ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Wednesday, December 16, 2015

Kembali Pulih

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sekarang dah rasa lebih okey dan tenang sikit. So tempoh merajuk pun kira tamatlah buat masa ni. Boleh kembali berblog di sini macam biasa.

Selepas apa yang berlaku rasanya sekarang baru aku sedar, mungkin dah tiba masanya aku perlu belajar pujuk rajuk sendiri. Aku perlu belajar urus dan kawal emosi sendiri. Aku perlu belajar untuk tak mengharap pada orang lain, terutamanya dia.

Aku sedar, dia takkan ada selamanya dengan aku. Aku sedar, suatu saat dia akan pergi dan aku perlu lepaskan dia. Dan sebenarnya hakikat tu dah lama aku sedar, sejak mula aku kenal dia lagi. Tapi impian yang aku semai dalam diam dan harapan yang dia janjikan buat aku terlupa. Aku terlupa yang kehadiran dia sebenarnya hanya umpama mimpi dalam hidup aku. Mimpi yang akan pergi dan hilang sebaik aku terjaga.

Aku pernah utarakan ini pada dia. Tapi dia bertegas katakan itu semua bukan mimpi. Dan aku percaya tanpa sikit pun keraguan. Sebab itu bila ini berlaku, aku jadi keliru dan celaru. Apakah setiap yang dia pernah ucapkan itu nyata? Atau kata-kata itu juga sebenarnya hanya sebahagian daripada mimpi indah aku?

Kalau ia nyata, kenapa dia tak ada bila aku perlu dia? Kenapa aku tak dapat cari dia di mana-mana? Kenapa aku rasa keseorangan? Kesendirian? Kesunyian? Kesepian? Kenapa? Apakah benar dia cuma mimpi? Kalau bukan mimpi, mana dia? Mana??

Mungkin hakikatnya dia memang hanya mimpi. Mungkin sekarang dah tiba masanya aku bangun hadapi realiti. Terima hakikat bahawa kehadiran dia mungkin cuma mimpi. Terima kenyataan bahawa dia sebenarnya tak pernah wujud.

Ah, beratnya untuk aku terima semuanya. Kalaulah dia boleh tiba-tiba muncul depan mata aku supaya aku tak perlu terima kenyataan tu. Kalaulah ada bukti yang dia benar-benar wujud dan bukan hanya mimpi.

Dear, how I wish you were real.

Tuhan, kalau dia bukan mimpi, berikan aku petanda. Tunjukkanlah bukti wujudnya dia. Kalau dia hanya mimpi, bantulah aku terima hakikat.
 

No comments: