ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Sunday, July 5, 2015

sampah #2

Perhatian: Ini adalah post sampah. Sekiranya anda tidak menggemari post-post sampah, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan. Sekian, terima kasih.

**********

B: Kau tahu tak, apa impian aku bersama dia?

A: Apa dia?

B: Dulu, semasa aku baru mengenali dia, dia pernah ceritakan impian dan hasrat hidup dia. Dia kata, bagus kalau ada seseorang yang boleh bantu dia capai hasrat tu. Waktu tu, aku berharap sangat bahawa aku boleh jadi seseorang tu. Aku berharap sangat aku boleh jadi teman yang boleh bantu dia capai impian dia, yang sentiasa bersama dia. Aku berharap sangat aku yang akan jadi teman dia, pendorong semangat dia, pembantu dia, dan segala-galanya bagi dia.

Semakin lama aku kenal dia, semakin aku tak nak berjauhan daripada dia. Semakin impian tu menggunung. Kau ingat tak masa dia tengah susah dulu?

A: Ingat, kenapa?

B: Waktu tu dia pernah suruh aku pergi, tapi aku tak nak. Sebab aku nak jadi teman dia setiap masa, tak kira senang atau pun susah. Impian aku adalah untuk bersama dia dalam setiap masa dan keadaan, selama-lamanya.

Tapi.....

A: Tapi kenapa?

B: Tapi mungkin cuma aku seorang yang impikan semua tu. Mungkin dia tak pernah fikir pun sampai ke tahap tu.

A: Kenapa kau fikir macam tu?

B: Sebab hakikatnya dia memang tak perlukan aku. Dia tak perlukan sesiapa lagi dalam hidup dia, sebab dia dah ada segala-galanya. Semua yang dia perlukan, semua yang dia impikan, semuanya dia dah ada. Aku ni sebenarnya tak diperlukan pun dalam hidup dia. Aku je yang bina impian terlalu tinggi.

A: Kau pasti ke? Dia tak pernah pun cakap apa-apa.

B: Memang dia tak cakap apa-apa, tapi dari cara dan gaya dia, aku rasa dia memang tak perlukan aku. Kau pun nampak kan, macam mana dia ketepikan aku. Dia tak bagi peluang untuk aku ambil berat lagi pasal dia. Dia dah buang aku. Dia memang tak perlukan aku.

A: .....

B: Aku ingat lagi, dia pernah tanya, aku ok ke kalau dengan dia, yelah dengan keadaan hidup dia yang tak berapa nak menentu dan sebagainya. Sampai sekarang aku tak faham untuk apa dia tanya semua tu. Kalau dia tak nak bertindak, tak nak ambil apa-apa langkah, untuk apa tanya soalan macam tu? Setakat nak bagi harapan kosong pada aku?

Sebenarnya aku memang tak kisah langsung pasal apa-apa pun. Aku lebih sanggup bersusah-susah bersama dia sekarang daripada tunggu dia cari aku masa dia dah senang nanti. Sebab tu kadang-kadang aku sakit hati, aku cemburu dengan kawan tu yang dapat peluang untuk bersusah dengan dia. Kawan tu dapat peluang tu 100%, tapi aku tak dapat peluang apa-apa sebab aku bukan siapa-siapa. Kalau pun ada peluang untuk aku, ianya akan jadi hutang pada dia. Bukan macam tu yang aku nak. Bukan tu yang aku inginkan. Dan sebab sakit hati tulah, aku selalu rasa nak sakitkan hati dia balik.

Tapi dia tak pernah faham semua tu. Dia tak pernah faham apa yang aku nak. Bila aku buat apa-apa, dia anggap lain. Mungkin dia memang tak suka aku ada dengan dia. Mungkin dia tak suka aku jadi teman dia. Dan sekarang, dia memang dah buang aku terus.

Sekarang ni aku rasa macam sampah. Aku rasa macam tak berguna. Aku tak kisah kalau dia tak perlukan aku sekali pun, tapi janganlah buang aku macam tu je. Sekurang-kurangnya tolaklah aku secara baik. Aku bukannya sampah.

Mungkin bagi dia aku memang cuma sampah, tapi orang lain kalau nak buang sampah pun tau bungkus elok-elok sampah tu sebelum buang, bukan main campak ke tepi je. Mungkin bagi dia aku ni cuma puntung rokok je, lepas puas hisap, dibuang, lepas tu dipijak lenyek sampai mati.

*to be continued... aku ngantok*
 

No comments: