*****
Perbualan antara si A dengan si B.A: Sudahlah tu. Lupakan dia. Dia ada kehidupan sendiri. Dia tak perlukan kau pun. Kau pun nampak kan, dia bahagia tanpa kau. Sikit pun dia tak peduli kat kau. Entah-entah dia dah pun lupakan kau.
B: Tak mungkin. Dia dah berjanji pada aku. Dia janji takkan pergi mana-mana. Dia janji takkan tinggalkan aku.
A: Itu dulu. Sebelum kau bertindak terburu-buru dan terlalu mengikut perasaan. Sekarang ni lepas apa yang kau buat, kau fikir dia masih nak kat kau? Sudahlah, berhenti harapkan dia. Lupakan dia.
B: Tak boleh. Aku sayangkan dia. Aku tak nak lepaskan dia. Aku tak sanggup kehilangan dia. Aku tahu, aku sedar, memang aku yang bersalah. Tapi aku ada sebab aku sendiri. Aku tak sampai hati simpan rahsia tu lama-lama. Dah terlalu lama. Aku tak nak insan tu rasa dikhianati dan diperbodohkan. Dia perlu tahu perkara sebenar. Itu hak dia. Lagipun, aku sayangkan insan tu, sama macam aku sayangkan dia. Aku tak mahu tipu mereka.
A: Kau je yang sayangkan mereka. Tapi mereka? Ada mereka kisah pasal kau? Kau separuh gila macam ni, ada mereka ambik tau? Mereka langsung tak peduli pun, kan?
B: Entahlah. Aku tak pasti macam mana perasaan dia dan insan tu terhadap aku sekarang. Mungkin dia dah benci aku sebab perkara tu. Mungkin insan tu pun semakin bencikan aku. Tapi tak kisahlah, sebab itu semua memang salah aku. Tapi aku tetap sayangkan dia. Aku tetap sayangkan mereka. Tak ada yang berubah.
A: Aku tak faham la dengan kau ni. Orang dah benci pun kau masih suka.
B: *senyum* ... ... tapi.. *kerut dahi* dia tak pernah kata pun yang dia bencikan aku.
A: Maksud kau?
B: Dia tak ada cakap pun yang dia bencikan aku atau dah tak suka aku. Walaupun setelah apa aku lakukan, dia tak cakap apa-apa. Dia diam membisu, tapi sekali pun dia tak pernah kata yang dia bencikan aku. Maknanya dia tak bencikan aku la. Maknanya tak ada apa-apa yang berubah. Maknanya dia masih yang dulu.
A: Kau pasti? Mungkin dia diam sebab terlalu marah atau benci. Ataupun dia diam sebab dia memang dah tak nak layan kau.
B: Tak, dia bukan macam tu. Kalau betul pun dia tak nak layan, itu bukan sebab benci, tapi sebab dia memang tak suka layan perangai bodoh aku. Kalau benar dia tak suka, dan kalau benar dia dah benci, dia mesti dah bagitau aku. Itu janji dia pada aku dulu.
A: So sekarang apa kau nak buat? Ada apa-apa plan?
B: Tak ada apa-apa. Tapi aku akan tetap berada di sini. Aku akan sentiasa berada di sisi mereka. Aku takkan pergi mana-mana selagi dia tak suruh aku pergi. Aku akan sentiasa tunggu dia sehingga dia datang jemput aku, ataupun dia sendiri yang suruh aku pergi. Selagi dia diam dan tak cakap apa-apa, aku akan tetap anggap dia sebagai dia yang dulu. Aku akan tetap percaya yang dia masih pegang janji dia pada aku. Janji dia pada aku tetap sah dan berlaku selagi dia tak batalkan sendiri.
A: Habis macam mana pulak dengan insan tu?
B: Macam biasa. Aku takkan putuskan hubungan aku dengan insan tu hanya kerana hal aku dengan dia. Hal aku dengan dia perkara lain. Hubungan aku dengan insan tu perkara lain. Hal aku dengan dia, biarlah dia yang uruskan dan buat keputusan. Tentang insan tu, buat masa ni aku terima je keputusan insan tu. Aku faham perasaan insan tu, dan aku hormati kedudukan insan tu. Jadi aku takkan cuba paksa insan tu lagi. Tapi aku akan tetap berdoa dan berharap semoga hati insan tu akan lembut dan terbuka suatu hari nanti. InsyaAllah..amiin.
A: Kau pasti ke dengan keputusan ni? Kau tak menyesal?
B: InsyaAllah.. aku nekad. Sejak dari awal lagi, aku memang dah pilih dia. Aku dah sampai sejauh ni, takkan nak give-up.
Tamat.
*****
Macam entah apa-apa je kan cerita ni? hehe..korang faham ke maksud tersirat di sebalik kisah ni? lantak la kalau tak faham, janji aku faham.
Apapun sorry sebab tulis post ni. Lepas tulis pasal Ramadhan tetiba post entah apa-apa je. Tapi tak apalah. Bukannya ada orang baca pun kot blog aku ni. Kosong dan sunyi selamanya, macam hidup aku, hehe..bye.
*****
Ya Allah, teguhkanlah keimananku agar dapat terus yakin pada takdir dan ketentuanMu.

No comments:
Post a Comment