Assalamualaikum...
Sempena dah nak dekat Ramadhan ni, banyak tazkirah-tazkirah dekat tv, dekat surau, dekat masjid yang cerita pasal kelebihan Ramadhan.
Malam semalam di rumah aku baru dengar satu tazkirah Ramadhan, from our very own ustaz. Beliau cerita tentang tujuan berpuasa.
Menurut ceramah beliau, setiap perkara dalam rukun Islam ada tujuan-tujuan masing-masing. Secara ringkas, tujuan ibadat dalam rukun Islam adalah seperti berikut:
Kalimah Syahadah:
- untuk menjauhkan syirik dan membina keyakinan pada Allah.
- serta mengelakkan bid'ah dengan percaya dan mengamalkan sunnah-sunnah Rasullullah s.a.w.
Solat:
- untuk mengelakkan perkara yang keji (seperti zina dan berjudi) dan mungkar (perkara yang tidak elok)
Puasa:
- untuk mengawal dan menguasai nafsu
Zakat:
- untuk mensucikan harta
Haji:
- untuk mendidik diri untuk perubahan (yang ni aku tak berapa ingat dan tak berapa faham)
Itulah secara ringkas tujuan ibadah yang terdapat dalam rukun Islam. Tapi fokus tazkirah kali ni hanya pada puasa.
Puasa bertujuan untuk mengawal nafsu kita. Dan nafsu yang dimaksudkan di sini bukan hanya nafsu makan, minum, atau nafsu seksual semata-mata, sebab maksud nafsu adalah keinginan. So apa-apa saja yang kita inginkan adalah nafsu.
Nafsu boleh menguasai akal, dan juga boleh dikuasai akal. Dan akal yang mengawal nafsu pula boleh dipandu oleh dua perkara, sama ada oleh syaitan atau oleh agama.
Sekiranya kita menggunakan akal yang dipandu oleh syaitan dalam mengawal nafsu, maka kita akan sesat dan salah, sebab syaitan akan sentiasa mencuba untuk pesongkan manusia.
Jadi dengan berpuasa, kita sebenarnya cuba mendidik diri untuk mengawal nafsu dengan menggunakan akal yang dipandu oleh agama, supaya the end result yang kita dapat tak bertentangan dengan agama. InsyaAllah..
Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment