Malam tadi aku diasak lagi dengan satu pertanyaan yang membunuh. Pertanyaan yang aku sendiri tak ada jawapan. Yang aku sendiri sebenarnya masih tertanya-tanya dan ternanti-nanti akan jawapannya.
Soalan killer tahun ni, tahun depan dan tahun-tahun seterusnya selagi aku masih single: Adakah aku mempunyai calon pilihan untuk dijadikan teman hidup? Kalau ada, bawalah untuk berkenalan.
Seriously, soalan ni adalah soalan paling susah untuk aku jawab dalam seumur hidup.
Ya, memang ada seseorang istimewa di hati aku. Pilihan hati memang ada. Tapi sampai sekarang keadaan masih belum mengizinkan untuk aku kata 'ya'. Dan aku juga tak mahu mematikan impian dengan berkata 'tidak'.
Sampai bila harus aku jawab soalan tu dengan kebisuan? Sampai bila mampu aku mengelak daripada ditanya?
Dear, what should I do? Help me, please..
Sekarang aku cuma mampu berharap agar masa dan takdir berpihak pada aku.

No comments:
Post a Comment