ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Wednesday, September 25, 2013

Cerpan: Cinta Ke Akhirnya (Episode 6)

Alfea memandang imejnya di cermin. Dia tersenyum sendiri melihatkan imej yang dia sendiri tak pernah lihat sebelum ini. Debaran pula semakin terasa kini.

Hari ini tibalah hari di mana dia dan Annuar akan disatukan. Sambil memandang cermin di hadapannya, Alfea cuba membayangkan kehidupan sebagai seorang isteri. Dah bersedia ke aku ni sebenarnya? Tiba-tiba rasa cuak pulak.

"Seriously la Fea, aku masih tak percaya kau akan kahwin dengan Nuar. Tak sangka tau tak. Yelah, masa sekolah dulu korang langsung tak pernah bertegur kot. In fact semua kawan-kawan kita dulu pun terkejut tau bila dapat invitation kau," Wati yang sedang menyolek wajahnya bersuara tiba-tiba, mengembalikan Alfea ke realiti. Wati yang merupakan seorang jurusolek pengantin itu juga merupakan salah seorang rakan sekelas dia dan Annuar suatu waktu dulu.

"Inilah yang dinamakan jodoh, Wati," jawabnya sambil tersenyum. Dia sendiri tak pernah menyangka perkara tersebut.

"Untung la kau dapat Nuar tu. Azie kata Nuar tu orangnya romantik, sweet, penyayang," Wati cuba mengusik sambil tangannya merapikan solekan buat kali terakhir. Alfea cuma senyum mendengarnya.

"Ok dah.. siap!"  Wati tersenyum puas hati melihat hasil tangannya itu. Alfea memandang pantulan imejnya lagi sekali di cermin. Bibirnya mengukir senyum entah untuk kali yang keberapa hari itu.

Sampai di Masjid Darul Hidayah, kelihatan rombongan pengantin lelaki telah pun siap menunggu untuk upacara akad nikah. Langkah cuba diatur sopan ke tempat yang dikhaskan walaupun jantungnya ketika itu rasa macam nak tercabut pun ada.

"Aku terima nikahnya Puteri Alfea binti Ahmad dengan maskahwin yang tersebut tunai,"

Dengan sekali lafaz dia kini sah menjadi isteri kepada Annuar. Perasaan ketika itu tak tergambar dengan kata-kata. Memang la betul kata orang, kita takkan tau macam mana perasaan semasa diijabkabulkan kecuali kita sendiri yang lalui.

Perasaan bahagia yang tak terungkap menyelubungi diri dan jiwanya saat Annuar menyarungkan cincin dan menyentuh ubun-ubunnya.

'Abang, semoga ikatan kita kekal sampai syurga,' bisik hatinya ketika tangan suaminya dikucup penuh kasih.

No comments: