ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Tuesday, March 8, 2016

mana lagi penting: kematangan atau kemahiran??

Assalamualaikum..

Aku ada satu persoalan yang ingin diajukan kepada korang yang dipanggil lelaki. Siapa yang tahu jawapannya atau ada pengalaman serta pendapat yang ingin dikongsi, silalah share di ruangan komen, okey.

Soalannya, antara kematangan dan kemahiran, mana satu yang jadi pilihan korang? I mean, kalau nak cari calon isteri la terutamanya. Mana satu yang jadi keutamaan korang?

Biar aku beri contoh. Katakan korang ada dua orang kawan perempuan yang boleh dicalonkan sebagai calon isteri. Dua-dua sama cantik, sama bijak, sama pandai. Ada pendidikan dan kerjaya yang baik.

Tapi salah seorang agak berusia, dah hampir boleh dipanggil anak dara tua kot, dan yang seorang lagi masih muda, baru nak masuk alam dewasa. Let's say usia diorang masing-masing awal 20-an dan lewat 20-an.

Dari segi kematangan fikiran dan peribadi, yang tua dah tentulah lebih matang, bersikap lebih terbuka, dan memahami. Tak terlalu mendesak, tak terlalu memaksa. Yang muda pula masih bersikap agak kebudak-budakan, manja, tapi kurang memahami dan kuat mendesak. Biasalah darah muda, kurang sabar kot.

Tapi dalam bab kemahiran rumahtangga, yang muda lebih mahir dan cekap berbanding yang tua. Yang muda lebih pandai masak, lebih pandai mengurus rumahtangga, dan lebih rajin. Yang tua pulak rajin ikut mood, kalau rasa nak masak baru masak. Mood rajinnya pulak cuma datang sekali-sekala. Jadi dia cuma tahu beberapa masakan. Masakan yang simple pun kadang-kadang tak tahu.

Antara dua orang calon yang disenaraikan, mana satu yang korang akan pilih untuk dijadikan isteri? Dan kenapa?

Mungkin akan ada yang kata, semuanya bergantung pada cita rasa masing-masing. Ya, aku setuju. Lain orang lain cita rasa. Tapi secara umumnya, korang rasa yang mana satu akan lebih jadi pilihan ramai?

Kalau in terms of pekerjaan, secara professional, mungkin kematangan akan lebih diutamakan. Walaupun seseorang tu kurang kemahiran atau pengalaman, tapi as long as dia ada cara berfikir yang matang, majikan masih boleh mengharapkan dia untuk bekerja dengan baik. Kematangan dia akan membolehkan dia mengawal semua keadaan, terutama bila ada konflik di tempat kerja. Kemahiran pulak boleh dipelajari secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Tapi kalau cuma ada kemahiran je tanpa ada kemampuan yang cukup untuk mengawal diri, emosi, dan keadaan, aku tak rasa kemahiran tu mampu membantu bila dia berdepan dengan konflik atau masalah.

Cewah, mentang-mentang baru lepas meng interview orang, terbawa-bawa sampai ke sini pulak. hehe..

Anyway, itu pendapat aku kalau calon tu adalah untuk jawatan professional. Tapi kalau untuk jawatan isteri? Bolehkah disamakan kriterianya? Jadi aku perlukan nasihat dan pendapat daripada orang yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman untuk jawab soalan ni.

Komen anda mungkin boleh mengubah nasib seseorang, so sila komen dengan jujur dan rasional.. terima kasih.
 

No comments: