ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Saturday, December 12, 2015

Siri Cerita Pendek

Suatu ketika yang tak berapa lama dahulu:

"Awak cahaya saya. Lepas jumpa awak, saya jumpa jalan yang betul. Sekarang saya nampak arah yang betul untuk ke destinasi."

"Syukurlah awak dah jumpa jalan tu. Awak teruskanlah berjalan. Semoga selamat sampai ke destinasi."

"Awak tak ikut sekali?"

...geleng...
"Sekarang awak dah jumpa jalan yang betul. Jadi rasanya awak dah tak perlukan saya lagi. Mungkin tugas saya selesai di sini."

...memandang di kejauhan, kemudian berpaling semula..
"Tapi.. saya takut tersesat lagi kalau awak tak ada."

"Tak. Awak takkan tersesat, sebab awak ada dia di sisi awak. Kalau sesat sekalipun, dia boleh bantu awak cari jalan semula. Berdua, kalian boleh sampai ke destinasi dengan selamat."

suasana sepi seketika........

"Tapi saya tetap mahukan awak untuk sinari jalan saya. Saya lebih yakin bila awak ada sekali. Memang saya ada dia sebagai teman, tapi perjalanan saya akan lebih lengkap jika dilalui bersama awak. Awak kan cahaya saya. Sudikah awak temani saya meneruskan perjalanan saya?"

.....

I wish it would end like this. But you just walked away, leaving me here by myself. Anyway, I wish you reach your destination safely, dear.
 

No comments: