ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Sunday, September 22, 2013

Cerpan: Cinta Ke Akhirnya (Episode 2)

Kotak cincin di atas meja di depannya direnung lama. Cincin pemberian keluarga Annuar semasa datang ke rumah tempoh hari.

"Kami faham mungkin semua ni terlalu mengejut buat Fea," kata-kata Aunty Lynn, ibu Annuar terngiang semula di telinga. "Kami pun takkan paksa Fea kalau Fea belum bersedia,"

Dia diam. Seriously, setakat ni dia memang masih belum bersedia untuk berkahwin, apa lagi kalau dengan Annuar. Baginya, cinta amat diperlukan sebelum sesebuah perkahwinan boleh diteruskan. Macam mana nak kahwin kalau kita tak suka, tak sayang dan tak cintakan seseorang tu?

"Tapi kami berharap sangat Fea jadi menantu kami,"

Dia mengerutkan dahi. Kurang faham dengan pernyataan itu. Tadi kata tak nak paksa, ni macam nak paksa pulak. Mana satu ni? Wajah Aunty Lynn dipandang mencari penjelasan.

"Hm.. macam ni lah Fea," Uncle Fahmy pula bersuara. Dia mengalih pandang pada lelaki yang sebaya ayahnya itu. "Fea ambil je cincin ni, Fea simpan dulu. Nanti bila-bila kalau Fea dah bersedia untuk jadi tunang Nuar, Fea sarung je cincin ni. Masa tu baru kita decide tarikh nikah dan majlis. Boleh?"

Kotak cincin beralih tangan. Dia teragak-agak untuk menyambut, namun dia tak mampu berbuat apa-apa bila Aunty Lynn sendiri meraih tangannya. Dia hanya memandang kotak cincin yang kini berada di tangannya. Maksudnya.. macam mana pun aku kena terima la jugak Nuar tu? Cuma lambat atau cepat je?

"Fea ambil la berapa banyak masa pun, kami boleh tunggu," tambah Aunty Lynn dengan senyuman paling manis.

"Boleh?" tanya Uncle Fahmy.

"Err.."

"Macam ni lah. Kami bagi tempoh lima bulan dulu untuk Fea fikir. Sambil-sambil tu Fea cuba-cuba la kenal Nuar lebih dekat. Kalau lepas lima bulan Fea masih tak boleh terima, Fea boleh pulangkan cincin tu," sambung Uncle Fahmy lagi.

"Hm.. okey. Fea setuju," jawabnya setelah berfikir sejenak. Dia yakin cincin ini pasti akan dipulangkan semula lima bulan dari sekarang.

Kini tempoh lima bulan yang diberi dah pun tamat. Tapi tiada apa yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Semuanya masih kekal sama. Walaupun Annuar ada cuba hubungi dia, tapi dia cuma layan gitu-gitu je. Dia sendiri lebih selesa menghubungi Aiman. Tak pernah sekali pun dia cuba menghubungi Annuar selama tempoh tersebut. Jadi hari ini dia akan pergi menemui Annuar sendiri untuk memulangkan cincin.

Buat kali terakhir dia membelek cincin yang sepatutnya menjadi cincin pertunangan dia dan Annuar. Memang cantik. Walau siapa pun yang memilihnya, orang itu pasti memiliki cita rasa yang baik. Tapi sayang kau bukan milik aku, cincin. Aku terpaksa pulangkan kau.

Cincin emas bertatahkan berlian disimpan semula dalam kotak. Kunci kereta di dalam laci dicapai sebelum melangkah keluar dari ruang pejabat.

No comments: