Tapi entah kenapa semakin dia menghampiri ruang pejabat, degupan jantungnya terasa semakin pantas. Entah apa reaksi lelaki itu bila melihatnya di situ. Sengaja dia tak menghubungi lelaki itu sebelum ke sini bimbang lelaki itu tersalah anggap. Takkan nak bagitau dia aku nak datang sebab nak pulangkan cincin ni kot? Gila kejam.
Sampai di kaunter reception, dia segera bertanyakan tentang Annuar.
"Encik Annuar masih ada meeting. Tapi sekejap lagi habis kot. Kalau cik nak, cik boleh tunggu kat pejabat dia," beritahu wanita di kaunter tersebut ramah sambil menunjukkan arah pejabat Annuar.
Setelah mengucapkan terima kasih, dia melangkah ke arah pejabat Annuar. Boleh tahan jugak pejabat dia ni. Tak begitu besar tapi cukup selesa. Sempat juga dia melihat-lihat seluruh ruang pejabat sementara menunggu Annuar.
Dekorasi dalam ruang pejabat itu cukup simple tapi nampak kemas. Memang padan dengan penampilan Annuar sendiri. Bibirnya mengukir senyum nipis. Dia menghampiri pula meja kerja Annuar. Ada beberapa keping gambar di situ. Gambar semasa dia kecil, semasa sekolah, gambar konvokesyen, gambar keluarga. Dia tersenyum lagi.
Matanya terpandang ke arah suatu objek berhampiran gambar-gambar tersebut. Sebuah buku yang dibalut dan dihias rapi. Nampak macam sebuah album, atau mungkin juga sebuah diari. Perasaan ingin tahu tiba-tiba memuncak. Apa agaknya yang seorang lelaki tulis dalam diari? Kisah cinta ke? hikhikhik. Dia tergelak sendiri. Pantas tangannya mencapai buku tersebut. Dia tersenyum apabila melhatkan gambar yang menghiasi kulit depan. Gambar lebih kurang 8 tahun lepas, semasa jamuan akhir tahun kelas mereka. Dia tergelak kecil melihatkan wajahnya yang ada di dalam gambar tersebut. Comotnya aku masa tu. Tapi comel, hehe..
Jari halusnya membuka lembaran pertama. Gambar kelas mereka semasa Form 1. Sempat dia mengamati setiap wajah yang ada. Tersenyum sendiri melihatkan wajah-wajah comel itu. Dibeleknya setiap muka surat satu-persatu. Semuanya memuatkan gambar-gambar zaman sekolah. Gambar-gambar kelas sejak Tingkatan Satu hingga Lima, gambar-gambar event sekolah yang melibatkan Annuar serta dia sendiri.
Halaman-halaman di bahagian belakang pula lebih kepada catatan peribadi. Lebih kurang macam diari kot. Tak sangka aku ada jugak lelaki yang tulis diari. Dia tersenyum sendiri. Namun senyumannya automatik mati apabila tiba di satu halaman. Namanya ditulis besar-besar memenuhi seluruh halaman tersebut.
Puteri Alfea binti Ahmad.
My Dear Lovely Princess.
Jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Jari-jemarinya terus menyelak halaman-halaman seterusnya dengan pantas..
'Entah kenapa aku tiba-tiba teringat kat dia. Sejak dia masuk universiti aku langsung tak dengar khabar dia. The cutest but smartest girl in class. Rindu wajah comel dia. Rindu suara lembut dia. Gaya dia yang selamba dan comot tapi cool dan tenang. Tak pernah marah. Tak pernah nampak sedih. Maintain cool walaupun tak ramai kawan rapat. Macam mana agaknya khabar dia sekarang?'
Anak matanya berlari pantas membaca apa yang tertulis di dalam diari itu.
'Aku paling suka hari raya. Sebab Pak Cik Ahmad dengan Mak Cik Laila sekeluarga akan datang ke rumah. Dan aku boleh tengok princess aku puas-puas. Fea.. kalau la awak tau betapa hepinya saya hari ni...'
Lembaran seterusnya diselak lagi.
'...Hari ni aku nekad. Aku mesti cuba dapatkan dia. Jadi aku bagitau mama. Syukurlah mama setuju pinangkan dia untuk aku..'
Lagi.
'...Aku terdengar Pak Cik Ahmad kata Fea macam keberatan. Salah ke aku suruh mama pinangkan dia?'
Dan lagi.
'...Aku tak mahu dia terima aku sebab terpaksa. Jadi aku suruh mama bagi tempoh untuk dia berfikir. Harap-harap nanti hati dia akan terbuka untuk terima aku...'
Kepalanya tiba-tiba pening.
'
Matanya kini cuma dapat menangkap beberapa patah ayat saja.
'Hari ni hari penentuan. Aku tak tahu sama ada dia akan terima aku ataupun tak. Tapi aku redha kalau dia tak nak. Yang penting dia bahagia.'
Diari ditutup sebaik saja dia habis membaca helaian terakhir. Tubuhnya menggigil tiba-tiba. Fikirannya mula bercelaru menyebabkan kepalanya semakin sakit. Dengan pantas beg di atas meja dicapai lantas keluar dari bilik tersebut.
Sepanjang perjalanan ke tempat letak kereta mindanya berputar ligat. Cuba memproses apa yang baru diketahui. Rancangan pertunangan dia dengan Annuar adalah atas permintaan lelaki itu sendiri. Bermakna Annuar memang ada menyimpan perasaan terhadapnya. Tapi sejak bila? Setahu aku masa sekolah menengah dulu dia couple dengan Aziemah. Sweetest couple forever kot diorang dulu. Takkan diorang putus sebab Nuar suka kat aku? Dia menggeleng-geleng kepala cuba menepis prasangka buruk yang terlintas di fikiran.
No comments:
Post a Comment