umur kamu ni dah cukup dewasa untuk berkahwin. Lagipun kamu bukannya tak kenal dengan si Nuar tu. Lima tahun kamu sekelas dengan dia dulu, kan?" ucap mak tenang dengan senyuman masih tak lekang dari bibir.

Alahai la mak dengan abah aku ni. Kot ye pun nak bincang pasal hal kahwin-mahwin ni cari la waktu yang sesuai sikit. Ni tak, macam tak ada waktu lain je nak bincang. Time aku baru balik kerja ni jugak yang diorang pilih. Dah lah otak aku ni tengah penat, letih. Ditambah pulak dengan kejutan paling terbaik macam ni, mau stress otak aku kejap lagi.

"Memang la.. tapi.." Ayat seterusnya cuma tersekat di anak tekak tanpa mampu diluahkan.

"Dah. Sekarang ni Fea tak payah risau. Fea tak perlu buat apa-apa pun. Abah dengan mak dah bincang dengan mak ayah Nuar. Kami akan uruskan semua persiapan. Dah ready nanti kita terus langsung majlis," abah menamatkan perbualan sebelum bangkit dari sofa. Mak sempat menepuk bahunya perlahan sebelum turut bangkit ke dapur.

Alfea masih lagi tetap di tempat duduknya di sofa. Masih terkelu dan terkedu. Mindanya masih lagi mencuba untuk mentafsir kata-kata mak dan abah sebentar tadi. Kahwin?? Dengan Nuar??

Dia cuba membayangkan wajah Annuar Sufi. Lelaki yang pernah menjadi rakan sekelasnya selama 5 tahun suatu waktu dulu. Juga merupakan anak kedua kepada kawan abah dan mak. Dari segi wajah dan penampilan, Annuar bolehlah dikatakan agak kacak dengan kulit yang hitam manis. Penampilannya pula sederhana tapi sentiasa kemas. Tapi itu tak cukup untuk membuatkan dia tertarik apatah lagi jatuh cinta pada lelaki itu. Baginya cinta bukan sekadar tarikan rupa paras dan penampilan semata-mata. Malah selama ini tak pernah sekali pun terlintas di fikiran yang dia akan bercinta dengan Annuar. Tapi sekarang...

Tetiba je pulak mak dengan abah nak jodohkan dia dengan Annuar. Mimpi apa entah mak abah aku ni. Haish..

Wajah Annuar berganti pula dengan bayangan Abu Aiman. Lelaki yang hanya dikenalinya melalui media sosial beberapa tahun lepas. Walaupun belum pernah bersua muka tapi dia tahu perasaan yang wujud di hatinya untuk lelaki tu bukan mainan. Perhatian yang dicurahkan oleh lelaki itu sepanjang mereka berkenalan cukup untuk membuatkan dia jatuh cinta, meskipun Aiman sendiri tak pernah menyuarakan apa-apa tentang perasaannya.

Wajah Annuar dan bayangan Aiman bersilih ganti bermain di minda. Alfea semakin keliru dan celaru. Satu keluhan berat akhirnya dilepaskan.