Tapi, banyak cinta pertama yang gagal lalu terputus di tengah jalan. Terbaikkah ia kalau ia terputus di tengah jalan?
Mungkin, cinta pertama sebenarnya bukanlah cinta yang terbaik. Atau mungkin, ia sebenarnya berbeza di pandangan setiap orang. Ada yang menganggap cinta pertama adalah segala-galanya. Ada pula yang menganggap cinta pertama hanya sebuah permulaan.
Tapi walau apa pun kata orang tentang cinta pertama, semua orang pasti bersetuju jika dikatakan cinta terakhir adalah yang terbaik. Dah jadi lumrah dunia, yang terbaik selalu jadi yang terakhir sekali. Macam kata orang putih, save the best for the last.
Kalau difikirkan secara logik pun, cinta yang dibawa sampai ke mati adalah cinta yang terakhir. Jadi maknanya, cinta yang terakhir adalah yang paling kekal, sejati, dan abadi.
Mak aku pun kata, bila kita mengharapkan cinta daripada seseorang, mintalah supaya kita jadi cintanya yang terakhir. Jangan minta jadi yang pertama, sebab yang pertama tak selalunya kekal jadi yang terakhir. Biarlah orang tu ada sejuta kekasih pun sebelum kita, yang penting kita jadi yang terakhir dalam hidup dia.
Dan itulah yang aku selalu minta dan harapkan dalam hidup aku. Aku selalu berdoa semoga bila aku bertemu cinta aku, dialah satu-satunya untuk aku, dan aku yang terakhir untuk dia.
Makanya, bila aku kenal dia dan mula sayang dia, aku amat berharap dialah cinta terakhirku. Dan aku juga berharap aku akan menjadi cinta terakhirnya. Aku benar-benar mengharapkan akulah yang terakhir dalam hidup dia.
Dan impian tu nampaknya tertunai. Cuma mungkin bukan dalam cara yang pernah dan selalu aku bayangkan sebelumnya. Ia sedang tertunai dalam cara yang sukar difahami, unik, dan tersendiri.
Tapi dalam kisah aku, impian tu sebenarnya tak sepatutnya wujud pun. Aku tak berhak bermimpi macam tu. Cinta terakhir dia sepatutnya bukan aku. Tapi cerita dia berubah disebabkan aku.
Tapi benda yang dah berlaku tak mungkin dapat diubah. Jadi sekarang aku cuma mampu berharap semoga takkan ada sesiapa lagi yang hadir dalam hidup dia lepas ni. Biarlah aku jadi yang terakhir. Biarlah aku jadi penutup masa lalunya. Biar masa lalu dia terkubur bersama aku.
Walaupun suatu hari nanti aku mungkin takkan bersama dengan dia, tapi aku tetap bersyukur. Aku bersyukur kerana impian aku tercapai, walaupun ia tak seperti yang aku inginkan. Dan aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya kehadiran aku membawa permulaan baru yang baik untuk dia.
Hari ni, dia tak lagi dengan aku. Hari ni, dia bersama dengan cintanya sebelum aku, yang sepatutnya jadi cinta terakhir dia. Yang aku rampas tempatnya tanpa sengaja.
Hari ini, biarpun aku mungkin takkan berpeluang bersama dia lagi, tapi aku tetap bahagia. Aku bahagia kerana impian aku untuk jadi insan terakhir dalam hidup dia tertunai. Walaupun ceritanya tak seperti yang aku bayangkan, tapi pasti ada hikmah di sebalik itu. Dan aku bahagia dia jumpa kehidupan yang lebih baik. Sekurang-kurangnya kehadiran aku ada membawa kebaikan untuk dia.
Kepada awak, jangan jadikan saya permulaan untuk sejarah lama awak berulang. Saat awak pilih dia, itu bermakna awak mahu dia jadi yang terakhir. Sesiapa pun tak seharusnya hadir selepas dia, termasuk saya. Saya adalah sesuatu yang tak sepatutnya ada dalam cerita hidup awak. Maaf sebab tak sengaja hadir dalam hidup awak.
Tapi terima kasih sebab hadir dalam hidup saya. Saya harap awak benar-benar yang terakhir.
Kepada si dia, maaf sebab ambil tempat kau sebagai yang terakhir. Serius, aku tak pernah berniat rampas tempat sesiapa. Aku tak pernah sangka impian aku akan memusnahkan impian orang lain. Aku betul-betul minta maaf.
**********

No comments:
Post a Comment