ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Monday, June 29, 2015

basic kahwin menurut aku #1

Assalamualaikum...

Sebenarnya aku memang dah tak berapa berminat nak tulis pasal tajuk kahwin ni. Sebab aku memang dah lupakan sepenuhnya pasal berkahwin dan perkahwinan ni sejak berjauhan dengan dia. Tapi aku sangat tak puas hati bila tengok keadaan sekeliling, so aku rasa elok aku luahkan di sini.

Sesetengah orang mungkin kurang memahami maksud dan konsep sebenar perkahwinan, terutamanya perempuan atau wanita. Ramai wanita yang beranggapan bahawa bila mereka kahwin, suami mereka akan 100% jadi milik mereka. Tak siapa boleh ambil atau kongsi si suami, walaupun keluarga si suami tu sendiri.

Si isteri pun mula conquer hidup suami. Tak boleh itu, tak boleh ini, mesti itu, mesti ini, kena ikut balik rumah mak isteri setiap minggu, tak boleh balik rumah mak suami selalu. Bila balik rumah isteri, suami kena ikut, tapi bila balik rumah suami, isteri tak perlu ikut. Dan macam-macam lagi la.

Suami pulak kurang faham tanggungjawab sendiri. Ikut je cakap dan kehendak isteri, kononnya atas nama cinta dan sayang. Kononnya kalau tak ikut nanti takut ditinggal isteri, macam la kuasa cerai tu di tangan isteri.

Dengan kata ringkasnya, kehidupan si suami seolah-olah dikuasai si isteri. Tanggungjawab dan kewajipan si suami jadi berpindah 100% ke arah kehendak si isteri dan keluarga barunya, dan bukan lagi terhadap keluarga sendiri. Hidup si suami seolah-olah jadi milik si isteri, dan suami kena ikut semua kehendak dan kemahuan si isteri. Malah ibu bapa si suami sendiri jadi seolah-olah hilang hak terhadap anak mereka.

Akibatnya suami sentiasa lebihkan isteri daripada keluarga (ibu bapa). Seolah-olah suami dah tak ada tanggungjawab, dah lepas tanggungjawab terhadap ibu bapa sendiri.

Setahu aku kalau menurut Islam, tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapa tak jatuh lepas kahwin. Walaupun dah kahwin, mereka tetap ada tanggungjawab sebagai anak. Wajib patuh, wajib taat pada ibu bapa mereka selagi tak bertentangan dengan agama. Wajib tanggung, jaga dan sara mereka kalau mereka dah tua.

Lain la kalau orang perempuan, bila dah kahwin, hilang tanggungjawab sebagai anak. Tanggungjawab dan kewajipan semua berpindah pada suami. Kena ikut cakap suami, taat suami 100% lebih daripada ibu bapa sendiri.

Tapi suami tak wajib ikut semua cakap isteri. Tak wajib patuh kehendak isteri, tak wajib taat kemahuan isteri. Yang wajib untuk diikut dan ditaati oleh suami adalah perintah Allah dan ibu bapa dia, selagi tak bertentangan dengan agama. Kalau pun kehendak makbapak tu bertentangan dengan kehendak sendiri, tetap kena hormat mereka.

Contoh, si ibu tak suka dengan menantu, si anak pula mesti la sayang isteri dia, takkan nak cerai kan. Tapi jangan la sampai buang makbapak pulak. Jangan la korang hasut pulak isteri korang supaya bencikan mak korang.

Ingat la, seburuk dan sejahat mana pun ibu bapa korang, dia tetap ibu bapa korang. Jahat mana pun diorang, sekurang-kurangnya diorang tak buang korang masa kecik dulu. Sekurang-kurangnya ibu korang sudi lahirkan korang ke dunia. Dia tak gugurkan korang tu dah kira baik apa. Diorang dah jaga korang, besarkan korang, sampai korang dah tua sekarang, mampu bina keluarga sendiri. Takkan sekarang bila dah ada keluarga sendiri, korang nak buang ibu bapa korang semata-sebab dia tak suka bini korang.

Sepatutnya sebagai anak dan suami, korang la yang cuba baikkan hubungan antara mak dan isteri korang. Jangan la korang pulak yang tambah burukkan keadaan pulak. Burukkan mak depan isteri, burukkan isteri depan mak. Kalau macam tu la gayanya hidup korang, sampai kiamat pun takkan jumpa kot bahagia yang korang cari.

Yang si isteri pulak, cuba la fahami suami. Tanggungjawab dia, beban dia. Tahu tak, bila dia kahwin dengan korang, tanggungjawab dia jadi bertambah. Kalau sebelum ni dia cuma perlu bertanggungjawab pada ibu bapa dia, tapi lepas dah kahwin dengan korang, dia kena bertanggungjawab pada korang pulak. Bila dah ada anak kena bertanggungjawab pada anak lagi.

Jangan la tambahkan beban dia dengan perangai pelik-pelik dan permintaan yang bukan-bukan dan macam-macam. Tak kesian ke kat suami? Kata sayang, cinta apa semua. Sepatutnya bantu la ringankan beban suami dengan cuba memahami dia.

Aku tahu mungkin ada yang akan cakap, aku belum kahwin, apa aku tahu pasal hidup orang dah kahwin.

Yup, memang aku tak tahu apa-apa, tapi sekurang-kurangnya aku tahu tujuan berkahwin bukan untuk suka-suka, maksud berkahwin bukan semata-mata memiliki orang yang kita sayang, perkahwinan bukan bermakna bahagia gembira senang setiap masa, dan matlamat berkahwin bukan untuk meretakkan atau merenggangkan mana-mana hubungan yang dah sedia ada.

Perkahwinan adalah suatu perkongsian, dan bukannya sebuah pemilikan. Sebab suami/isteri adalah manusia, dan bukannya barang.

Bagi aku, ini basic yang semua orang perlu faham betul-betul sebelum nak kahwin.

Dan mungkin sebab aku faham semua tu, aku sanggup lupakan sepenuhnya segala-galanya tentang perkara tu yang pernah jadi impian aku yang paling besar. Sebab aku tak nak tambah lagi beban satu-satunya orang yang aku sayang.

Lagipun macam ni aku boleh jalankan tanggungjawab sebagai anak sampai akhir, jadi tak rugi apa pun.

 

No comments: