ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Thursday, April 14, 2016

goodbye

Assalamualaikum..

Baru hari tu aku tulis post bertajuk 'hello', hari ni dah 'goodbye' pulak? Hehe.. bukan goodbye saja-saja, tapi ni goodbye untuk kebaikan bersama.

Beberapa hari ni mata aku dah mula menunjukkan tanda-tanda keletihan yang amat sangat. Macam makin teruk pulak mata nih. Selalu rasa pedih je. Mungkin ditambah dengan ketidakcukupan tidor, dia jadi makin teruk.

Jadi aku rasa aku perlu merehatkan mata sekejap. So mulai esok, aku nak jauhkan mata aku daripada menatap segala jenis peralatan elektronik, terutamanya handset. Kalau boleh laptop pun aku tak nak hadap tapi tak boleh sebab kerja aku banyak perlu guna laptop.

Tapi blog memang aku takkan jenguk kot. So mungkin takkan ada update di sini buat jangka masa yang agak lama.

Tak tahulah berapa lama aku akan off, tapi mungkin agak lama kot, hingga mata aku betul-betul rasa lega. Kalau mata aku makin baik, insyaAllah aku akan on balik. Tapi kalau tak, mungkin aku akan terpaksa ucap selamat tinggal pada handset. Kalau guna pun cuma untuk jawab panggilan je.

So semasa ketiadaan aku, korang jangan rindu aku tau. Kalau rindu, bacalah bebelan-bebelan aku yang dulu-dulu. Atau pun boleh call je aku kalau korang tahu nombor aku. Okey?

Sekian, wassalam.
 

1 comment:

ben said...

Blah la..ngek.