Bismillahirrahmanirrahim..
Dalam post yang lepas aku ada tulis tentang target tuan CEO untuk tahun 2016. Personally, aku tak pasti kalau target tu dapat dicapai ataupun tak. Sebab secara peribadi, aku tak rasa aku sendiri layak pegang jawatan baru yang akan aku dapat bila jawatan kosong tu dah terisi. Sebab honestly and truthfully, aku langsung tak ada kriteria yang orang cari untuk pegang jawatan tersebut. Dan honestly and truthfully, mengurus rumahtangga dah jadi my least favorite thing to do, compared to 5-6 years ago.
Kadang-kadang aku terfikir, mungkin kehidupan berkerjaya sedikit sebanyak menjadikan aku kurang rajin dan kurang peduli pada urusan rumah. Tapi kalau difikirkan, ramai juga wanita yang berkerja yang masih mampu urus rumahtangga. So memang nampak jelaslah di sini bahawa alasan berkerja cumalah satu alasan. Hakikatnya, memang diri sendiri yang tak mahu. Tambahan pula, ketidakrajinan memang merupakan salah satu sifat semulajadi dalam diri aku. Mungkin semua orang yang pernah mengenali aku tahu tentang itu.
Anyway, aku rasa aku bukan jenis yang boleh buat banyak sangat kerja dalam satu masa. Aku bukan wanita serba boleh yang boleh buat multi-tasking. So bila aku berkerja, seluruh fokus dan hidup aku hanya untuk kerjaya aku. Aku takkan ada masa nak peduli pun pasal keluarga atau rumahtangga. Sebab tu suatu masa dulu, aku pernah tak fikir secara serius pasal kerja, dan aku pernah berkerja secara tak serius. Sebab dalam minda dan fikiran aku waktu tu, aku berharap sangat aku akan dapat kerjaya impian aku, iaitu full-time housewife.
But those thoughts change as time passes. Selepas beberapa tahun berlalu dan masih tak ada tanda-tanda yang impian aku tu akan tercapai, perlahan-lahan impian tu pudar dan hilang sendiri dari hati dan mimpi aku. Nama pun mimpi kan, so mestilah akan hilang bila kita bangun dari tidur. So sekarang fokus hidup aku tak lagi tertumpu pada mimpi, tapi pada apa yang aku ada satu-satunya, which is my life. Fokus aku adalah untuk bina kehidupan sendiri dan hidup sendiri. Aku dah tak ingin pun nak jadi full-time housewife. Jadi half-part-time sekarang pun dah rasa macam malas setengah mati. Mak selalu tegur, tapi aku sikit pun tak ambil peduli. Aku lebih suka fikir macam ni: kalau tak ada orang suka pun tak apa, aku boleh hidup sendiri. I think it's not quite bad of an idea. Lagipun, kalau hidup sendiri, boleh buat apa yang kita suka. Malas-malas pun, orang lain sibuk apa? Orang lain nak marah nak mengutuk pun, aku peduli apa. Tak menjejaskan hidup aku pun kata-kata diorang. Dan aku rasa lebih bagus dikutuk dimaki oleh orang sekeliling yang penyibuk daripada ditinggal oleh suami atau disindir dihina oleh keluarga mertua. Sebab ianya takkan sampai terlalu dalam ke hati dan meninggalkan kesan yang berparut.
In short, kebebasan tu ada. Bebas in terms of tak payah terikat dengan apa-apa komitmen. Boleh buat apa yang kita nak, dan tak perlu buat apa yang kita tak suka. Tak payah berpura-pura berlakon dan jadi hipokrit untuk ambil hati orang. Tak payah fikir pasal apa orang nak cakap. Tak perlu jaga hati sesiapa. Tak perlu sakitkan hati sendiri semata-mata nak buat orang lain gembira. Tak payah berurusan dengan dilema dan konflik.. bla bla bla dan sebagainya. Semua tu menguatkan lagi semangat aku untuk hidup sendiri.
Tapi tak bermakna aku tutup hati aku sepenuhnya untuk lelaki. Kalau ada orangila yang masih boleh tersuka gila nak mati walaupun lepas aku tulis semua ni, mungkin aku boleh pertimbangkan. Yang penting orang tu boleh faham dan terima aku yang super selfish dan tak suka jaga hati orang lain. Bukan untuk sehari dua tapi untuk selama-lamanya. Maknanya dia kena ada hati yang super kebal la kot..
Kau ado?

No comments:
Post a Comment