ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Thursday, May 28, 2015

My only one

Assalamualaikum...

Malam semalam aku godek-godek blog dan post-post lama. Kemudian aku terjumpa satu post dengan komen yang benar-benar buat aku rasa sedih dan sayu.

Komen daripada seorang kawan baik yang buat aku sedar, betapa tak baiknya aku sebagai seorang kawan.

Semalam bila aku baca balik komen-komen tu, aku rasa macam aku memang tak layak untuk jadi kawan dia.

Sebabnya aku memang cuma seorang yang pentingkan diri. Aku jarang fikir pasal orang lain. Aku selalu desak dia buat sesuatu yang mungkin sebenarnya di luar kemampuan dia.

Dan semalam aku rasa mungkin kehidupan dia sebenarnya lebih baik tanpa aku. Macam sekarang. Ternyata dia lebih bahagia dan tenang tanpa aku.

Awak.. saya minta maaf untuk segalanya. Saya sedar saya bukan kawan yang baik untuk awak. Saya tak pernah fikir pasal perasaan dan keadaan awak. Tapi awak selalu fikir pasal saya, awak selalu cuba buat saya gembira walaupun awak sendiri sebenarnya tengah sedih. Saya minta maaf sebab selalu menyusahkan awak. Saya harap sekarang awak lebih bahagia. Walaupun sekarang awak dah semakin jauh, tapi awak tetap ada dalam hati dan ingatan saya setiap masa, dan saya akan sentiasa doakan kesejahteraan awak tanpa lelah.

Sebab bagi saya, awaklah kawan dan sahabat terbaik saya. Dan di hati saya, awak tetap akan jadi teman terbaik saya, satu-satunya hingga akhir hayat.

Crapped by,                                                  
 

No comments: