Hari ni aku cuti. Sepatutnya hari ni aku berada di seberang laut china selatan, bercuti. Tapi disebabkan beberapa perkara, aku akhirnya cuma berada di rumah sendiri sambil belek-belek handset.
Well, manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya, kan?
Hari ni aku nak story pasal restu. Korang semua mesti tau apa itu restu, kan? Kalau tak tahu cuba rujuk kamus, sebab aku sendiri tak pasti definisi sebenarnya.
Actually apa yang aku nak tulis ni berkaitan dengan apa yang berlaku ni - pembatalan percutian ke negeri 'ehem'. Rasanya tak perlu la aku bagitau nama tempat tu kot, sebab tak berapa penting pun.
Ok, back to topic. Salah satu sebab aku batalkan rancangan kali ni ialah sebab restu. Actually my parents bukanlah tak merestui rancangan percutian ni, tapi biasalah sebagai orang tua, mereka risau pasal keselamatan anak kesayangan mereka yang seorang ni.
Mereka sebenarnya tak kisah pasal perchutian aku, tapi mereka macam agak keberatan bila aku bagitau tempat sebenar yang aku nak pergi. Well, parents mana yang tak risau kalau anak mereka nak pergi bercuti ke tempat kawan yang cuma dikenali dalam alam maya.
So bila aku fikir-fikir dan renung-renungkan balik, mungkin ada baiknya aku batalkan je rancangan aku. Sebab kalau aku teruskan dalam keadaan mereka yang keberatan nak bagi aku pergi, aku risau nanti berlaku apa-apa yang tak diingini pulak. So untuk lebih selamat, aku batalkan rancangan tu, walaupun semua persediaan dah dibuat.
Kalau nak fikir pasal membazir, memang rasa agak membazir. Tapi bagi aku, restu orang tua adalah lebih penting daripada segala-galanya. Sebelum ni pun banyak jugak rancangan yang terpaksa aku batalkan, perkara yang terpaksa aku lupakan, dan hal yang terpaksa aku lepaskan kerana perkara restu ni.
Tapi tak kisahlah. Biar rugi duit, biar kehilangan kawan, biar tak ada teman, yang penting restu mereka sentiasa bersama aku.
InsyaAllah..

No comments:
Post a Comment